Lilypie - Second Birthday

Thursday, April 11, 2013

FOREMILK VS HINDMILK?


Apakah FOREMILK DAN HINTMILK ?
Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.
Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

Gambar di atas adalah foremilk (kiri) dan hindmilk (kanan) .
Mana satu yang lebih penting antara foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) ni? Jawapannya kedua-duanya sangat penting. Foremilk, seperti saya tulis di atas sana, mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi (oleh sebab itu bayi menyusu badan tak perlu air masak ya.. dalam susu dah cukup airnya). Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.
Sebab itu amat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan, yakni sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk.
Amatlah PENTING bagi seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya (dengan cara mengepam atau menyusukan secara direct feeding) kerana menurut teori, semakin ‘sedikit’ susu yang berada dalam payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia semakin pekat (tidak hairan sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa). Ibu-ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu “susu penuh” akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, dan ketidakseimbangan antara foremilk dan hindmilk = foremilk lebih banyak.
Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang (macam kita minum air semata, makan tidak). Tanda2 anda mengalami ketidakseimbangan foremilk-hindmilk:
  • Bayi selalu meragam
  • Bayi kembung
  • Najis bayi menjadi kehijauan
  • Bayi tak kenyang
  • Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
  • Bayi kerap sangat berak
Jadi, kalau ibu dapati bayi ada benda2 di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:
  • Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
  • Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
  • Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
  • Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.
Jadi, apa yang ibu boleh buat?
  1. Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.
  2. Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
  3. Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
  4. Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
  5. Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.
Jadi ibu-ibu terutama ibu baru, jika menghadapi masalah2 seperti di atas, periksa penyebab seperti yang saya senaraikan, adalah antara penyebab tersebut yang ‘kena’ dengan anda. Jangan cepat putus asa bila tengok bayi macam tak kenyang, berat badan tak naik, poo-poo hijau… bukan tanda susu tak cukup tapi foremilk anda mungkin terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat dapat hindmilk, perut dah penuh.

Saturday, April 6, 2013

KEDAI YANG JUAL BARANG BF


Wah, nampaknya ade request yang tanya la kat mana nak cari barang2 bf..bagus tu! Sungguh bersemangat adik juniorku yang seorang ni. Apepun, akak doakan moga awak dapat berjaya fully bf ur baby nanti ye!
Ok, untuk pengetahuan korang. Majoriti barang bf saya beli di kedai baby paradise. Kedainya terletak di ground floor Tropicana Hospital. Ala, hospital yg setentang ngan McD kat jalan nak ke Masjid Negeri tu. Tokey die nama Su Lee. Kalo nak beli online pun bole. Disini sy bagi website die n no tel tokei kedai tu.
www.babyparadise.com.my dan no tel Su Lee 0164388230

Ha..nak cite kenapa i suke shoping kedai ni. Sebab best, selalu wat offer. Saya ingat lg time beli spectra3, saya dapat freegift 10 storage bottle. ( 10 botol pun da cukup..terlebih dari cukup tu) pastu, kadang2 dapat voucher diskaun, n kalo order, mesti dapat 1 plastik liner free n nursing tea free gak. N yang penting MURAH.. Haha.sebab dulu saya da survey kedai lain gak antaranya Lunatots, Manjaku dan Choo Choo Train Baby House.
Tapi kedai baby paradise ni paling best, pekerja yang jaga kedai tu plak bagi consult pasal bf kat saya n suami,free je. Ingat lagi kitorang lepak sampai 2-3 jam gak la kat ctu, sis tu cite dari A- Z la pasal bf n peralatan bf ni. Time dalam pantang dulu pun saya ade masalah tak reti nak bf nuha, sis tu la tempat saya ngadu masalah, n die yang bg cadangan pakai nipple shield.Alhamdulillah setel.
Lepas bersalin pun, saya ada ke kedai die, sis tu pun sempat tengok nuha.tapi sayang, saya baru dapat tau sis tu dah berenti keje kat ctu, n balik kg die kat Sabah. Tak tau la ni sape yg ganti tempat die.

Haha.. Terlebih over plak. Hm..pada saya, kat Lunatot kalo nak beli barang bf, agak mahal la.. Tapi kat Lunatot, barang yang saya beli ialah Cloth Diapers dengan The Milk Story Choc Drink.

Kalo barang keperluan baby yang len macam pampers, botol susu dll.. Saya beli kat kedai dekat rumah je Choo Choo Train Baby House. Ha, kat ctula saya beli sterilizer n warmer tommee tippee, sbb time tu raya cina, tokey tu wat offer diskaun, tu yg rembat tu.

Nasihat saya, kalo nak beli time offer, tunggu time chinese new year, hari raya or hujung tahun. Ingat lg, saya penah tengok offer harga sterilizer n warmer hanya rm 150 je  untuk dua2 tu, kat Manjaku Parit Buntar.

