Apa yang ibu perlu tahu pada minggu pertama kelahiran?
~Menyusu dengan kerap akan menggalakkan bekalan susu yang baik dan mengurangkan bengkak susu. Menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali setiap hari (24 jam). Jangan terlalu kerap dan jangan terlalu jarang menyusu.
~Menyusulah semasa bayi menunjukkan tanda lapar (bayi resah dan memasukkan tangannya ke dalam mulut~jangan tunggu sehingga bayi menangis. Benarkan bayi berada di payudara anda selama mana yang boleh asalkan mereka aktif menghisap,seterusnya beri payudara yang sebelah lagi. Sesetengah bayi yang baru lahir tidur berlebihan. Kejutkan mereka untuk menyusu setiap 2 jam (siang) dan 4 jam (malam). Cara mengejut bayi yang betul ialah angkat bayi dan letakkan di dada.
Adakah bayi mendapat susu yang mencukupi?
Pertambahan berat: Bayi baru lahir yang normal boleh kehilangan 7% daripada berat lahir dalam beberapa hari yang awal. Selepas susu ibu dihasilkan, secara puratanya bayi yang menyusu susu ibu akan mendapat 6 oz/minggu (170 g/minggu).Timbang berat bayi pada hari ketujuh atau kelapan. Dapatkan nasihat doktor dan kaunselor laktasi jika bayi tidak mencapai berat yang dijangka.
Membuang najis: Pada hari-hari awal, biasanya lampin bayi akan kotor sekali sehari. Selepas hari ke-4, najis sepatutnya kuning dan bayi seharusnya membuang air besar sekurang-kurangnya 3-4 kali sehari. Sesetengah bayi membuang air besar setiap kali menyusu atau lebih kerap-ini adalah normal. Najis bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lembut dan berair.
Lampin basah: Pada hari-hari awal, lampin bayi biasanya basah sekali sehari. Apabila susu ibu telah terhasil, dijangka 5-6 kali lampin akan basah setiap 24 jam.
Perubahan pada payudara
Susu anda biasanya akan terhasil (pertambahan kuantiti dan perubahan dari kolostrum ke susu) di antara hari ke 2 dan ke 5. Untuk mengurangkan pembengkakan, jangan elak daripada menyusu (walaupun di waktu malam), pastikan perlekapan/posisi yang betul, dan biarkan bayi habis menyusu payudara pertama sebelum menawarkan payudara yang sebelah lagi. Jika bayi bermasalah untuk melekap, tekapkan tuala yang direndam air sejuk atau daun kubis diantara waktu menyusu. Jika bayi bermasalah untuk melekap disebabkan pembengkakan payudara, perah susu sehingga puting menjadi lembut, kemudian cuba melekap semula.
Hubungi doktor, bidan atau kaunselor laktasi jika:
Lampin bayi tidak basah atau kotor
Urin bayi berwarna gelap selepas hari ketiga (sepatutnya kuning pucat atau jernih)
Najis bayi berwarna gelap selepas hari keempat (sepatutnyakuning kehijauan, tanpa meconium)
Bayi kurang menyusu
Ibu mengalami symptom mastitis (kesakitan payudara besertademam, kesejukan, selsema)
Sumber artikel dari : http://kellymom.com/bf/normal/newborn-nursing/
Penterjemah : Pn Fatariah Zakaria
Editor : Pn Siti 'Aisyah Samat
Sumber artikel dari : http://kellymom.com/bf/normal/newborn-nursing/
Penterjemah : Pn Fatariah Zakaria
Editor : Pn Siti 'Aisyah Samat
No comments:
Post a Comment