Lilypie - Second Birthday

Sunday, August 24, 2014

Kelebihan Babywearing

Gambar ni ialah saya dan Nuha mendaki Bukit Bendera..kami tak naik kereta kecik tu pun tapi jalan je sepanjang perjalanan.

Saya ade stroller jugak!!
Saya pun ade babywearing!!

Kali ni kami pilih bawak babywearing. Lebih ringan dan mudah lipat dalam beg.

Ilmu babywearing, sangat membantu kita.

Bayangkan anda membawa stroller ketika melancong dengan anak kecik di tempat seperti bukit bendera, cameron highland, langkawi yang mane kene naik bot, daki bukit..
Okey saya tahan lagi nak mengangkut stroller.
Persoalannya, bukan isu anda larat ke tak nak angkut stroller, tapi adakah anak anda mahu duduk dalam stroller?

Kalau anak merengek tak mahu duduk stroller, kenalah berdukung kan..
Okey saya larat lagi dukung pakai tangan. Sebab dah biase, dan memang kene tahanlah berat dukung lama2 pasal memang jadi mak dan bapak kene dukung anak.
Its ok memang normal jadi mak dan bapak kene dukung anak..
Sebab habitat bayi dan anak kecik, memang suka nak dipeluk, di dada kita dia rase tenang, nak bina bonding kasih sayang.

So ape kate guna cara SMART? Pakai babywearing, anak pun selesa duduk, kite pun tak penat sangat. Jadi kite hepi since tak penat so emosi stabil dan anak pun selesa dengan kita. Malah, tangan kite "free" untuk pegang or buat kerja lain.

Kalau dukung sorang anak boleh tahan lagi, macam mana bila dah beranak dua dan tiga?

Dengan tangan lagi sorang nak kene pegang baby, lagi sorang yang dah besar nak control..so actually ade penyelesaian masalah ni iaitu babywearing.
Membantu di saat kecemasan anda!
Amalan babywearing sebenarnya amalan tok nenek moyang kite..tapi amalan ni dah hampir pupus! Jadi kitalah yang perlu martabatkan balik amalan tradisional ini. Sebelum hilang ditelan zaman! ( gambar seorang nenek yang pakai babywearing mei tai pada tahun 1955)

Memang zaman tok nenek kite dulu takde stroller, sebab tu pakai gendong je.

Lepas tu stroller keluar sebagai lambang kemodenan, ramai yang amalkan stroller dan lupe amalan gendong..

Kajian saintis mula dijalankan bile diorang tengok anak2 makin kerap suke menangis, tak tenang, kurang keyakinan diri. Dan ade research lagi yang buat kajian mengapa anak2 Asia kerap menangis berbanding2 anak2 Afrika yang lebih tenang dan penuh kasih sayang dan perhatian..

Kajian demi kajian dijalankan bsserta bukti saintifik oleh negara2 maju, akhirnya berjaya membuktikan, amalan kendong tok nenek kite dulu, rupenya mampu menurunkan heartbeat baby supaya lebih tenang, mampu menaikkan berat badan baby yang kurang berat terutama prem baby, tenangkan bayi, rapatkan hubungan kasih sayang anak dan ibu bapa, dan banyak lagi!!

Kini barulah amalan ini semakin dimartabatkan
( can you feel the baby feeling dari buai-car sear-stroller- then car seat balik-then buai?)
Your baby need your warm chest to lie on..
Bile baby kurang didakap, dipeluk, dia simpan perasaan tu, sampai satu tahap die tension..tak tahan kerana rindu mahu dipeluk ibu dan ayahnya yang setiap hari bekerja..can you feel their feeling.. They need you, they need your time, not only your money!!

Friday, August 22, 2014

TIPS PETUA MUKA BERSERI KEMERAHAN

[ TIPS MUKA BERSERI KEMERAHAN ]

Malam ni saya nak share satu tips yang diajar oleh arwah nenek saya semasa pantang.
Untuk mendapatkan kulit yang bersih, licin dan sihat kemerahan, amalkan basuh muka setiap pagi dengan air rebusan daun inai.
Jadinya setiap pagi saya akan rebuskan daun inai dan bila air dah suam, saya basuh muka.
Kesannya, bila habis pantang muka saya memang berseri kemerahan sampai ramai yang tegur!!
Ramai tanya ape rahsianya..dan bila saya kongsikan, memang semua nak buat malah ade kawan saya yang siap tanam pokok inai lagi sebab nak amalkan petua ni..

