Lilypie - Second Birthday

Friday, May 30, 2014

Rawatan Baby Cleft Pallate

------------------------------------------------------------------------------------------
Ibu : Puan, saya nak beli pil tambah susu.

Saya : Boleh saya tahu mengapa puan nak makan ubat tersebut?

Ibu : Saya rasa susu saya semakin kurang. Bila perah dapat 4 oz je. Anak saya sekali minum dah habis.

Saya : Oh, begitukah. Pasti puan susah hati kan sebab demand lagi tinggi dr supply. Boleh saya tahu umurnya berapa?

Ibu : Ya, susah hati betul. saya nak sgt BF dia selama mungkin. Kalau boleh tak nak bagi FM sebab beliau kena sihat untuk menjalani pembedahan. Anak saya berusia 2 minggu.

Saya : Bagus niat puan tu, teruskan menyusu ya. saya sangat sokong tapi boleh tak saya tanya beberapa soalan?

----------------------------------------------------------------------------------------

Nota : Hasil dari kaunseling tersebut, rupa-rupanya anak beliau ada masalah cleft palate/sumbing. tak dapat latch dengan baik maka ibu memerah sahaja dan beri anaknya minum melalui cawan.

Saya sokong beliau dengan tambahan fakta berkaitan........
> saya puji yang hasil sekali perahan beliau yg 4 oz tu adalah banyak jika dibandingkan dgn umur bayi dan saiz perut bayi. Ibu tersenyum bangga 
> kepentingan kerap memerah susu jika tidak menyusukan anak
> cadangkan beberapa posisi yg sesuai khusus utk cleft palate baby untuk mudahkan lekapan
> fakta saiz perut bayi yg kecil dan pemberian amaun yg sesuai dgn saiz perut
> fakta susuibu cepat hadam maka adalah normal bila bayi kelihatan kerap menyusu
> ajar cara pemerahan susu yang efektif menggunakan mesin pemerah dan tangan

P/S : Untuk anda yang mempunyai anak yg sempurna sifat tubuh fizikalnya, jika ada cabaran dalam menyusukan anak, cubalah ingat kepada kisah ibu ini ya. Tiada apa yg dapat menghalang kejayaan kecuali diri sendiri. Dapatkan bantuan jika perlu. InsyaAllah dipermudahkan.


http://cleftlipandpalatebreastfeeding.com/

http://www.lalecheleague.org/nb/nbmayjun02p88.html

http://kellymom.com/health/baby-health/bfhelp-cleft/



Info dari kak Shida

Wednesday, May 28, 2014

JAUNDIS

[ JAUNDIS ]

Tentang demam kuning, jaundis..
Jaundis sebenarnya normal untuk negara Asia, 90% bayi biasenya terkena jaundis.

Jangan takut bila baby kene jaundis, sebab jaundis bukan disease/penyakit, tapi ia adalah satu kondisi/keadaan.

Ramai orang takut sangat anak kena kuning, padahal sebenarnya ia satu keadaan, anti-oxidant dan proses detox untuk badan baby "flush" segala kotoran dalam badan die sejak di alam rahim lagi.
Ia bukan penyakit!!! Demam kuning bukan satu penyakit!! So janganla risau 😀sebab baby demam kuning bukan sakit, tapi mengalami proses anti-oxidant yang normal.

