Minggu kedua sehingga keenam
Berapa kerap bayi perlu menyusu?
Penyusuan yang kerap dalam minggu pertama sangat penting untuk membina bekalan susu yang baik. Kebanyakan bayi baru lahir perlu menyusu 8-12 kali setiap hari (24 jam). Jangan terlalu kerap dan jangan terlalu jarang.
Menyusulah semasa wujud tanda bayi lapar (bayi resah dan memasukkan tangannya ke dalam mulut)-jangan tunggu sehingga bayi menangis. Benarkan bayi berada di payudara anda selama mana yang boleh apabila mereka aktif menghisap, seterusnya beri payudara yang sebelah lagi. Sesetengah bayi yang baru lahir tidur berlebihan. Kejutkan mereka untuk menyusu jika selepas 2 jam (siang) dan 4 jam (malam) bayi tidur tanpa menyusu.Apabila bayi mendapat corak pertambahan berat yang baik, anda boleh berhenti mengejutkan bayi dan menyusu semasa bayi perlu sahaja.
Perkara di bawah ini adalah normal:
Menyusu kerap dan lama.
Corak penyusuan yang berbeza setiap hari.
Sangat kerap dan berterusan menyusu untuk beberapa jam. Ini biasa berlaku pada bulan-bulan pertama.
Dorongan pertumbuhan (growth spurt), di mana bayi menyusu lebih kerap dari biasa untuk beberapa hari dan sangat cerewet.
No comments:
Post a Comment