Citenya pokok inai tu ade kat kampung saya. Bila balik umah sendiri, manela nak cari daun inainye kan..

Jadi saya penah merasakan "susah" jugak nak amalkan petua ni di kawasan pekan.

Akhirnya, setelah saya berjumpa dengan mandian herba Ibu Suri, saya dah dapat penyelesaian!

Untuk ibu berpantang, boleh buat air rebusan ni dan asingkan sedikit untuk buat basuhan pada muka.

Amalkan basuh setiap pagi.
InsyaAllah pasti muka merah berseri
Dan sebab tulah bahan dalam mandian herba ni ade DAUN INAI!


Bagi yang berminat untuk pek mandian herba, boleh whasap 0194317289

Wednesday, August 20, 2014

Kata Dr Suriya tentang Susu Kambing

Bagi yang berikan bayi susu kambing segar tanpa diubah suai.
Sila ambil perhatian bahawa susu kambing tidak sama kandungan sodium dan protein seperti susu ibu dan ini boleh menyebabkan hypernatrimia.
"Goat's milk contains 50 mg of sodium and 3.56 g of protein per 100 mL, approximately 3 times that in human milk (17 mg and 1.03 g per 100 "



http://m.pediatrics.aappublications.org/content/125/4/e973.full

Nota selanjutnya :

Selepas saya buat posting ringkas ini, banyak comments dan pertanyaan dari pembaca.
Saya minta pembaca mengguna ilmu dan aka fikiran untuk memahami apa yang saya tulis :

Susu kambing ada 3 kali lebih sodium dari susu ibu dan juga 3 kali lebih protein dari susu ibu. Maka, kalau diberi tanpa ubah suai untuk kurangkan kadar protein dan sodium dan bayi itu mengambil susu kambin segar secara ekslusif maka akan berlakulah bebanan pada sistem badan terutama ginjal dan hati .
Kesimbangan sodium, potassium dan lain-lain electrolytes akan diganggu . Akibatnya Ini menganggu ph darah dan darah akan menjadi acidic . Keadaan ini boleh menyebabkan mudarat kepada bayi dan juga maut jika berlarutan .

Disebaliknya susu kambing yang telah di ubah suai seperti Karihome tidak merbahaya untuk diminum MENGIKUT sukatan yang disyurkan . Amatlah penting susu diberikan mengikut peringkat umur untuk bayi yang baru lahir hingga enam bulan .

Untuk yang masih nak gunakan susu segar, RAW goats milk boleh mengandungi kuman . Kalau dimasak adalah lebih selamat namun enzyme dan probiotic dalam susu akan mati . Susu perlu di cairkan 1:1 namun begitu akan masih ada banyak kekurangan seperti kurang zat besi , kurang essential fatty acids dan lain -lain .
Kekurangan ini boleh ditampung dengan meletakkan molasses ( zat besi ) dan minyak essential fatty acids , ini kena belajar pula cara untuk menyediakannya sendiri . Kalau tidak yakin dan tidak ada ilmu, jangan bahayakan bayi anda.

Untuk anak lebih dari satu tahun dan sudah makan nasi dan tidak bergantung pada susu dan tidak minum banyak susu, boleh diberikan susu kambing tanpa ubah suai .

Tak ada masaalah orang dewasa minum susu kambing .


Nota tambahan hasil komen :

Susu badan adalah jauh lebih baik dari formula dan semua formula pasti ada kelemahan . Susu kambing segar kalau pandai diubahsuai lebih baik dari susu tepung .