Yang penting, sentiasa monitor paras jaundis dengan check kat klinik.
Breastfeed kerap untuk turunkan jaundis.
Elakkan bagi air macam2 sebab nanti baby kerap kencing dan kurang berak. Tahukah anda, 90% jaundis keluar melalui najis dan air kencing hanya 10% saja. Bagi air herba, sengkuang cina dan air lain hanya buatkan baby kerap kencing dan jaundis tak keluar banyak. Kita nak baby kerap berak supaya kuning cepat turun.
Ada orang breastfeed kerap, tapi kuning tak turun jugak, sebabnya tak menyusu dengan betul, cara menyusu salah jadi baby tak dapat susu yang cukup. Sesetengah mak tak perasan kadang2 baby bukan menyusu tapi sekadar "pacifier", maksudnya baby sekadar hisap nipple tapi tak telan susu.
Jadi bila kuning tak turun walaupun mak still bf, doktor sarankan formula, kerana itu juga choice yang ade untuk turunkan kuning. Sebenarnya bukan sebab susu ibu, tapi sebab lekapan menyusu tak betul, baby tak dapat cukup susu jadi kuning susah nak turun..
Bagi susu formula, boleh jugak turunkan kuning..cuma ibu kene tau risiko, risikonya ialah
-milk supply akan kurang, lama2 susu ibu jadi sikit
- baby mungkin alami keliru puting, tak nak menyusu dah
- risiko kesihatan seperti alahan, sembelit dan lain2 jika tak sesuai susu.
-belum masuk lagi kos beli susu dan kos rawatan baby.
- dan akhirnya cabaran yang besar menyebabkan mak terus give up untuk fully bf..

Jadi, pastikan anda ada ilmu untuk buat keputusan yang bijak!😀

Sunday, May 25, 2014

MASALAH OBESITI DI KALANGAN IBU

Salam semua ibu dan bapa, 
Saya Siti Aisyah, seorang ibu dan sangat berminat dalam ilmu penyusuan. 
Hari ini saya nak kongsi kisah saya macam mana saya boleh "maintain" berat saya selepas bersalin sehingga sekarang.
Ramai orang cakap, saya kurus sebab saya menyusu, betul tu salah satu contoh sebab bila menyusu, memang 500 kalori kita akan terbakar. Tapi, korang tau tak yang point sebenarnya, kalau menyusu mesti kurus tak boleh dipakai sebab kajian tunjukkan bukan semua ibu boleh kurus kalau menyusu😄. Waktu saya di kursus Breastfeeding Peer Counselor pun, kami bincang isu ini dan ia memang tak boleh dipakai, sebab bukan semua ibu akan kurus bila menyusu sepenuhnya. Hatta, dalam kelas saya pun, ada ibu yang makin naik berat dia walaupun menyusu. Oh macam mana tu ye?
Okey saya terangkan, faktanya, ibu menyusu memang cepat lapar dan suka makan. Saya sendiri makan banyak dan kerap sewaktu anak saya menyusu. Banyak makan tak salah, cuma silapnya, ibu menyusu tersilap pilih makanan, makan makanan yang tinggi kalori seperti burger, nugget, aiskrim dan minum minuman manis seperti milo ais, teh tarik ( hari2 ye). Itulah sebabnya ada mak menyusu yang masih tak turun berat walaupun menyusu, sebab kalori yang dibakar tak balance dengan kalori dalam badan.
Saya pun bila dah biasa kerap makan, bila Nuha dan kurang menyusu, saya pula dah biasa lapar, kerap makan burger, nugget dan minuman manis berais kat sekolah saya. Memang berat naik! Huhu. Saya mula cari penyelesaian.

