Lilypie - Second Birthday

Wednesday, February 26, 2014

Perkongsian Kak Tishie lagi..

Saya reka2 cerita ery.. memula bgtau tanda mati tu mcm ball.. jadi fa nak main dgn ra.. pastu dia pegi dekat ra.. fa ra..fa ra.. main sama2 jadi far.. melalut2 jugak cerita saya☺.. sbb anak suka menambah. . So sebut short only because they so tired playing. . Fa ra..become farr... yeay.. happy tetiba..(bila dia tau sebut yg short version..)haha..
Bila jumpa tanda alif yg ada bulat kat atas.. saya dok mereka pulak..alamak yg ni baru betul mcm ball.. tapi alif ni dont want to share.. he like to play alone.. sian dia.m nobody wants to play with alif ball..so  cannot read alif with his ball.. he dont want to share (x pasal2 alif jd mangsaπŸ˜πŸ˜‚)

Saya dpt idea dari 1 page dlm al barqy yg combine baris atas then huruf mati.. mcm ; ma na - man, la ya- lai..

Sbb tu sampai skrg pun kdg saya bg hint camtu. Masa baca muqaddam.  Ba ta jadi??.. 'bat 'dia jawab..

Tp semua huruf jd baris atas la pula.  alif pun jd a.. sambil2 saya ajar sebut huruf tunggal juga😁
Telaga biru..wah..menarik. . InsyaAllah saya akan join karnival telaga biru sekali lagi hjg Mac. . Tempoh hari  karnival Rasul in my Heart di putrajaya x sempat shopping buku sgt. . Tp sempat jd ahli..dpt lagi murah😍
Nak cari buku ni..tq mazπŸ‘πŸ˜˜
Saya buat sendiri wall nye mayya..😁

Friday, February 21, 2014

Perkongsian Dari BfPC NoorFazila

Perkongsian dari NoorFazila Abd Rahman

Antara perkongsian tentang susu ibu personally dr sy..mohon jika ada yg tidak faham atau ada maklumat tambahan bolehla maklumkan pd saya ya begitu juga jika ada makluman yg tidak tepat..sama2 kita tambah ilmu Penyusuan Susu Ibu..sy yakin banyak lagi yg anda tahu tp saya tak tahu..kerana kita sama2 sedang belajar kan..

1. BERAPA JUMLAH SUSU YANG DIPERLUKAN OLEH SEORANG BAYI YANG BARU DILAHIRKAN? :https://www.facebook.com/notes/noorfazila-binti-abdul-rahman/berapa-jumlah-susu-yang-diperlukan-oleh-seorang-bayi-yang-baru-dilahirkan/716653968353961
7. CABARAN YANG SAYA DILALUI SECARA PERIBADI SEBAGAI IBU BARU DALAM MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EXCLUSIVE :https://www.facebook.com/notes/noorfazila-binti-abdul-rahman/cabaran-yang-saya-dilalui-secara-peribadi-sebagai-ibu-baru-dalam-menjayakan-peny/202575386428491
Noorfazila Binti Abdul Rahman
Breastfeeding Peer Kaunselor Anda

Wednesday, February 19, 2014

Selamat Ulang Tahun Ke-2 Anakanda Nuha Areefa

Pagi pagi lagi saya sangat teruja bila tok umi nuha, sedara saya dan rakan2 hebat saya di group alumni IPN mengucapkan selamat untuk anakanda Nuha Areefa, sayang umi dah 2 tahun.
Disini saya pastekan message mereka untuk rujukan saya, saya rasa semangat membacanya kerana ia buatkan saya semakin bermotivasi mendidik khalifah kecil yang Allah kurniakan pada saya dan suami.
Disini adalah buku Anakku Hafiz dan kata2 saya untuk Nuha adalah satu "mental imaging", impian dan visi yang positif, bak kata Kak Maz. Inilah yang dilakukan oleh Ibu Sultan Muhammad Alfateh dahulu.. Meletakkan impian untuk anak kecil, diikuti dengan usaha kita sendiri dan doa pada Allah.


Nuha cayang...happy birthday...tok umi n semua ami n ende imah ucapkan...jadi anak solehah,beriman, n berjaya dunia akhirat..bersabarlah dgn semua dugaan hidup d pentas dunia ini aameeen - Tok Umi, Ami dan Enda-


Selamat Hari Lahir Nuha yang comel lagi bijak. Allah berkati usaha ibu Nuha dan Nuha dalam usaha menghafaz AlQuran

Selamat Hari Lahir.. Drp Ibu Ahmad dan Ahmad.
-Kak Farah-

happy birthday untuk Nuha, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Ok supermommies semua. Semoga harini usaha kita mendidik anak2 menghafaz al quran dipermudahkan. Ameen.- Kak Syikin-

Selamat hari lahir nuha syg...semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu syg..al hafizah penyejuk mata penawar hati ayah bonda..pencinta dan ahlul quran..
-Kak Zamira-

selamat hari lahir nuha.al hafizah sayangggg
-Kak Line

Waah .. Thx farah ingatkan harilahir nuha al hafizah oftalmologist kita
Slmt ulgthun kedua anakanda solehah nuha areefa. Aunty doakan nuha sntiasa sihat,kuat,smgt mcm ibu nuha iaitu aisyah dlm mendidik pelajar dan nuha sndiri utk ilmu dunia dan bekalan akhirat. Smg diprmudahkan perjalanan kita bsama bertemu di majlis graduasi 30juzuk amma kita. love u anakanda.
-Kak Maznah-

Selamat hari lahir nuha - Hajar-

Selamat hari lahir nuha alhafizah...- Sumayyah-

Assalamualaikum rakan2 tersyg.. nak share lagu from sorg teacher alimkids
Salam just want to share a song i made up for my son yg i rasa can be used for topic on feelings. Havent tried it on d kids tp anak i suka la.

