Lilypie - Second Birthday

Saturday, April 19, 2014

Self Esteem Anak Anak

Topik tentang self esteem anak2..
Saya ingin ingatkan diri saya sendiri dan yg lain juga, jangan sesekali bandingkan pencapaian anak kita dengan anak yang lain, APATAH LAGI DENGAN ANAK ORANG LAIN!

Jika anda masih terbayang memori ketika kecil..cube anda bayangkan.anda terdengar orang lain cakap kepada ibu anda, "Eh anak awak dapat berape A? Anak saya dapat sekian2 A? Atau, eh anak awak dah pandai membaca ke? Anak saya dah..tentunya jika anda yang result rendah dan tak berapa elok, akan makin rendah self-esteemnya kan. Dan mesti tak suke bile orang stat nak compare..so, janganlah buat begitu pada anak2 kita.

Pesanan mentor saya, jangan sesekali bandingkan anak kite dengan anak orang lain, dan dengan anak yang lain. Kerana anak2 kite pun setiap orang berbeza perkembangannya, even mereka lahir dari perut yang sama, tinggal di rumah yang sama dan makan makanan yang sama..tapi adik beradik pun berbeza perkembangannya, apatah lagi anak kita dengan anak orang lain!

Membandingkan hanya merendahkan self esteem anak2. Disini sy copy paste mesej salah sorang mentor saya jugak, Kak Maz.

"Saya suka topik self esteem anak2
Mmg ia asas kpd pkmbgn knk2. Xdak or rendah self esteem, sumer terbantut.. Ajar la cmna tp klu dia rasa no good about self, x jalan.. Esp. Anak dh bsr dari bayi2 kita ni la. Yg dh msuk school age.
Sy mula bkenalan self esteem masa keje ngo. Sbb ajar pendidikan pncegahan pnderaan seksual knk2, yg rendah self esteem xleh apply skill dan knowledge yg kita bagi..
Then baru sy relate dgn resilient, ada satu subjek pembangunan indvdu resilien masa diploma dulu. Cmna indv resilien ni terbentuk dr faktor2 plbagai semasa perkembangan manusia tu. Yg resilient ni kuat, juga significant dgn pmbntukn self esteem indvu".

Apa yang saya praktikkan bersama rakan2 saya, jika anak org lain lebih cepat dari Nuha, doakan kejayaan dan perkembangan mereka supaya lebih cemerlang dan doakan juga moga Allah bantu mudahkan kita didik anak kitaπŸ˜€

Friday, April 18, 2014

Nuha dan Baby Panda~

Siang tadi saya berkongsi dengan kak Maz dan yang lain tentang Nuha..

"Nuha sekarang pulak suke bear..pastu kitorg beli la satu baby panda ni. Die jaga cam adik sendiri je hihi. Siap die menyusukan baby panda, masuk n buaikan, pastu main pun, n makan pun nk suap baby panda tu. Semalam time sy kat dapur, die pi letak baby panda tu kt kerusi, n ajar flashcard kt panda tu. Lawak je..die ckp, ni ape? Haaa ni ba, pandai. Pastu nuha tepuk tangan n die pegang tgn panda tu wat tepuk tgn jgk.
Semalam pun sesi ngaji dengan panda tu. Bile nuha cam da tak fokus, sy berlakon mcm panda tu ckp, nuha, jomla kite ngaji..panda nk ngaji la. Trus nuha dtg n kate, jom jom ngaji. Hihi. Bile nk ajar, die nak tgn panda tu yg tunjuk kat huruf tu, pastu baru nuha sebut. N dh hbs kitorg bg panda tu tepuk tgn jgk sambil puji nuha. Hbs satu page smalam"

Respon kak Maz "
Bagus nuha dan umiπŸ˜˜πŸ‘πŸ‘. Sy yakin nuha dh cukup kasih syg phatian dr aisyah dan husb hingga mampu memberi kpd bearπŸ‘πŸ‘. Syabas😊. Pnyayang ank2 kita ni kan. Fateh pun blh lyn baik babies..
Buat smntara ni la hehe
Sok ada adij
Tp we have 9 months to prepare themπŸ˜‰
Mcm azzahra cucu ibu rose yg dh diprepare baik pun ada kesan sdikit juga. Hr ke4 dia mnunjukkam tanda stres dan ibu rose bjaya detect dan refleksi dgn baik, serta ajak azzahra tuk tumbuk punching bag / bantal lps tu refleksi kan semula..
Emosi ada pada masa tu ialah sedih. (Sbb dah ber kongsi, dan keliru kenapa sy ada perasaan ni)
Lps release secara body dan movement, cnfirm akan lega. Let go. Habes. Then beri phatian kpd isu ini dan beri peranan, puji, bg special time 1-1

