Showing posts with label Newborn. Show all posts
Showing posts with label Newborn. Show all posts

Friday, March 28, 2014

Pengalaman Panaskan Susu Ibu untuk Nuha Areefa

Dulu masa panaskan susu Nuha, teringat lagi saya gunakan warmer Tommee Tippee..
Anda tau tak "warmer" tu ape? Warmer tu ialah bekas untuk panaskan susu ikut macam suhu badan iaitu 36.9 degree celcius.
Sebenarnya bila bayi menyusu, susu kita waktu tu suam2 je ikut suhu badan kita. Kilang susu ibu ni hasilkan susu ikut macam suhu badan, untuk pastikan ia sentiasa steril dan khasiat serta nutrisinya terjamin..
Jadi bila kita nak panaskan susu ibu ni, kita tak boleh terus didihkan atas air panas mendidih ye!
Sebab nanti kandungan zat dan nutrisi susu akan musnah !! Dan anak kita akan minum "hampas susu ibu" je.

Kesian kat anak, sebab tak dapat nutrisi, antibodi, enzim, hormon dan seribu satu manfaat susu ibu, hanya kerana susu itu dari beku terus dipanaskan guna air mendidih!!!

Sebab itu saya gunakan warmer, untuk memelihara khasiat susu ibu itu untuk beri kepada Nuha..

Warmer tommee tippee yang saya guna nie, sama je macam jenama lain seperti autumz, jingle jungle, evelove dan jenama lain.
Kita hanya perlu beli timer, saya beli di DIY dan perlu tunggu dalam 8 minit untuk dipanaskan. Waktu itu saya rasa ia yang paling mudah, sebab pengasuh cuma perlu "on" suis, letak botol susu dalam warmer dan tinggalkan.. Lepas 8 minit, timer berbunyi dan susu siapppp !!! Kalau baby tak abis minum, letak balik botol dalam warmer dan susu tu maintain suam2 suhu badan ( suhu breast ibu) sepanjang dalam warmer tu..

Tapi sekarang teknologi makin maju, 2 tahun berlalu, sekarang teknologi untuk panaskan susu semakin canggih !!!
Sekarang warmer dalam bentuk ipod, yang boleh di"charge" dan dimasukkan dalam botol susu. Cuma tekan suis kat botol susu dan SUSU IBU AKAN PANAS DALAM MASA SEMINIT JERR !!
Ingatkan apple je yg ade ipod2 ni, rupenya nak panaskan susu pun ade pod yang rechargable tu..


Wah hebatkan! Senangla lepas ni pengasuh nak panaskan susu dengan
YOOMI WARMER AND POD
Gadjet tercanggih di Nuha Little Shop nih!!

( p/s: kaedah panaskan susu secara manual ialah rendamkan "chilled ebm" dalam air suam :)))

Jom kite tengok camne panaskan susu ibu gune YOOMI WARMER nih
http://www.youtube.com/watch?v=7Qlq3fSdoB4


How to warm your baby's feed with yoomi

yoomi mum, Jen, shows you how to warm baby's feed in 60 seconds with yoomi, the self warming baby bottle Learn more at www.yoomi.com

www.youtube.com

Apa Yang Anda Perlu Tahu dalam Breastfeeding !

Ni lagi post pasal bf..kalau nak berjaya, anda bukan sahaja perlu ade KESEDARAN, tapi anda perlu PAKAR dalam menguruskan susu ibu yang di pam(EBM-expressed breast milk) rata2 yg saya jumpa tak berapa tau pasal ni..oh,sangatlah penting hal ni. Kene tau
1-susu tak boleh panaskan dalam air mendidih,kene guna warmer 40c) or air suam.
2- tak boleh trus bekukan susu,kene sejukkn kt bwh dulu..
3-tak boleh simpan kt tepi pintu peti ais..
4-kene tutup bahan basah ayam,ikan nnti susu jdi tengik..
Etc yang banyak lg kene tau..

KALAU TIDAK, N KALAU TAK PANDAI HANDLE EBM, NANTI ANAK ANDA AKAN DAPAT MINUM SUSU YANG TAK DA KHASIAT LANGSUNG,macam minum air kosong je..so nnti anak sakit coz tak dpt antibodi +susu yang tercemar, jgn salahkan susu ibu pula.

