Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, January 31, 2014

Tips Sukses Penyusuan~Kongsi Impian Dengan Suami~

Saya selalu kongsi tentang ilmu penyusuan susu ibu kepada suami.
Antaranya tentang salah konsep para ibu tentang susu sikit, tak cukup dan "keturunannya takda susu", dan bila kita kongsi sebab terjadi dan hal sebenarnya.
Suami saya kata, " kadang2 kita manusia ni macam "Tuhan", sebab suka hati menghukum diri kata takda susu la, susu sikit la. Sebab bila kita cakap macam tu, means kita seolah kata Allah tu tak adil. Sedangkan Allah Maha Adil. Setiap wanita konfirm ada susu untuk anak dia. Kalau ade yg susu banyak, susu sikit. Tentulah tak adil. Takkan la nak kata Allah tak adil kot. Sebenarnya diri sendiri yang tiada ilmu"

Bila suami saya faham sedikit sebanyak tentang konsep supply dan demand, jadi bila production susu saya berkurang, stok makin habis.. Suami akan bg saya masa rehat, hepi, belikan milk booster saya iaitu susu v-soy dan saya pula banyakan demand seperti power pumping dll.
Suami kata pada Nuha, "abah beli vsoy dekat umi, bila bahan mentah ni masuk, baru la kilang bole keluarkan produk"- merujuk kepada konsep kilang susu bekerja.

Jadinya kawan2 suami selalu tanya juga suami saya, bila isteri mereka mula kurang susu or susu sikit dll. Suami akan jawab dan tolong. Kalau die tak tahu, dia akan tanya saya, saya bg jawapan pada suami, dan suami bagitahu kawan lelakinya untuk die bagitau isteri die.

Ada juga yang memang tutup telinga dan tutup hati dengan kata " dah memang isteri aku tu jenis keturunan susu sikit". So kami hanya diam dan hormat Suami kata pada saya, biar dan kita kene hormat.Doakan saja moga Allah bagi hidayah dan terbuka hatinya nanti untuk terus menyusukan anak.

Saya post ni sebab nak bagi tahu, antara tips nak sukses penyusuan, ibu2 kene kongsi harapan n niat ibu kepada suami, kerana suami penyokong kuat kita.

Juga terangkan sedikit konsep penghasilan susu ibu ni, supaya bila nanti susu kita berkurang, taklah dia beli susu tepung ke kan.
Nanti kita stress sebab ingat suami beli susu tepung sebab tak support. Padahal suami beli susu tepung sebab niat nak bantu, nak selesaikan masalah. Cuma dia tak tahu cara nak betul nak selesaikan.

Monday, January 13, 2014

ILMU PEMILIHAN BREASTPUMP

Sembang penyusuan susu ibu..bukan sekadar ilmu penyusuan ketika menyusu sahaja. Antara ilmu terpenting pada saya ialah ILMU PEMILIHAN BREASTPUMP!

Jika anda fikir membeli breastpump sekadar masuk kedai, belek belek dan bayar. Anda silap!

Pelaburan membeli breastpump, adalah pelaburan jangka panjang! (2 tahun penyusuan dan diteruskan ke anak anak seterusnya).

Teknologi breastpump sebenarnya berkembang pesat sama seperti handphone. Terdapat pelbagai jenis breastpump dari manual, elektrik, single pump, double pump, bateri, berat, ringan, freestyle (sambil masak pun bole pump) dan ada yang bole charge POWERBANK lagi!

Pendek kata, anda perlu lihat pelbagai faktor diri sendiri contoh seperti bajet dan kerjaya anda sebelum memilihnya. (Ada banyak faktor untuk memilih breastpump)

Breastpump terbaik setiap orang adalah berbeza mengikut diri dan suasana kerja seseorang itu.
Contoh mudah, seorang kawan saya yang doktor selalu sibuk..maka katanya medela freestyle yang paling baik. Ada kawan saya yang kerja ofis dan sangat pandai dalam teknik marmet, pilihannya adalah yang manual. Manakala rakan guru saya yang masa mengajar sangat "pack", dan tempat mengepamnya ada plug, jadi spectra3 dah selesa untuknya.

Namun, anda perlu faham konsep dalam penyusuan itu sendiri. Jika anda TIADA MODAL dalam membeli pam pun, sebenarnya anda mampu untuk hasilkan susu yang banyak, Ianya dengan teknik dan ilmu. Pam sekadar pemudahcara.

Sama seperti bisnes, jika anda ada modal yang besar, Ok anda boleh beli pam mengikut keselesaan anda. Tapi jika ANDA TIADA MODAL, sebenarnya anda boleh guna tangan anugerah Allah SWT untuk mengepam ( beserta ilmu dan sistem).

Saya sebenarnya rasa sedih bila ilmu pemilihan pam agak kurang dikalangan para ibu. Bayangkan ada kawan yang membeli pam harga 2 ribu, namun akhirnya tersimpan di dalam almari. Ada yang beli pam yang kualiti agak kurang ( murah) akhirnya 2-3 bulan pam dah rosak jadi terpaksa beli yang baru. Saya sekadar ingin membantu anda.

