Lilypie - Second Birthday

Friday, March 28, 2014

Link fb untuk rujukan saya

https://www.facebook.com/siti.aisyah.3914/posts/616796935007699

https://www.facebook.com/siti.aisyah.3914/posts/613262935361099:0

https://www.facebook.com/siti.aisyah.3914/posts/612550478765678:0

https://www.facebook.com/siti.aisyah.3914/posts/609403732413686

https://www.facebook.com/siti.aisyah.3914/posts/570091156344944

https://www.facebook.com/siti.aisyah.3914/posts/534020166618710

https://www.facebook.com/siti.aisyah.3914/posts/506987252655335:0

https://www.facebook.com/siti.aisyah.3914/posts/486860484668012

https://www.facebook.com/siti.aisyah.3914/posts/471799232840804

https://www.facebook.com/siti.aisyah.3914/posts/471958456158215


Kata2 doc natrah arifin




Sharing kata2 doc Nadrah Arifin yg sangat menyentuh hati saya.

Kisah Nabi Musa a.s mengingatkan saya bahawa betapa menyusukan anak amat dituntut dalam Islam, satu tanggungjawab yang tidak boleh lari oleh setiap ibu Muslim walau apa jua alasan, baik bekerja mahupun belajar. Banyak cara yang tersedia sekarang. Apa yang penting, seorang ibu itu harus belajar dan membuat persediaan memandangkan penyusuan ibu dianggap satu 'kepayahan' di zaman sekarang dan bukan dianggap satu norma kehidupan yang fitrah untuk ibu dan anak. Astaghafirullah. Subhanallah.


Pengalaman Panaskan Susu Ibu untuk Nuha Areefa

Dulu masa panaskan susu Nuha, teringat lagi saya gunakan warmer Tommee Tippee..
Anda tau tak "warmer" tu ape? Warmer tu ialah bekas untuk panaskan susu ikut macam suhu badan iaitu 36.9 degree celcius.
Sebenarnya bila bayi menyusu, susu kita waktu tu suam2 je ikut suhu badan kita. Kilang susu ibu ni hasilkan susu ikut macam suhu badan, untuk pastikan ia sentiasa steril dan khasiat serta nutrisinya terjamin..
Jadi bila kita nak panaskan susu ibu ni, kita tak boleh terus didihkan atas air panas mendidih ye!
Sebab nanti kandungan zat dan nutrisi susu akan musnah !! Dan anak kita akan minum "hampas susu ibu" je.

Kesian kat anak, sebab tak dapat nutrisi, antibodi, enzim, hormon dan seribu satu manfaat susu ibu, hanya kerana susu itu dari beku terus dipanaskan guna air mendidih!!!

Sebab itu saya gunakan warmer, untuk memelihara khasiat susu ibu itu untuk beri kepada Nuha..

Warmer tommee tippee yang saya guna nie, sama je macam jenama lain seperti autumz, jingle jungle, evelove dan jenama lain.
Kita hanya perlu beli timer, saya beli di DIY dan perlu tunggu dalam 8 minit untuk dipanaskan. Waktu itu saya rasa ia yang paling mudah, sebab pengasuh cuma perlu "on" suis, letak botol susu dalam warmer dan tinggalkan.. Lepas 8 minit, timer berbunyi dan susu siapppp !!! Kalau baby tak abis minum, letak balik botol dalam warmer dan susu tu maintain suam2 suhu badan ( suhu breast ibu) sepanjang dalam warmer tu..

Tapi sekarang teknologi makin maju, 2 tahun berlalu, sekarang teknologi untuk panaskan susu semakin canggih !!!
Sekarang warmer dalam bentuk ipod, yang boleh di"charge" dan dimasukkan dalam botol susu. Cuma tekan suis kat botol susu dan SUSU IBU AKAN PANAS DALAM MASA SEMINIT JERR !!
Ingatkan apple je yg ade ipod2 ni, rupenya nak panaskan susu pun ade pod yang rechargable tu..


Wah hebatkan! Senangla lepas ni pengasuh nak panaskan susu dengan
YOOMI WARMER AND POD
Gadjet tercanggih di Nuha Little Shop nih!!