Sing to 'if you're happy and you know it' song

If you're happy happy happy (fingers point to own smiley face)
Alhamdulillah (clap hands)
Repeat 2x

If you're happy happy happy 3x
Alhamdulillah

If you're sad sad sad (point to sad face)
Pray to Allah (tangan doa)
2x

If you're sad sad sad 3x
Pray to Allah

If you're angry angry angry( point to angry face)
Have sabr ( take a deep breath)2x

If you're angry angry angry 3x
Have sabr.

Wah dekat2 bday anakanda2 kita..boleh buat quran party sama2. .
Selamat ulang tahun nuha al hafizah syg😍- Kak Tishie -

As salamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh...nuha areefa alhafizah hepi besday! πŸ˜˜πŸ’
Amin....- Adah -






Tuesday, February 18, 2014

Demam Kuning pada Bayi


Disini saya kongsikan jawapan saya tentang soalan demam kuning pada bayi..

Demam kuning normal utk sesetengah baby..puncanya kerana hati baby yg belum matang. Ubatnya ialah susu ibu sahaja..jika terlalu tinggi, baru fototerapi. Ia akan beransur pulih perlahan2.
Berikan air masak hanya buatkan bayi kenyang, kurang menyusu, kurang berak ( kuning keluar melalui najis) dan kepekatan darah cair ( bayi risiko kena sawan n cacat otak) bagi makan bende2 lain pun tidak membantu n hanya memberatkan hati n usus bayi yg belum matang utk proses benda itu.
Menyusu sahaja, baik utk ibu, bayi dan tiada risiko sampingan.

Tentang air zam2, saya sarankan ibu yang minum air zam2. Kerana
1-molekul zam2 halus n cantik dan boleh disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Research membuktikan, susu ibu membawa segala zat n nutrisi yg bayi perlukn dari ibu ke bayi.

2- sejarah Islam menceritakan, Selepas siti hajar berlari antara safa dan marwah, dan bila nabi Ismail menjumpai air zam2. Hajar terus minum air zam2 dan menyusukan nabi Ismail. Sejarah tidak menyebutkan Hajar memberi kepada nabi Ismail.

3- molekul susu ibu dan liang susu ibu sangat unik n magic. Ia laluan utama utk ibu transfer segalanya spt antibodi, hormon, zat, molekul zam2 dll mengikut keperluan badan si bayi. Malah, molekul AIDS dan penyakit berbahaya, saintis kaji molekulnya besar, dan tidak boleh melepasi liang laluan susu ibu tu.

So baik ibu yang minum air zam2 dan niatkan pd anak moga sembuh.

Mandikan dengan air daun dll, saya penah buat pada Nuha, akibatnya kuning makin tinggi hingga 200 lebih, dari rendah jadi tinggi. Saya masih jahil ilmu pd ketika itu. Ketika nuha di wad, doktor dan nurse juga pesan jangan bagi mandi sebarang air daun pun..kerana bahan dlm daun pun bole serap dalam kulit bayi n jadi punca kuning makin tinggi. Setiap bayi berbeza reaksi terhadap ini. Ade yg ok tak jadi ape, dan ade yg tak ok utk reaction tu. So waspadalah. Risiko tetap ade

Monday, February 17, 2014

Minggu Kedua Hingga Keenam Kelahiran Bayi~

Minggu kedua sehingga keenam

Berapa kerap bayi perlu menyusu?

Penyusuan yang kerap dalam minggu pertama sangat penting untuk membina bekalan susu yang baikKebanyakan bayi baru lahir perlu menyusu 8-12 kali setiap hari (24 jam). Jangan terlalu kerap dan jangan terlalu jarang.
Menyusulah semasa wujud tanda bayi lapar (bayi resah dan memasukkan tangannya ke dalam mulut)-jangan tunggu sehingga bayi menangisBenarkan bayi berada di payudara anda selama mana yang boleh apabila mereka aktif menghisapseterusnya beri payudara yang sebelah lagi. Sesetengah bayi yang baru lahir tidur berlebihan. Kejutkan mereka untuk menyusu jika selepas 2 jam (siangdan 4 jam (malambayi tidur tanpa menyusu.Apabila bayi mendapat corak pertambahan berat yang baikanda boleh berhenti mengejutkan bayi dan menyusu semasa bayi perlu sahaja.

Perkara di bawah ini adalah normal:

Menyusu kerap dan lama.
Corak penyusuan yang berbeza setiap hari.
Sangat kerap dan berterusan menyusu untuk beberapa jam. Ini biasa berlaku  pada bulan-bulan pertama.
Dorongan pertumbuhan (growth spurt), di mana bayi menyusu lebih kerap dari biasa untuk beberapa hari dan sangat cerewet.


