Friday, March 7, 2014

Feedback Inhibator of Lactation

Copy paste status Noor Fazila Abdul Rahman
Assalamualaikum semua..setiap hari otak sy ligat berpikir mcmane lagi cara nak fahamkan ibu2 betapa pentingnya konsep "DEMAND & SUPPLY" dalam menjayakan penyusuan susu ibu.. mungkin ramai ibu tak faham konsep ni sbb ramai lagi yg tak kenal dgn FIL (feedback inhibitor of lactation)..

"FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen."

Faham tak? Ok meh fazi terangkan dgn lebih mudah..actually kalau ibu suka tunggu breast betul2 bengkak atau biar je breast tak dikosongkan dlm tempoh yg agak lama, paras FIL dlm payudara jd mkin banyak dan tinggi dia nilah sebenarnya yg menghantar signal pada otak supaya kurangkan / perlahankan atau berhenti menghasilkan susu sbb kurang permintaan dari ibu..sama jugak mcm kolah air yg ade pelampung tu, bile penuh paip air dh tak perlu keluarkan air lagi..

Situasi berbeza kalau ibu yg raaaajin susukan anak, rajin pam waktu kat ofis n payudara sentiasa kosong, paras FIL akan kurang n sikit je bergantung pd berapa kosong breast ibu..bile FIL ni kurang, bdn akan terus2an menghasilkan susu sbb otak takde pun terima hasutan dr FIL supaya kurang atau berhentikan pengeluaran susu..

Skrg agak2 dh faham tak kenapa sy sering sebut pasal konsep demand & supply? Sbb tu sy tak pernah nk bgtau semua ibu kene mkn ni br susu byk, kene minum ni br susu byk, jgn mkn ni nanti susu drop..tu seme mind set je..buktinya sy main belasah je seme mknan yg ade (makanan berkhasiat & halal) tak kesah ape pun sy mkn..alhamdulillah tak pernah lagi susu drop sbb sy mkn sesetengah jenis makanan..bagus ibu2 mcm sy yg berselera mkn mcm sy ni sbb semua benda jd milk booster sbb once kite enjoy dgn makanan tu seme jd milk booster ok!

So kene ingat..nak susu banyak :-
1. Kerap kosongkan payudara maksudnya kerapla susukan baby bile baby ade dgn kita & keraplah mengepam bile baby takde dgn kita..
2. Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam..no no no ya..sbb jgn biar protien jahat FIL ni menghasut otak menghentikan production susu..tu yg buat supply akan mkin drop..
3. Makan sayur n makanan apa je yg awak semua suka ya..enjoy the food..minum air kosong lebih..
4. Keep positif..jauhi stress ni semua boleh block hormon oksitosin (hormon yg bertanggungjawab keluarkan susu dr payudara) dari terhasil..Bile hormon oksitosin kurang, susu pun malu2 nak keluar..
5. Teruskan berdoa, selalulah berzikir..hanya Dia tempat kita memohon setiap hajat..



Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)

Susu ibu mengandungi protein istimewa yang dipanggil perencat maklum balas laktasi (feedback inhibitor of lactation - FIL) yang memberitahu payudara berapa banyak susu perlu dihasilkan. Jika bayi anda kerap menghabiskan susu pada sebelah payudara, tahap FIL dalam payudara itu akan rendah. Tahap FIL yang rendah mengingkatkan penghasilakan susu.

Jika susu kerap tidak dihabiskan, mungkin kerana bayi anda telah mula makan makanan pejal, maka FIL akan meningkat dan pengeluaran susu akan berkurangan.

FIL bertindak setempat, di dalam setiap payudara secara berasingan. Ini bermakna, anda boleh mengurangkan penghasilakn susu dalam sebelah payudara dan meneruskan penyusuan bayi dengan payudara sebelah lagi. FIL juga adalah sebab mengapa tidak mustahil satu payudara menghasilkan susu yang cukup untuk diminum oleh bayi sehingga kenyang. Ia juga menerangkan mengapa seorang ibu yang mempunyai anak kembar boleh menyusukan kedua-dua bayinya pada masa yang sama.

http://www.babycenter.com.my/a25007723/menghasilkan-susu-badan-bagaimana-badan-anda-menghasilkan-makanan-semula-jadi-bayi-yang-terbaik#ixzz2w6ioyiCs

No comments:

Post a Comment