Lilypie - Second Birthday

Saturday, March 8, 2014

Tok Umi dan Umi penyokong kuat Penyusuan Susu Ibu!

Bayi sukakan dada ibu..ia adalah kata-kata daripada seorang pakar penyusuan susu ibu..dan juga kata-kata tok umi saya juga, Sharifah Tijah yang berpengalaman menyusukan 8 orang anaknya.
Yes, saya juga seorang kaunselor penyusuan dan sangat suka dengan ilmu penyusuan. Setiap ilmu baru saya baca dari artikel dan research. Saya suka kongsi dengan tok umi saya. Apa yang seronoknya, tok umi saya sentiasa mengiyakan apa yang saya cakap. Tulah saya kata, "Atik, apa yang atik cakap ni sama macam apa yang aisyah belajar dari pakar, Atik lagi hebat dari pakar! Saya masih ingat ketika Nuha demam, ibu saya risau..saya kata padanya, "jangan risau umi, sebab aisyah memang kerap menyusu Nuha ni dia akan cepat sembuh dan kebah demam..sebab badan aisyah akan create antibodi untuk lawan virus demam Nuha, n antibodi tu disalur melalui susu Aisyah la..( mak saya guru Sains, major Biology minor Kimia) dan terus aja tok umi saya mengiyakan, "haah Ela, budak menyusu ibu memang macam tu, kalo demam menyusu je nanti cepat baik"

See, hebatkan tok umi saya! Pengalaman ialah ilmu yang sgt hebat! Saya masih ingat lagi moment ini..


Ibu saya Sharifah Sukhaila Al-yahya juga hebat orangnya, menyusukan saya ketika berpantang sebelum mula bekerja. Umi kata bertuah orang sekarang..sbb ilmu penyusuan yg banyak n senang dapat. Zaman umi dulu memang tengah kempen susu formula kat hosp so mmg tu choice yang ada bile mula bekerja.
Bertuah org sekarang..

No comments:

Post a Comment