Saturday, February 15, 2014

Minggu Pertama Kelahiran~Apa Ibu Perlu Tahu?

Apa yang ibu perlu tahu pada minggu pertama kelahiran?

~Menyusu dengan kerap akan menggalakkan bekalan susu yang baik dan mengurangkan bengkak susu.  Menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali setiap hari (24 jam). Jangan terlalu kerap dan jangan terlalu jarang menyusu.
~Menyusulah semasa bayi menunjukkan tanda lapar (bayi resah dan memasukkan tangannya ke dalam mulut~jangan tunggu sehingga bayi menangisBenarkan bayi berada di payudara anda selama mana yang boleh   asalkan mereka aktif menghisap,seterusnya beri payudara yang sebelah lagi. Sesetengah bayi yang baru lahir tidur berlebihan. Kejutkan mereka untuk menyusu setiap 2 jam (siangdan 4 jam (malam). Cara mengejut bayi yang betul ialah angkat bayi dan letakkan di dada.




Adakah bayi mendapat susu yang mencukupi?

Pertambahan berat: Bayi baru lahir yang  normal boleh kehilangan 7% daripada berat lahir dalam beberapa hari yang awalSelepas susu ibu dihasilkansecara puratanya bayi yang menyusu susu ibu akan mendapat 6 oz/minggu (170 g/minggu).Timbang  berat bayi pada hari ketujuh atau kelapanDapatkan nasihat doktor dan kaunselor laktasi jika bayi tidak mencapai berat yang dijangka.

Membuang najis: Pada hari-hari awalbiasanya lampin bayi akan kotor sekali sehariSelepas hari ke-4, najis sepatutnya kuning dan bayi seharusnya membuang air besar sekurang-kurangnya 3-4 kali sehari. Sesetengah bayi membuang air besar setiap kali menyusu atau lebih kerap-ini adalah normal. Najis bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lembut dan berair.

Lampin basah: Pada hari-hari  awallampin bayi biasanya basah sekali sehariApabila susu ibu telah  terhasildijangka 5-6 kali lampin akan basah setiap 24 jam.




Perubahan pada payudara

Susu anda biasanya akan terhasil (pertambahan kuantiti dan perubahan dari kolostrum ke susu) di antara hari ke 2 dan ke 5. Untuk mengurangkan pembengkakanjangan elak daripada menyusu (walaupun di waktu malam), pastikan perlekapan/posisi yang  betuldan biarkan bayi habis menyusu payudara pertama sebelum menawarkan payudara yang sebelah lagiJika bayi bermasalah untuk melekaptekapkan tuala yang direndam air sejuk atau daun kubis diantara waktu menyusu. Jika bayi bermasalah  untuk melekap disebabkan pembengkakan payudaraperah susu sehingga puting menjadi lembutkemudian cuba melekap semula.






Hubungi doktorbidan atau kaunselor laktasi jika:

Lampin bayi tidak basah atau kotor
Urin bayi  berwarna gelap selepas hari ketiga (sepatutnya kuning pucat atau jernih)
Najis bayi berwarna gelap selepas hari  keempat (sepatutnyakuning kehijauantanpa meconium)
Bayi kurang menyusu
Ibu mengalami symptom mastitis (kesakitan payudara besertademamkesejukan selsema)

Sumber artikel dari :  http://kellymom.com/bf/normal/newborn-nursing/
Penterjemah            : Pn Fatariah Zakaria

Editor                      : Pn Siti 'Aisyah Samat




Perkongsian Kak Lin Tentang Anak-anaknya

Perkongsian kak Line..untuk rujukan saya dan yang lain.

Hari ini cuma nak kongsi tentang sejauh mana kebenaran kata kata pn lina permulaan mengajar anak dgn al.quran akan menyerap ilmu lain.Dulu kita ada tonton kebolehan darwish blh membaca bhs inggeris..formulanya pn lina start dgn alquran dan ilmu lain akn segera menyerap dgn rangsangan santai.Saya tlh lihat kebenarannya pada hasif..hasif kini blh membaca bhs inggeris bhs melayu dan bahasa jawi dan mengira 1 to 100 dlm bhs inggeris dan b.mel dgn pantas.sesiapa yg ada baca komen sy di fb sy pernah beritahu hasif x mampu bercakap hingga berumur empat tahun dan baru sahaja menyambung ayat dua tiga bulan kebelakangan ini..bknlah mahu mengatakan anak sy bijak malah jauh sekali berbangga..tetapi ingin berkongsi kebenaran dan kehebatan al quran yg telah sy nmpak hasilnya pd sahabat sahabat..teruskan usaha anda..yakinlah..harap ini dpt memberi lebih motivasi pada ibu ibu yg berjiwa besar.saya akan kongsikan kelak hasif blh membaca mengira dgn pelbagai tulisan dan bhs tersebut..

