Lilypie - Second Birthday

Saturday, March 22, 2014

Prof Ibu Rose ~ anak sulung suka mengamuk, apa nak buat?

Minta maaf...Ibu dah post perkongsian ini. Namun sebab Ibu masukkan link blog Ibu, bila di share posting tadi, yang dishare hanyalah blog dan bukan posting. Oleh itu Ibu re-post, posting ni sahaja tanpa link ke blog. Semoga ini mengelak kekeliruan mereka yang anda share.
------------------------------------------------

Soalan : Anak suka mengamuk...

Slm ibu. Saya ingin memohon sedikit pandangan, itu pn jika ibu berkesempatan untuk meluangkan masa, insyaAllah. Ank perempuan saya, Nadia 3 thn.. Suka menjerit tanpa sebab yg khusus, dan ia akn berlarutan kepada menangis dan mengamuk yg susah untuk reda. Saya cuba reasoning perbuatannya, peluk dan pujuk, tetapi tidak berjaya yg menyebabkan akhirnya saya akan memarahi dia

Sekarang ia melarat kepada apabila kemahuan tidak dituruti, dia akn terus menjerit dan mengamuk. Saya ada seorg lg bayi lapan 6 bulan yg perlu diberi tumpuan.. Jadi apakah cara terbaik untuk saya cool down kn dia, di samping menjelaskan perbuatannya itu salah?

Slm prof..its so hard to a be a good parent..

Nk berpsikologi, sambil kita nk kejar menyiapkan hal rumah n hal kerja

Blh x ibu tlg cadangkan buku parenting yg bgs?

Saya di terengganu.. X byk kursus parenting yg dibuat di sini..

Desperately need to improve myselft..

Jawapan Ibu:

Assalamualaikum sayang,

Pertama, sayang perlu membuang kefahaman bahawa it is hard to be a good parent. Kefahaman itulah yang membuatkan sayang menghadapi kesusahan dengan anak sulung puan. Mengapa? Kerana pemikiran kita menarik perkara terjadi di dalam hidup kita.

Now, change kepada, I love being a good parent and I get better and better everyday.

Anak sulung suka mengamuk, pertama kerana perasaan rasa selamatnya tercabar. Dia baru mendapat adik, oleh itu, dia berada kurang dikasihi. Selagi ini tidak diselesaikan, selagi itulah ia akan menjadi masalah. Hari ini amukannya begini, esok lain pulak. Namun, punca isunya sama. Rasa tidak dikasihi.

Apa yang sayang boleh lakukan?
Dalam kesibukan seharian, luangkan 10 -15 minit, masa bersamanya. Hanya dia sorang. Melukis ke, menari ke, bercerita ke, masak bersama ke...but only with her. Dan katakan banyak-banyak kali puan dan ayahnya sayang pada dia. Begitu juga adiknya. Kenapa puan buat begini? Kerana puan sedang menanam kepercayaan diri yang positif.

Lepas itu ajak dia bantu puan dengan adiknya. Contoh, ajak sama-sama mandikan adik. Dia boleh tolong ambilkan towel atau sabun. Maksudnya, libatkan dia di dalam aktiviti itu. Bukan sekadar suruh tolong saja.

Selalunya ibu seperti puan, iaitu yang beranak kecil dan ada anak sulung usia anak sulung puan, akan suruh si kakak atau abang ambik itu dan ini dengan nada menyuruh dan mengarah. Apa yang anak sulung itu rasa ialah, dia itu disuruh sarah saja da tidak lagi penting.

Dengan mengubah cara berkomunikasi akan mengubah respon anak itu. Puan hanya perlu kata, seperti ini " Kak Long yang Mama sayang, mari kita mandikan adik. Kak Long my sweet little assitant. Tangan comel kak long boleh bawakkan mama towel dan sabun adik. Nanti, kalau kak long nak, kak long boleh sabun kan adik jugak.Tentu adik suka. Mama sayang little assitant mama ni..."

Itulah yang anak Ibu lakukan kepada anak sulungnya bila dia mendapat adik. Ternyata Az-Zahraa, sangat suka menolong dan sangat sayang adiknya dan mamanya. Bila ditanya mengapa dia suka menolong mamanya. Dia akan berkata dengan bangga dan gembiranya; "I am Mama little assitant"

Memahami psikologi ni bukannya susah, tapi sebab kita sudah selalu dikondisikan untuk berfikir ianya susah dan kerana kita sering diajar dan mungkin semasa kita kecil itulah pendekatan yang dilakukan kepada kita untuk mengambil jalan mudah ia itu suruh, arah dan marah, maka secara tidak sedar itulah yang kita buat. Dan hasilnya, kita perlu berperang dengan respon yang kita terima dari anak-anak kita.

Ubah sedikit sahaja cara kita berfikir. Iaitu, berfikirlah yang anak itu suka menolong kita dan dia anak yang baik. Berfikirlah yang mendidik anak ini suatu yang menyeronokkan. Berfikirlah anda layak menjadi ibu yang boleh berpsikologi dengan anak-anak. Maka anda akan mendapat lebih banyak idea yang baik untuk melayan anak-anak.

Pembacaan dan meningkatkan skil sangat penting. Syabas puan sedar akan hakikat ini. Kerana hanya ibu dan bapa yang prihatin dan sayangkan anak-anak akan berusaha meningkatkan diri. Dan puan adalah salah seorang daripadanya.

Pergilah ke kedai buku dan banyak juga buku yang boleh dibaca. Buku-buku Ibu sedang out of stock namun, sayang boleh ikuti perkongsian Ibu di sini dan juga blog ibu.

Ibu sedang menulis buku baru. InsyaAllah akan ada

dipasaran bulan 4 ini.

Ibu doakan puan berjaya.

2 comments: