Tuesday, June 17, 2014

Perkongsian Kak Shida tentang Jaundis

Hari ini di Farmasi Vitacare Prima Sri Gombak
-------------------------------------------------------------------
Bapa : Saya nak beli susu tin yang boleh baikkan penyakit kuning

Saya : Anak umur berapa? Paras kuningnya ok tak?

Bapa : Anak dah berusia 2 minggu. Paras bacaan kuning dah semakin menurun.

Saya : Oh, baguslah begitu. InsyaAllah kuningnya akan semakin baik. Kenapa nak beli susu tin? Ibunya tak cukup susukah?

Bapa : Eh, susu banyak. melimpah-ruah. Syukur Alhamdulillah. tapi doktor yang merawat yang mintak saya tambahkan dengan susu tin. Katanya susu isteri saya nampak cair. Tak berkhasiat. Kalau bagi susu tin, kuning boleh sembuh dengan cepat

Saya : ??????!!!!!!!!! (mode geram)

Kesimpulan :
-Saya galakkan si bapa untuk sokong isteri meneruskan penyusuan. Tiada yang lebih baik dari susuibu

-Saya terangkan mengapa susu ibu nampak cair dan susu buatan nampak pekat

- Saya kongsi tips bagaimana untuk elakkan bayi tertidur semasa menyusu agar bayi kerap menyusu dan menyusu dengan lebih efektif ("breast compression technique")

- Saya galakkan si bapa untuk teruskan follow up di klinik untuk pemeriksaan paras bacaan bilirubin (pigment yg sebbakan penyakit kuning/jaundice)

- Saya istighfar dan doa banyak-banyak agar lebih ramai ibubapa tabah dengan dugaan meneruskan misi penyusuan walaupun terdapat percanggahan maklumat dari anggota kesihatan

Nota :
Saya tidak salahkan anggota kesihatan tersebut. Mungkin ilmunya terbatas. Terutamanya bila seseorang yang tiada pengalaman penyusuan. Kerana dalam silibus belajar pun tiada detail tentang topik susuibu. Semasa saya jadi pelajar farmasi pun, topik susuibu tiada dalam silibus. jadi ramai juga ahli farmasi yang tidak tahu tentang penyusuan susuibu dan tidak tahu cara untuk menyokong ibubapa yang perlukan sokongan dan panduan.

Pengasuh pun boleh beri tekanan kepada ibubapa dengan komen "susu cair=tak kenyang. bagi sahaja susu tin". Ibubapa mana yang tak risau kalau pengasuh komen begini kan.

Kita kena betulkan perspektif rupa dan sifat normal susuibu. itu yg susah sbb masih ramai yang amal penyusuan dengan susu tiruan.

Ditambah pula dengan "penyakit" ibu-ibu yang sibuk makan supplement untuk pekatkan susuibu. Lagi celaru dan keliru pemikiran masyarakat kita

Dapatkan maklumat lanjut tentang jaundice disini
http://kellymom.com/health/baby-health/bfhelp-jaundice/
http://www.breastfeedingbasics.com/articles/jaundice-in-the-breastfed-baby
https://www.facebook.com/DrJackNewman/posts/165761036908284
https://nbci.ca/index.php?option=com_content&view=article&id=79%3Abreastfeeding-and-jaundice&catid=5%3Ainformation&Itemid=17

No comments:

Post a Comment