( p/s: kaedah panaskan susu secara manual ialah rendamkan "chilled ebm" dalam air suam :)))

Jom kite tengok camne panaskan susu ibu gune YOOMI WARMER nih
http://www.youtube.com/watch?v=7Qlq3fSdoB4


How to warm your baby's feed with yoomi

yoomi mum, Jen, shows you how to warm baby's feed in 60 seconds with yoomi, the self warming baby bottle Learn more at www.yoomi.com

www.youtube.com

Apa Yang Anda Perlu Tahu dalam Breastfeeding !

Ni lagi post pasal bf..kalau nak berjaya, anda bukan sahaja perlu ade KESEDARAN, tapi anda perlu PAKAR dalam menguruskan susu ibu yang di pam(EBM-expressed breast milk) rata2 yg saya jumpa tak berapa tau pasal ni..oh,sangatlah penting hal ni. Kene tau
1-susu tak boleh panaskan dalam air mendidih,kene guna warmer 40c) or air suam.
2- tak boleh trus bekukan susu,kene sejukkn kt bwh dulu..
3-tak boleh simpan kt tepi pintu peti ais..
4-kene tutup bahan basah ayam,ikan nnti susu jdi tengik..
Etc yang banyak lg kene tau..

KALAU TIDAK, N KALAU TAK PANDAI HANDLE EBM, NANTI ANAK ANDA AKAN DAPAT MINUM SUSU YANG TAK DA KHASIAT LANGSUNG,macam minum air kosong je..so nnti anak sakit coz tak dpt antibodi +susu yang tercemar, jgn salahkan susu ibu pula.

P/s: baru ku jumpe sorang LELAKI yang anti sangat pasal susu ibu, sebab anak die sakit smpi 3 bulan kt hosp,sebab susu ibu kate nya..i tnya u guna bekas ape nak simpan, die guna bekas biase je ( TAK BOLEH YE KAWAN2, kene guna bekas khas yg steril) LELAKI ITU mmg tak kasi btul la sy bf n kate nnti anak tu akan sakit bla2..psiko je, sorila,sape u nak stop i bf my baby,coz u pun LELAKI yg tak penah nyusukan anak pun kan+ bekalan ilmu yg ku ade so tak terpengaruh pun.kecian u tak cukup ilmu bf..

Kepada "anak2 murid" bf yg menuntut dari ku , jangan risau sy konfem akan bg ilmu nak handle ebm kt korang.
MENYUSUKAN ANAK ADALAH SATU JIHAD!!!!! TAKBIR!

Bila Masa Sesuai Untuk Ajar Bayi Minum EBM?

Saja nak tanya ibu2 yang bekerja dan fully breastfeeding 

Bilakah anda mula buat stok susu ? Dan bila anda mula ajar anak anda minum pakai botol ?


Ni soalan yang saya pernah tanya kepada rakan2 di facebook.
Jawapan mereka :


Amierul Aisyah
saye sj share moga manfaat. better buat stok ms berpantang ms anak br slesai nyusu, ms bgn mlm utk nyusu,ms nk kosong2 both side sbb kene pastikn konsep demand vs supply dipenuhi. Sy ajar ms bfr msk keje. patot start wthin 1week bfr spy bb x culture shock

Amierul Aisyah
alhamdulillah anak sy msh memilih jika d rumh pngasuh ok dgn botol tp nmpk ibu je lupa terus hihi tp bottle feeding mmg kene prektis bg diterimajg spy father pn bonding time with bb.momy also got resting time 
Fatimah Hamzah
Masuk bulan kedua pantang,2 minggu sbelum keje dah ajar botol
Unlike1DeleteMar 23 at 3:32pm
Nur Fathihah Hj Ishak
2minggu sebelum...
Unlike1DeleteMar 23 at 3:36pm
Natasha Zulkefli Amin
Masa dlm pantang sebaiknyer...1 pek tu letaklaa 6oz...sng..nnti da keje bg 2 botol EBM...2botol yg fresh...botol bole ajar masa bby 2 bln lebih...
Unlike1DeleteMar 23 at 4:13pm
Leen Rashid
Start buat stok: 3 minggu lepas bersalin
Start ajar botol: seminggu before keje..kalau awal sgt...baby akan samada x nk direct langsung atau tak nak botol langsung
LikeDeleteMar 23 at 8:08pm
Siti 'Aisyah
Terima kasih ye semua ibu2 comel yang tabah untuk terus menyusukan anak, saya cuma nk jadikan panduan kpd ibu2 dan bakal ibu lain  tq sume
Like1MoreMar 23 at 8:41pm
Natasha Zulkefli Amin
Goodluck Siti 'Siti 'Aisyah yg ptg pam susu ikot jadual..kuat semangat..xmalas...u can do it!! 
Unlike1DeleteMar 23 at 10:07pm
Nurul Fazlin
Start buat stok : hari ke 3 bersalin sebab dah bengkak susu. Rasa macam nak demam menggigil. Terpaksa pam, alhamdulillah rezeki untuk anak, asyik bengkak je. Abis pantang, ebm penuh deepfrezer. Bg botol masa dia 40 hari sebab dia nursing strike.
Unlike1DeleteMar 24 at 9:23am
Nur Sakinah
Sy mule pam hr ke 2 pas bersalin sbb nk bg abg setahun lbh minum..masa dlm pantang pam stp hr 4@5x sehari.biasa sehari 50 oz lbh.jd separuh simpan n separuh bg abg minum.ajar botol lmbt jgk.jd smnggu adik xminum lgsg drumah pengasuh.mggu kedua bru nk botol.tp minum sikit je..

