Thursday, March 28, 2013

Cara Panaskan Susu Ibu :)

Malas nak bebel panjang, korang stadi je ngan tgk gambar ni hehe..tak paham, tanya ok. :)

Cume ade pembetulan, untuk step no 2 tu, UNTUK CAIRKAN SUSU BEKU, TAK PAYAH RENDAM DALAM AIR PANAS ( sebab lambat, remeh, leceh n renyah ) tapi

MALAM SEBELUM NAK PI KEJE, BAWAK TURUN SIAP2 SATU PEK SUSU FROZEN TU KE BAHAGIAN PETI BAWAH ( bahagian chiller) . So esok nak pi keje, susu tu pun dah mencair..

Lagipun, perubahan susu yang mendadak bole jejaskan nutrisi susu. So, better ikut je flow tu,
Frozen - peti bawah - panaskan.. Ok.



Cara Uruskan EBM Untuk Pengasuh

Ok, sebelum saya cite detail pasal ni. Saya nak korang ingat point penting ni dulu.
1. Stok susu beku tu stat wat time 2-3 minggu sebelum stat keje.

2. Stok susu chilled ebm ( yg disejukkan kat peti bawah ) tu stat wat SEBELUM 4 hari start keje..sebab susu tu tahan dlm 4-5 hari je..

Why kene wat stok beku n stok tak beku? Tak bleh ke wat je sume beku? Ha.. Sebabnye..

NUTRISI DAN KANDUNGAN SUSU 3 BULAN OR 1@2 BULAN YANG LEPAS TAK SAMA DENGAN KANDUNGAN N NUTRISI SUSU HARI INI..

Contoh, 2 bulan yang lalu, susu kite tinggi kandungan lemaknye coz baby perlukan lemak utk tumbesaran. But, pada hari ni, la ni, susu kite mungkin tinggi kandungan proteinnye utk baby bine antibodi die dll.. So kite kene bg gak susu frozen yg dah dicairkan n susu yg fresh tu, ok. Frozen milk tu kire macam backup la, incase papehal, kite still ade stok.

Ok, disini saya attach artikel pasal cara korang nak hantar stok kat pengasuh.

Wednesday, March 27, 2013

KEPERLUAN IBU BERSALIN

Salam, hari ni saya akan post pasal keperluan ibu yang nak bersalin, terutama wat ibu yang tengah pregnant n comel hehe..
Untuk maklumat checklist, bole la pi dekat link yang saya da attach ni..

Keperluan Ibu Bersalin

Nasihat saya, pepandai la bajet duit. Baju baby tak perlu beli banyak2. Jangan rambang mata sampai semua nak beli skaligus ( melainkan korang loaded lain arr ) . Macam saya, shoping baju baby sume kat Pasaraya Wah Seah je..murah daripada tempat len yang selai baju sampai rm50 ..huhu..

Truly, pada saya katil baby tak perlu pun nak beli.


Cume saya n suami memang berbelanja betul2 untuk barangan BREASTFEEDING. Kitorang beli breastpump yang mahal, sebab ape? Sebab kualiti. N memang saya akui, SANGAT2 berbaloi kami melabur dalam barangan BF.
Sebelum bersalin, saya da beli breastpump, storage bag, storage bottle, sterilizer, warmer, cooler bag, nursing bra, nursing pad, nursing pillow.. N harganye mencecah RM 1K ..  Hm..nampak cam mak aih, mahalnye modal kalo nak BF. Tapi, kitorang beli sekali je, sekali tu je kuar duit, pastu maintain fully bf je.
Kalo korang beli susu formula, dalam sebulan kata la rm300. Setahun = 300 x 12 = RM 3600.. Ha..tu baru setahun. La ni saya da pakai barangan bf tu da lebih 13 bulan. Susu pun tak payah beli setiap bulan. Korang nilaila sendiri yg mane lebih bajet :)

Tuesday, March 26, 2013

SUSU IBU VS SUSU FORMULA



betul tak semua ibubapa mahu memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka? Mestilah betulkan!
Bila orang bertanya, apekah makanan pertama yang paling baik untuk bayi ?
Susu unta ? Susu kambing ? Susu lembu? Susu ibu?
Jawapannya semestinya  SUSU IBU..

Walaupun Rasulullah lahir di tanah yang banyak dengan kambing dan unta, susu Halimah juga menjadi pilihan. sebab apa ? sebab sesuai dengan keperluan tubuh badan bayi.
Jadi secara peribadinya, apabila saya dengar orang declare kata produk itu ini sesuai untuk digunakan untuk bayi bawah 6 bulan, saya kurang percaya. sebab saya lebih yakin dan obses dengan ciptaan Allah yang ajaib ini ( susu ibu ) untuk bayi.

' setiap 4000 mamalia di bumi ini menghasilkan susu yang berbeza2 mengikut keperluan anak2 mereka. jadi, susu ibu amat sesuai untuk bayi manusia kerana ia memenuhi semua keperluan nutrisi badan mereka' oleh Ruth Lawrence, MD, Profesor O&G Universiti Rochester,NY.
sememangnya susu ibu ini menjimatkan! jimat wang untuk beli susu formula dan perbelanjaan perubatan.

Macam2 syarikat produk susu cuba mengeluarkan susu formula yang terbaik dan hampir menyerupai susu ibu. Namun hakikatnya, susu ibu tidak dapat di tiru 100% kerana ia adalah ciptaan Tuhan, bukan ciptaan manusia. ciptaan manusia banyak kurangnya dan tidak sesempurna ciptaan Tuhan ~ ohh syukur ya Tuhan atas penciptaanMu yang Maha Sempurna.
Susu ibu sangat kompleks dan para saintis masih lagi terus membongkar dan mengkaji nutrisi yang ada dalam susu ibu. apa yang sungguh ajaibnya susu ibu ini, nutrisinya akan berubah2 mengikut keperluan bayi.

Susu daripada ibu yang melahirkan anak pra-matang dengan susu dari ibu yang melahirkan bayi normal adalah berbeza. susu ibu di waktu tengahari @ panas, berbeza dengan susu ibu ketika waktu malam. sebab kenapa susu ibu di waktu tengahari lebih cair sedikit ,ia adalah kerana untuk menghilangkan dahaga bayi di waktu tengahari yang panas.
Susu manusia mengandungi sel hidup, hormon, enzim aktif, immunoglobulin dan ikatan2 kompaun yang sangat unik dimana ia TAK MAMPU DI TIRU OLEH SUSU FORMULA ..
-Artikel ni dari blog kawan saya,baitulmuslimzaidee.blogspot.com- 

Sterilizer and Warmer

Yang ni kire sambungan dari post aku tadi. Okey, utk warmer n sterilizer i guna jenama tommee tippee. Why? Becoz tgh sale time tu, so of course la beli kan? Tapi sebenarnye, sbb utama, kitorang da terbeli bottle tommee tippee, n botol TT ni hanya muat utk warmer TT je n beli sterilizer tu plak pasal warna putih. N of course i minat PUTIH.
ok, daripada i dok merepek panjang ni, meh nak cite kepentingan bende alah ni.
WARMER~
-untuk panaskan susu ibu pada suhu 40 degree celcius ( seperti suhu badan). Kalo korang nak tau, susu ibu ni suhu die ikut temperature badan 36.9 n sangat penting nak panaskan susu tu tak lebih 40 degree, untuk pastikan nutrisi n segala khasiat ( antibodi,enzim,hormon dll) tak termusnah. Kalo tak, nanti anak kite cam dapat susu "hampas" je..kalo tak gune pun takpe, tapi korang kene pastikan rendam dalam AIR SUAM ok, bukan AIR PANAS MENDIDIH, NO! ~ so sangat praktikal n memudahkan keje. Korang kene beli timer yang jual kat DIY tu je utk set masa.
 




STERILIZER
 Yang ni penting untuk sterilkan pam n botol sus, storage botol pada suhu 100 darjah celcius, untuk bunuh sume kuman n bakteria tu. Corong pam n botol tu sebelum n selepas gune, kene steril tau. N memang mudahkan keje la, coz tak payah rendam dalam air panas. Just tekan suis n biar je.masa pun jimat.

Peralatan BF

Salam semua, hi there! Ringkas saje tajuknye kan. Saya cume nak perkenalkan peralatan bf saya sepanjang kejayaan penyusuan saya selama 13 bulan ni.. N pada saya, peralatan ini IS MUST bagi seorang ibu bekerja yang nak menyusukan anak die dgn SUSU IBU SEPENUHNYA.

Okey, yang pertama sekali ialah PAM SPECTRA 3(DOUBLE PUMP) . Untuk pengetahuan korang, pam ni lah pam yang paling setia berkhidmat ngan aku selama 13 bulan ni..n pump ni memang best!

Seterusnya, utk storage saya menggunakan STORAGE BOTTLE AUTUMZ dan jugak STORAGE BAG AUTUMZ. Utk pengetahuan korang, time saya beli pam ni, dapat free 10 storage bottle ( save budget hehe) so saya just beli plastik liner autumz je la, antaranya kelebihan plastik liner ni ialah : 
1. Dapat jimatkan ruang dalam peti ais ( rujuk tajuk cara susun ebm )
2. Takk payah basuh, pakai buang je 
3. Kalo ice pack korang bocor, gunting pek tu n tuang ice gel dalam plastik liner ni, tak yah beli ice pack baru ok.


