Saturday, January 11, 2014

TEKNIK POWER PUMPING

Salam semua, untuk teknik POWER PUMPING..sebelum kita go through, saya nak anda check semula adakah anda telah memenuhi prinsip asas penyusuan? Prinsip asas penyusuan penting untuk maintain production susu. Prinsipnya ialah
1- pastikan pam/ breastfeed baby dlm 3-4 jam sekali. At least paling lama biar dlm 4 jam, pastu mesti pam jgk kalo tak dpt breastfeed time tu
2- minum air masak secukupnya (contoh 2 liter) dan makanan yang seimbang.
3- positif, jgn stress, sentiasa pikir susu cukup utk baby, hepi selalu sebab bile hepi ni hormon oksitosin tinggi baru susu banyak. Hormon oksitosin sangat penting dlm menghasilkan susu. Stress mmg bwk banyak efek yg bole kurang kan susu

Patuhi dahulu prinsip di atas, dan kita akan kepada skill POWER PUMPING

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Tambahan : Jika anda menggunakan double pump dan melaksanakan teknik power pumping bermakna anda telah lakukan power pumping dan tandem nursing secara serentak! Tandem nursing ialah penyusuan serentak kedua2 breast samada dengan pam atau sebelah pam dan sebelah breastfeed.

Contoh power pumping yang saya lakukan selama 1 jam 10 minit contoh pada pukul 11 malam. 
Pam (10 minit) basuh pinggan ( 10-15 minit) pam (10 minit) solat (10 minit) pam (10 minit) kemas ruang tamu (10 minit) pam sesi terakhir (10 minit)

Rehat bermaksud anda bebas lakukan apa saja ketika itu!


Salam sayang dari saya !
Siti Aisyah Samat
Breastfeeding Peer Counselor

No comments:

Post a Comment