Walaupun Karihome ada maltodextrin , ia merupakan produk yang telah didaftar sebagai formula bayi . Bagi saya adalah lebih merbahaya jika ibu yang kurang pengetahuan memberi susu segar dengan tidak mengikut sukatan yang sepatutnya . Tak semua ibu bijak dan arif nak ubah suai susu segar dan implikasinya agak merbahaya . Saya sendiri kalau ada bayi yang tak dapat diberikan susu saya mungkin cari ibu susu dari memberi susu lain . Walaubagaimanapun susu segar yang direbus, ditambah molasses dan juga essential fatty acids dengan kadar yang diukur mengikut formula yang betul serta dicairkan 1:1 adalah lebih baik dari susu formula namun tak semua ibu mampu lakukannya . Bolehlah ibu -ibu yang risaukan maltodextrin bertanya kepada syarikat Karihome sama ada maltodextrin yang digunakan dari corn yang GMO sereta sintetik atau adalah dari yang asli .
Karihome dari New Zealand dan umumnya undang -undang New Zealand jauh lebih beretika dari US serta produk GMO tidak dibenarkan masuk . Bagi anak yang melebehi setahun dan sudah makan solids tak jadi masaalah memberi susu segar yang sudah dimasak , kalau salah formula pun tidaklah menjejas sangat .




Sunday, August 17, 2014

Kisah Pahit Manis Wean Off Nuha

Malam ni Nuha tertidur keletihan menangis.
Sepanjang saya dan suami membesarkan Nuha selama 2 tahun 6 bulan.
Nuha memang anak yang baik, solehah, behave depan orang ramai. Sangat menjaga adab dan akhlaknya. Tahniah dan syabas anak ummi!

Namun kisah saya yang saya akan ceritakan ini, saya harap anda dapat manfaatnya.

Malam tadi tiba2 saya buat satu keputusan drastik pada Nuha, saya kata padanya, "Nuha lepas ini dah tak boleh dah susu ummi ye, stop terus dah takda dah". Nuha diam, patuh. Nuha memang sangat dengar cakap saya.

Jadi dia request susu fresh coklat dalam peti, so saya ok je. Dalam hati," nampak macam Nuha dah bersedia". ( penyusuan ibu boleh dihentikan bila anak dan ibu bersedia) untuk tidak menganggu emosi anak dan ibu.
Tapi walaupun Nuha diam dan tak mintak menyusu, sikapnya agak pelik, dia request nak tengok video Pocoyo sampai ulang banyak kali, padahal saya tau Nuha bukan jenis suka mengadap video lama2. Lepas tu Nuha tiba2 nak turun katil dan menjatuhkan kepala die kat lantai, sampai lebam!!

Ya Allah, tenangkan die. Die pandang saya. Tapi saya tak bagi Nuha menyusu. Masukkan Nuha dalam buai dan nak tidurkan. Nuha menangis kuat, dia mintak susu coklat. Saya bagi tapi die nak bangun jadi saya bantu Nuha dan die keluar dari buai dan berlari menangis kepada abahnya..
Nuha menangis dan dari tangisan tu, saya dan suami tahu Nuha tertekan, dia nak susu ummi tapi dia takut nak mintak sebab saya dah larang tadi.
So, akhirnya saya bagi je Nuha menyusu dalam 5 minit dan Nuha tertidur letih.

Saya akui, saya tiba2 keluarkan keputusan drastik nak berhentikan terus menyusu Nuha, kerana saya stress dengan tekanan orang sekeliling yang menyuruh saya berhentikan Nuha dari menyusu. Tekanan dari orang sekeliling yang tengok janggal bila dapat tau budak 2 tahun 6 bulan ini masih meyusu ( bukan kerap pun sesekali saja) menyebabkan saya juga stress, sampai saya lupa, orang lain tidak faham pun emosi anak kecil iaitu Nuha, saya lupa yang saya memang tengah proses wean off secara perlahan untuk menyediakan emosi Nuha supaya bersedia. Rules menyusu malam saja, Nuha memang patuh dan ikut rules tu.

Nuha biase menangis mengamuk begini kalau tertekan, kadang ade orang menyakat die, mempermainkan die.

Saya dan suami juga berfikir, "kenapa eh masyarakat pandang pelik sangat budak 2 tahun 6 bulan masih menyusu?"
Mungkin jugak pasal zaman kami berdua pun bukan minum susu ibu sepenuhnya.
Antara rujukan saya dalam menberhentikan penyusuan Nuha
- di website kellymom, topik wean off.
Belajar wean off secara perlahan2 supaya anak tak terkejut, tak terganggu emosi dan tidak BERDENDAM dengan kita.( ibu bapanya)

Ust Haron Din AlHafiz, katanya Rasulullah SAW menyusu sehingga 3 tahun lebih.
Dalam Islam 2 tahun, jadi penyusuan ini minimum 2 tahun. Maksimum 3 tahun.