Senang saja rupanya, lapar tu tak salah, tapi kita kene pandai cari makanan berkhasiat bila lapar. Cari minuman berkhasiat. Macam saya sekarang, saya minum susu kambing yang dicampur habbatus sauda, kurma dan madu. Bila lapar, saya bancuh minuman ni dulu. 
Sebab kantin sekolah saya banyak dugaan..sekarang bila saya lapar, pegi kantin, bila saya tanya ada makanan apa, adik kantin jawab, "cikgu, ada nugget, burger, roti ja". Saya walaupun memang lapar ni, saya ingat je takpe jap lagi bancuh Gomilk dan saya jawab, "takpe dik, saya tak makan nugget." Dengan yakinnya hehe. Sebab Gomilk dah buat saya kenyang.
Saya mungkin akan pilih roti, mee atau bihun. Dan bila makan, kalau adik kantin tak ambik order air, saya memang biarkan saja, sebab saya nak minum air kosong. Kalau dia tanya, "cikgu nak order air ape?". Kalau waktu tu iman kuat, saya jawab, takpa saya minum air kosong je atau air suam saja. Tapi kalau ramai kawan2 cikgu makan sekali, iman saya memang tergugat tengok air manis berais diorang. So orderlah jugak. (Memang teringin jugak kalau duduk dengan kawan kan). Yang pasti, saya suka bila adik kantin terlupa amik order air dan saya makan sorang/ berdua. Jadi kuat sikit hati nak order air suam. Apapun semua, jaga apa yang kita makan tu, jangan pilih yang kalori tinggi, yang susu pekat manis, yang bergula kalau kita nak kekal sihat dan langsing.
Macam saya, lapar je saya bancuh susu kambing Gomilk. Ada dua perisa vanilla dan coklat. Yang best, tiada gula tapi tetap manis sebab ada ekstrak kurma. Yelah daripada lapar dan kita kunyah benda2 merapu, lebih baik kita isi perut yang lapar dengan minuman berkhasiat kan!
Bagi yang nak cuba, boleh tengok di link

https://m.facebook.com/NuhaLittleShop

Pendek kata, nak kurus atau diet bukan dengan jalan pintas, makan pil dan sapu cream dengan harapan lepas sebulan dah kurus ye, tapi memang anda kena teliti diet pemakanan anda, apa yang anda makan, apa yang anda minum. Certain orang sangat concern pasal makan, tapi tak berapa kisah pasal minuman. 
Moga tips yang saya kongsi membantu anda dan orang lain juga.

Dari,

Siti Aisyah Samat

Minuman Harian Berkhasiat Ibu Suri

Sebenarnya saya lupe nak cite satu benda..
Sekarang ada produk baru kat Nuha Little Shop, nama die Gomilk dengan Gochoc
Sejenis susu kambing campur habbatus sauda dan madu, keluaran HR MARKETING ( ala yang susu HiGoat tu)

Dulu saya preggy, setiap hari mesti minum susu HiGoat, sebab suka. Sepanjang menyusu Nuha, saya penah susu merudum, pastu tak sempat makan perut masuk angin, letih dan lain2.
Jadi saya buat "research" untuk atasi masalah ni, saya cari sumber semula jadi untuk tambah susu ( gambar tu artikel dalam buku saya yang saya rujuk dulu ) dan saya try satu per satu...macam2 try.
Okey long-story short, akhirnya saya jumpe dah..milk booster saya ialah oat, kurma, habbatus sauda dan susu v-soy multigrain.
So bile letih, bila tak sempat masak dan perut kosong ( sementara nak makan kat luar) saya alas perut dengan v-soy. Pendek kata, asal nak bagi susu banyak dengan cepat, memang saya minum v-soy dengan minyak habbatus sauda. Suami saya pun dah maklum sangat bende ni..
Kalo kawan yang rapat dengan saya, diorang pun tau rahsia ni.
So ntah macam mane bulan lepas susu Gomilk ni baru keluar dan saya tergerak nak try..sebab susu kambing + habbatus sauda + madu. Dan khas utk mak pregnant, menyusu dan berpantang. Sekali rasa, memang rasa seakan susu v-soy multigrain. Lagi sedap dan wangi. Best.

saya selalu balik keje mesti terkelepet letih..sakit kaki. Semalam, balik sekolah saya trus bancuh Gomilk. Lepas tu saya siap boleh kemas dapur, kemas ruang tamu, lipat baju dan makan, ajar Nuha mengaji dan posting sharing kat korang. Rase segar dan lagi kuat dari biase. Ade jugak letih tapi tak seteruk letih selalu.

