Friday, January 31, 2014

Tips Sukses Penyusuan~Kongsi Impian Dengan Suami~

Saya selalu kongsi tentang ilmu penyusuan susu ibu kepada suami.
Antaranya tentang salah konsep para ibu tentang susu sikit, tak cukup dan "keturunannya takda susu", dan bila kita kongsi sebab terjadi dan hal sebenarnya.
Suami saya kata, " kadang2 kita manusia ni macam "Tuhan", sebab suka hati menghukum diri kata takda susu la, susu sikit la. Sebab bila kita cakap macam tu, means kita seolah kata Allah tu tak adil. Sedangkan Allah Maha Adil. Setiap wanita konfirm ada susu untuk anak dia. Kalau ade yg susu banyak, susu sikit. Tentulah tak adil. Takkan la nak kata Allah tak adil kot. Sebenarnya diri sendiri yang tiada ilmu"

Bila suami saya faham sedikit sebanyak tentang konsep supply dan demand, jadi bila production susu saya berkurang, stok makin habis.. Suami akan bg saya masa rehat, hepi, belikan milk booster saya iaitu susu v-soy dan saya pula banyakan demand seperti power pumping dll.
Suami kata pada Nuha, "abah beli vsoy dekat umi, bila bahan mentah ni masuk, baru la kilang bole keluarkan produk"- merujuk kepada konsep kilang susu bekerja.

Jadinya kawan2 suami selalu tanya juga suami saya, bila isteri mereka mula kurang susu or susu sikit dll. Suami akan jawab dan tolong. Kalau die tak tahu, dia akan tanya saya, saya bg jawapan pada suami, dan suami bagitahu kawan lelakinya untuk die bagitau isteri die.

Ada juga yang memang tutup telinga dan tutup hati dengan kata " dah memang isteri aku tu jenis keturunan susu sikit". So kami hanya diam dan hormat Suami kata pada saya, biar dan kita kene hormat.Doakan saja moga Allah bagi hidayah dan terbuka hatinya nanti untuk terus menyusukan anak.

Saya post ni sebab nak bagi tahu, antara tips nak sukses penyusuan, ibu2 kene kongsi harapan n niat ibu kepada suami, kerana suami penyokong kuat kita.

Juga terangkan sedikit konsep penghasilan susu ibu ni, supaya bila nanti susu kita berkurang, taklah dia beli susu tepung ke kan.
Nanti kita stress sebab ingat suami beli susu tepung sebab tak support. Padahal suami beli susu tepung sebab niat nak bantu, nak selesaikan masalah. Cuma dia tak tahu cara nak betul nak selesaikan.

No comments:

Post a Comment