Friday, January 31, 2014

Tips Sukses Penyusuan~Kongsi Impian Dengan Suami~

Saya selalu kongsi tentang ilmu penyusuan susu ibu kepada suami.
Antaranya tentang salah konsep para ibu tentang susu sikit, tak cukup dan "keturunannya takda susu", dan bila kita kongsi sebab terjadi dan hal sebenarnya.
Suami saya kata, " kadang2 kita manusia ni macam "Tuhan", sebab suka hati menghukum diri kata takda susu la, susu sikit la. Sebab bila kita cakap macam tu, means kita seolah kata Allah tu tak adil. Sedangkan Allah Maha Adil. Setiap wanita konfirm ada susu untuk anak dia. Kalau ade yg susu banyak, susu sikit. Tentulah tak adil. Takkan la nak kata Allah tak adil kot. Sebenarnya diri sendiri yang tiada ilmu"

Bila suami saya faham sedikit sebanyak tentang konsep supply dan demand, jadi bila production susu saya berkurang, stok makin habis.. Suami akan bg saya masa rehat, hepi, belikan milk booster saya iaitu susu v-soy dan saya pula banyakan demand seperti power pumping dll.
Suami kata pada Nuha, "abah beli vsoy dekat umi, bila bahan mentah ni masuk, baru la kilang bole keluarkan produk"- merujuk kepada konsep kilang susu bekerja.

Jadinya kawan2 suami selalu tanya juga suami saya, bila isteri mereka mula kurang susu or susu sikit dll. Suami akan jawab dan tolong. Kalau die tak tahu, dia akan tanya saya, saya bg jawapan pada suami, dan suami bagitahu kawan lelakinya untuk die bagitau isteri die.

Ada juga yang memang tutup telinga dan tutup hati dengan kata " dah memang isteri aku tu jenis keturunan susu sikit". So kami hanya diam dan hormat Suami kata pada saya, biar dan kita kene hormat.Doakan saja moga Allah bagi hidayah dan terbuka hatinya nanti untuk terus menyusukan anak.

Saya post ni sebab nak bagi tahu, antara tips nak sukses penyusuan, ibu2 kene kongsi harapan n niat ibu kepada suami, kerana suami penyokong kuat kita.

Juga terangkan sedikit konsep penghasilan susu ibu ni, supaya bila nanti susu kita berkurang, taklah dia beli susu tepung ke kan.
Nanti kita stress sebab ingat suami beli susu tepung sebab tak support. Padahal suami beli susu tepung sebab niat nak bantu, nak selesaikan masalah. Cuma dia tak tahu cara nak betul nak selesaikan.

Tuesday, January 28, 2014

Perkongsian Anak Positif Part 2

Khas dari Pn Maznah Ibrahim ( Child Counsellor)

Thx aisyah๐Ÿ˜˜๐ŸŒน๐ŸŒน
Kwn kwn sy ada tulis skit dr group whatsap lain. Sy copy paste ya
Sbb kwn sy nmpk kat mhi topik stres di kalangan knk2.
Sy kata sy ada beberapa kali bg talk tajuk ni masa kat kl dan kedah.
Slide pun ada.
Tp nk terang dlm sgt limited sdikit di sini.
Snang je. Ibu sini smua lbh pnglmn dr saya.

Tanda stress plg mudah nmpk kat tgkahlaku.

Smua ni ibu kat sini dh mklum kan. Tanda stres ada 3 jenis. Yakni Simptom la

Fisiologikal : yg mcm nafas laju (sbb emosi spt takut cemas bkn sbb lari ya), wajah merah marah, otot ketat, keras tegang, demam, muntah, ketap gg ms tdo, sakit perut, kepala, dan psikosomatik lain dll.

Emosi: xnmpk tp blh agak dr tgkahlaku. Cth jerit. (Teknik refleksi perasaan.Fateh jerit sbb terkejut pinggan jatuh pecah. Fateh rasa bsalah. Xpa. Kita kemas sama-sama ye. Pasni hati-hati (bkn dia sengaja pun nk pcahkan)

Tgkahlaku: mcm lbh agresif pukul, clinging, rengek, create story, menipu, mencuri, merampas dsb.

Plg mudah tgk kat tgkahlaku sbb tgkahlaku xblh tipu. Verbal sgt limited dan blh tipu. Tp knk kcil xpandai rasionalised unless yg dah bridging otak kiri dlm age 5 tu pandaila mcm manipulasi).

