Sunday, May 18, 2014

Menuntut Ilmu dari Kak Shida

Tadi jugak kak shida cakap, Breastfeeding is NOT A COMPETITION!!
Bukan ko nak bertanding sape menyusu paling lama, setahun ke, dua tahun ke, sebulan ke?
Bukan..
"Kalau ade mak yang datang dan cakap, saya berjaya menyusu sehari je..saya akan cakap tahniah! Great job! Good! Sebab bagus sangat awak berjaya bf sehari tu, lebih baik daripada takde langsung! At least baby dapat jugak benefit susu ibu sehari tu."-kak Shida-

Jangan rase rendah diri, bersalah or guilty ke kalo korang tak berjaya bf atau dapat menyusu sekejap, yang penting korang kene cari ilmu dan usaha.
Nak teruskan menyusu or tak, tu decision masing2. Saya tak rugi ape dan tak marah apepun..jangan segan ke apa. Sebab selalu berlaku kawan2 saya cakap, "aisyah, kami berjaya fully bf setahun setengah je.. Atau aisyah, kami tak dapat fully bf dua tahun...tapi dapat fully bf setahun je, dengan nada sedih.
Korang ni, tahniah ok!! Korang tetap hebat even korang dapat bf sebulan ke, setahun ke, sehari ke, sebab saya tau bf bukan senang, bf bukan macam petik jari ko bole terus berjaya menyusu 2 tahun. Saya pun struggle gile sampai cari ilmu, korban masa, tenaga macam2 untuk berjaya bf. Saya boleh bantu lorongkan jalan, tapi yang tentukan kejayaan ialah anda. Kalo korang datang kat saya cakap, korang tak berjaya bf anak first korang, takpe saya akan trus support untuk korang cuba pulak nanti anak kedua, dengan cari ilmu.

Apepun, takpe next time anak yang kedua cuba lagi ok, jangan rase rendah diri.

Kalau anda nak bagi susu formula pun takpe memang takde sape nak kata ape pun, yang penting siapkan diri dengan ilmu, dan tahu risiko susu formula dan tahu risiko botol feed. Menyusu ke tidak tu pilihan masing2, bergantung pada ilmu yang anda ada.
Sebab tu ilmu penting, bila ade ilmu, kita tahu dan bila tahu, kita bole pilih keputusan terbaik untuk anak kita.




Nuha Little Shop
Tadi kak shida tanya soalan? Apa signal/tanda baby lapar?...haaa jawab! Jawab!

Majoriti jawab bila baby nangis, merengek, mengamuk. Sebenarnya bukan!

Baby menangis merengek ialah tanda lewat..bukan signal awal.

Ia adalah late cues.. Kite kene tengok early cues. Baru bf baby.

Breast ni macam restoren, bila baby menguap dan mengiring, macam baby angkat tangan, cakap, mama..saya lapar..

Yang mak pulak buat dek jer..macam kita la order makanan kat restoren, dah angkat tangan kat waiter, nak order makan, die wat dek..tunggu la sampai setengah jam, makanan tak sampai2 lagi! Haa ape korang rase, weh, dah sejam tunggu makanan tak sampai lagi! Mesti bengang sampai mengamuk kan? Rase macam tak nak makan n nak blah je..bengang! Apela restoren ni, kate servis bagus!!
Cam tu la, baby menangis tu macam orang yang mengamuk dah tunggu satu jam makanan tak sampai lagi.. Bila baby menangis- late cues - mak pun stress - susu pun dah bengkak - jadi kalut - lekapan pun tak betul - cara bf pun salah - baby pun tak dapat cukup susu sebab mak bf tak betul.

Jadi, jangan tunggu anak menangis baru nak bf ok. Nanti nak kene tenangkan anak dulu, macam nak tenangkan orang yang mengamuk tunggu order makanan berjam2 tak sampai.

Tadi kebetulan ade sorang bapak bagi menyusu pakai botol, kak Shida mintak die tinggikan kepala dan flow susu perlahan, bagi baby tu yang kawal hisapan susu tu.

Tau tak, bila kita bagi botol pada bayi, kepala baby rendah dan flow susu akan laju dan baby hisap 5 minit dah abis, kite tengok baby cam hisap nak susu lagi macam tak kenyang. So ibu pun bancuh la lagi susu sebab ingat baby lapar. Jadi, baby yang sepatutnya minum 2oz dah dilatih minum 4 oz-5oz sehari sebab kita dah ajar die minum banyak tu, perut die akan terima kapasiti banyak tu, 4 oz..jadi bila mak menyusu, breast buat 2 oz je sebab sepatutnya perut baby boleh muat 2 oz..dah tak cukup sebab awal2 dah diajar minum formula 4 oz. Tu yang mak2 fikir susu tak cukup.
Sebenarnya, baby ni normalnya puas dengan menghisap, bukan dengan menyusu. Menghisap ni aktiviti utama baby, selain menangis. Sebab tu baby breastfeed, puas menghisap lama dan dapat susu yang sepatutnya sesuai dengan perut die.

Non breastfeed baby, mereka tak puas nak sucking/menghisap. Sebab tu orang cipta pacifier ( puting tiruan) sebab nak bagi baby puas hisap dengan pacifier. But dah jadi tak natural kan.. 

No comments:

Post a Comment