Tentang ajar menghafal pula,
x ada rahsia..just follow cara pn lina.je..hehe..cth ptg nk ajar dia surah al ikhlas..seminggu sblm pasang surah al ikhlas tu kt tv yg ada siap tulisan..adik ahmad saoud..pasang setiap hari waktu siang..
pastu mula buka muqaddam surah al ikhlas..ibu bacakan...sebaris demi baris..bgtau goal.hari ni baca ikut mama je
selama seminggu tu ibu hari hari atau ada free ngaji guna mulut sendiri..mcm pn maznah buat punblh..guna sukukata..biar anak dgr dan ikut..mula mula dia dgr je..lama lama dia ikut
pastu dia sbnarnya hafal dulu dan hafal tulisan al ikhlas kt tv tu..lama lama baru dia mengeja..dan serentak membaca..skrg pun dah blh mula..sesiapa yg baru start dgn flashcard..semuanya serentak..anak kita blh serap..sbb otak mrk tgh hebat memori sama dgn 14 THN MEMORI

Rujukan saya :
DarwishnDarwisya: Darwish dan Sijil Hafazan 30 Surah terakhir pada umur 3 Tahun dan Nasihat Untuk Ibubapa Diluar sana - http://darwishndarwisya.blogspot.com/2012/02/darwish-dan-sijil-hafazan-30-surah.html?m=1
Darwish 3.9, darwisya 3.2
DarwishnDarwisya: Perbezaan Perkembangan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan - http://darwishndarwisya.blogspot.com/2010/10/alhamdulillah-darwisya-semakin-sihat_20.html?m=1
Jangkaan tinggi namun capai berbeza. X apa. Kita letak je hsrat niat impian kita

hasif nye dah rabak..sbb hasif gigit...awww..ada beli baru satu set awal awal khas utk hijjaz bucuk.hijjaz kat kg dgn mak lima hari start td sbb pengasuh ada hal..alolo rindu la kat hijjaz..dah la dia tgh batuk...al furqan nya dah tinggal siap siap pesan kat mak hijjaz dah mula baris bawah

mintak mak jd guru ganti
hijjaz oooo hijjaz

huhu
reward hasif harini lps mengaji al balad nk tgk banana.agry bird..ok tp sejam je..utk adik.adik.bwh empat tahun x sesuai lg reward ni..lps empat tahun blh la perkenal sikit kartun tp yg sesuai
mlm ni punya reward pula lps dgr enam ayat surah al kahfi berulang ulang blh pergi main kat tmpat permainan kanak kanak dlm giant..
cadangannya..siang bg anak dgr surah pendek bhgn masing masing cth pagi tiga jam pertama pasang surah annas utk hijjaz tiga jam berikutnya surah al balad bergilir smpai ptg.malam pasang al kahfi enam ayat shj dlm mod repeat dan selepas tu minta mereka baca hafaz al kahfi..serentak hafaz dan baca surah pendek yang telah dipasang pada waktu siang tadi..
ini plan hafazan trainning utk ibu yg ada anak lebih drp satu..nak cube

x bg tau suruh hafaz..cuma ckp ktmereka ni surah ape..mrk faham mama suruh hafaz walaupun mr x ckp.
cuma dia akan respon oooo mama ni surah al.balad..hijjaz pula akan pandang arah bunyi surah tu..masa hasif kecik dia automatik hafaz je sama dgn hijjaz..baby kan..bila hasif dah besar baru ajar guide ikut tulisan lps pasang surah tu..so bgla reward..laju la dia bila tau ada reward..tu je..

tp kalau btl btl.ikut step pn lina. mmg cepat ank dpt baca dan hafaz..cume tu la. bila kita x free cth ada hal..anak sakit atau ada kelas ..kdg kdg terbantut la jugak...nasib ada support group ni..alhamdulillahhhh sgt

1. pagi atau ptg pasang surah yg nk diajarkan..2. ptg tu ajarla baca surah tu.dlm muqaddam.pertama tetapkan goal..bgtau anak.hari ni baca je surah ni tanpa perbetulkan tajwid.
walaupun merangkak baca x apa..next session baru baca smbil betulkan sebutan dan tajwid..selepas itu bgtau goal adalah baca dan tajwid betul tanpa merangkak sesi berikutnya goal mesti baca lancar dgn tajwid yg betul. akhir sekali.hafaz ..kalau ada silap sebut ibu sebut mana yg ank x hafaz je..yg lain biar dia hafaz sendiri


Friday, February 14, 2014

Tingkatkan Susu Anda dengan Teknik "BabyMoon"

Post daripada Page Jom Gendong :

Ayat mantra yang selalu digunakan semasa membantu ibu yang ada masalah penyusuan.

Nampak mudah tapi sukar kerana musuh utama adalah masa dan komitmen.

Cuba ambil cuti beberapa hari, luangkan masa menyusukan bayi secara terus dengan bayi dengan tenang tanpa memikirkan jadual pemerahan.

Cadangan yang wajar dicuba, insyaAllah akan nampak hasilnya.

Jom babymoon. Spend quality time with our baby.


