Lilypie - Second Birthday

Sunday, May 25, 2014

MASALAH OBESITI DI KALANGAN IBU

Salam semua ibu dan bapa, 
Saya Siti Aisyah, seorang ibu dan sangat berminat dalam ilmu penyusuan. 
Hari ini saya nak kongsi kisah saya macam mana saya boleh "maintain" berat saya selepas bersalin sehingga sekarang.
Ramai orang cakap, saya kurus sebab saya menyusu, betul tu salah satu contoh sebab bila menyusu, memang 500 kalori kita akan terbakar. Tapi, korang tau tak yang point sebenarnya, kalau menyusu mesti kurus tak boleh dipakai sebab kajian tunjukkan bukan semua ibu boleh kurus kalau menyusu😄. Waktu saya di kursus Breastfeeding Peer Counselor pun, kami bincang isu ini dan ia memang tak boleh dipakai, sebab bukan semua ibu akan kurus bila menyusu sepenuhnya. Hatta, dalam kelas saya pun, ada ibu yang makin naik berat dia walaupun menyusu. Oh macam mana tu ye?
Okey saya terangkan, faktanya, ibu menyusu memang cepat lapar dan suka makan. Saya sendiri makan banyak dan kerap sewaktu anak saya menyusu. Banyak makan tak salah, cuma silapnya, ibu menyusu tersilap pilih makanan, makan makanan yang tinggi kalori seperti burger, nugget, aiskrim dan minum minuman manis seperti milo ais, teh tarik ( hari2 ye). Itulah sebabnya ada mak menyusu yang masih tak turun berat walaupun menyusu, sebab kalori yang dibakar tak balance dengan kalori dalam badan.
Saya pun bila dah biasa kerap makan, bila Nuha dan kurang menyusu, saya pula dah biasa lapar, kerap makan burger, nugget dan minuman manis berais kat sekolah saya. Memang berat naik! Huhu. Saya mula cari penyelesaian.

Senang saja rupanya, lapar tu tak salah, tapi kita kene pandai cari makanan berkhasiat bila lapar. Cari minuman berkhasiat. Macam saya sekarang, saya minum susu kambing yang dicampur habbatus sauda, kurma dan madu. Bila lapar, saya bancuh minuman ni dulu. 
Sebab kantin sekolah saya banyak dugaan..sekarang bila saya lapar, pegi kantin, bila saya tanya ada makanan apa, adik kantin jawab, "cikgu, ada nugget, burger, roti ja". Saya walaupun memang lapar ni, saya ingat je takpe jap lagi bancuh Gomilk dan saya jawab, "takpe dik, saya tak makan nugget." Dengan yakinnya hehe. Sebab Gomilk dah buat saya kenyang.
Saya mungkin akan pilih roti, mee atau bihun. Dan bila makan, kalau adik kantin tak ambik order air, saya memang biarkan saja, sebab saya nak minum air kosong. Kalau dia tanya, "cikgu nak order air ape?". Kalau waktu tu iman kuat, saya jawab, takpa saya minum air kosong je atau air suam saja. Tapi kalau ramai kawan2 cikgu makan sekali, iman saya memang tergugat tengok air manis berais diorang. So orderlah jugak. (Memang teringin jugak kalau duduk dengan kawan kan). Yang pasti, saya suka bila adik kantin terlupa amik order air dan saya makan sorang/ berdua. Jadi kuat sikit hati nak order air suam. Apapun semua, jaga apa yang kita makan tu, jangan pilih yang kalori tinggi, yang susu pekat manis, yang bergula kalau kita nak kekal sihat dan langsing.
Macam saya, lapar je saya bancuh susu kambing Gomilk. Ada dua perisa vanilla dan coklat. Yang best, tiada gula tapi tetap manis sebab ada ekstrak kurma. Yelah daripada lapar dan kita kunyah benda2 merapu, lebih baik kita isi perut yang lapar dengan minuman berkhasiat kan!
Bagi yang nak cuba, boleh tengok di link

https://m.facebook.com/NuhaLittleShop

Pendek kata, nak kurus atau diet bukan dengan jalan pintas, makan pil dan sapu cream dengan harapan lepas sebulan dah kurus ye, tapi memang anda kena teliti diet pemakanan anda, apa yang anda makan, apa yang anda minum. Certain orang sangat concern pasal makan, tapi tak berapa kisah pasal minuman. 
Moga tips yang saya kongsi membantu anda dan orang lain juga.

Dari,

Siti Aisyah Samat

No comments:

Post a Comment