Menyusu memang letih kalo kita tak pandai jaga makanan yg kita makan dan tak pandai posisi menyusu yg relax dan tak pandai skill nak handle anak. So sume tu penting. Sebab bila kita letih, kita akan stress-anak kurang perhatian-kita nak marah-anak pun moody sebab mak tak berapa nak layan-dan macam2 masalah lagi.
Saya nak kongsi kebaikan yang saya dapat bila minum susu ni, moga ia dapat membantu ibu2 lain yang mungkin ada masalah macam saya ni dan tak tahu cara nak atasi. Saya nak cite pun tak reti, kalo korang nak tau betul ke tak, kene rase sendiri.


Bagi yang berminat nak cuba, harganya RM 68 untuk satu canister (500 gram) dan postage rm7.
Apapun, korang boleh tengok di sini untuk lebih detail 😄

https://m.facebook.com/photo.php?fbid=249240675268675&id=143798499146227&set=a.165670496959027.1073741843.143798499146227

Dan link ke page saya

https://m.facebook.com/NuhaLittleShop



Sunday, May 18, 2014

Menuntut Ilmu dari Kak Shida

Tadi jugak kak shida cakap, Breastfeeding is NOT A COMPETITION!!
Bukan ko nak bertanding sape menyusu paling lama, setahun ke, dua tahun ke, sebulan ke?
Bukan..
"Kalau ade mak yang datang dan cakap, saya berjaya menyusu sehari je..saya akan cakap tahniah! Great job! Good! Sebab bagus sangat awak berjaya bf sehari tu, lebih baik daripada takde langsung! At least baby dapat jugak benefit susu ibu sehari tu."-kak Shida-

Jangan rase rendah diri, bersalah or guilty ke kalo korang tak berjaya bf atau dapat menyusu sekejap, yang penting korang kene cari ilmu dan usaha.
Nak teruskan menyusu or tak, tu decision masing2. Saya tak rugi ape dan tak marah apepun..jangan segan ke apa. Sebab selalu berlaku kawan2 saya cakap, "aisyah, kami berjaya fully bf setahun setengah je.. Atau aisyah, kami tak dapat fully bf dua tahun...tapi dapat fully bf setahun je, dengan nada sedih.
Korang ni, tahniah ok!! Korang tetap hebat even korang dapat bf sebulan ke, setahun ke, sehari ke, sebab saya tau bf bukan senang, bf bukan macam petik jari ko bole terus berjaya menyusu 2 tahun. Saya pun struggle gile sampai cari ilmu, korban masa, tenaga macam2 untuk berjaya bf. Saya boleh bantu lorongkan jalan, tapi yang tentukan kejayaan ialah anda. Kalo korang datang kat saya cakap, korang tak berjaya bf anak first korang, takpe saya akan trus support untuk korang cuba pulak nanti anak kedua, dengan cari ilmu.

Apepun, takpe next time anak yang kedua cuba lagi ok, jangan rase rendah diri.

Kalau anda nak bagi susu formula pun takpe memang takde sape nak kata ape pun, yang penting siapkan diri dengan ilmu, dan tahu risiko susu formula dan tahu risiko botol feed. Menyusu ke tidak tu pilihan masing2, bergantung pada ilmu yang anda ada.
Sebab tu ilmu penting, bila ade ilmu, kita tahu dan bila tahu, kita bole pilih keputusan terbaik untuk anak kita.




Nuha Little Shop
Tadi kak shida tanya soalan? Apa signal/tanda baby lapar?...haaa jawab! Jawab!

Majoriti jawab bila baby nangis, merengek, mengamuk. Sebenarnya bukan!

Baby menangis merengek ialah tanda lewat..bukan signal awal.

Ia adalah late cues.. Kite kene tengok early cues. Baru bf baby.

Breast ni macam restoren, bila baby menguap dan mengiring, macam baby angkat tangan, cakap, mama..saya lapar..