Disini saya attach jugak link untuk senarai kedai online yang saya dapat dari grup kumpulan ibu menyusukan..http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/doc/517479074946158/

Kalo tak cukup gak, korang beli la Majalah PaMa. Kat ctu pun banyak wat promosi barang bf ni..Suami saya yang selalu beli majalah ni,bagi kat saya hehe.
Selamat Bershopping!

Thursday, April 4, 2013

6 TIPS BERJAYA DALAM BF~



Salam semua, aduyai..lame benor den sonyap ni.sek baru je stat 4 hari, tp sibuknye aduyai..letih ya amat. Oklah, tanpa buang mase, harini saya nak ceritera pasal TIP2 KEJAYAAN DALAM BREASFEEDING. ( ni menurut pengalaman hamba la ye, kengkawan)

1. NIAT DAN MINDA YANG POSITIF
Stat dari awal pregnant, korang da kene set mind n ade niat nak fully bf baby. Kalo niat n azam yg kuat, insyaAllah berjaya! Sbb of coz kite akan bersungguh2 nak capai impian kite..pastu, kene set minda yang SANGAT POSITIF ok. Kene yakin, yang ALLAH pasti akan bagi rezeki susu yg cukup utk kite, yakin yg kite bole susukan anak, pikir positif, jgn negatif sgt, jgn dok pikir masalah2 yg tak jadi lagi pun sbnrnye. Sbb bende ni sangat efek kat susu, pasal hormon yg terlibat utk hasilkan susu ni namenye OKSITOSIN N PROLAKTIN. Oksitosin ni hormon gembira, makin hepi, haa...banyakla kuar susu tu. Kalo asik pikir, SUSU TAK CUKUP LA, SUSU AKU NI SIKIT OR SUSU AKU NI BERKHASIAT KE? waduh..jgn la..sekali korang cakap camtu, confirm hormon tu terbantut n tak kuar la susu korang..Positif ok!

2. ILMU YANG MENCUKUPI
hm..kite pun tau kan, ilmu bf ni sgt la penting untuk jadi benteng korang bile berhadapan dgn masy sekeliling yg masih kurang ilmu bf n tiada kesedaran bf. Tp sy tak salahkan mereka, coz syarikat susu formula yg asal sejarahnye dari yahudi laknatullah ni telah didik masy kite ngan susu formula hampir sedekad..so mmg teball la mind set masyarakat pasal fm ni..padahal,susu ibu tu la yg terbaik spt yg Allah suruh dalam Islam.
Antara ilmu basic yg kene tau, ape punca susu kurang, camne cara nak banyakkan susu? Susu ibu ni dua jenis, hintmilk n foremilk, cara susu dihasilkan.hm..masalah dlm penyusuan spt inverted nipple, nursing strikes, pastu teknik utk banyakkan susu time pump spt teknik power pumping n tandem nursing. Nnti sy post n explain one by one ok.

3. PERALATAN PENYUSUAN
gajet2 ni khas utk korang yg keje. Yg jadi surirumah tu,alahai untungnye..tak payah dh kuar bajet nak beli barang. Untuk detail, cube tgk post sy yg lepas pasal peralatan bf. But, nasihat saya, belila ikut bajet korang ok!

4. DOA N TAWAKAL PADA ALLAH
Yang ni sangattt penting, doa setiap kali lepas solat tu bg dapat fully bf anak sampai dua tahun.amal zikir n doa yg bole banyakkan susu. Time pump tu,bismillah n bace zikir ya Matin.n yakin pd Allah, kalo dpt susu sikit, jgn putus asa n yakinla mungkin tu rezeki Allah untuk kite pada hari tu n usaha plak esok ok!

5. PEMAKANAN YANG SEIMBANG DAN AIR YANG CUKUP
Cam biase, kene makan n minum air masak, yg penting, jgn biar perut lapar n dahaga melampau, sbb takut efek plak kat susu. Pastu, kalo rase susah nak makan seimbang, amikla supplement mcam multivitamin,vitamin c,habbatus sauda dll.

6.JANGAN SKIP PUMP!
make sure pump or df baby dalam tempoh 3-4 jam, sekali. Macam kat tempat keje tu, saya pump sekali je, coz stat keje kul 1 sampai 7 mlm. N biase pump time pukul 4.. Make sure kosongkan breast dlm tempoh 3-4 jam,SEKALI. jangan nak tunggu bengkak baru pam. Silap tu, sbb kalo bengkak, tu tandanya production susu kite akan berkurang. Kalo skip pump pun memang efek production. Konsep bf ni DEMAND N SUPPLY. Semakin banyak demand ( pump n df) , maka otak pun akan bagi arahan untuk supply susu dengan lebih banyak, ok!