Lilypie - Second Birthday

Sunday, July 20, 2014

Kata2 Dr Suriyakhatun tentang Penyusuan Ibu

Beza susu ibu dan susu formula
Ini sambungan tentang susu ibu. Yang saya tidak sebut dalam slides ini adalah bagaimana untuk tambahkan mutu susu ibu serta penjagaan makanan untuk hasilkan susu yang baik . Jika ibu mempunyai peghazaman dan usus yang kurang optima, ini perlu dibetulkan supaya mengeluarkan susu yang terbaik untuk bayi .
Bayi juga boleh mendapat alahan dari pemakanan ibu dan ini perlu di ambil perhatian .
Menyusukan anak memerlukan komitment dan dedikasi namun hasilnya amat baik insya allah .

( ada 7 slides bergambar beza susu ibu dan susu formula dari Dr Suriyakhatun)

[ SUPPLY AND DEMAND]

Use it or lose it ! Ungkapan ini yang mempunyai banyak erti saya gunakan kali ini untuk ceritakan tentang tulang dan otot kita .

Bila otot lemah, tulang pun lemah dan rapuh. Bila otot kuat, tulang pun kuat .

Badan kita ada mekanisma biofeedback dan maklumbalas dari sel dan organ badan akan beritahu sama ada nak kuatkan atau abaikan sesuatu organ berdasarkan kegunaannya .

Inilah sebabnya ibu-ibu yang susukan anak akan dapati susunya kering bila dia malas nak pump susu semasa kerja ! Lama kelamaan susunya kering sebab badan rasakan anak sudah tak mahu susu !
Lagi di pump, lagi anak menyusu maka lagi banyak susu,mengikut prinsip supply akan meningkat bila demand meningkat !

No comments:

Post a Comment