Untuk gambar storage bottle, korang gugel la sendiri key..cume nasihat aku, tak payah beli botol banyak2, 10 pun dah cukup. 

Seterusnya, ice pack n cooler bag. Kat sini aku kenalkan korang dengan ice pack ku yg setia selama ni, cooler bag ku yang warna biru tu, yang hari2 ikut aku pi sekolah..truly, beg biru tu memang best sebab die bole letak pump spectra n atas tu leh letak bottle, corong pam n ice pack. So senang complete set da, just bawak pi sek je..
Yang beg hijau askar tu, muat utk letak ice pack, 1 botol storage n pam unimom mezzo. Yang ni kira cam aku nye pam spare kalo incase pum spectraku meragam.
But, hingga hari ni, pam spectraku masih ok lagi n terus setia berkhidmat. Cayalah spectra ! 





Monday, March 25, 2013

Cara susun EBM dengan KEMAS DAN TERATUR






Salam semua, hari ni i nak ajar u all cara nak susun ebm ( expressed breast milk) mengikut teknik FIFO..First in first out.
Kelebihan bila susun ebm dengan teratur ni :
- dapat jimatkan space peti ais korang, terutama bahagian freezer tu, so tak payah la nak susah beli deep freezer.
- dapat senangkan keje untuk kuarkan ebm yg bertarikh paling awal..so,tak payah la nak belek lame2. Just tarik keluar ebm yg paling bawah skali tu.

Caranya sangat senang.
1. Lepas pam, baringkan ebm n jadikan plastik liner tu macam 'sekepingg' gitu. N sejukkan bahagian chilled dulu ye, pastu baru bekukan.
2. Susun kepingan ebm dalam satu plastik besar yg agak2 muat utk letak ebm. So, susu yg first ( tarikh paling lame) ade kat bawah. N susu yg baru lagi,tarikh paling awal, kt atas. 
3. Buat satu lubang berbentuk segiempat tepat di sudut tepi plastik n bawah skali, lubang tu gunanya utk tarik kepingan ebm paling bawah tu.
~ buat ibu2 yang baru lepas pantang n tengah wat stok sebelum naik keje tu, ha ni la caranya..sebelum 2-3 minggu stat keje, wat stok beku ni dulu ye, sebab tahan 3 bulan.
~ juga nasihat saya, kepada yg bergelar CIKGU, jangan wat terlalu banyak stok, bukan ape, takut nanti banyak sangat sampai expired, kan ke dah membazir. Korang wat sedang2 je ok..lgpun nanti kite da keje, tetiap hari pun pam juga, so akan menggantikan stok yg digunakan tu.
~ kalau ade soalan, jangan malu jangan segan. Tanya je :)



Menjelang Cuti Sekolah~

Cuti sekolah baru je mula. Baru 2 hari rasenya aku menikmati cuti sek ni. Tapi semalam ahad, hari yg sgt pack, kenduri sane sini + kesihatan yg tak bape mengizinkan ( dok selsema n bersin je). Esok dah selasa. Namun, cuti sekolah bagi seorang GURU tak lah seseronok yang disangka. Kerja2 perlu dibereskan dan disetelkan even cuti pun. Antara keje yang aku nak setelkan ialah key-in data segak, markah pbs untuk 5 buah kelas, taip minit mesyuarat pibg n taip kertas soalan exam..

Hari ni aku dah berjaya key in data segak. Yeay,satu keje da setel. Yang kat atas tu gambar meja aku, melambak ha buku yg tak semak n fail yang tak diupdate lagi.. Selamat tinggal mejaku utk seminggu ni, aku kan merinduimu hehe.

Thursday, March 21, 2013

Love~


My hubby n my little baby. Love them VERY MUCH !!!

Saturday, March 16, 2013

No title!

Salam, pelik tak ngan tajuk post ni? Nway, just nak share gambar my baby NUHA AREEFA. Ummi always love u sayang. Sedar tak sedar, nuha dah setahun sebulan dah..hm begitulah realiti kehidupan. Kat sekolah sibuk dengan keje n pbsnye..kat umah ngan nak layan nuha n jaga rumah nye. N begitulah hari berlalu. Ni baru nak try post n tulis blog ni. Coz i rasa lebih ok kalo i sharing segala ilmu by blog than fb. Coz kadang2 dah rase fb macam dah banyak dicemari unsur negatif. Apepun, hepi ye sume :)