Lilypie - Second Birthday

Tuesday, June 4, 2013

Bayi Asyik Menyusu je 24 jam..susu tak cukup ke?

Kes : Biasanya ibu yang baru bersalin dan sedang berpantang, baby terlalu kerap menyusu, asyik nak melekap saja..sepanjang masa! Sampaikan si ibu ni dah letih dan mula berfikir " susu aku ni tak cukup ke? " atau " baby tak cukup kenyang ke" ..yelah, asyik nak menyusu saja. Banyak persoalan seperti susu tidak keluar, susu tiada kerana bayi asyik menangis dan mahu menyusu sepanjang masa! Akhirnya, jalan pintas ialah bancuh SUSU FORMULA dan legaaa..barulah baby tidur lena kekenyangan.

Betul ke macam tu ?

Jawapannya

1) Baby baru lahir memang macam tu, memang nak melekap sahaja dengan ibu, bukan sahaja untuk menyusu, tapi dia selesa dipeluk, kerana apa yang dia tahu hanya menangis dan menghisap. Sebab dulu dalam rahim kan sempit dan sunyi je, so dia baru nak belajar sesuaikan diri di alam dunia yang luas seluasnya ni..jadi menyusu dan berada di dada ibu memberi ketenangan pada bayi. Boleh rujuk posting saya tentang malam kedua bayi baru lahir.

http://aisyah-alyahya.blogspot.com/2014/01/memahami-bayi-pada-malam-kedua-kelahiran.html?m=0

2) Normal untuk bayi menyusu dengan kerap 8-12 kali sehari. Susu ibu ni lebih cepat hadam, saiz molekul susu ibu yang kecil dan halus memudahkan penyerapan kerana usus dan perut bayi yang belum matang, jadinya baby cepat lapar balik. Bayi sememangnya MENYUSU DENGAN KERAP kerana saiz perut bayi yang kecil dan susu ibu terhasil pula cukup-cukup saiz perut bayi itu. Malah, ketika ini, bayi baru lahir saiz perutnya sebesar guli, kapasiti 5-7 ml muat muat je dengan kolostrum yang terhasil pula 5-7ml juga dan bayi pula perlukan lebih kurang 25 minit untuk menghisap kolostrum sebanyak 1 sudu teh itu !!
Rujuk posting saya tentang ini di
http://aisyah-alyahya.blogspot.com/2014/02/surat-bayi-untuk-ibu.html?m=0

3-Cara nak tau baby kenyang / susu ibu cukup ke tak? Tengok pada najis baby, kalau baby poo poo 5-6 hari sekali dan warnanya kekuningan terang tu, maksudnya baby memang dah cukup kenyang la tu.Juga tengok pada pertambahan berat. Kalau berat baby bertambah, oklah.
Rujuk posting saya tentang ini di
http://aisyah-alyahya.blogspot.com/2014/02/minggu-pertama-kelahiranapa-ibu-perlu.html?m=0

4-Juga, kenapa baby yang minum susu formula tidur lena? Sebab susu formula susah dihadam. Ini sebab usus baby masih belum matang dan penghadaman baby terpaksa "bekerja keras " untuk hadamkan susu formula tersebut.Atas sebab itu baby jadi letih dan tidur lama.
Susu formula bagi bayi tidur lena? Boleh rujuk sini

http://kellymom.com/nutrition/starting-solids/solids-sleep/

Cara nak pastikan baby kenyang dengan susu ibu

https://www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/my-baby-getting-enough-milk


Simbolik saiz perut bayi dan susu yang dihasilkan


6 comments:

  1. Hi,anak saya 1mo50days.dia mmg Melekap sampaikan saya nak mandi dan makan sgt sukar.sbb dia akan menangis.saya ponn ingat susu tak cukup.pelbagai usaha saya da buat.adakah ia normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azleen, anak awak nak melekap 24 jam tu stat dari lahir sampai sekarang ke or sebelum ni rutin menyusu ok je n kemudian dalam 2-3 hari ni baru jadi camni? Kalo tibe2 je rutin die menyusu berubah cam nak lebih kerap, mungkin baby awak sedang alami growth spurt ( perubahan bulan) nanti ade rezki saya akan kongsikan ye!

      Delete
  2. Hai..anak saya pn mgalami masalah yg sama mcm azleen.umo da genap 2 bulan 6 hari cuma masalh skrang baby memg mcm ni sejak dri lahir dan stat umo baby sebulan da 4 kali baby berak lebih dri seminggu.dan sekarang da 8 hari baby xberak.normal ke keaadaan ni.saya risau tp masih xbg susu frmula.

    ReplyDelete
  3. Saya harap sgt sesiapa dapat tlg saya.saya sdih sgt2 risau sya xckup susu ke sbb sya kerap menyusukan anak dan kerap juga pam susu.saya xmahu ank saya mnum susu frmula krna tahu kebaikan susu ibu.perut anak xkembung dan xkeras.apa perlu saya buat saya amat2 memerlukan nasihat sesiapa yg dpt bantu saya..

    ReplyDelete
  4. Tq dear..saya copy info ni ye dalam blog saya.
    Saya credit pada tuan punya blog.

    ReplyDelete
  5. hi bru tahu baby memang kerap menyusu,mesti kena pastikan baby tu kenyang kan..baby mmg perlukan sgt2 susu, sedih bila dgr first baby dh kena bagi susu formula sbb susu tak keluar..ada juga org prefer guna Pump It Natural Milkbooster utk banyakkan susu ,senang pula tu sapu2 jee..inshaAllah boleh cuba guna:)

    ReplyDelete