Saturday, March 22, 2014

Prof Ibu Rose ~ anak sulung suka mengamuk, apa nak buat?

Minta maaf...Ibu dah post perkongsian ini. Namun sebab Ibu masukkan link blog Ibu, bila di share posting tadi, yang dishare hanyalah blog dan bukan posting. Oleh itu Ibu re-post, posting ni sahaja tanpa link ke blog. Semoga ini mengelak kekeliruan mereka yang anda share.
------------------------------------------------

Soalan : Anak suka mengamuk...

Slm ibu. Saya ingin memohon sedikit pandangan, itu pn jika ibu berkesempatan untuk meluangkan masa, insyaAllah. Ank perempuan saya, Nadia 3 thn.. Suka menjerit tanpa sebab yg khusus, dan ia akn berlarutan kepada menangis dan mengamuk yg susah untuk reda. Saya cuba reasoning perbuatannya, peluk dan pujuk, tetapi tidak berjaya yg menyebabkan akhirnya saya akan memarahi dia

Sekarang ia melarat kepada apabila kemahuan tidak dituruti, dia akn terus menjerit dan mengamuk. Saya ada seorg lg bayi lapan 6 bulan yg perlu diberi tumpuan.. Jadi apakah cara terbaik untuk saya cool down kn dia, di samping menjelaskan perbuatannya itu salah?

Slm prof..its so hard to a be a good parent..

Nk berpsikologi, sambil kita nk kejar menyiapkan hal rumah n hal kerja

Blh x ibu tlg cadangkan buku parenting yg bgs?

Saya di terengganu.. X byk kursus parenting yg dibuat di sini..

Desperately need to improve myselft..

Jawapan Ibu:

Assalamualaikum sayang,

Pertama, sayang perlu membuang kefahaman bahawa it is hard to be a good parent. Kefahaman itulah yang membuatkan sayang menghadapi kesusahan dengan anak sulung puan. Mengapa? Kerana pemikiran kita menarik perkara terjadi di dalam hidup kita.

Now, change kepada, I love being a good parent and I get better and better everyday.

Anak sulung suka mengamuk, pertama kerana perasaan rasa selamatnya tercabar. Dia baru mendapat adik, oleh itu, dia berada kurang dikasihi. Selagi ini tidak diselesaikan, selagi itulah ia akan menjadi masalah. Hari ini amukannya begini, esok lain pulak. Namun, punca isunya sama. Rasa tidak dikasihi.

Apa yang sayang boleh lakukan?
Dalam kesibukan seharian, luangkan 10 -15 minit, masa bersamanya. Hanya dia sorang. Melukis ke, menari ke, bercerita ke, masak bersama ke...but only with her. Dan katakan banyak-banyak kali puan dan ayahnya sayang pada dia. Begitu juga adiknya. Kenapa puan buat begini? Kerana puan sedang menanam kepercayaan diri yang positif.

Lepas itu ajak dia bantu puan dengan adiknya. Contoh, ajak sama-sama mandikan adik. Dia boleh tolong ambilkan towel atau sabun. Maksudnya, libatkan dia di dalam aktiviti itu. Bukan sekadar suruh tolong saja.

Selalunya ibu seperti puan, iaitu yang beranak kecil dan ada anak sulung usia anak sulung puan, akan suruh si kakak atau abang ambik itu dan ini dengan nada menyuruh dan mengarah. Apa yang anak sulung itu rasa ialah, dia itu disuruh sarah saja da tidak lagi penting.