 Dan pcaya tak bayi pun ada emosi. Kita smua pcaya kan. Teringat doktor mana tah masa sy keje dulu xpcaya knk2 kcil ada emosi. Sy pulak sgt pcaya. Bayi nya empathic skill lagi power, sbb otak knn (yg kontrol emosi) very very strong. So ujian mmg mnunjukkan bby akan menangis bila ada bby lain menangis.. Fateh pun menangis (ketakutan) bila melihat adegan lasak abg2 sepupunya main lawan2. Bila dh bsr skit, dia pun joint main lasak2 lawan2πŸ˜„

Sy teringat medium puppet dlm tool play therapy sbg unsur self care dan communication. Sbb tu dlm main peranan (role play), knk2 yg boleh jaga patung dgn baik ialah knk2 yg cukup basic needs nya. Kasih syg dan perhatian. Lain makanan, keselamatan, warm (x dibiarkan kesejukan) dll.

Ada klien sy (klien sy ialah yg dah tercedera emosi, maka jd klien, perlu treatment), yg melayan patung baby dgn sgt x normal. Tp sy fhm kenapa dia mcm tu. Where it comes from. Budak ni ank angkat yg sy yakin masa bayinya basic needsnya x dipenuhi (attachment theory). Bapa angkat keje club. Bapa angkat xkawen. Dpt tinggal dgn pengsuh lambat dlm usia 3 kot. So xtau dia cmna dulu ms awl khidupannya.

Dpt klien dr aunty iaitu adik peremp dari ayah angkatnya yg penah cuba nak jaga sbb kesian tp malangnya masa tu bdk dh umur 5, sgt keras hatinya. Tmbh lagi aunty ni lesbian duk dgn pasangannya.

Dlm sesi sy tgk tema. Satu2 theme tu akan berulang sama beberapa sesi smpai dia sndiri berubah gaya bermain (biasa depa dpt find out coping skill sndiri plus kita therapist bg cth modelling lain dari pattern dia buat).

Dia slalu main peranan. Jd emak, ada baby, sy jadi org gaji (xdak mslh, sbb mmg child leads the play, therapist follow). So dlm main peranan dia tu, dia amat narcisstic (jaga dan pntingkan diri sndiri shj), dan bila 'bby'nya menangis, dia biarkan shj. (Sy kan jd org gaji, sy buat2 bg baby ptung menangis dan minta dia beri perhatian dan beri susu). Dia suh saya yg bg susu. Sy pura2 kata bby nak mak dia. Dia pun mendengus dan dtg kat baby patung dan bg susu. Tp sgt kasar...

Pnjg kisah klien ini. Dgn main peranan doktor pesakit lagi. Healing process mmg terhasil.. Bila sy buat2 bg ubat sapu, tiap kali tgn kanan. Later sy find out dr pengsuh yg tgn kanan dia pernah kena teruk pukul oleh ayh angkatnya...

Dan one more thing, org dewasa (or knk2) yg pemarah / tantrum / baran ialah yg kurg kasih syg dan perhatian. Maka dia xkan mampu nak berbuat baik dgn org lain sekeliling sbb dia xterpenuhi basic needs dia sndiri. Sbb sy ada staf tmpt keje nak pencen dh (level atas,matro ) yg sgt kejam berpuluh thn.. Sy perhatikan dr mklumat latar belakang, mmg kurg kasih syg. So sy mnta staf yg jumpa sy mengadu tu utk doakan aja utk dia...

Situasi anak yang jealous dapat adik baru

Jawapan Prof Dr Rozieta Shaary tentang anak yang jealous.

Jawapan: lemas Anak JEALOUS

Kelmarin Ibu ada post soalan berbunyi :Siapa baru dapat baby dan ada abang atau kakak baby itu? Adakah kakak atau abang baby itu nampak cemburu?

Amaran: Perkongsian ini panjang. Namun, Ibu harap anda membaca dengan penuh tenang dan ceria :)

Apabila anda hendak mendapat anak baru, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa.

Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil dan cara menanganinya berbeza dengan anak yang 4 atau 5 tahun. Oleh itu Ibu akan kongsikan dua tahap umur ini untuk anda yang Ibu kasihi.

Sediakan anak dari 4 sudut;

Fizikal ; Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun.Ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya. Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu.
Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan. Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; " Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.
Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu. Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.

