Adakah memberi susu formula atau makanan pejal pada waktu malam boleh membantu bayi tidur lena?
Kenyataan bahawa makanan pejal boleh membantu bayi tidur lena adalah suatu ‘dongeng’ yang tidak dibuktikan dengan kajian perubatan. Memberi bayi makanan pejal atau susu formula sebagai percubaan untuk bayi tidur lebih lama bukanlah idea yang bagus kerana:
*Tiada bukti yang mengatakan tindakan tersebut bolehmembantu bayi tidur lena.
Sestengah bayi akan tidak tidur dengan baik disebabkan tindakbalas terhadap susu formula atau makanan pejal ( perutmeragam), terutamanya jika bayi berusia kurang dari 6 bulan.Dua kajian menunjukkan penambahan makanan pejal dalam diettidak menyebabkan bayi tidur lama. Kajian ini menemukan tiadaperbezaan dalam corak tidur bayi yang memakan makanan pejalsebelum tidur diibandingkan dengan bayi yang tidak diberimakanan pejal. Di bawah adalah artikel berkaitan kajiantersebut:
Macknin ML, Medendorp SV, Maier MC. Infant sleep and bedtime cereal. Am J Dis Child. 1989 Sep;143(9):1066-8.
Keane V, et al. Do solids help baby sleep through the night? Am J Dis Child 1988; 142: 404-05.
*Susu formula menyebabkan sistem penghadaman bayi bekerja lebih masa.
Ini kerana bayi cuba hadam sesuatu yang tidak spesifik kepada badan manusia. Susu formula lebih susah dihadam berbanding susu ibu.
Disebabkan itu, bayi yang diberi susu formula lebih lama jarak menyusu. Nampak seperti sesuatu yang baik,mungkin ianya sesuatu yang tidak kita suka berlaku pada badan bayi melainkan kita tiada pilihan. Terdapat risiko dalam penggunaan susu formula. Walaupun ia boleh diberi kepada bayi tapi sepatutnya ia tidak diberi bila mana susu ibu masih ada –sama ada diberi terus dari payudara atau dipam.
*Pengenalan awal terhadap makanan pejal (sebelum usia 6bulan) boleh membawa risiko.
*Kajian terkini menyatakan tidur yang lama berkait dengankematian mengejut (sudden infant death syndrome; SIDS) danbayi yang tidur lama boleh terdedah kepada SIDS (kajian olehJames McKenna, PhD). Sesetengah saintis menyatakan bahawatidur yang lama adalah tidak ‘natural’ kepada bayi dan gangguan tidur dalam bulan-bulan pertama boleh memberi faktor pelindung terhadap serangan SIDS. Lebih banyak kajian diperlukan tetapi ibu bapa patut berfikir dua kali tentang kepentingan memanipulasi corak tidur yang natural dalambulan-bulan pertama bayi.
Menyuap bijirin bayi daripada botol
Doctor dan pakar mencadangkan supaya tidak sesekali memberibijirin bayi dari botol kecuali dicadangkan oleh doctor untukkondisi perubatan yang spesifik. Ini kerana;
i)
Bahaya tersedak
ii)
Bijirin menggantikan amaun susu dalam botol(penambahan karbohidrat dan pengurangan kepadatannutrient), dan bayi tidak mendapat isipadu susu yangmencukupi untuk pertumpuhan dan perkembangan yangbaik.
iii)
Bayi diberi kalori yang tinggi tanpa dapat mengawalnyasendiri. Ini boleh menyebabkan masalah berat badan nanti.
Sumber asal :
Penterjemah : Pn Fatariah Zakaria
No comments:
Post a Comment