Dengan mengubah cara berkomunikasi akan mengubah respon anak itu. Puan hanya perlu kata, seperti ini " Kak Long yang Mama sayang, mari kita mandikan adik. Kak Long my sweet little assitant. Tangan comel kak long boleh bawakkan mama towel dan sabun adik. Nanti, kalau kak long nak, kak long boleh sabun kan adik jugak.Tentu adik suka. Mama sayang little assitant mama ni..."

Itulah yang anak Ibu lakukan kepada anak sulungnya bila dia mendapat adik. Ternyata Az-Zahraa, sangat suka menolong dan sangat sayang adiknya dan mamanya. Bila ditanya mengapa dia suka menolong mamanya. Dia akan berkata dengan bangga dan gembiranya; "I am Mama little assitant"

Memahami psikologi ni bukannya susah, tapi sebab kita sudah selalu dikondisikan untuk berfikir ianya susah dan kerana kita sering diajar dan mungkin semasa kita kecil itulah pendekatan yang dilakukan kepada kita untuk mengambil jalan mudah ia itu suruh, arah dan marah, maka secara tidak sedar itulah yang kita buat. Dan hasilnya, kita perlu berperang dengan respon yang kita terima dari anak-anak kita.

Ubah sedikit sahaja cara kita berfikir. Iaitu, berfikirlah yang anak itu suka menolong kita dan dia anak yang baik. Berfikirlah yang mendidik anak ini suatu yang menyeronokkan. Berfikirlah anda layak menjadi ibu yang boleh berpsikologi dengan anak-anak. Maka anda akan mendapat lebih banyak idea yang baik untuk melayan anak-anak.

Pembacaan dan meningkatkan skil sangat penting. Syabas puan sedar akan hakikat ini. Kerana hanya ibu dan bapa yang prihatin dan sayangkan anak-anak akan berusaha meningkatkan diri. Dan puan adalah salah seorang daripadanya.

Pergilah ke kedai buku dan banyak juga buku yang boleh dibaca. Buku-buku Ibu sedang out of stock namun, sayang boleh ikuti perkongsian Ibu di sini dan juga blog ibu.

Ibu sedang menulis buku baru. InsyaAllah akan ada

dipasaran bulan 4 ini.

Ibu doakan puan berjaya.

Monday, March 10, 2014

Cara Mengajar Huruf Tak Mesra Bayi

Sedikit perkongsian daripada rakan saya siang tadi :)
Cara dia ajar anak dia kenal huruf hijaiyah yang tak mesra bayi ialah banyak kaitkan dengan persekitaran.
Antaranya huruf kho baris atas - kaitkan dengan titik satu kat atas dan buat bunyi macam sakit tekak.
Selain tu, huruf tho baris atas - bunyinya seperti motor vespa dan huruf ngo baris atas - bunyi kipas tok dia ngongongo..
Comel je terbayangkan motor vespa dan kipas ngongongo. Kreatif dalam kaitkan apa yang diajar dengan sekeliling.




Keupayaan IQ Bayi


Antara sebab utama kenapa saya fokus pada Early Quranic Literation berbanding yang lain ialah...
Sebenarnya, asalnya saintis barat sangat kagum dgn saintis zaman Islam macam ibnu sina dll tu. Diorg pelik camne tokoh ilmuwan islam mmg hebat sgt bole kuasai ilmu sains, pelayaran, sastera dll tu (dalam masa yg sama bole hafal Quran).
So selidik punye selidik, baru depa tau rupe2 dari baby dah diperdengarkan ayat Quran dan HAFAZAN quran stat umur 3 tahun..dan bile anak tu dah 6 tahun (dh hafal beberapa juzuk cth mcm imam Syafiiei dah hafal Quran) barulah develop anak tu dgn ilmu2 dunia yang lain.
Yahudi sbnrnye mmg dah tau, potensi kanak2 yg under 5 years yg IQ sangat tinggi, synaps sangat pesat utk brain development. So mmg tak mustahil kanak2 bole absorb ape2 je dlm lingkungan umur itu.
So untuk pastikan TIADA lagi golongan ilmuwan Islam yang hebat macam zaman kegemilangan islam lahir, yahudi pun ciptalah sistem pendidikan mereka yang sekular dan nak kita agung2kan ia.
Sistem sekular mereka iaitu, dari lahir ajar abc dan membaca, 123 dan bile anak dah 5-6 tahun, baru stat ajar Quran.
Dan bolelah Yahudi menarik nafas lega bile orang Islam utamakan ajar ilmu dunia dulu time baby dan lepas 5 tahun baru ajar Quran, pasal depa takut lahir balik insan2 spt ibnu khaldun, alkhawarizmi dan lain2.
Brain development baby, tunjangnya time under 5 years, so Mmg berbeza kesan pada brain development jika hafal Quran under 5 years dengan hafal Quran setelah umur 5 tahun. Jika umur 10 tahun hafal Quran, kesannye pd iq dan otak serta neuron tak sehebat spt anak 4 tahun menghafal quran.
Tulah sbnrnye Early Islamic Education dari rasullullah saw dah ade. Dan halusnye perancangan yahudi yang berjaya gantikan ia dengan Early Childhood Education mereka, sebab takut nnti lahir lagi saintis Islam yang lagi hebat daripada saintis mereka.