Base line: Metafora pokok sihat. Simptom adalah ranting daun buah yg kita nampak di atas. Punca pokok xsihat bkn buah rosak or daun kuning tp akar xcukup kuat or zat. Akar adalah kpluan asas pokok sihat. Cth akar kuat mncgkam bumi (14:24-25) dr sumber baja air yg cukup.

So tanda stress tu kat luar (daun kuning buah rosak), treatment g kat akar.

Tengok Apa yg kurang. Cth dan biasanya ialah kurg kasih syg dan perhatian shj. Rutin terganggu, mcm cuaca berubah. Biasa cuaca kering ttiba lembap.

Biasa rutin perlis ttiba g kl rutin berubah. Common sense la kan๐Ÿ˜„.

Cth fateh sy lain mcm rengek dia. Ibu ayah /rapat pengasuh shj tau perbezaan kelainan ank. Sy spend special time aje 1-1 nondirective play alhmdulillah terus ok, resolved. It happened few times smnjak bwh setahun dulu. Biasanya sbb rutin sy dan dia berubh. Ada tmbhn faktor luar byk masuk. Sakit pun punca knk2 stres.
Satu lagi bottom line ialah pasal self cntrol. Smua org dlm keadaan terkawal. Knk2 juga. Bila dlm keadaan control/semuanya under control, --> safe boundary, feeling juga safe.
So bdk stress ialah dlm keadaan rasa x safe. Ada sst terancam. Dlmn diri.
Latihan sy buat utk pserta ialah:

Krayon.
Minta bygkan satu objek, kemudian terus warna sahaja bentuk objek itu. Cth bygkan rumah. Now colour kan shj rumah tnpa border luar.

Terbalik kan kertas.
Now lukis rumah dahulu baru warnakan objek rumah itu.

Apa perasaan krayon? Lukisan pertama tanpa garis luar: .... jawab ya....
Lukisan kedua dengan garis luar: .... jawab ya ...

Knk knk stress spt krayon pertama tadi. Tanpa guidance dan expectation yg dia blh lakukan.
Krayon kedua kanak kanak tdk stress. With guidance or garisan luaran objek rumah td, sbb under cntrol, krayon rasa konfiden sbb under cntrol.

*Tentang non directive play* Raising Our Kids! - http://www.raisingourkids.com/
Nnt akk tulis
Klu ada kelapangan tgk fb akak tp kat komputer dlm hp xnampak. Video fateh dan ayhnya. Kat dpn petiaias main ngan magnetik. Dan ada ciri ciri nondirective play akk tulis dlm tu
P22

Perbincangan Anak Positif Part 1

Aisyah :
Td ade kawan tnya saya, "anak you dh besar kn? Dh 2 tahun kn? Nakal tak? N die cite mesti nakal suke kaco brg la sume.." Truly sy tak brp selesa org ckp or tnya cmtu :(
So td saya jawab, tak lah, die ok, baik n sgt behave ( walaupun sy tau jawapan tu agak janggal kn)
Bukan ape yg sembang ngan kawan2, selalu mesti depa cite anak nakal la, tarik itu ini, kacau nk wat keje dll mcm2 yg negatif n rase tak tahan sume. Saya akui nuha pun mcm tu kdg2 menguji kesabaran biasela kn tp sy tak nk kate sesuatu yg negatif ttg die pd org lain . Sbb sy percaya kata sy adalah doa. saya sayang die n tak penah rase ia satu beban. N ape yg sy nmpk, bile mcm nuha sepah brg n kite kemas sama2 ngan die, die mmg kemaskn balik, kdg2 bantu sy menyapu, jugak faham perasaan sy, bile sy sedih, die mesti kate, ummi, peluk, peluk. Sambil depakan tgn pujuk sy. Tu la, rase mcm janggal bile jawab cmtu sbnrnye kn. Sy jgk tgh melatih diri utk ckp yg positif je ttg anak ni.
Saje je tetibe nk cerite. Sebab sentap jugak bile org tnya , anak awak nakal tak? ..bukan ape, even bukan anak sy pun. Pada sy tak patut juga kite kate nakal sume. Sbb sy percaya setiap kanak2 adalah bersih, suci, genius dll

Kak Maznah : Labelling pada kanak2 paling bahaya..