P/s: baru ku jumpe sorang LELAKI yang anti sangat pasal susu ibu, sebab anak die sakit smpi 3 bulan kt hosp,sebab susu ibu kate nya..i tnya u guna bekas ape nak simpan, die guna bekas biase je ( TAK BOLEH YE KAWAN2, kene guna bekas khas yg steril) LELAKI ITU mmg tak kasi btul la sy bf n kate nnti anak tu akan sakit bla2..psiko je, sorila,sape u nak stop i bf my baby,coz u pun LELAKI yg tak penah nyusukan anak pun kan+ bekalan ilmu yg ku ade so tak terpengaruh pun.kecian u tak cukup ilmu bf..

Kepada "anak2 murid" bf yg menuntut dari ku , jangan risau sy konfem akan bg ilmu nak handle ebm kt korang.
MENYUSUKAN ANAK ADALAH SATU JIHAD!!!!! TAKBIR!

Bila Masa Sesuai Untuk Ajar Bayi Minum EBM?

Saja nak tanya ibu2 yang bekerja dan fully breastfeeding 

Bilakah anda mula buat stok susu ? Dan bila anda mula ajar anak anda minum pakai botol ?


Ni soalan yang saya pernah tanya kepada rakan2 di facebook.
Jawapan mereka :


Amierul Aisyah
saye sj share moga manfaat. better buat stok ms berpantang ms anak br slesai nyusu, ms bgn mlm utk nyusu,ms nk kosong2 both side sbb kene pastikn konsep demand vs supply dipenuhi. Sy ajar ms bfr msk keje. patot start wthin 1week bfr spy bb x culture shock

Amierul Aisyah
alhamdulillah anak sy msh memilih jika d rumh pngasuh ok dgn botol tp nmpk ibu je lupa terus hihi tp bottle feeding mmg kene prektis bg diterimajg spy father pn bonding time with bb.momy also got resting time 
Fatimah Hamzah
Masuk bulan kedua pantang,2 minggu sbelum keje dah ajar botol
Unlike1DeleteMar 23 at 3:32pm
Nur Fathihah Hj Ishak
2minggu sebelum...
Unlike1DeleteMar 23 at 3:36pm
Natasha Zulkefli Amin
Masa dlm pantang sebaiknyer...1 pek tu letaklaa 6oz...sng..nnti da keje bg 2 botol EBM...2botol yg fresh...botol bole ajar masa bby 2 bln lebih...
Unlike1DeleteMar 23 at 4:13pm
Leen Rashid
Start buat stok: 3 minggu lepas bersalin
Start ajar botol: seminggu before keje..kalau awal sgt...baby akan samada x nk direct langsung atau tak nak botol langsung
LikeDeleteMar 23 at 8:08pm
Siti 'Aisyah
Terima kasih ye semua ibu2 comel yang tabah untuk terus menyusukan anak, saya cuma nk jadikan panduan kpd ibu2 dan bakal ibu lain  tq sume
Like1MoreMar 23 at 8:41pm
Natasha Zulkefli Amin
Goodluck Siti 'Siti 'Aisyah yg ptg pam susu ikot jadual..kuat semangat..xmalas...u can do it!! 
Unlike1DeleteMar 23 at 10:07pm
Nurul Fazlin
Start buat stok : hari ke 3 bersalin sebab dah bengkak susu. Rasa macam nak demam menggigil. Terpaksa pam, alhamdulillah rezeki untuk anak, asyik bengkak je. Abis pantang, ebm penuh deepfrezer. Bg botol masa dia 40 hari sebab dia nursing strike.
Unlike1DeleteMar 24 at 9:23am
Nur Sakinah
Sy mule pam hr ke 2 pas bersalin sbb nk bg abg setahun lbh minum..masa dlm pantang pam stp hr 4@5x sehari.biasa sehari 50 oz lbh.jd separuh simpan n separuh bg abg minum.ajar botol lmbt jgk.jd smnggu adik xminum lgsg drumah pengasuh.mggu kedua bru nk botol.tp minum sikit je..

Saturday, March 8, 2014

Tok Umi dan Umi penyokong kuat Penyusuan Susu Ibu!