Just my 2 cents, dari saya ummi nuha 

Mengapa Mendahulukan Pengajaran Quran berbanding Ilmu Lain?

Keupayaan IQ bayi rasanya semua orang dah tau kan? 

Bagi baby yang dari kecil diajar flashcard untuk membaca sama ada english or melayu misalnya. Dan memang terbukti bila usia 2-3 tahun, anak2 dah boleh baca buku cerita English. ( bole tgk videonya). Tapi, lepas dah bole baca semua buku cerita, ia stop takat tu saje.

Hal ni sgt berbeza bila kita mengajar anak membaca AlQuran sejak bayi. Dan akhirnya usia 3 tahun si anak dah bole membaca AlQuran. So bila dah pandai bace, anak2 bole mula HAFAZAN surah2 pendek n strusnya. Sebenarnya membaca alquran dapat merangsang kedua2 otak kiri dan kanan bayi dan latihan HAFAZAN untuk anak under 5 years dpt kukuhkan lg perkembangan synaps n neuron otak mereka yg sedang berkembang, juga IQ mereka diguna semaksimumnye.

Selepas usia 4 thn, (dan pandai baca quran n hafalan surah juz ma) ajarla anak english, malay, mandarin, jermen, arab, math hatta 20 bahasa sekalipun, confirm senang je anak dapat kuasai ilmu2 tu.
Sebab tunjang (foundation) otak mereka dah kukuh!

Buktinya, tgk saja ilmuwan islam dahulu, ibnu sina, alkhawarizmi, imam syafiei,ibnu khaldun, sultan alfateh dan tokoh sains yg semuanya hafaz quran. Tgk balik sejarah, time umur bile depa hafal quran ye? Semua stat menghafal quran under 6 !

Early Quranic Literation pada anak sbb Quran adalah KUNCI KEPADA GEDUNG ILMU!

Anda penahkan bace research, yg kajian org yg hafal surah arrahman, lebih pandai matematik berbanding orang yang tak hafal surah itu. -perkongsian drpd seminar hafal quran dari bayi-

Oh, tolong jgn sempitkan fikiran dgn kata, eh hafal quran ni sbb nak anak jadi ustaz or ustazah le tu. Haha. Kalo anak saya jadi doktor or saintis sekalipun or english teacher ke. tak salahkan die jugak hafal quran:)

Saturday, March 8, 2014

Tok Umi dan Umi penyokong kuat Penyusuan Susu Ibu!

Bayi sukakan dada ibu..ia adalah kata-kata daripada seorang pakar penyusuan susu ibu..dan juga kata-kata tok umi saya juga, Sharifah Tijah yang berpengalaman menyusukan 8 orang anaknya.
Yes, saya juga seorang kaunselor penyusuan dan sangat suka dengan ilmu penyusuan. Setiap ilmu baru saya baca dari artikel dan research. Saya suka kongsi dengan tok umi saya. Apa yang seronoknya, tok umi saya sentiasa mengiyakan apa yang saya cakap. Tulah saya kata, "Atik, apa yang atik cakap ni sama macam apa yang aisyah belajar dari pakar, Atik lagi hebat dari pakar! Saya masih ingat ketika Nuha demam, ibu saya risau..saya kata padanya, "jangan risau umi, sebab aisyah memang kerap menyusu Nuha ni dia akan cepat sembuh dan kebah demam..sebab badan aisyah akan create antibodi untuk lawan virus demam Nuha, n antibodi tu disalur melalui susu Aisyah la..( mak saya guru Sains, major Biology minor Kimia) dan terus aja tok umi saya mengiyakan, "haah Ela, budak menyusu ibu memang macam tu, kalo demam menyusu je nanti cepat baik"

See, hebatkan tok umi saya! Pengalaman ialah ilmu yang sgt hebat! Saya masih ingat lagi moment ini..