Buat ibu yang ingin meningkatkan susu dalam masa yang sama tidak mahu terikat dengan jadual pam yang ketat dan stok susu! Boleh cuba "babymoon". Ambil cuti dan berehat, susukan bayi sepuasnya dan bila anda kembali bekerja, hasilnya susu anda pasti meningkat. Cubalah!
Suka jugak dengan pengalaman Kak Norashida Abdul Rahman ni..
"Pengalaman saya

Anis umur 9 bulan. kena demam campak berair.
Kena kuarantin dirumah. Tak boleh pergi nursery.
Saya pun cuti tanpa gaji selama 2 minggu untuk menjaga anak sakit.
Di rumah, anak tidak mahu makan. Tekak perit agaknya.
Hanya menyusu, menyusu dan menyusu...
Saya tidak pasti jika dia kenyang. tapi yang pasti dia tenang.
Minggu pertama, saya flat. Letih. Menyusukan pun sambil baring sahaja.
Anis tidur. sambil tidur pun menyusu. Dikemam sahaja. Biarlah, asalkan dia tenang.
Minggu kedua, saya perasan perubahan yang sangat mengejutkan.
Susu melimpah ruah. menitik, menitis, bengkak, hampir demam dibuatnya.
Seperti dalam pantang sahaja lagaknya.
Syukur anis pulih dari campak. 16 hari jugak saya "babymoon" dengannya.
Bila hantar nursery, semua cikgu kata anis makin bulat. hehehe

Jom bereksperimen sama-sama 
Buktikan hipotesis"

Saya pun sewaktu Nuha sudah setahun lebih, pernah sekali Nuha demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Saya ambil cuti dan sepanjang hari saya menyusukan Nuha, dia tak nak makan nasi atau apepun..dia hanya mahu menyusu. Saya layankan saja. Sebab saya tahu dan yakin, bila anak kita demam dan kita sentiasa bersama anak, badan kita akan bina antibodi untuk melawan virus anak kita. Antibodi yang terbentuk itu akan disalurkan melalui SUSU IBU ! Sungguh ajaib ciptaan Allah SWT ini untuk melindungi anak kecil. Biasa paling lama pun 2 hari, Nuha akan kebah demamnya dan dia beransur sihat. Dan selera makannya kembali seperti biasa setelah dia sihat. 
Jadi, janganlah anda risau jika anak anda asyik menyusu sahaja bila dia tidak sihat. Bersyukurlah dia mahu menyusu, kerana anda sedang "menyalurkan" antibodi semulajadi kepadanya untuk kembali sihat. Apapun, saya suka dengan satu photo dibawah ini !
Perlu diingat, matlamat "babymoon" ialah untuk menambah "demand", bukan membuat stok !


Monday, February 10, 2014

Surat Bayi Untuk Ibu !

Buat ibu tersayang,
Ibu, saya tahu ibu sememangnya yakin yang susu ibulah yang terbaik untuk saya, yang dibuat khas untuk saya.

Saya cuma nak ibu tahu,kalau kita terpisah selepas saya lahir, ketahuilah yang saya akan kurang sedikit berat berbanding rakan saya yang sentiasa bersama ibu mereka. Ibu jangan risau ye! Kerana yang saya perlu ketika itu hanyalah menyusu dengan kerap.

Saya tahu, beberapa hari saya lahir ini, ibu rasa risau bila ada yang kata saya lapar, tak cukup susu dan ibu pula tak mampu buat susu yang cukup untuk saya. Ibu, jangan risau ye! Kerana saya pada masa ini, sangat perlukan kolostrum ibu yang pekat, likat dan kaya protein juga antibodi yang mana boleh turunkan bacaan demam kuning saya.

Ibu tahu tak? Saya masih tengah cuba latih untuk gerakkan lidah saya, kita pun masih cuba untuk sama2 selesa, jadi saya perlukan lebih dari 20 minit hanya untuk mendapat 1 sudu teh kolostrum (5-7 ml). Tapi ibu jangan risau ye! Sebab saya memang selesa dipeluk di dada ibu,mendengar degup jantung dan bau badan ibu. Sangat menenangkan. Kalau ibu nak tahu, saiz perut saya masa ini sebesar guli je, kapasiti 5-7 ml je ibu, jadi memang muat2 je dengan kuantiti kolostrum yang ibu hasilkan. Ibu, saya gembira sangat, terlalu gembira bila saya dapat telan kolostrum dari ibu, sebab saya sudah dapat ‘imunisasi pertama’ saya yang kaya antibodi dan dapat selamatkan saya dari segala penyakit dan jangkitan kuman.


Perut saya yang sebesar guli pula masih "keras" dindingnya dan belum lagi matang. Sebab itu saya akan muntahkan susu balik jika ada yang memberi saya susu melalui botol.
Saya hanya ada dua cara untuk sampaikan mesej saya kepada ibu, iaitu menangis dan menghisap. Sebab pandangan saya masih kabur dan anggota lain masih belum kuat lagi. Menangis dan menyusu adalah segalanya buat saya ibu, jika saya lapar, tak selesa, takut, rimas. Hanya di dada ibu yang mampu menenangkan saya.