Kak Zamira : Biasala aisyah,itu soalan y paling common sekali d abad ni..
K.mira ni jenis y straight to d point,kdg2 ada org tua2 y amat concern dgn ank kita tp guna keyword y slh.contohnya diorang akn tanya 'mana budak nakal tu?'
So kak mira jawab la 'budak bijak tu dgn ayah dia,main bola'..
Kita membetulkn persepsi diorang tanpa melukakan hati sesiapa
Secara tak langsung..
Alhamdulillah sekarang ni siapa pun akn guna keyword y sgt positif utk ilham..

Ni y mira sentiasa buat dgn ilham..melabelkn ank kita sendiri.. kita sentiasa panggil ank kita dgn gelaran y positif.
Contohnya mira selalu mention 'anak bijak bonda ni nk mkn apa?..bila org dgr,mereka dah tau label ank kita..so apa y kita pgl ank kita,itulah y org lain akn pgl kt ank kita..
Lg satu,bila kita labelkn ank kita bijak..
Syarat wajibnya kita kena labelkn ank org lain pun hebat jugak..jadinya ank kita hny akn nmpk y positif je pd kwn2 dia..
Contohnya  bila kita berbual dgn ank2 kecil tu 'danial y soleh ni mkn apa?maksu nk ckt blh tak?'
Secara tak langsung ank tu akn termotivasi jd manusia hebat..
Lm2 semua org akn terbiasa dgn gelaran positif..maka ank2 y hebat ni akn jd lbh hebat n lembut hatinya..in sya Allah..

Kak Siti Mashitah :  Aisyah. .akak suka topik yg aisyah mulakan pg tadi.  Ttg perkataan yg kita guna masa bercerita ttg anak atau berckp dgn anak. .

Akak sendiri kdg2 agak z selesa bila jumpa org2 sekeliling yg biasa dgn perkataan kurang enak utk describe anak.. apatah lg anak kita.

Kdg2 nampak mcm gurauan atau nak mesra2 dgn kanak2. .tp mereka x sedar x sesuai..
Cth
Sombong la dia.. amboi ganas la..garang la.. gengster pun pernah org panggil ..huhu

Sabar kn aja. Kasihan sbb mereka tak tahu cara yg betul. . Setuju sgt dgn cadangan mira yg bijak. . Semua anak2 di sekeliling juga perlu tahu yg mereka sebenarnya sgt baik dan mmg Allah ciptakan jadi insan yg berguna.. kita mula kan aja walaupun janggal juga kekdg  hehe.

Jika anak masih kecil dan x faham perkataan tu alhamdulilah. . Abaikan saja.. dan keep on masukkan perkataan baik dlm diri anak.. bila dah besar dan faham ni yg perlu explanation. .

InsyaAllah dgn perkataan2 positive yg kerap kita panggil dan tanam dlm diri anak dia percaya itu lah dia..dan panggilan2 sementara itu akan pergi dan tiada kesan dlm diri anak.. amin.
Pengalaman sendiri la.. pernah ada org sebut perangai x baik la pd raouf..dia jawab..katanya tak la.. raouf budak baik..raouf mengaji. .huhu

Terharu saya dgr dia membela diri..alhamdulilah. moga anak2 kita terus melekat dlm blueprint dirinya.. aku mmg budak baik dan aku akan jadi budak baik..
Satu lagi ayat yg saya suka raouf saya ckp bila saya puji dia . Rajin la raouf ni tlg ummi angkat kain-cthnya-..dia akan jwb..mestilah raouf kan good muslim ☺๐Ÿ˜

Yes we are muslim. N Muslim born to be good khalifah ✌๐Ÿ˜˜






Saturday, January 18, 2014

Apa ibu perlu tahu pada malam kedua bayi lahir~

Bayi baru lahir hari pertama dan kedua cenderung menangis. Situasi apabila bayi menyusu dan mula tertidur, bila dilepaskan dan diletakkan di katil, die menangis kembali dan mahu menyusu lagi. Persoalannya? Adakah bayi anda lapar?

Biasanya ibu baru akan diyakinkan dengan puncanya, susu tiada lagi dan bayi lapar. Jadi susu formula diberi pada bayi. Betul ke?

Jom kita fahami kenapa bayi cenderung menangis.
Habitat asal bayi selama 9 bulan ialah di alam rahim, dimana bayi tinggal dengan mendengar jantung ibu, alunan air ketuban yang mengelilingi, bunyi paru-paru.Sempit dan gelap. Ya itu rumah saya! Kata bayi.