InsyaAllah! :)
Jika anda ingin membeli breastpump, saya boleh bantu anda pilih pam yang sesuai untuk anda. Boleh pm saya dan lawat page saya Nuha Little Shop di fb 
https://m.facebook.com/NuhaLittleShop?__user=100000321955737

Saturday, April 6, 2013

KEDAI YANG JUAL BARANG BF


Wah, nampaknya ade request yang tanya la kat mana nak cari barang2 bf..bagus tu! Sungguh bersemangat adik juniorku yang seorang ni. Apepun, akak doakan moga awak dapat berjaya fully bf ur baby nanti ye!
Ok, untuk pengetahuan korang. Majoriti barang bf saya beli di kedai baby paradise. Kedainya terletak di ground floor Tropicana Hospital. Ala, hospital yg setentang ngan McD kat jalan nak ke Masjid Negeri tu. Tokey die nama Su Lee. Kalo nak beli online pun bole. Disini sy bagi website die n no tel tokei kedai tu.
www.babyparadise.com.my dan no tel Su Lee 0164388230

Ha..nak cite kenapa i suke shoping kedai ni. Sebab best, selalu wat offer. Saya ingat lg time beli spectra3, saya dapat freegift 10 storage bottle. ( 10 botol pun da cukup..terlebih dari cukup tu) pastu, kadang2 dapat voucher diskaun, n kalo order, mesti dapat 1 plastik liner free n nursing tea free gak. N yang penting MURAH.. Haha.sebab dulu saya da survey kedai lain gak antaranya Lunatots, Manjaku dan Choo Choo Train Baby House.
Tapi kedai baby paradise ni paling best, pekerja yang jaga kedai tu plak bagi consult pasal bf kat saya n suami,free je. Ingat lagi kitorang lepak sampai 2-3 jam gak la kat ctu, sis tu cite dari A- Z la pasal bf n peralatan bf ni. Time dalam pantang dulu pun saya ade masalah tak reti nak bf nuha, sis tu la tempat saya ngadu masalah, n die yang bg cadangan pakai nipple shield.Alhamdulillah setel.
Lepas bersalin pun, saya ada ke kedai die, sis tu pun sempat tengok nuha.tapi sayang, saya baru dapat tau sis tu dah berenti keje kat ctu, n balik kg die kat Sabah. Tak tau la ni sape yg ganti tempat die.

Haha.. Terlebih over plak. Hm..pada saya, kat Lunatot kalo nak beli barang bf, agak mahal la.. Tapi kat Lunatot, barang yang saya beli ialah Cloth Diapers dengan The Milk Story Choc Drink.

Kalo barang keperluan baby yang len macam pampers, botol susu dll.. Saya beli kat kedai dekat rumah je Choo Choo Train Baby House. Ha, kat ctula saya beli sterilizer n warmer tommee tippee, sbb time tu raya cina, tokey tu wat offer diskaun, tu yg rembat tu.

Nasihat saya, kalo nak beli time offer, tunggu time chinese new year, hari raya or hujung tahun. Ingat lg, saya penah tengok offer harga sterilizer n warmer hanya rm 150 je  untuk dua2 tu, kat Manjaku Parit Buntar.

Disini saya attach jugak link untuk senarai kedai online yang saya dapat dari grup kumpulan ibu menyusukan..http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/doc/517479074946158/

Kalo tak cukup gak, korang beli la Majalah PaMa. Kat ctu pun banyak wat promosi barang bf ni..Suami saya yang selalu beli majalah ni,bagi kat saya hehe.
Selamat Bershopping!

Wednesday, March 27, 2013

KEPERLUAN IBU BERSALIN

Salam, hari ni saya akan post pasal keperluan ibu yang nak bersalin, terutama wat ibu yang tengah pregnant n comel hehe..
Untuk maklumat checklist, bole la pi dekat link yang saya da attach ni..

Keperluan Ibu Bersalin

Nasihat saya, pepandai la bajet duit. Baju baby tak perlu beli banyak2. Jangan rambang mata sampai semua nak beli skaligus ( melainkan korang loaded lain arr ) . Macam saya, shoping baju baby sume kat Pasaraya Wah Seah je..murah daripada tempat len yang selai baju sampai rm50 ..huhu..

Truly, pada saya katil baby tak perlu pun nak beli.


Cume saya n suami memang berbelanja betul2 untuk barangan BREASTFEEDING. Kitorang beli breastpump yang mahal, sebab ape? Sebab kualiti. N memang saya akui, SANGAT2 berbaloi kami melabur dalam barangan BF.
Sebelum bersalin, saya da beli breastpump, storage bag, storage bottle, sterilizer, warmer, cooler bag, nursing bra, nursing pad, nursing pillow.. N harganye mencecah RM 1K ..  Hm..nampak cam mak aih, mahalnye modal kalo nak BF. Tapi, kitorang beli sekali je, sekali tu je kuar duit, pastu maintain fully bf je.
Kalo korang beli susu formula, dalam sebulan kata la rm300. Setahun = 300 x 12 = RM 3600.. Ha..tu baru setahun. La ni saya da pakai barangan bf tu da lebih 13 bulan. Susu pun tak payah beli setiap bulan. Korang nilaila sendiri yg mane lebih bajet :)