Saya tahu ibu mungkin keliru bila saya asyik menyusu dan menyusu, walaupun saya sudah kenyang. Saya tahu ibu boleh beza antara hisapan saya ketika lapar atau hisapan ketika mahukan keselesaan. Sebenarnya ibu, banyak perkara yang saya rasa bila berada di dada ibu, ia bukan sekadar hilangkan lapar namun di situlah rumah saya untuk saya dapat ketenangan dengan menyentuh ibu dan mendengar degup jantung ibu.
Jika saya diberi susu botol, mustahil untuk saya rasakan nikmat ini, ibu. Saya mungkin boleh menghisap sahaja puting botol sehingga saya sedar perut saya akan makin sakit, kerana pada hari ke-10 kelahiran saya pun, saiz perut saya hanyalah sebesar bola pingpong!
Ibu, terus terang, saya memang tak boleh tahan keinginan untuk sentiasa menyusu sebab saya memang dilahirkan untuk menyusu saja (selain menangis) dan dari dalam perut ibu lagi, aktiviti saya ialah menghisap!
Lepas beberapa minggu nanti, baru saya akan okey tapi sekarang, MENYUSU ialah aktiviti utama saya. Ibu nak tahu sesuatu yang "cool" tak? Bila saya kerap menyusu di hari awal ini, badan ibu akan aktifkan reseptor prolaktin! Dua minggu pertama saya, semakin tinggi saya tingkatkan level prolaktin dalam badan ibu ( hisapan saya merangsang peningkatan prolaktin dalam badan ibu) semakin banyak reseptor prolaktin yang diaktifkan dalam kilang susu ibu, dan nanti barulah bekalan susu ibu untuk saya semakin tinggi! Selagi ibu terus pilih untuk terus menyusukan saya, selagi itu bekalan susu ibu akan semakin banyak!
Jadinya, lagi banyak reseptor prolaktin yang ada, lagi banyak tempat untuk hormon prolaktin dan lagi senanglah nanti ibu nak hasilkan susu yang cukup, yang saya perlukan.
Selain prolaktin, ada lagi hormon oksitosin, Hormon yang saya aktifkan bila saya menyusu di dada ibu. Ia hormon kasih sayang yang jadikan ibu rasa tenang dan bahagia ketika menyusukan saya. Teruskan menyusu, ibu! Tarik nafas dan bertenanglah! Bila oksitosin tinggi, barulah susu untuk saya akan keluar.
Saya tahu ibu mungkin rasa janggal dan kekok dengan situasi ini tapi saya harap ia akan buatkan ibu rasa "TERBAIKLAH" untuk menyusukan saya sekarang.
Ibu, saya tahu ibu cuba yang terbaik untuk saya dan ibu tentu risau adakah badan ibu mampu hasilkan susu yang cukup untuk saya? Saya tahu ibu sudah biasa segalanya perlu diukur kuantitinya, berapa mililiternya dan payudara ibu tiada pengukur itu untuk memberitahu ibu berapa amaun susu ibu yang saya dapat. Mungkin ibu guna ‘breastpump’ dan bila ibu pam, susu yang keluar tidak banyak, itu lagi buatkan ibu semakin pasti yang susu ibu tidak banyak kan? Ibu janganlah begitu. Ibu tolonglah ibu, saya harap ibu faham, sebaik mana dan semahal mana pun ‘breastpump’ itu cuba meniru saya menyusu, ia tidak akan sama dengan cara saya menyusu. Samam sekali tidak sama, ibu! Badan ibu tidak dicipta untuk menghasilkan rangsangan hormon yang hebat pada sekeping plastik sejuk dengan bunyi motor pam yang bising itu!
Ibu pasti tahukan apa ibu rasa bila ibu menggendong saya, memeluk saya di dada ibu yang rasa suam-suam panas itu, dan ibu main ‘cak cak’ memicit pipi saya yang tembam. Perasaan itulah ibu, yang akan bantu ibu untuk buatkan susu yang cukup untuk saya.
Perasaan itu ialah satu bahagian daripada sistem badan ibu yang direka untuk buatkan ibu sentiasa perlu dekat dengan saya. Ibu, saya tahu ibu sangat sibuk, banyak benda yang ibu lakukan sebelum saya hadir dalam hidup ibu, dan saya tahu pada waktu ini, ibu tentu rasa risau kerana ibu akan rasa susah nak buat kerja itu, kerja ini dan rumah kita pasti bersepah.
Tapi ibu perlu tahu, setiap saat yang ibu habiskan untuk memeluk saya, setiap jam yang ibu habiskan untuk menyusukan saya pada hari awal saya lahir ini, sangat penting buat saya sebab ibu adalah segalanya buat saya. Saya sayang juga ayah, tok dan semua rakan kita, tapi saya dijadikan untuk lebih gembira dan tenang bila bersama ibu.
Boleh tak ibu gendong saya didalam sling/baby carrier selepas menyusu? Sebab saya sangat suka dengar degupan jantung ibu ketika lena tidur saya, dada ibu yang suam panas, lembut dan bau badan ibu yang wangi untuk saya. Ibu tahu tak, ruang diantara payudara ibu dijadikan Allah muat-muat saiz kepala saya dan tiada apa lagi yang saya sangat suka melainkan sentuhan kulit ibu dengan kulit saya. Hm..mungkin ada juga sesuatu yang saya lagi suka! Haa saya suka kalau ibu tidur disebelah saya selepas kita habis sesi menyusu.
Oh Ibu, bila ibu menyusu sambil berbaring, susu ibu akan laju dan sangat lancar! Dan saya dapat rasakan yang ibu sangat gembira bila bersama saya, dan saya rasa saya sangat intimewa di hati ibu sebab ibu sanggup tinggalkan semua kerja lain untuk menyusukan saya, dan ibu tidak buat kerja lain selagi saya tidak lepaskan sendiri payudara ibu.
Dan ibu, ada janji yang saya mahu katakan pada ibu, saya tidak pasti bila ianya berlaku, tapi akan datang satu hari yang saya mula kurang rapat dengan ibu. Ianya bila masa penyusuan saya sudah stabil, tersusun, berat saya pun naik stabil dan kadang kala saya akan lebih suka ayah atau orang lain untuk dukung saya.
page9image10672 page9image10756
 Tapi hari ini, saya sangat perlukan ibu. Ibu tetap NO 1 di hati saya, walaupun selepas ibu sudah tidak menyusukan saya lagi. Terima kasih banyak atas apa yang ibu lakukan pada saya sehingga hari ini. Semoga ibu terhibur dengan kesihatan saya yang baik, senyuman manis saya dan gelak tawa saya dan saya harap dengan keletah saya ini, ibu akan terus bertahan.
Semoga ibu terus kuat untuk menyusukan saya.
Salam Sayang dari,
Anakmu yang sangat sayangkan ibu ! 