Bagaimana mahu tahu anak kecik boleh berdendam dengan ibu bapa?
Silalah rujuk pada Prof Rozieta Shaary. Beliau pakar kanak2.

Kebetulan, tadi kawan saya, child kaunselor dari Hosp Besar mesej tentang perihal anak kecil. Tentang anaknya yang tibe2 jadi agresif.

"Sy dpt penjelasan dlm diri mengenai agresif anak saya dan org dewasa yg mngusiknya.

Betol apa sy buat iaitu tak tegur over dia. Sbb ini akn buat dia rasa konfius dan rasa bersalah, sdgkan dia tidak bersalah. Org dewasa yg salah sbb menyakat nak tengok dia marah, hingga dia jd agresif. Husb sy wlu sdg mkn dan bbual rupanya perasan keadaan ini maka sbb tu dia xbuat apa2.

Sy teringat ramai klien dan rkn terdekat bkongsi mengenai mrk tersepit antara anak yg aktif dan org dewasa signifikan spt ibu mereka sndiri, ibu mertua dan rakan2. Mrk akan marah anak yg aktif ni sbb nak jaga air muka dpn rakan/saudara.

Lps balik rumah or mlm, mrk akan sdr dan nyesal. Sbb sbnrnya mmg anak dia xsalah.

Alhmdulillah, intuisi sy benar, 2 mlm sblm ni. Iaitu biarkan shj. Sbb ada seorg rkn sy yg tlg jeritkan nama dia. Dia terkjut dgn keagresifan anak saya dan anggap anak saya salah dan perlu ditegur. Salah mcm tak hormat.

Wlhal, usia 2++ mcm ni terserlah sapa lbh matang otak kiri,kan. Maka org dewasalah yg btgjwb dan perlu dipertanggungjawabkan.
Ms tu sy just hntr aura mesej positif minda ke minda anak saya.
Dan terserlah anak boy dan girl different. Sbb anak kwn sorg lagi dipergunakan oleh aunty ni utk tnjuk bdk girl tu baik, xpukul org. Sy sabar shj dlm hati..
Teringat posting pnlina bru ni psl beza anak perempuan dan lelaki."

Malam ni saya belajar lagi
- tentang emosi anak kecil. Kita sebagai ibu perlu paham anak kita. Jangan kerana nak jaga hati orang lain, kita buat keputusan yang cederakan emosi anak kita.
Kalau anak kita cedera emosinya, kesannya kita juga yang akan tanggung!

- Hantar aura dan mesej positif pada anak melalui fikiran pun okey, anak leh dapat bace ape yang kita fikirkan.

- hormat anak kecil dan pandangan mereka, tambah2 anak kita. Kalau kita tak hormat perasaan mereka, macam mane mereka mahu belajar hormat perasaan kita bila mereka besar nanti!
Sedang Rasulullah SAW bila berbicara dengan anak kecil, nasihatnya seperti orang dewasa. Tidak pernah baginda mempermainkan atau mengetawakan yang merendahkan maruah dan perasaan anak kecil itu.

Nuha anak ummi yang genius dunia genius akhirat, moga ummi dapat terus mencari ilmu dan mendidik Nuha dengan penuh hikmah.

Saturday, August 9, 2014

Kenapa Ajar Membaca Dulu Sebelum Menghafal?

Kenapa saya ajar Nuha membaca dulu sebelum Nuha menghafal?

Kenapa saya ajar Nuha bace flashcard dan buku Furqan untuk die kenal dan sebut baris atas, bawah depan? Kenapa tak ajar terus hafal je?
Kenapa saya bagi Nuha dengar 30 surah repeat sejak Nuha lahir sampai sekarang, kenapa saya tak bagi Nuha dengar satu surah je ( fatihah) dan repeat tu je.

Okey kisahnya

Sejak Nuha 10 bulan
- saya hanya tekan button on pada ipad dan tv untuk dengarkan 30 surah juzuk amma ( 2 saat diperlukan untuk wat ni)
- ajar flashcard dalam 5 kad selama 2 minit ( biase time sebelum tidur)

Waktu ni Nuha merakam memori 30 surah tu dan dia belajar membaca. So surah2 tu memang saya dengarkan semua untuk dia familiar dulu dan fokus ajar membace.