Bayi sukakan dada ibu..ia adalah kata-kata daripada seorang pakar penyusuan susu ibu..dan juga kata-kata tok umi saya juga, Sharifah Tijah yang berpengalaman menyusukan 8 orang anaknya.
Yes, saya juga seorang kaunselor penyusuan dan sangat suka dengan ilmu penyusuan. Setiap ilmu baru saya baca dari artikel dan research. Saya suka kongsi dengan tok umi saya. Apa yang seronoknya, tok umi saya sentiasa mengiyakan apa yang saya cakap. Tulah saya kata, "Atik, apa yang atik cakap ni sama macam apa yang aisyah belajar dari pakar, Atik lagi hebat dari pakar! Saya masih ingat ketika Nuha demam, ibu saya risau..saya kata padanya, "jangan risau umi, sebab aisyah memang kerap menyusu Nuha ni dia akan cepat sembuh dan kebah demam..sebab badan aisyah akan create antibodi untuk lawan virus demam Nuha, n antibodi tu disalur melalui susu Aisyah la..( mak saya guru Sains, major Biology minor Kimia) dan terus aja tok umi saya mengiyakan, "haah Ela, budak menyusu ibu memang macam tu, kalo demam menyusu je nanti cepat baik"

See, hebatkan tok umi saya! Pengalaman ialah ilmu yang sgt hebat! Saya masih ingat lagi moment ini..


Ibu saya Sharifah Sukhaila Al-yahya juga hebat orangnya, menyusukan saya ketika berpantang sebelum mula bekerja. Umi kata bertuah orang sekarang..sbb ilmu penyusuan yg banyak n senang dapat. Zaman umi dulu memang tengah kempen susu formula kat hosp so mmg tu choice yang ada bile mula bekerja.
Bertuah org sekarang..

Friday, March 7, 2014

Feedback Inhibator of Lactation

Copy paste status Noor Fazila Abdul Rahman
Assalamualaikum semua..setiap hari otak sy ligat berpikir mcmane lagi cara nak fahamkan ibu2 betapa pentingnya konsep "DEMAND & SUPPLY" dalam menjayakan penyusuan susu ibu.. mungkin ramai ibu tak faham konsep ni sbb ramai lagi yg tak kenal dgn FIL (feedback inhibitor of lactation)..

"FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen."

Faham tak? Ok meh fazi terangkan dgn lebih mudah..actually kalau ibu suka tunggu breast betul2 bengkak atau biar je breast tak dikosongkan dlm tempoh yg agak lama, paras FIL dlm payudara jd mkin banyak dan tinggi dia nilah sebenarnya yg menghantar signal pada otak supaya kurangkan / perlahankan atau berhenti menghasilkan susu sbb kurang permintaan dari ibu..sama jugak mcm kolah air yg ade pelampung tu, bile penuh paip air dh tak perlu keluarkan air lagi..

Situasi berbeza kalau ibu yg raaaajin susukan anak, rajin pam waktu kat ofis n payudara sentiasa kosong, paras FIL akan kurang n sikit je bergantung pd berapa kosong breast ibu..bile FIL ni kurang, bdn akan terus2an menghasilkan susu sbb otak takde pun terima hasutan dr FIL supaya kurang atau berhentikan pengeluaran susu..

Skrg agak2 dh faham tak kenapa sy sering sebut pasal konsep demand & supply? Sbb tu sy tak pernah nk bgtau semua ibu kene mkn ni br susu byk, kene minum ni br susu byk, jgn mkn ni nanti susu drop..tu seme mind set je..buktinya sy main belasah je seme mknan yg ade (makanan berkhasiat & halal) tak kesah ape pun sy mkn..alhamdulillah tak pernah lagi susu drop sbb sy mkn sesetengah jenis makanan..bagus ibu2 mcm sy yg berselera mkn mcm sy ni sbb semua benda jd milk booster sbb once kite enjoy dgn makanan tu seme jd milk booster ok!

So kene ingat..nak susu banyak :-
1. Kerap kosongkan payudara maksudnya kerapla susukan baby bile baby ade dgn kita & keraplah mengepam bile baby takde dgn kita..
2. Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam..no no no ya..sbb jgn biar protien jahat FIL ni menghasut otak menghentikan production susu..tu yg buat supply akan mkin drop..
3. Makan sayur n makanan apa je yg awak semua suka ya..enjoy the food..minum air kosong lebih..
4. Keep positif..jauhi stress ni semua boleh block hormon oksitosin (hormon yg bertanggungjawab keluarkan susu dr payudara) dari terhasil..Bile hormon oksitosin kurang, susu pun malu2 nak keluar..
5. Teruskan berdoa, selalulah berzikir..hanya Dia tempat kita memohon setiap hajat..



Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)

Susu ibu mengandungi protein istimewa yang dipanggil perencat maklum balas laktasi (feedback inhibitor of lactation - FIL) yang memberitahu payudara berapa banyak susu perlu dihasilkan. Jika bayi anda kerap menghabiskan susu pada sebelah payudara, tahap FIL dalam payudara itu akan rendah. Tahap FIL yang rendah mengingkatkan penghasilakan susu.

Jika susu kerap tidak dihabiskan, mungkin kerana bayi anda telah mula makan makanan pejal, maka FIL akan meningkat dan pengeluaran susu akan berkurangan.

FIL bertindak setempat, di dalam setiap payudara secara berasingan. Ini bermakna, anda boleh mengurangkan penghasilakn susu dalam sebelah payudara dan meneruskan penyusuan bayi dengan payudara sebelah lagi. FIL juga adalah sebab mengapa tidak mustahil satu payudara menghasilkan susu yang cukup untuk diminum oleh bayi sehingga kenyang. Ia juga menerangkan mengapa seorang ibu yang mempunyai anak kembar boleh menyusukan kedua-dua bayinya pada masa yang sama.

http://www.babycenter.com.my/a25007723/menghasilkan-susu-badan-bagaimana-badan-anda-menghasilkan-makanan-semula-jadi-bayi-yang-terbaik#ixzz2w6ioyiCs

Pemberian susu formula pada bayi?

Adakah memberi susu formula atau makanan pejal pada waktu malam boleh membantu bayi tidur lena?

Kenyataan bahawa makanan pejal boleh membantu bayi tidur lena adalah suatu ‘dongeng’ yang tidak dibuktikan dengan kajian perubatanMemberi bayi makanan pejal atau susu formula sebagai percubaan untuk bayi tidur lebih lama bukanlah idea yang bagus kerana

*Tiada bukti yang mengatakan tindakan tersebut bolehmembantu bayi tidur lena.
Sestengah bayi akan tidak tidur dengan baik disebabkan tindakbalas terhadap susu formula atau makanan pejal perutmeragam), terutamanya jika bayi berusia  kurang dari 6 bulan.Dua kajian menunjukkan penambahan makanan pejal dalam diettidak menyebabkan bayi tidur lama. Kajian ini menemukan tiadaperbezaan dalam corak tidur bayi yang memakan makanan pejalsebelum tidur diibandingkan dengan bayi yang tidak diberimakanan pejal. Di bawah adalah artikel berkaitan kajiantersebut:
Macknin ML, Medendorp SV, Maier MC. Infant sleep and bedtime cereal. Am J Dis Child. 1989 Sep;143(9):1066-8.
Keane V, et al. Do solids help baby sleep through the night? Am J Dis Child 1988; 142: 404-05.
*Susu formula menyebabkan sistem penghadaman bayi bekerja lebih masa.
Ini kerana bayi cuba hadam sesuatu yang tidak spesifik kepada badan manusiaSusu formula lebih susah dihadam berbanding susu ibu.  
Disebabkan itubayi yang diberi susu formula lebih lama jarak menyusuNampak seperti sesuatu yang baik,mungkin ianya sesuatu yang tidak kita suka berlaku pada badan bayi melainkan kita tiada pilihan. Terdapat risiko dalam penggunaan susu formula. Walaupun ia boleh diberi kepada bayi tapi sepatutnya ia tidak diberi bila mana susu ibu masih ada –sama ada diberi terus dari payudara atau dipam.
*Pengenalan awal terhadap makanan pejal (sebelum usia 6bulanboleh membawa risiko.
*Kajian terkini menyatakan tidur yang lama berkait dengankematian mengejut (sudden infant death syndrome; SIDS) danbayi yang tidur lama boleh terdedah kepada  SIDS (kajian olehJames McKenna, PhD). Sesetengah saintis menyatakan bahawatidur yang lama adalah tidak ‘natural’ kepada bayi dan gangguan tidur dalam bulan-bulan pertama boleh memberi faktor pelindung terhadap serangan SIDS. Lebih banyak kajian diperlukan tetapi ibu bapa patut berfikir dua kali tentang kepentingan memanipulasi corak tidur yang natural dalambulan-bulan pertama bayi.
Menyuap bijirin bayi daripada botol
Doctor dan pakar mencadangkan supaya tidak sesekali memberibijirin bayi dari botol kecuali dicadangkan oleh doctor untukkondisi perubatan yang spesifikIni kerana;
i)
Bahaya tersedak
ii)
Bijirin menggantikan amaun susu dalam botol(penambahan karbohidrat dan pengurangan kepadatannutrient), dan bayi tidak mendapat isipadu susu yangmencukupi untuk pertumpuhan dan perkembangan yangbaik.
iii)
Bayi diberi kalori yang tinggi tanpa dapat mengawalnyasendiriIni boleh menyebabkan masalah berat badan nanti.
Sumber asal :


