Tuesday, December 31, 2013

Mengajar Quran~utamakan apa yang anak ingin baca~


Sekadar perkongsian..sesi mengaji malam ini macam biasa.
Mengajar ms 9 alfurqan, saya mengajar sebutan "sa"..dan nuha menyebut dan mengikut.
Namun selepas itu nuha menyebut "sakit" sambil menunjuk kepada telaknya (die tak sakit tekak pun). Tujuannya supaya saya mengajar huruf kho. So stop dulu page itu (sebab tiada huruf kho) dan ambil pula flashcard kho.
Apa yang ingin saya kongsi, kita perlu mengikut apa kehendak anak ketika itu. Contoh anak nak sebut kho, jadi ikut sahaja dia. Kerana minda anak yang bersedia ketika itu sangat tinggi fokus dan penyerapannya.
Untuk lebih menarik, saya buat game seperti, nuha, mana huruf na. Jadi nuha akan teka dengan tunjuk mana nun baris atas.. Begitulah seterusnya sehingga habis ms 9 dibacanya TANPA DIA SEDAR !!
Puji dan buat buat hepi bila anak bagi jawapan betul. Memang ia sangat membantu anak untuk lebih semangat.
Juga, jangan marah anak ketika mengaji ye! Sebab kita nak bagi dia suka dan cinta pada Quran, jadi ajarkan padanya sesi mengaji adalah sesi palinggg seronok, enjoy, happy dan best!
Pesan Pn Lina, hanya marah anak jika dia seharian tak mahu mengaji, itu pun utk anak yang dah besar, bukan yang baru 1 tahun 10 bulan ni ye!
Ok setakat ini perkongsian saya. Semoga bermanfaat buat ibu ibu lain.
-ummi nuha-

No comments:

Post a Comment