Lilypie - Second Birthday

Sunday, July 20, 2014

BERCERAI SUSU/WEANING OFF

[ BERCERAI SUSU/WEANING OFF ]

Since sekarang anak saya Nuha dah 2 tahun 5 bulan, ade yang bertanya
-Nuha dah berhenti menyusu ke?
-Saya dah stop menyusu ke bile Nuha 2 tahun?
-Kenapa Nuha masih menyusu lagi?
-Tidak kurang juga orang yang memberi idea kepada saya suruh letak asam, garam jugak menyuruh saya kata "susu basi", "susu pedas" dan lain2 lagi kerana mereka ingat Nuha tak mahu berhenti menyusu ( hehe memang saya geleng kepala)

Ilmu bercerai susu ( weaning off ) memang ramai yang tidak tahu. Jadi saya rasa perlu saya kongsikan di sini apa yang saya buat dan bagaimana proses berhentikan penyusuan tu berlaku.

Teknik weaning off yang saya pakai ialah peraturan
1: Dont offer and dont refuse.
Waktu Nuha masuk 2 tahun, kita tak perlu offer menyusu dan jangan tolak kalau anak minta mahu menyusu. Pastikan anak makan makanan seimbang. Leka dan lengahkan dia untuk menyusu.

2: Kurangkan sesi penyusuan sedikit demi sikit.
Saya tak mengepam dah dan kurangkan sesi menyusu.
Bila kurang menyusu memang automatik susu kite akan kurang dan sikit.

Saya juga ajarkan Nuha minum susu pakai cawan/sippy cup. Letak cawan di meja, cakap, Nuha sekarang dah besar, kena minum susu dalam cawan.
Awal2 memang anak akan protes, tapi kita perlu tegas, jangan cepat mengalah. Anak kita bijak! Dia memang paham. Dia nak test kita je nak tengok serius mane mak aku ni buat rules kat aku hehe.
Alah, rules macam ni la yang saya apply jugak kat Nuha supaya die hari2 mangaji AlFurqan dengan saya.

Setkan rules dengan anak, disiplinkan dari awal.

Sehingga sekarang, rules saya seterusnya ialah
3: Terangkan pada Nuha, dia sudah besar, dia bukan lagi baby. Kalau dah besar, nanti nak pegi sekolah tak boleh dah minum susu ummi. Baby je yang menyusu. Nuha paham beza baby dan kanak2. Terangkan apa dan mengapa. Anak kita ni bijak, ibu semua! Tambah anak yang minum susu ibu lagi la berganda2 kebijakkan dan IQ diorang. Jadi kita perlu bijak terangkan pada mereka.

4: rules sekarang yang tengah saya apply. Menyusu hanya malam saja, dan Nuha memang sudah tidak menyusu di siang hari walaupun saya ade. Malam hanya sekali menyusu. Selainnya die request fresh milk/gochoc/gomilk.

Ibu semua, proses bercerai susu bukannya hari ni menyusu dan esok/minggu depan stop terus!!Bukan!! Macam saya, target tempoh berhentikan penyusuan dari umur 2-3 tahun. Ini kerana Ustaz Hassan Din AlHafiz memberitahu saya Rasulullah SAW berhenti menyusu pada umur 3 tahun. 3 tahun ialah maksimum penyusuan. So saya go on dengan plan ini. ( setiap ibu berbeza bila mereka mahu stopkan menyusu ye bergantung masing2)

Adakah logik, setiap hari bayi anda menyusu ibu, tiba2 hari ini anda mahu stop terus tak bagi susu, anda lumur garam, asam? Macam anda setiap hari diberi makan nasi, tiba2 hari ini anda di"sekat" tak boleh makan nasi!! Bayi anda kecil lagi, dia pun tak paham kenapa mama nie..tiba2 tak kasi susu?
Kasihan emosi bayi tercedera bila kita buat sesuatu yang tak sepatutnya..malah anda tak perlu menipu pun anak anda untuk stop menyusu.

Saya tak tergamak menipu Nuha, anak saya yang bijak. Nuha kalau makan, die sendiri tahu makanan ape yang rasa pedas, rase manis, rase asham ( masam) dan rasa pahit. Jugak, Nuha tahu rasa basi macam mana. Truly, saya tak tergamak tipu dia cakap susu saya basi. Rasa tak patut kerana susu inilah susu terbaik yang Allah anugerahkan pada saya, untuk Nuha sehingga die membesar sihat, cergas dan cerdik. Malah melalui susu inilah, segala antibodi disalur kepada Nuha dan susu inilah susu paling bersih, selamat dan tidak tercemar, kerana ia ciptaan Allah! Adakah patut kita katakan susu yang Allah cipta ini pedas ataupun basi?

Berhenti menyusu perlukan ibu dan anak masing2 bersedia.

Juga, penyusuan tempoh sekarang yang saya tengah lalui ini, ia lebih kepada penyusuan kasih sayang, hubungan erat, bonding antara saya dan Nuha. Bukan untuk hilangkan dahaga/kenyang!
Nuha sendiri dia cakap, ummi, susu ummi da takde..saya jawab, memangla takde Nuha, sebab Nuha kan dah besar.
Nuha faham, dan dia akur. Saya pun akur.
Perasaan berpisah susu, hanya ibu dan anak saja yang faham. Adakala anak dah bersedia stop menyusu. Tapi ibu masih tidak bersedia.
Apepun, biarlah proses bercerai susu, berlaku dalam keadaan keduanya bersedia.
Penyusuan saya pada Nuha sekarang hanya sekadar bonding kasih sayang antara kami berdua!

Apepun menyusu ni ibu yg decide, kite sendiri boleh decide untuk banyakkan susu..dan bile anak dah nak berenti menyusu, kite sendiri boleh decide utk susu kite kurang dan stopkan pengeluaran susu dgn ilmu dan teknik yg betul n dalam masa yang sama menjaga hub baik kite ngan anak

Link untuk teknik weaning
http://kellymom.com/ages/weaning/wean-how/weaning-techniques/

Siti Aisyah Samat
Kaunselor Laktasi PPUM

Weaning Techniques : KellyMom

By Kelly Bonyata, IBCLC, Becky Flora, IBCLC and Paula Yount Don’t offer – don’t refuse Dropping one feeding at a time Distraction or substitution Change in routine or schedule Postponement Shortening nursing sessions Night weaning Other ideas for older nursings […]

kellymom.com

1 comment:

  1. Assalam kak.. saya ada masalah sikit berkenaan breastfeeding. Boleh akk bg emel atau no tel utk saua hubungi? Saya harap saya dapat consult dgn akk. Ni emel saya ya kak..dilakazuha@gmail.com
    Thanx kak..

    ReplyDelete