Yang mak pulak buat dek jer..macam kita la order makanan kat restoren, dah angkat tangan kat waiter, nak order makan, die wat dek..tunggu la sampai setengah jam, makanan tak sampai2 lagi! Haa ape korang rase, weh, dah sejam tunggu makanan tak sampai lagi! Mesti bengang sampai mengamuk kan? Rase macam tak nak makan n nak blah je..bengang! Apela restoren ni, kate servis bagus!!
Cam tu la, baby menangis tu macam orang yang mengamuk dah tunggu satu jam makanan tak sampai lagi.. Bila baby menangis- late cues - mak pun stress - susu pun dah bengkak - jadi kalut - lekapan pun tak betul - cara bf pun salah - baby pun tak dapat cukup susu sebab mak bf tak betul.

Jadi, jangan tunggu anak menangis baru nak bf ok. Nanti nak kene tenangkan anak dulu, macam nak tenangkan orang yang mengamuk tunggu order makanan berjam2 tak sampai.

Tadi kebetulan ade sorang bapak bagi menyusu pakai botol, kak Shida mintak die tinggikan kepala dan flow susu perlahan, bagi baby tu yang kawal hisapan susu tu.

Tau tak, bila kita bagi botol pada bayi, kepala baby rendah dan flow susu akan laju dan baby hisap 5 minit dah abis, kite tengok baby cam hisap nak susu lagi macam tak kenyang. So ibu pun bancuh la lagi susu sebab ingat baby lapar. Jadi, baby yang sepatutnya minum 2oz dah dilatih minum 4 oz-5oz sehari sebab kita dah ajar die minum banyak tu, perut die akan terima kapasiti banyak tu, 4 oz..jadi bila mak menyusu, breast buat 2 oz je sebab sepatutnya perut baby boleh muat 2 oz..dah tak cukup sebab awal2 dah diajar minum formula 4 oz. Tu yang mak2 fikir susu tak cukup.
Sebenarnya, baby ni normalnya puas dengan menghisap, bukan dengan menyusu. Menghisap ni aktiviti utama baby, selain menangis. Sebab tu baby breastfeed, puas menghisap lama dan dapat susu yang sepatutnya sesuai dengan perut die.

Non breastfeed baby, mereka tak puas nak sucking/menghisap. Sebab tu orang cipta pacifier ( puting tiruan) sebab nak bagi baby puas hisap dengan pacifier. But dah jadi tak natural kan.. 

Kelas Babywearing dan Breastfeeding Pn Norashida

Hari ni saya berpeluang ke kelas kak Shida, Allah...banyaknya ilmu yang saya dapat hari ni. Saya nak senaraikan antara perkara yang saya belajar.

- menyusu secara terus, direct feed adalah natural stimulation untuk maintain supply susu ibu, bukan pam yang canggih, bukan pam yang kerap. Pam hanya kalau baby jauh dari ibu.Yang penting, jaga direct feed.
Pengalaman kak shida, anak dah setahun, dah stop pam, just perah pakai tangan untuk stok esok, sebotol sahaja sebab anak dah makan, malam je direct feed. sampai anak dah 5 tahun still ada susu lagi.

- wife need more support than words

- Babywearing, bagus untuk premature baby. labih tenang, tak fussy dan baby mudah naik berat.

- Feed by bottle, kene tinggikan kepala. Sebab bila baby baring dan kita bagi botol, flow susu adalah laju, susu dah habis dan baby akan still nak menghisap. Orang beranggapan baby lapar, so diorang bancuh lagi susu dan lagi. Sebenarnya, memang naturally baby suka menghisap, baby akan puas bila menghisap, bukan dengan susu.
Bila baby diberi susu melalui botol, dan tambah lagi kuantiti susu sebab sebab ingat baby lapar, kapasiti perut baby akan jadi besar, tidak seperti sepatutnya. Sedangkan breast buat susu ikut saiz perut baby. Contoh, baby 1 bulan perlukan 2oz, jadi breast akan buat 2 oz. Bila baby dari lahir di ajar susu formula 4 oz sekali bancuh, perut baby diajar untuk perlukan 4 oz baru baby betul2 kenyang. So bila mak nak breastfeed, itu yang baby nak lagi, nak lagi dan ibu ingat susu tak cukup.

