Sunday, August 24, 2014

Kelebihan Babywearing

Gambar ni ialah saya dan Nuha mendaki Bukit Bendera..kami tak naik kereta kecik tu pun tapi jalan je sepanjang perjalanan.

Saya ade stroller jugak!!
Saya pun ade babywearing!!

Kali ni kami pilih bawak babywearing. Lebih ringan dan mudah lipat dalam beg.

Ilmu babywearing, sangat membantu kita.

Bayangkan anda membawa stroller ketika melancong dengan anak kecik di tempat seperti bukit bendera, cameron highland, langkawi yang mane kene naik bot, daki bukit..
Okey saya tahan lagi nak mengangkut stroller.
Persoalannya, bukan isu anda larat ke tak nak angkut stroller, tapi adakah anak anda mahu duduk dalam stroller?

Kalau anak merengek tak mahu duduk stroller, kenalah berdukung kan..
Okey saya larat lagi dukung pakai tangan. Sebab dah biase, dan memang kene tahanlah berat dukung lama2 pasal memang jadi mak dan bapak kene dukung anak.
Its ok memang normal jadi mak dan bapak kene dukung anak..
Sebab habitat bayi dan anak kecik, memang suka nak dipeluk, di dada kita dia rase tenang, nak bina bonding kasih sayang.

So ape kate guna cara SMART? Pakai babywearing, anak pun selesa duduk, kite pun tak penat sangat. Jadi kite hepi since tak penat so emosi stabil dan anak pun selesa dengan kita. Malah, tangan kite "free" untuk pegang or buat kerja lain.

Kalau dukung sorang anak boleh tahan lagi, macam mana bila dah beranak dua dan tiga?

Dengan tangan lagi sorang nak kene pegang baby, lagi sorang yang dah besar nak control..so actually ade penyelesaian masalah ni iaitu babywearing.
Membantu di saat kecemasan anda!
Amalan babywearing sebenarnya amalan tok nenek moyang kite..tapi amalan ni dah hampir pupus! Jadi kitalah yang perlu martabatkan balik amalan tradisional ini. Sebelum hilang ditelan zaman! ( gambar seorang nenek yang pakai babywearing mei tai pada tahun 1955)

Memang zaman tok nenek kite dulu takde stroller, sebab tu pakai gendong je.

Lepas tu stroller keluar sebagai lambang kemodenan, ramai yang amalkan stroller dan lupe amalan gendong..

Kajian saintis mula dijalankan bile diorang tengok anak2 makin kerap suke menangis, tak tenang, kurang keyakinan diri. Dan ade research lagi yang buat kajian mengapa anak2 Asia kerap menangis berbanding2 anak2 Afrika yang lebih tenang dan penuh kasih sayang dan perhatian..

Kajian demi kajian dijalankan bsserta bukti saintifik oleh negara2 maju, akhirnya berjaya membuktikan, amalan kendong tok nenek kite dulu, rupenya mampu menurunkan heartbeat baby supaya lebih tenang, mampu menaikkan berat badan baby yang kurang berat terutama prem baby, tenangkan bayi, rapatkan hubungan kasih sayang anak dan ibu bapa, dan banyak lagi!!

Kini barulah amalan ini semakin dimartabatkan
( can you feel the baby feeling dari buai-car sear-stroller- then car seat balik-then buai?)
Your baby need your warm chest to lie on..
Bile baby kurang didakap, dipeluk, dia simpan perasaan tu, sampai satu tahap die tension..tak tahan kerana rindu mahu dipeluk ibu dan ayahnya yang setiap hari bekerja..can you feel their feeling.. They need you, they need your time, not only your money!!

No comments:

Post a Comment