Penyusuan Ibu Sahaja Selama 2 Tahun?

Saya pernah bertanya tentang penyusuan ibu sahaja tanpa sebarang makanan/solid food kepada kawan2 kaunselor laktasi yang lain. Pernah ada kawan saya juga bertanya, bolehkan bayi diberi susu ibu sahaja sehingga 1 tahun setengah?
Sebagai peer kaunselor, saya bukan memberi keputusan kepada ibu tersebut, tetapi saya memberi maklumat apa yang ibu perlu tahu jika mereka ingin anak mereka menyusu sahaja. Jadi saya sekadar memberi info tentang risikonya iaitu kekurangan iron. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan untuk bayi mereka.
Di sini saya sertakan sekali jawapan peer counselor yang lain sebagai rujukan ketika kami membincangkan hal ini. Juga link kepada artikel berkenaan :)

Jaye Chan Je Chih, Breastfeeding Peer Counselor.

"it is recommended to start giving solid because of insufficient iron in breastmilk for older babies to grow. Older babies need other nutrients to grow well apart from breastmilk."
http://www.nbci.ca/index.php?option=com_content&view=article&id=49:starting-solid-foods&catid=5:information&Itemid=17

http://kellymom.com/nutrition/starting-solids/solids-when/

Norashida Abdul Rahman, IBCLC.

"Siti 'Aisyah i dont come across any islamic scholar mention specifically about the nursing period only without food. so, if mom decides to beleive and practice that, i would suggest for routine iron checkup just on safe side.
its beeing controversial issue since 2008. till now as mention earlier, i dont come across any spesific islamic documents or islamic scholar advocates nursing without solid food for certain period. the funny thing is, these "no solid food" beleiver will introduce FM to their baby onced the nursing period stop. haih.... this means the infant feeding knowledege is still not at the right way.
Islam itu mudah, ia tidak membebankan"

Marliza Maharon, Breastfeeding Peer Counselor.

"Aisyah, this topic was discussed in class haritu. Sis Norashida Abd Rahman had the book/printed material about this.
Its really up to the mum. Kalau anak dia dah show interest to eat (mulut kunyah2 when parents tengah makan), lebih elok bagi makan. I think lagi dosa if u deprive the kid of food, and biar je dia terliur terkumat kamit kan? Najis tu ala, kalau dah kencing tu cuci jela sebersih2nya. Najis ringan tu lap lap je tapi tak salah kalau cuci lebih skit. Huhuhu."

Syuhadah, Dentist.

"Allah tlh menetapkn hidayah pd bayi (sunnatullah) cthnya lahir2 dia tau nk minum susu, dia nganga nangis dn lain2 ptunjuk. Dn pd usia 4-6 bln, sunnatullahnye bayi akan tliur, tjuk nk mkn etc. Dn kajian sains btpatan dgn sunnatullah ni. Spt mmg usus bayi dh bsedia menerima mknan pd usia 4-6 bln. Ikot bb, bila muncul tanda2 nk mkn tu 😊"

Siti Mashitah Sarif, Playgroup Teacher Alim Kids

"Aisyah dan Zana yg rajin... Ada soalan pasal full bg for 2 yrs masa micf conference hari tu.. Dr Iqbal (kalau x silap la nama dia..pakar paediatric) jawab.. x sesuai utk tubuh budak. Sbb ada kes yg dtg kat dr tu sendiri. . Nampak budak tu kurus sgt.. tp kurus can be sbb genetic or else.  Bila dah check details.. mmg zat kurang dlm bdn..ada la dia sebut details zat2 yg x cukup tu.. rupanya mak dia menyusu aja x bg mkn sampai budak tu dkt  2 tahun..πŸ˜ͺ
Akak first dgr sbnrnya. Terkejut jugak..sian budak tu x mkn.. ada jugak yg faham gitu rupanya. .huhu"

Siti 'Aisyah ( its me! ) Breastfeeding Peer Counselor

"Kalo rujuk carta pemakanan who, untuk budak 1 tahun ke atas, makanan utama yg solid n susu hanya pelengkap je..lgpun nk slowly ajar budak dgn menu makan cam dewasa kn.."