Tiba-tiba segalanya bertukar, dia terpaksa berpindah dari rumah itu ke rumah lain (dunia) yang luas, terang, bising, dipakaikan baju, sarung tangan, topi dan selimut. Dipangku oleh ramai orang dan dimandikan, makan melalui mulut dan berak melalui salur najis. Sebelum ini tak pernah pakai baju, tak pernah mandi pun. Saya makan dan buang air besar pun melalui uri (plasenta) -kata bayi.
Semua ini menimbulkan kurang senang bayi dan dia tak selesa.

Hanya satu tempat yang dia selesa iaitu dada. Ia adalah tempat yang paling dekat dengan rumah asal bayi (rahim) dan paling dekat dengan denyutan jantung.


Kesimpulan, menyusu bukan sahaja kerana bayi lapar. Tetapi kerana ia adalah habitat asal bayi untuk memberi ketenangan, keselesaan dan keselamatan. Fitrah bayi baru lahir memang begitu,bayi bukan menyusu saja. Dia mencari keselesaan. Bila dilepaskan dari menyusu, bayi adakalanya mula menangis dan mahu menyusu kembali.

Apa yang anda perlu buat? Anda perlu guna teknik yang betul untuk melepaskan bayi dari menyusu setelah dia tertidur. Teknik melepaskan bayi setelah bayi berhenti menyusu, kemudian biarkan bayi di dada sehinggalah bayi benar-benar tidur lena (deep sleep). Bayi tidak rasa diganggu bila digerakkan ketika "deep sleep". Kadang kala bayi anda menyusu dan tertidur, dia masih di fasa "mamai/baru nak lena" jadi dia terganggu bila digerakkan dan masih mahu menyusu. Biarkan saja dia menyusu, ia normal. Ia cara bayi anda menenangkan diri dan menyelesakan dirinya. Tempoh dari fasa "mamai" kepada "tidur lena" biasanya dalam setengah jam.

Lagi teknik yang membantu, tanggalkan sarung tangan bayi. Tangan bayi umpama "rakan baik" bayi ketika itu. Menghisap jarinya ialah cara dia menenangkan diri dari ketidakselesaan. Ketika anda menyusu, biarkan jari bayi anda menyentuh anda, bayi perlukan sentuhan dan rasa kulit anda dan dia, untuk selesa malah supaya hormon oksitosin anda tinggi dan meningkatkan produktiviti susu anda sendiri! Bayangkan selama 9 bulan tangan bayi lepas bebas di alam rahim, aktiviti utama dia di rahim ialah menghisap jarinya sendiri. Tiba-tiba "kawan baik" nya dirampas, malah dihilangkan dengan memakaikan sarung tangan. Bayi sudah tiada cara/pilihan untuk menenangkan dirinya lagi!
Biarkan bayi menghisap jari dan susu anda, bukan menggantikan dengan puting tiruan.

Apapun, situasi bayi kerap menangis dan mahu menyusu sepanjang masa kadangkala berlaku apabila terlalu ramai orang di rumah anda, anda ke tempat baru seperti klinik, hospital, kereta, tempat membeli belah dan kampung halaman. Jangan panik dengan situasi ini, kadangkala bayi perlukan lebih masa untuk berada di dada anda, bukan untuk menyusu sahaja. Kerana pada bayi, ia tempat yang dekat dengan rumah asalnya.

Para ibu semua, masih ingat lagi ketika hari pertama kita ke sekolah? Selama 7 tahun di rumah bersama ibu bapa, dan tiba-tiba kita ditinggalkan didalam kelas bersama guru dan ramai budak yang kita tidak kenal, tentu rasa takut dan risau, juga rindu pada mak ayah kita waktu minggu awal mula sekolah darjah 1 kan? Begitulah bayi kita, berubah dari rahim ke dunia juga dia mengalami perasaan takut yang sama kita rasai bila bertukar ke persekitaran dan tempat baru sama ada masuk darjah 1 atau hari pertama masuk ke sekolah asrama atau hari pertama posting/bekerja di tempat baru.

Semoga penulisan ini, akan membantu anda menghadapi hari awal kelahiran bayi anda :)

Sumber dari  
http://kellymom.com/ages/newborn/bf-basics/second-night/


Monday, January 13, 2014

ILMU PEMILIHAN BREASTPUMP

Sembang penyusuan susu ibu..bukan sekadar ilmu penyusuan ketika menyusu sahaja. Antara ilmu terpenting pada saya ialah ILMU PEMILIHAN BREASTPUMP!