- Breastfeeding not a competition!! Kita bukan nak bertanding menyusu lama mana, setahun ke, sebulan ke, dua tahun ke. Sehari anda berjaya menyusu pun, tahniah!!! great job sebab at least baby dapat jugak menyusu sehari, daripada tak dapat apa langsung. Jangan sesekali rasa rendah diri macam saya berjaya bf sebulan je..segan la, terukla. awak dah berjaya bf sebulan tu bagus sangat, sebab baby dapat benefit susu ibu tu selama sebulan, bagus!!

- nak sukses, kene yakin dan percaya. Just go for it. biasa la cabaran mesti ade. awak nak menyusu ke,tak ke takpa memang tiada siapa nak marah, jangan takut hehe, jangan malu dan jangan segan. its up to decision parent. yang penting sebagai parent, kita kena tahu risiko kalau bagi susu formula dan kalau bottle feed.

10 tips jayakan bf
- seawal mana bfkan baby, request untuk bf baby seawal mungkin. lagi lama kita delay bf, lagi susah..husband bole tolong fullfill request kita. camne cara nak tahu baby lapar ke tak? tengok early cues. analogi restoran dengan baby lapar.
kalau bf time baby dah menangis- late cues - ibu stress - susu dah bengkak - baby susah nak melekap dengan betul

- jaundis is normal, Di asia, 90% baby asia jaundis. ia bukan disease tapi ia satu kondisi untuk antioxidant, untuk baby flush segala toksin. jaundis teruk sebab tak dimonitor dengan betul. yang penting monitor jaundis. jangan malas check di klinik. ada orang bf tapi jaundis tak turun, sebab bf tak betul, ade yang bf tapi baby hisap je tak dapat susu,dia hanya sekadar pacifier saja. elakkan bagi baby minum or makan macam2 sebab nanti baby akan banyak kencing. kencing hanya 10% kelurkan jaundis. najis 90% akan keluarkan jaundis. doktor mungkin cakap susu tak cukup, bagi susu formula untuk turunkan jaundis, tapi sebenarnya ibu yang tak bf dengan baik.

-yakin dan confident.. saiz usus baby macam rantai. bottle feed, flow cepat sebab tu orang cipta puting sebab baby tak puas nak hisap. bila breastfeed, baby akan puas menghisap dan perut pun tak jadi kapasiti besar dari sepatutnya.

-kita yang bentuk anak kita macam mana, untuk first 3 month, ajar natural things. bf bukan mudah kalau takde moral support.

-kak shida tak galakan pam lepas baru bersalin.problem oversupply, susu terlalu banyak sampai expired dan terpaksa beli deep freezer dan botol banyak.

- malaysia susu tahan 2 jam je.

-demand n supply. pam setiap 3 jam, jangan lebih 4 jam. bukan pam tunggu breast bengkak. pam tak boleh lebih dari 20 minit per session.

-exclusive bf sampai 6 month. dulu hospital tetapkan 4 bulan eksklusif tapi banyak kes baby mati dan tersumbat usus, jadi diorg buat polisi baru 6 bulan eksklusif bf.

-rehat dan rawat. bagi solid food untuk develop eating skill.nak susu banyak, kene buat apa yang kita suka, hepi.

emosional, apa yang kita fikir tu penting.

rancang kehamilan, nak sukses bf, kene planning. sokongan suami.

babymoom, ada sorang client kak shida yang relactation.

babywearing. kelebihan, baby kurang meragam, tinggi linguistic development,natural attachment kuat sebab banyak skin to skin. memang naturally baby suka dikendong, didukung, kajian yang jepun buat, mak yang kendong anak sambil berjalan, boleh turunkan rate heartbeat, baby jadi tenang.

anak kita, apa yang kita fikir, itu yang baby buat. kak shida tunjuk gaya babywearing negara Indonesia -batik. afrika, eropah dan pelbagai jenis babywearing seperti sling,pouch, mei tai, buckle tei, ring sling.