Ibu saya Sharifah Sukhaila Al-yahya juga hebat orangnya, menyusukan saya ketika berpantang sebelum mula bekerja. Umi kata bertuah orang sekarang..sbb ilmu penyusuan yg banyak n senang dapat. Zaman umi dulu memang tengah kempen susu formula kat hosp so mmg tu choice yang ada bile mula bekerja.
Bertuah org sekarang..

Friday, March 7, 2014

Feedback Inhibator of Lactation

Copy paste status Noor Fazila Abdul Rahman
Assalamualaikum semua..setiap hari otak sy ligat berpikir mcmane lagi cara nak fahamkan ibu2 betapa pentingnya konsep "DEMAND & SUPPLY" dalam menjayakan penyusuan susu ibu.. mungkin ramai ibu tak faham konsep ni sbb ramai lagi yg tak kenal dgn FIL (feedback inhibitor of lactation)..

"FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen."

Faham tak? Ok meh fazi terangkan dgn lebih mudah..actually kalau ibu suka tunggu breast betul2 bengkak atau biar je breast tak dikosongkan dlm tempoh yg agak lama, paras FIL dlm payudara jd mkin banyak dan tinggi dia nilah sebenarnya yg menghantar signal pada otak supaya kurangkan / perlahankan atau berhenti menghasilkan susu sbb kurang permintaan dari ibu..sama jugak mcm kolah air yg ade pelampung tu, bile penuh paip air dh tak perlu keluarkan air lagi..

Situasi berbeza kalau ibu yg raaaajin susukan anak, rajin pam waktu kat ofis n payudara sentiasa kosong, paras FIL akan kurang n sikit je bergantung pd berapa kosong breast ibu..bile FIL ni kurang, bdn akan terus2an menghasilkan susu sbb otak takde pun terima hasutan dr FIL supaya kurang atau berhentikan pengeluaran susu..

Skrg agak2 dh faham tak kenapa sy sering sebut pasal konsep demand & supply? Sbb tu sy tak pernah nk bgtau semua ibu kene mkn ni br susu byk, kene minum ni br susu byk, jgn mkn ni nanti susu drop..tu seme mind set je..buktinya sy main belasah je seme mknan yg ade (makanan berkhasiat & halal) tak kesah ape pun sy mkn..alhamdulillah tak pernah lagi susu drop sbb sy mkn sesetengah jenis makanan..bagus ibu2 mcm sy yg berselera mkn mcm sy ni sbb semua benda jd milk booster sbb once kite enjoy dgn makanan tu seme jd milk booster ok!

So kene ingat..nak susu banyak :-
1. Kerap kosongkan payudara maksudnya kerapla susukan baby bile baby ade dgn kita & keraplah mengepam bile baby takde dgn kita..
2. Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam..no no no ya..sbb jgn biar protien jahat FIL ni menghasut otak menghentikan production susu..tu yg buat supply akan mkin drop..
3. Makan sayur n makanan apa je yg awak semua suka ya..enjoy the food..minum air kosong lebih..
4. Keep positif..jauhi stress ni semua boleh block hormon oksitosin (hormon yg bertanggungjawab keluarkan susu dr payudara) dari terhasil..Bile hormon oksitosin kurang, susu pun malu2 nak keluar..
5. Teruskan berdoa, selalulah berzikir..hanya Dia tempat kita memohon setiap hajat..



Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)

Susu ibu mengandungi protein istimewa yang dipanggil perencat maklum balas laktasi (feedback inhibitor of lactation - FIL) yang memberitahu payudara berapa banyak susu perlu dihasilkan. Jika bayi anda kerap menghabiskan susu pada sebelah payudara, tahap FIL dalam payudara itu akan rendah. Tahap FIL yang rendah mengingkatkan penghasilakan susu.

Jika susu kerap tidak dihabiskan, mungkin kerana bayi anda telah mula makan makanan pejal, maka FIL akan meningkat dan pengeluaran susu akan berkurangan.

