Monday, July 21, 2014

Cerita Gula dari Dr Suriyakhatun

Ada apa dengan gula ?
Ini mungkin soalan yang ditanya oleh pembaca yang membaca posting saya tentang memberikan anak gula .
Ada yang tanya, umur berapa boleh berikan soft drinks kepada anak .
Tekanan dunia perniagaan atas industri makanan telah kaburkan mata kita sehingga kita tidak dapat bezakan makanan dan kimia.
Kimia sudah jadi makanan !
Gula adalah bahan asli yang ada dalam banyak makanan semula jadi .
Buah banyak gula dan gula adaah dari tebu maka apa salahnya kita ambil gula ?
Gula adalah sucrose . Sucrose adalah gabungan dua simple sugar ia itu glucose dan fructose .
Kadang kala pesakit jadi keliru sebab ada kalanya doktor akan beritahu pesakit yang rasa lemah dan lesu serta berpeluh sejuk bahawa ia kurang gula dalam darah dan rawatannya adalah gula !

Betul, apabila kadar gula dalam darah terlalu rendah, memang rawatannya adalah gula . Ini hanya untuk kes cemas sahaja . Contohnya orang yang telah diberi terlebih ubat oral hypoglycaemics atau orang yang tak makan dan minum sehingga gula dalam darah terlalu rendah .

Begini sebenarnya :

Badan kita memang perlukan gula dan gula yang ada dalam darah ia lah glucose. Glucose dihasilkan dari makanan karbohidrat.

Cara pencernaan makanan kita akan hasilkan gula dalam darah.
Kita tidak perlu gula dalam bentuk sucrose ie gula pasir atau makanan yang ada gula . Kita perlu gula ini diambil dari makanan asli.

Bila kita dapat gula dalam bentuk sucrose dalam kuantiti yang banyak , gula ini akan segera memasukki darah kita dengan kuantiti yang banyak juga . Ini menyebabkan 'sugar rush' dalam darah . Bila ini berlaku , kita akan rasa segar dan aktif serta ia mencetuskan pengeluaran insulin sebab mengikut seimbangan gula dalam darah , ia tidak boleh terlebih .

Maka insulin akan keluar dan dengan cepat turunkan gula yang berlebih itu . Dengan ini sebab tadi gula terlalu banyak memasukki sistem darah kita, kadar gula akan turun pula mendadak juga .

Apa jadi kepada gula yang sudah diturunkan oleh insulin tadi ..ia jadi LEMAK!!!

Kira badan terperanjat dan cepat cepat turunkan kadar gula lah tu bila kita ambil makanan bergula ( banyak)

Maka, individu itu akan rasa letih balik dan pergi minum air manis lagi atau ketagih manisan .

Lama kelamaan ini menimbulkan stress dalam badan kita dan mulalah masaalah timbul dalam hormon cortisol kita membawa pada masaalah sistem immune .

Insulin yang dikeluarkan oleh ' islets of Langerhans' di 'pancreas 'kita pun akan mula letih dan kadar insulin mungkin akan berkurangan, jadilah Diabetes Mellitus .

Ketagih gula petanda bahawa sistem kita ada masaalah .
Jawapannya bukan untuk ambil minuman manis !

Karbohidrat yang baik adalah karbohidrat asli yang banyak serat, ada vitamin dan zat galian .

Badan kita akan ambil masa hazamkan dan akan ambil masa menghantar gula kedalam darah !

Sebenarnya banyak lagi cerita gula ini ..sambung lagi lain kali

No comments:

Post a Comment