Penterjemah : Pn Fatariah Zakaria

Tuesday, February 18, 2014

Demam Kuning pada Bayi


Disini saya kongsikan jawapan saya tentang soalan demam kuning pada bayi..

Demam kuning normal utk sesetengah baby..puncanya kerana hati baby yg belum matang. Ubatnya ialah susu ibu sahaja..jika terlalu tinggi, baru fototerapi. Ia akan beransur pulih perlahan2.
Berikan air masak hanya buatkan bayi kenyang, kurang menyusu, kurang berak ( kuning keluar melalui najis) dan kepekatan darah cair ( bayi risiko kena sawan n cacat otak) bagi makan bende2 lain pun tidak membantu n hanya memberatkan hati n usus bayi yg belum matang utk proses benda itu.
Menyusu sahaja, baik utk ibu, bayi dan tiada risiko sampingan.

Tentang air zam2, saya sarankan ibu yang minum air zam2. Kerana
1-molekul zam2 halus n cantik dan boleh disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Research membuktikan, susu ibu membawa segala zat n nutrisi yg bayi perlukn dari ibu ke bayi.

2- sejarah Islam menceritakan, Selepas siti hajar berlari antara safa dan marwah, dan bila nabi Ismail menjumpai air zam2. Hajar terus minum air zam2 dan menyusukan nabi Ismail. Sejarah tidak menyebutkan Hajar memberi kepada nabi Ismail.

3- molekul susu ibu dan liang susu ibu sangat unik n magic. Ia laluan utama utk ibu transfer segalanya spt antibodi, hormon, zat, molekul zam2 dll mengikut keperluan badan si bayi. Malah, molekul AIDS dan penyakit berbahaya, saintis kaji molekulnya besar, dan tidak boleh melepasi liang laluan susu ibu tu.

So baik ibu yang minum air zam2 dan niatkan pd anak moga sembuh.

Mandikan dengan air daun dll, saya penah buat pada Nuha, akibatnya kuning makin tinggi hingga 200 lebih, dari rendah jadi tinggi. Saya masih jahil ilmu pd ketika itu. Ketika nuha di wad, doktor dan nurse juga pesan jangan bagi mandi sebarang air daun pun..kerana bahan dlm daun pun bole serap dalam kulit bayi n jadi punca kuning makin tinggi. Setiap bayi berbeza reaksi terhadap ini. Ade yg ok tak jadi ape, dan ade yg tak ok utk reaction tu. So waspadalah. Risiko tetap ade

Monday, February 17, 2014

Minggu Kedua Hingga Keenam Kelahiran Bayi~

Minggu kedua sehingga keenam

Berapa kerap bayi perlu menyusu?

Penyusuan yang kerap dalam minggu pertama sangat penting untuk membina bekalan susu yang baikKebanyakan bayi baru lahir perlu menyusu 8-12 kali setiap hari (24 jam). Jangan terlalu kerap dan jangan terlalu jarang.
Menyusulah semasa wujud tanda bayi lapar (bayi resah dan memasukkan tangannya ke dalam mulut)-jangan tunggu sehingga bayi menangisBenarkan bayi berada di payudara anda selama mana yang boleh apabila mereka aktif menghisapseterusnya beri payudara yang sebelah lagi. Sesetengah bayi yang baru lahir tidur berlebihan. Kejutkan mereka untuk menyusu jika selepas 2 jam (siangdan 4 jam (malambayi tidur tanpa menyusu.Apabila bayi mendapat corak pertambahan berat yang baikanda boleh berhenti mengejutkan bayi dan menyusu semasa bayi perlu sahaja.