Sekarang Nuha 2 tahun 6 bulan.
Sudah kenal semua baris atas bawah depan.
Jadi bila saya mula bace fatihah dan dia dengar. Senang saja die ikut kerana
HAFAZAN nya sebelum ni melalui PENDENGARAN. Die dah familiar dengar 30 surah.
Bila saya baca dan Nuha ikut, itu juga HAFAZAN PENDENGARAN.
Time ni baru saya repeat satu surah je tapi still dengarkan jugak 30 surah tu.

Then lepas tu setiap malam saya tunjukkan flascard alfatihah tu. Saya ajar Nuha bace fatihah dengan
-fokus pada struktur ayat
-saya tunjuk dan die tunjuk baris
-Nuha lancar bace sume sebab die hafal sebenarnya

Then HAFAZAN Nuha sekarang jadi hafazan melalui pendengaran dan penglihatan.

Sebab since Nuha da kenal baris, so saya tunjuk ayat fatihah tu Nuha da bole bace sikit2 mane yang baris tu. Huruf sambung saya tak ajar lagi. Tunjuk huruf yang die kenal dan die bole bace mane yg die perasan.

Analisis:
1- Bila Nuha fokus tunjuk kat ayat surah Fatihah, die tengah gunakan otak DEPAN.
2- Nuha tengok struktur ayat dan baris tu ( visual) die tangkap maklumat tu simpan kat otak BELAKANG.
3- Bila Nuha bace ayat tu dan die nak samakan ayat yang die bace (bunyi) dengan visual struktur ayat fatihah kat kad, Nuha guna otak TENGAH.

So saya dapat maksimumkan penggunaaan otak depan, otak belakang dan otak tengah Nuha.

Sesi lain yang saya baca depan Nuha dan Nuha ikut , Ia Hafazan melalui pendengaran.

Hehe..so nilah sebabnya kenapa waktu saya ajar Nuha flashcard dan AlFurqan sebelum ni, saya tak repeat satu surah tapi saya repeat trus 30 surah.
Sebab nak bagi familiar dan senang nanti bila dah nak mula HAFAZAN.
Hafazan actually mula bila anak dah mula bole baca Quran even merangkak.
So tak perlu kalut ajar anak menghafal. Ajar baca dulu dan dengar cd qari dulu.
Nanti anak da bole membace, laju je die so time ni baru repeat satu surah.

Kenapa kita perlu bagi anak mula HAFAL MELALUI PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN?
( means membaca dan menghafal serentak)
Sebab kita nak maksimumkan penggunaan otak depan, tengah dan belakang sebab kita nak bagi storage hafazan tu memori die akan simpan dalam MEMORI JANGKA PANJANG.
So hafazan tu tahan lama dan anak tak cepat lupa.
Beza kalo hafal dari anak dengar je dengan hafal melalui anak dengar dan lihat struktur ayat tu.


Nasihat Dr Suriyakhatun bagi ibu menyusu yang berat naik

Soalan :
salam doktor..saya nak tanya pendapat..saya breast feed anak.semestinye lepas bf sy jadi sangat lapar..jadi saya akan makan..kesannye sekarang ni berat badan saya naik mendadak Saya takut bila saya tal makan susu aakan kurang.sampai bln puasa saya tak dapat nak puasa penuh. Susu saya turun mendadak bila puasa. Apa nasihat doktor ye untuk orang macam saya untuk turunkn berat badan dalam masa yang sama saya dapat susukan anak selama 2 tahun?..Mohon nasihat & penerangannye..tq

Jawapan saya :

Kes begini kita kena tengok apa yang dimakan. Adakah terlalu banyak karbohidrat, adakah tidak cukup lemak wajib ( Essential Fatty acids ) adakah terlebih minyak rosak (transfat) , makanan berproses ie yang banyak kimia , bahan perasa pengawet pewarna dan lain lain kimia , adakah cukup atau tidak protein yang bermutu - contohnya hanya makan ayam yang banyak kimia, adakah cukup serat dari sayur dan buah buahan . Adakah banyak pengambilan gula , garam tablesalt dan tepung putih ?

Cepat lapar adalah bila banyak bergantung pada makanan kalori kosong seperti biskut, tepung putih tanpa ada khasiat yang ada pada makanan asli seperti ubi, buah sayur lauk , bijirin yang tidak 'refined'.