Jika anda fikir membeli breastpump sekadar masuk kedai, belek belek dan bayar. Anda silap!

Pelaburan membeli breastpump, adalah pelaburan jangka panjang! (2 tahun penyusuan dan diteruskan ke anak anak seterusnya).

Teknologi breastpump sebenarnya berkembang pesat sama seperti handphone. Terdapat pelbagai jenis breastpump dari manual, elektrik, single pump, double pump, bateri, berat, ringan, freestyle (sambil masak pun bole pump) dan ada yang bole charge POWERBANK lagi!

Pendek kata, anda perlu lihat pelbagai faktor diri sendiri contoh seperti bajet dan kerjaya anda sebelum memilihnya. (Ada banyak faktor untuk memilih breastpump)

Breastpump terbaik setiap orang adalah berbeza mengikut diri dan suasana kerja seseorang itu.
Contoh mudah, seorang kawan saya yang doktor selalu sibuk..maka katanya medela freestyle yang paling baik. Ada kawan saya yang kerja ofis dan sangat pandai dalam teknik marmet, pilihannya adalah yang manual. Manakala rakan guru saya yang masa mengajar sangat "pack", dan tempat mengepamnya ada plug, jadi spectra3 dah selesa untuknya.

Namun, anda perlu faham konsep dalam penyusuan itu sendiri. Jika anda TIADA MODAL dalam membeli pam pun, sebenarnya anda mampu untuk hasilkan susu yang banyak, Ianya dengan teknik dan ilmu. Pam sekadar pemudahcara.

Sama seperti bisnes, jika anda ada modal yang besar, Ok anda boleh beli pam mengikut keselesaan anda. Tapi jika ANDA TIADA MODAL, sebenarnya anda boleh guna tangan anugerah Allah SWT untuk mengepam ( beserta ilmu dan sistem).

Saya sebenarnya rasa sedih bila ilmu pemilihan pam agak kurang dikalangan para ibu. Bayangkan ada kawan yang membeli pam harga 2 ribu, namun akhirnya tersimpan di dalam almari. Ada yang beli pam yang kualiti agak kurang ( murah) akhirnya 2-3 bulan pam dah rosak jadi terpaksa beli yang baru. Saya sekadar ingin membantu anda.

InsyaAllah! :)
Jika anda ingin membeli breastpump, saya boleh bantu anda pilih pam yang sesuai untuk anda. Boleh pm saya dan lawat page saya Nuha Little Shop di fb 
https://m.facebook.com/NuhaLittleShop?__user=100000321955737

Saturday, January 11, 2014

TEKNIK POWER PUMPING

Salam semua, untuk teknik POWER PUMPING..sebelum kita go through, saya nak anda check semula adakah anda telah memenuhi prinsip asas penyusuan? Prinsip asas penyusuan penting untuk maintain production susu. Prinsipnya ialah
1- pastikan pam/ breastfeed baby dlm 3-4 jam sekali. At least paling lama biar dlm 4 jam, pastu mesti pam jgk kalo tak dpt breastfeed time tu
2- minum air masak secukupnya (contoh 2 liter) dan makanan yang seimbang.
3- positif, jgn stress, sentiasa pikir susu cukup utk baby, hepi selalu sebab bile hepi ni hormon oksitosin tinggi baru susu banyak. Hormon oksitosin sangat penting dlm menghasilkan susu. Stress mmg bwk banyak efek yg bole kurang kan susu

Patuhi dahulu prinsip di atas, dan kita akan kepada skill POWER PUMPING

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Tambahan : Jika anda menggunakan double pump dan melaksanakan teknik power pumping bermakna anda telah lakukan power pumping dan tandem nursing secara serentak! Tandem nursing ialah penyusuan serentak kedua2 breast samada dengan pam atau sebelah pam dan sebelah breastfeed.

Contoh power pumping yang saya lakukan selama 1 jam 10 minit contoh pada pukul 11 malam. 
Pam (10 minit) basuh pinggan ( 10-15 minit) pam (10 minit) solat (10 minit) pam (10 minit) kemas ruang tamu (10 minit) pam sesi terakhir (10 minit)

Rehat bermaksud anda bebas lakukan apa saja ketika itu!


Salam sayang dari saya !
Siti Aisyah Samat
Breastfeeding Peer Counselor