Perkara di bawah ini adalah normal:

Menyusu kerap dan lama.
Corak penyusuan yang berbeza setiap hari.
Sangat kerap dan berterusan menyusu untuk beberapa jam. Ini biasa berlaku  pada bulan-bulan pertama.
Dorongan pertumbuhan (growth spurt), di mana bayi menyusu lebih kerap dari biasa untuk beberapa hari dan sangat cerewet.


Saturday, February 15, 2014

Minggu Pertama Kelahiran~Apa Ibu Perlu Tahu?

Apa yang ibu perlu tahu pada minggu pertama kelahiran?

~Menyusu dengan kerap akan menggalakkan bekalan susu yang baik dan mengurangkan bengkak susu.  Menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali setiap hari (24 jam). Jangan terlalu kerap dan jangan terlalu jarang menyusu.
~Menyusulah semasa bayi menunjukkan tanda lapar (bayi resah dan memasukkan tangannya ke dalam mulut~jangan tunggu sehingga bayi menangisBenarkan bayi berada di payudara anda selama mana yang boleh   asalkan mereka aktif menghisap,seterusnya beri payudara yang sebelah lagi. Sesetengah bayi yang baru lahir tidur berlebihan. Kejutkan mereka untuk menyusu setiap 2 jam (siangdan 4 jam (malam). Cara mengejut bayi yang betul ialah angkat bayi dan letakkan di dada.




Adakah bayi mendapat susu yang mencukupi?

Pertambahan berat: Bayi baru lahir yang  normal boleh kehilangan 7% daripada berat lahir dalam beberapa hari yang awalSelepas susu ibu dihasilkansecara puratanya bayi yang menyusu susu ibu akan mendapat 6 oz/minggu (170 g/minggu).Timbang  berat bayi pada hari ketujuh atau kelapanDapatkan nasihat doktor dan kaunselor laktasi jika bayi tidak mencapai berat yang dijangka.

Membuang najis: Pada hari-hari awalbiasanya lampin bayi akan kotor sekali sehariSelepas hari ke-4, najis sepatutnya kuning dan bayi seharusnya membuang air besar sekurang-kurangnya 3-4 kali sehari. Sesetengah bayi membuang air besar setiap kali menyusu atau lebih kerap-ini adalah normal. Najis bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lembut dan berair.

Lampin basah: Pada hari-hari  awallampin bayi biasanya basah sekali sehariApabila susu ibu telah  terhasildijangka 5-6 kali lampin akan basah setiap 24 jam.




Perubahan pada payudara

Susu anda biasanya akan terhasil (pertambahan kuantiti dan perubahan dari kolostrum ke susu) di antara hari ke 2 dan ke 5. Untuk mengurangkan pembengkakanjangan elak daripada menyusu (walaupun di waktu malam), pastikan perlekapan/posisi yang  betuldan biarkan bayi habis menyusu payudara pertama sebelum menawarkan payudara yang sebelah lagiJika bayi bermasalah untuk melekaptekapkan tuala yang direndam air sejuk atau daun kubis diantara waktu menyusu. Jika bayi bermasalah  untuk melekap disebabkan pembengkakan payudaraperah susu sehingga puting menjadi lembutkemudian cuba melekap semula.






Hubungi doktorbidan atau kaunselor laktasi jika:

Lampin bayi tidak basah atau kotor
Urin bayi  berwarna gelap selepas hari ketiga (sepatutnya kuning pucat atau jernih)
Najis bayi berwarna gelap selepas hari  keempat (sepatutnyakuning kehijauantanpa meconium)
Bayi kurang menyusu
Ibu mengalami symptom mastitis (kesakitan payudara besertademamkesejukan selsema)

Sumber artikel dari :  http://kellymom.com/bf/normal/newborn-nursing/
Penterjemah            : Pn Fatariah Zakaria

Editor                      : Pn Siti 'Aisyah Samat