FIL bertindak setempat, di dalam setiap payudara secara berasingan. Ini bermakna, anda boleh mengurangkan penghasilakn susu dalam sebelah payudara dan meneruskan penyusuan bayi dengan payudara sebelah lagi. FIL juga adalah sebab mengapa tidak mustahil satu payudara menghasilkan susu yang cukup untuk diminum oleh bayi sehingga kenyang. Ia juga menerangkan mengapa seorang ibu yang mempunyai anak kembar boleh menyusukan kedua-dua bayinya pada masa yang sama.

http://www.babycenter.com.my/a25007723/menghasilkan-susu-badan-bagaimana-badan-anda-menghasilkan-makanan-semula-jadi-bayi-yang-terbaik#ixzz2w6ioyiCs

Pemberian susu formula pada bayi?

Adakah memberi susu formula atau makanan pejal pada waktu malam boleh membantu bayi tidur lena?

Kenyataan bahawa makanan pejal boleh membantu bayi tidur lena adalah suatu ‘dongeng’ yang tidak dibuktikan dengan kajian perubatanMemberi bayi makanan pejal atau susu formula sebagai percubaan untuk bayi tidur lebih lama bukanlah idea yang bagus kerana

*Tiada bukti yang mengatakan tindakan tersebut bolehmembantu bayi tidur lena.
Sestengah bayi akan tidak tidur dengan baik disebabkan tindakbalas terhadap susu formula atau makanan pejal perutmeragam), terutamanya jika bayi berusia  kurang dari 6 bulan.Dua kajian menunjukkan penambahan makanan pejal dalam diettidak menyebabkan bayi tidur lama. Kajian ini menemukan tiadaperbezaan dalam corak tidur bayi yang memakan makanan pejalsebelum tidur diibandingkan dengan bayi yang tidak diberimakanan pejal. Di bawah adalah artikel berkaitan kajiantersebut:
Macknin ML, Medendorp SV, Maier MC. Infant sleep and bedtime cereal. Am J Dis Child. 1989 Sep;143(9):1066-8.
Keane V, et al. Do solids help baby sleep through the night? Am J Dis Child 1988; 142: 404-05.
*Susu formula menyebabkan sistem penghadaman bayi bekerja lebih masa.
Ini kerana bayi cuba hadam sesuatu yang tidak spesifik kepada badan manusiaSusu formula lebih susah dihadam berbanding susu ibu.  
Disebabkan itubayi yang diberi susu formula lebih lama jarak menyusuNampak seperti sesuatu yang baik,mungkin ianya sesuatu yang tidak kita suka berlaku pada badan bayi melainkan kita tiada pilihan. Terdapat risiko dalam penggunaan susu formula. Walaupun ia boleh diberi kepada bayi tapi sepatutnya ia tidak diberi bila mana susu ibu masih ada –sama ada diberi terus dari payudara atau dipam.
*Pengenalan awal terhadap makanan pejal (sebelum usia 6bulanboleh membawa risiko.
*Kajian terkini menyatakan tidur yang lama berkait dengankematian mengejut (sudden infant death syndrome; SIDS) danbayi yang tidur lama boleh terdedah kepada  SIDS (kajian olehJames McKenna, PhD). Sesetengah saintis menyatakan bahawatidur yang lama adalah tidak ‘natural’ kepada bayi dan gangguan tidur dalam bulan-bulan pertama boleh memberi faktor pelindung terhadap serangan SIDS. Lebih banyak kajian diperlukan tetapi ibu bapa patut berfikir dua kali tentang kepentingan memanipulasi corak tidur yang natural dalambulan-bulan pertama bayi.
Menyuap bijirin bayi daripada botol
Doctor dan pakar mencadangkan supaya tidak sesekali memberibijirin bayi dari botol kecuali dicadangkan oleh doctor untukkondisi perubatan yang spesifikIni kerana;
i)
Bahaya tersedak
ii)
Bijirin menggantikan amaun susu dalam botol(penambahan karbohidrat dan pengurangan kepadatannutrient), dan bayi tidak mendapat isipadu susu yangmencukupi untuk pertumpuhan dan perkembangan yangbaik.
iii)
Bayi diberi kalori yang tinggi tanpa dapat mengawalnyasendiriIni boleh menyebabkan masalah berat badan nanti.
Sumber asal :


Penterjemah : Pn Fatariah Zakaria