Cepat lapar juga berlaku bila banyak mengambil gula dalam air manis dan kueh manis serta susu manis .

Gemuk disebabkan makanan tidak menjadi tenaga disebaliknya tukar menjadi lemak dan bukan saja makan lemak akan hasilkan lemak tapi makan nasi banyak atau gula banyak akan hasilkan lemak . Keadaan ini ada istilahnya ia itu metabolic syndrome : Sel sel badan menjadi tidak peka pada tindakkan Insulin dan tidak dapat gunakan karbohidrat untuk hasilkan tenaga . Untuk betulkan keadaan kena ubah bahan yang dimakan dan juga kena mula bersenam. Ramai yang ingat bersenam memerlukan banyak masa. sebenarnya tidak kita hanya memerlukan 15 minit 2 kali sehari dan set senaman yang cepat naikkan nadi dan datangkan rasa panas dan berpeluh . Tak perlu dan tak perlu alat canggih , cuba cari di youtube .

Ada juga supplements tertentu yang boleh kurangkan lapar dan keluarkan toksin terkumpul .

Ini termasuk:

Essential fatty acids, omega 3 & 6
Amino acids prebiotics dan zat galian - Al Manna & Tayebat ada semua ini
Chlorella : detox dan juga protein & minerals
Psyllium dan lactulose sebelum tidur kalau sembelit
Liver flush pagi sebelum makan : boleh cari formulanya atau order yang sudah siap dari Spa Muslimah

Bila puasa, memang pada permulaan susu akan kurang tetapi badan akan tingkatkan semula pengeluaran susu selepas minggu pertama jika pemakanannya baik .

Monday, August 4, 2014

Dr Suriyakhatun-merawat usus bayi

Dari Dr Suriyakhatun
Adakalanya saya akan rawat ibu yang menyusukan anak bila dia bawa anaknya untuk rawatan eczema.
Mengapa begitu ?
Sama ada susu ibu mengandungi bakteria baik atau tidak bergantung kepada kesihatan usus ibu,
Jika ibu ada masaalah usus, susunya tidak mengandungi bakteria baik maka usus bayinya pun terjejas juga .
Makanan yang dimakan oleh ibu yang ada masaalah usus juga akan mengakibatkan lebih alahan pada bayi yang alah ( food allergy)
Maka, itulah sebabnya ibu yang menyuskan pun perlu dirawat bila bayinya ada masaalah
1. penghazaman , selalu kembung, ceret beret atau susah nak naik berat badan
2. Penyakit atopy ie asthma eczema allergic rhinitis , allergic conjunctivitis
3. selalu demam dan mendapat infeksi , selsema batuk bronchitis

Ada juga nenek yang suruh ibu hentikan susu badan sebab dia mengesyakki susu anaknya tidak baik untuk cucunya . Jangan begitu, mungkin betul pendapat nenek tapi solusinya bukan hentikan susu badan tapi rawat ibu itu supaya susunya bermutu!
Kalau hentikan susu badan, yang digantikan tidak akan dapat mendandingi susu ibu !

Dibawah ini tentang probiotic dalam susu ibu.
Khasiat susu ibu semua orang sedia maklum.

Br J Nutr. 2007 Oct;98 Suppl 1:S96-100.
Beneficial effects of probiotic bacteria isolated from breast milk.
Lara-Villoslada F1, Olivares M, Sierra S, Rodríguez JM, Boza J, Xaus J.
Author information
Abstract

Breast milk is the best food for the neonate because it provides a unique combination of proteins, carbohydrates, lipids, minerals and vitamins that ensures the correct growth and development of the infant. In addition, it also contains bioactive compounds responsible for a wide range of beneficial effects such as the promotion of immune system maturation and the protection against infections. Among these bioactive agents, probiotic bacteria have been recently isolated from human milk. The present work reviews the beneficial effects of these bacteria both in animal models and in clinical trials. The promotion of immune system maturation and defence against infections as well as the anti-inflammatory properties are among the main healthy effects of these bacteria. The isolation of probiotic bacteria with beneficial effects for the host provides scientific support for the supplementation of infant formula with these bacteria, in order to advance the pursuit of the main goal of formula: to mimic breast milk and its functional effects as closely as possible.

PMID:
17922969
[PubMed - indexed for MEDLINE]