Lilypie - Second Birthday

Tuesday, February 18, 2014

Demam Kuning pada Bayi


Disini saya kongsikan jawapan saya tentang soalan demam kuning pada bayi..

Demam kuning normal utk sesetengah baby..puncanya kerana hati baby yg belum matang. Ubatnya ialah susu ibu sahaja..jika terlalu tinggi, baru fototerapi. Ia akan beransur pulih perlahan2.
Berikan air masak hanya buatkan bayi kenyang, kurang menyusu, kurang berak ( kuning keluar melalui najis) dan kepekatan darah cair ( bayi risiko kena sawan n cacat otak) bagi makan bende2 lain pun tidak membantu n hanya memberatkan hati n usus bayi yg belum matang utk proses benda itu.
Menyusu sahaja, baik utk ibu, bayi dan tiada risiko sampingan.

Tentang air zam2, saya sarankan ibu yang minum air zam2. Kerana
1-molekul zam2 halus n cantik dan boleh disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Research membuktikan, susu ibu membawa segala zat n nutrisi yg bayi perlukn dari ibu ke bayi.

2- sejarah Islam menceritakan, Selepas siti hajar berlari antara safa dan marwah, dan bila nabi Ismail menjumpai air zam2. Hajar terus minum air zam2 dan menyusukan nabi Ismail. Sejarah tidak menyebutkan Hajar memberi kepada nabi Ismail.

3- molekul susu ibu dan liang susu ibu sangat unik n magic. Ia laluan utama utk ibu transfer segalanya spt antibodi, hormon, zat, molekul zam2 dll mengikut keperluan badan si bayi. Malah, molekul AIDS dan penyakit berbahaya, saintis kaji molekulnya besar, dan tidak boleh melepasi liang laluan susu ibu tu.

So baik ibu yang minum air zam2 dan niatkan pd anak moga sembuh.

Mandikan dengan air daun dll, saya penah buat pada Nuha, akibatnya kuning makin tinggi hingga 200 lebih, dari rendah jadi tinggi. Saya masih jahil ilmu pd ketika itu. Ketika nuha di wad, doktor dan nurse juga pesan jangan bagi mandi sebarang air daun pun..kerana bahan dlm daun pun bole serap dalam kulit bayi n jadi punca kuning makin tinggi. Setiap bayi berbeza reaksi terhadap ini. Ade yg ok tak jadi ape, dan ade yg tak ok utk reaction tu. So waspadalah. Risiko tetap ade

No comments:

Post a Comment