Lilypie - Second Birthday

Sunday, July 28, 2013

Susu Terbaik Selepas Anak 2 Tahun

Hari ini nak share satu persoalan dengan semua. Kita semua tau susu ibu yang terbaik untuk bayi. so bila baby 2 tahun nak bagi susu ape? Susu formula ke? Saya berbincang secara serius dalam hal ini dengan Breastfeeding Consultant di Penang, Sis Norashida dan ini jawapan beliau.

 Untuk  usia begitu, penekanan sudah lebih menjurus kepada makanan pelengkap. Apa yang berlaku biasanya, anak sudah kekenyangan minum berauns-auns susu tepung (yang tinggi kandungan gula), sehingga ibu bapa memandang ringan pada makanan pelengkap yang perlu anak makan. Khasiat yang sepatutnya itu terabai, sedangkan pada waktu inilah tubuh mereka sangat memerlukannya. Dan biasanya, anak yang sudah kenyang susu tepung (pernah lihat ada ibu beri 8oz sekali minum), mereka sudah tidak mahu makan lagi, dan lebih sukar terima makanan yang ibu bapa mereka makan.
Jika nak beri susu, fresh milk pun ada sebagai alternatif. Susu  buatan dalam tin bukan penyelesaian..... again i am procrastinated on the ADVERTISING, MARKETING AND PROMOTION by the COMPANY.
My stand would be no need susu buatan dalam tin for 1.baby (unless medically indicated) 2.toddler 3.preeschool 4.pregnant women 5.lactating women
fresh milk is recommended for children age above 1yo. ia diletak kat area peti sejuk (sekali dgn cheese &butter area). minum seperti minum minuman lain melalui cawan. its good time to wean bottle slowly and introduce cup feeding. warm if needed but my children love when it cold. 
-Norashida Abdul Rahman
Breastfeeding consultant-

Wednesday, July 10, 2013

KALAU MENYUSU NI, NAK MAKAN SUPPLEMENT APE?


Supplement bagi ibu menyusu BUKAN FAKTOR UTAMA untuk anda hasilkan susu yang banyak n cukup..anda perlu faham 
1) susu ibu sentiasa berkhasiat n cukup segala nutrisi walaupun ibu tu makan megi hari2 ( makan tak seimbang) contoh : ibu di afrika yang tak cukup makan hasilkan susu yg berkualiti sama macam ibu yang cukup makan seimbang. Cuma zat tu diambil dari badan ibu spt kalsium tulang dll.
2) Bila badan hasilkan susu, protein, lemak dan air banyak digunakan so ibu menyusu cepat lapar n dahaga.Jangan biarkan lapar n dahaga melampau.. Just atasi dgn makan smpi kenyang n minum air masak banyak.
3) sebenarnya tiada SUPPLEMENT YANG BOLE BANYAKKAN SUSU YE. As long amal makanan seimbang n air cukup, tak perlu pun supplement. Ia utk nak bagi badan sihat.
MITOS : 
Isteri : susu saya kurang sebab tak makan supplement..

Suami : kitorang dah campur susu, sebab susu isteri tak cukup. Isteri saya ni kurus, makan sikit je tu yang susu tak banyak tu..

Sedikit penjelasan dari saya sebab ramai jugak yang tanya saya , " Aisyah makan supplement ape " bila tau saya fully breastfeeding.