Minda: Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.

Emosi: Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan siabanf atau kakak lagi berasa sayang setelah ada adik.Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; 'nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu...padan muka' , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, ' nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.

Jiwa: Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.
Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh sarah si kakak dan abang.Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.

Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.

Pada masa cucu Ibu Azzara mendapat adiknya, Muhamad usia dia sudah 4 tahun. Mamanya sudah sediakan dia untuk ke empat sudut ini. Namun, pada hari ke empat Ibu lihat dia nampak senang marah. Ibu pun bertanya kepadanya, " Az-Zahraa rasa tak selesa dekat hati ya. Rasa sedih tapi Az-zahraa suka dapat adik, tapi rasa sedih sikit ya, ' dia menggangguk. Ibu pun menyatakan kepadanya, tak mengapa, itu bukan tanda dia tak syaang adiknya. Itu cuma kerana bila adiknya lahir, banyak perubahan dalam hidupnya.

Tidur pun adakalanya terganggu sebab adik menangis. Ibu tenangkan hatinya dan Ibu kata " Mari kita buang tenaga itu dan tumbuk bantal ni. Tumbuklah bantal tu sampai Az-Zahraa puas hati. Az-Zahraa pun melakukan untuk 2-3 minit. Lepas tu dia mengatakan kepada Ibu dia sudah rasa selesa kembali. Ibu pun memberitahunya, jika dia rasa tidak selesa lagi di hatinya, dapatkan saja bantal special itu dan tumbuk.

Dalam masa kurang seminggu, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan baik. Mamanya pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Dan dia khaskan masa bersama Az-Zahraa setiap hari. Tidak pernah Az-Zahraa cemburu dengan adiknya. Bila ditanya, dia akan mengata; "I am mama little helper. I love Pocoyo (gelaran yang dia beri kepada adiknya).

Ibu harap perkongsian ini membantu anda. Kepada Allah kita bersyukur. Hanya dialah yang mendatangkan ilham baik kepada kita ibu bapa yang penyayang dan berazam mahu menjadi penyayang.

Semoga kita senantiasa menjaga perhubungan penuh kasih-sayang di dalam keluarga. Bila perhubungan ahli keluarga baik dan sihat , maka keluarga penuh kasih.

Monday, April 14, 2014

Cara Kenalkan Allah pada anak

Cara nak kenalkan anak dengan Allah.

Kak Maznah

Waalaikum slm
Sy knalkan dulu dgn buku my fantarstic furqan yg karya zaidatul akhma tu
Masa fateh 12 bln
Tu xlama pastu dia sbut Allah dgn jelas sbutan.
Lps buku koyak, just buku bby khalifah.
Buku kan ada gmbr dan cerita
Skang sy kenalkan dgn alam smulajd
Smpai fateh blh jwb klu sy tnya, sapa buat burung: Allah. Awan, pokok, diri fateh sndiri dll, smua Allah.
Kdg sy sbut juga Allah yg bg susu, mknn kat dia.
Tp plg efektif kjadian alam smulajdi la..
Sbb kagum timbul,kan
Oh ya buku bbykhalifah bab My First Kalimah pun psl kalimah subahanallah, start dgn tgk alam. Dlm baby khalifah series yg subscribe rm50 setahun tu. Buku tjuk tu pun ada psl alam tu.

πŸ‘ good answer Maz..

Kak Tishie

Ye sama..perkenalkan dlm kehidupan seharian dia.. bg rasa Allah tu selalu dekat.. dia dpt lari laju saya kata

MasyaAllah kuatnya kaki Raouf.  Allah give strong leg to Raouf. Tq Allah..

Kdg2 versi pendek la.. kdg pjg..tgk keadaan..

Masa kecik biasa tanyakan soalan..siapa buat ni.. siapa bg kita ni.. dan ajar jawab Allah.. sampai terbiasa.. insyaAllah dia tau perkaitan sesuatu yg dpt hakikatnya drp Allah.

Bila dah besar sikit boleh bg extra explanation.  Mcm raouf baru dpt reward. .tanya dia siapa bg raouf sword tu (cth)
. Dia jawab.. Allah la.. kan babah yg beli? (Saja test).katanya..kan Allah bg babah money. . Babah kerja rajin Allah bg money..dpt beli sword raouf.. 😊

Kak Farah

Ya,tepat penerangan ibu2 ini. Sy juga buat seperti kalian. 😁

Alhamdulillah 😊

Sebelum tido,doakan anak dengan menyebut nama Allah.