Friday, May 9, 2014

Pengurusan Stress dan Penyusuan Ibu~



Siti 'Aisyah
Ibu-ibu semua, malam ni saya nak kongsi sesuatu yg penting juga dalam penyusuan ibu. Tentang stress!!!

Ibu2 pernah tak, dengan kerja yang banyak kat ofis, balik umah letih dan kat rumah pun kerja rumah tak habis2, kemudian bagi ibu yang menyusukan anak sepenuhnya, balik rumah terus nak simpan stok susu perahan dan selalunya anak asyik nak melekap je untuk menyusu. Tak sempat nak masak atau salin baju, konfem anak dah nak menyusu bila kita balik rumah kan?
Hal ini menyebabkan ramai yang nampak, menyusu ni leceh..susah..nanti susah nak buat kerja, susah nak tinggal anak dekat orang lain, anak asyik nak berkepit dengan ibu je..seolah penyusuan ibu ni adalah sesuatu yang memberi tekanan pada ibu. Ia menjadi mangsa tuduhan.
Persoalan, benarkan penyusuan ibu memberi tekanan pada ibu itu sendiri? Jom sama2 kita kupas!

Sebenarnya ibu semua, bila kita menyusu, ia merangsang hormon oksitosin dan hormon prolaktin. Apa pula oksitosin? Bila bayi mula menyusu, hormon oksitosin mula tinggi dan hormon ini tugasnya ialah, memberi rasa seronok dan ceria, mengurangkan paras hormon stress iaitu adrenalin, menenangkan ibu, memberi perasaan kasih sayang, mengambil berat, komunikasi yg positif dan memberi kenangan manis buat ibu. Manakala hormon prolaktin pula tugasnya ibu akan lebih peka pada kehendak bayi n memberi kesan relaks pada ibu.

Nah, kajian juga menunjukkan ibu yg berjaya menyusu lebih berdaya tahan menghadapi tekanan berbanding yang tidak berjaya menyusu. Mood ibu menyusu lebih stabil dan ceria. Ajaibkan? Penyusuan yg sering difikirkan sebagai penyebab tekanan, sebenarnya UBAT KEPADA TEKANAN ITU SENDIRI. Maha Suci Allah, Dia Maha Tahu keperluan hambaNya!

Nenek moyang kita semenjak zaman purba, telah melalui pelbagai tekanan dalam kehidupan mereka, namun mereka masih berjaya berjaya menyusukan anak mereka.

Contohnya tok umi saya, berjaya menyusukan anaknya seramai 8 orang, walaupun zaman itu dengan tiada kelas menyusu, tiada pam double elektrik power bank yang canggih, tiada nursing bra, tiada juga nursing cloth namun dengan kuatnya mampu!! Tok umi selalu cerita seronoknya orang sekarang nak menyusu macam2 kemudahan ada. Yelah kan gadget macam2. Cerita tok umi menjadi semangat utk saya terus kuat menyusukan Nuha walaupun saya bekerja.

Nuha, anak saya 2 tahun, sekarang dah campur susu. Bila saya balik kerja baru menyusu. Saya pernah tanya Nuha, "nuha, mana lagi sedap, susu ummi ke susu kotak?", sambil menyusu kat saya dia tersengih, gelak sambil jawab "susu ummi!". Pernah juga selepas menyusu, dia peluk saya dan cium, cakap "cayanggg umi, macehh". Percaya atau tidak, MENYUSU LEPAS BALIK KERJA ADALAH TERAPI STRESS UNTUK SAYA!

Tekanan yg terlalu kuat mungkin membantutkan penyusuan, namun ia bukan sebab yg kuat utk menghentikan penyusuan! Kita perlu ada ilmu untuk tahu teknik dan kaedah menangani stress.