Zamira Ali, Specialist in Early Quranic Literation for Baby dan Kids

"Mira ada kenal seorang ibu ni,ada ank y istimewa..tapi masa baby,ank ni mcm baby y lain,sihat...mungkin dah takdir Allah,perkembangannya very slow..apa y k.mira perhatikn makcik ni x bg ank dia solid food walaupun dah umo setahun lbh..katanya susah nk basuh najis ...pastu ank dia punya prestasi amat merosot..sekarang ni dh 11 thn kot,x boleh berckp dgn betol..pemikiran mcm budak kecik sgt..kesian dia.."



Relaktasi~Fahami Ibu dan Misi Ibu~

Pendapat sis Kamariah bila saya tanya beliau tentang relaktasi...

"relactation is not always easy for all moms. it requires full motivation and effort. therefore i usually will start with a long conversation to understand why she quit in the first place and what makes her think she want to breastfeed again. Then i will ask what is her goal, Is it just to produce milk or to breastfeed again?
Then after understanding whst she wants to do (not what we want), we can affirm her feeling.
Later, educate her based on her background. Pumping 4 times a day usually wont be enough to switch on back our milk factory. the initial effort usually require full swing stimulation eg 8-12 times in 24 hours. Skin to skin contact is still important(even if baby is not yet interested to bf yet).
fyi in our group we have pc who had successfully relactate. perhaps she can share more of her experience."


Sunday, February 9, 2014

Perkongsian Syahdu Tentang Penyusuan

"Kwn k.mira dia pun cikgu gak...dia pakai pam mesin tu...before dia meninggal dia da wat stok penuh fridge  aiskrim mcm kt kdai tu...kiranya ank dia still boleh menyusu lg slps 6 bulan arwah tiada..
Hujung februari ni genap setahun arwah pergi...paling syhdu sekali,masa saat2 akhir dia pun dia masih pum lg utk ank dia..arwah meninggal kemalangan..meninggalkt ctu jugak.masa pihakbomba keluarkn arwah dr kereta tu,pum tu jatuh...
Semoga Allah merahmatinya..al fatihah..

K.mira suka pasal baby mlm kdua lahir..ilhampun camtu jugak..start lahir dia menyusu selama 3 jm baru stop.than tdo 2jm,bgn nyusu blik 3 jm..selagi xcukup 3jm,dia xnk berhenti n xnk tdo..sampai tahap bondanya y nangis coz x cukup rehat..tapi d sebbkn azam y kuat,tabahknlah hati utk bf walau apa pun y trjd..ilham menyusu mcm tu sampai umo 6 bln..
Tp y bestnya mak k.mira kata,baby baru lhr mmg mcm tu,dia dh biasa dgr alunan zikrullah dari stp organ tubuh ibunya..bila lahir,sbb tu bila lahir,dia nyusu lm2,sbb dia masih boleh dgr alunan zikir tu kt dada mak dia..kt ctu la ketenangan n baby rasa selamat..huhuhu..igtkn andaian mak k.mira je..😁"

Cerita dari Kak Zamira tentang penyusuan sungguh syahdu..Saya letakkan di sini sebagai motivasi untuk ibu lain menyusu.

Saturday, February 1, 2014

Menangani Anak Agresif~ Generasi Millenia

Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak gen Milenia atau Alpha ini. Ramai yang masih menggunakan skil keibubapan semalam untuk menangani generasi hari ini.

Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan, terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang atau terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.

Generasi Melinia ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahukan cara mereka.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140130/ke_03/Anak-terlalu-agresif#ixzz2s4DGfeFO 

Salah Faham tentang Doa

misconception ttg doa. Ramai kata dah doa, ayat quran dah amal n bace zikir macam2 tp susu sikit masalah tak setel jugak.

Doa bukan sekadar bace dan tadah tangan. Tp setiap ape yg kita fikir, ape yg kita cakap, apa yg kita rasa dan tindakan kita, semua ialah doa pada Allah SWT. Allah mengikut sangkaan hambanya.

Sebab tu kene fikir positif ( Yakin Allah bg susu cukup). Rasa kat hati-aku boleh! Mesti Allah bantu bila aku dah niat nak menyusu ni.
Tindakan- aku mesti usaha cari ilmu penyusuan, ilmu penyusuan dari Allah jua kn. Percakapan - jaga cakap dan cakap yang baik2 saja. Kalau ade yang kate, "sikitnye susu ko ni, cukup ke". Jawab, "Alhamdulillah cukup. Allah yg beri rezeki, Dia bagi cukup".

Barulah sukses..kalau kita pun cakap negatif seperti tak cukup, tak banyak. Means itulah doa kita pada Allah. Kita mula tak yakin padaNya.
Allah itu mengikut sangkaan hambaNya.

Jugak jangan lupe semak adab berdoa, sebab kenapa doa tidak makbul dan cari bila waktu mustajab berdoa ye!

Barulah ada kualiti dalam doa kite 
Alhamdulillah, syukur pada Allah Yang Maha Kuasa. Saya saya menyampaikan ilmu pinjaman dari Allah jua