Saturday, June 8, 2013

TOKOH IBU BEKERJA YANG FULLY BF

Salam, semua. Hari ni saya nak kongsikan beberapa tokoh wanita masa kini yang perjuangkan breastfeeding.  Sebenarnya, kalau kita tengok dalam sejarah Islam sendiri, memang ramai tokoh wanita Islam yang support breastfeeding ni seperti Siti Aminah (bonda Rasulullah), Halimatus Saadiah, Asiah , Siti Hajar dan ramai lagi. ( nanti saya buat entry khas ye!)
Cuma hari ni saya nak share beberapa tokoh yang memang saya respek la sebab diorang ni fully bf walaupun bekerja. Nak tau sapa?
Pertama sekali, Wardina Safiyyah. Truly, saya kagum dengan dia. Dia susukan anak sampai dua tahun tau! Actually, gambar ni saya ambik dalam Majalah i keluaran September 2007. Kt situ jugak dimuatkan artikel tentang pengalaman Wardina dalam breastfeeding ni. Disini jugak saya bagi link kisah Wardina dalam perjuangan breastfeedingnya..sebagai semangat untuk ibu yang lain.

Pengalaman Wardina dan penyusuan eksklusif

Mommy yang seterusnya, ialah seorang ahli politik . Siapa ye?...hehehe.



Saudari Nurul Izzah Anwar. Wah, dia bf anak dia sampai setahun setengah tau. Siap pam dalam kereta lagi. Ye la, ahli politik kan..konfem sibuk. Artikel ni saya dapat dalam mingguan wanita Januari 2012. 

Siapa pulak mommy seterusnya ni?

Kapten Siti Suraida Mazlan. Memang superb la dengan semangat kapten ni. Ye la, masih nak fully bf walaupun bawak kapal terbang kesini dan kesana. Kisah pasal kapten ni ada dalam majalah PaMa but disini saya attach jugak link mengenai kisah Kapten yang fully bf ni.


Lagi kisah tentang kapten Siti Suraida ?  baitulmuslimzaidee.blogspot.com/2012/05/pilot-yang-fully-bf.html

Seterusnya ialah seorang pramugari MAS. Beliau ialah Aini Wardiah, ibu kepada Ariff Ziyad.



Tengok stok susu dia. banyakkan? yela, bukan sehari dua dia tinggalkan anaknya..tapi berminggu-minggu..kadang2 berbulan bulan..Apabila ditanya kepada si ibu, kenapa memilih untuk BF anak sedangkan tugas begitu mencabar ?
Jawapannya, cuba bayangkan, anak saya hanya mempunyai masa yang amat terhad bersama ibunya . dia sentiasa bersama penjaga dia. Apekah kalau saya tidak menyusukan dia, dia akan kenal siapa saya ? Susu saya sahaja nilah yang menghubungkan diantara saya dan anak walaupun saya tidak bersamanya..and this is the best thing that i can only give for him.." .

Untuk kisah lanjut tentang pramugari yang kuat semangat ni, saya attachkan linknya di sini 

http://baitulmuslimzaidee.blogspot.com/2012/04/kisahnya-seorang-pramugari-yang-hebat.html

Nanti next entry, saya akan post pulak tentang kisah jururawat yang fully bf anak ok! 










No comments:

Post a Comment