Tuesday, March 26, 2013

SUSU IBU VS SUSU FORMULA



betul tak semua ibubapa mahu memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka? Mestilah betulkan!
Bila orang bertanya, apekah makanan pertama yang paling baik untuk bayi ?
Susu unta ? Susu kambing ? Susu lembu? Susu ibu?
Jawapannya semestinya  SUSU IBU..

Walaupun Rasulullah lahir di tanah yang banyak dengan kambing dan unta, susu Halimah juga menjadi pilihan. sebab apa ? sebab sesuai dengan keperluan tubuh badan bayi.
Jadi secara peribadinya, apabila saya dengar orang declare kata produk itu ini sesuai untuk digunakan untuk bayi bawah 6 bulan, saya kurang percaya. sebab saya lebih yakin dan obses dengan ciptaan Allah yang ajaib ini ( susu ibu ) untuk bayi.

' setiap 4000 mamalia di bumi ini menghasilkan susu yang berbeza2 mengikut keperluan anak2 mereka. jadi, susu ibu amat sesuai untuk bayi manusia kerana ia memenuhi semua keperluan nutrisi badan mereka' oleh Ruth Lawrence, MD, Profesor O&G Universiti Rochester,NY.
sememangnya susu ibu ini menjimatkan! jimat wang untuk beli susu formula dan perbelanjaan perubatan.

Macam2 syarikat produk susu cuba mengeluarkan susu formula yang terbaik dan hampir menyerupai susu ibu. Namun hakikatnya, susu ibu tidak dapat di tiru 100% kerana ia adalah ciptaan Tuhan, bukan ciptaan manusia. ciptaan manusia banyak kurangnya dan tidak sesempurna ciptaan Tuhan ~ ohh syukur ya Tuhan atas penciptaanMu yang Maha Sempurna.
Susu ibu sangat kompleks dan para saintis masih lagi terus membongkar dan mengkaji nutrisi yang ada dalam susu ibu. apa yang sungguh ajaibnya susu ibu ini, nutrisinya akan berubah2 mengikut keperluan bayi.

Susu daripada ibu yang melahirkan anak pra-matang dengan susu dari ibu yang melahirkan bayi normal adalah berbeza. susu ibu di waktu tengahari @ panas, berbeza dengan susu ibu ketika waktu malam. sebab kenapa susu ibu di waktu tengahari lebih cair sedikit ,ia adalah kerana untuk menghilangkan dahaga bayi di waktu tengahari yang panas.
Susu manusia mengandungi sel hidup, hormon, enzim aktif, immunoglobulin dan ikatan2 kompaun yang sangat unik dimana ia TAK MAMPU DI TIRU OLEH SUSU FORMULA ..
-Artikel ni dari blog kawan saya,baitulmuslimzaidee.blogspot.com- 

No comments:

Post a Comment