Sunday, August 17, 2014

Kisah Pahit Manis Wean Off Nuha

Malam ni Nuha tertidur keletihan menangis.
Sepanjang saya dan suami membesarkan Nuha selama 2 tahun 6 bulan.
Nuha memang anak yang baik, solehah, behave depan orang ramai. Sangat menjaga adab dan akhlaknya. Tahniah dan syabas anak ummi!

Namun kisah saya yang saya akan ceritakan ini, saya harap anda dapat manfaatnya.

Malam tadi tiba2 saya buat satu keputusan drastik pada Nuha, saya kata padanya, "Nuha lepas ini dah tak boleh dah susu ummi ye, stop terus dah takda dah". Nuha diam, patuh. Nuha memang sangat dengar cakap saya.

Jadi dia request susu fresh coklat dalam peti, so saya ok je. Dalam hati," nampak macam Nuha dah bersedia". ( penyusuan ibu boleh dihentikan bila anak dan ibu bersedia) untuk tidak menganggu emosi anak dan ibu.
Tapi walaupun Nuha diam dan tak mintak menyusu, sikapnya agak pelik, dia request nak tengok video Pocoyo sampai ulang banyak kali, padahal saya tau Nuha bukan jenis suka mengadap video lama2. Lepas tu Nuha tiba2 nak turun katil dan menjatuhkan kepala die kat lantai, sampai lebam!!

Ya Allah, tenangkan die. Die pandang saya. Tapi saya tak bagi Nuha menyusu. Masukkan Nuha dalam buai dan nak tidurkan. Nuha menangis kuat, dia mintak susu coklat. Saya bagi tapi die nak bangun jadi saya bantu Nuha dan die keluar dari buai dan berlari menangis kepada abahnya..
Nuha menangis dan dari tangisan tu, saya dan suami tahu Nuha tertekan, dia nak susu ummi tapi dia takut nak mintak sebab saya dah larang tadi.
So, akhirnya saya bagi je Nuha menyusu dalam 5 minit dan Nuha tertidur letih.

Saya akui, saya tiba2 keluarkan keputusan drastik nak berhentikan terus menyusu Nuha, kerana saya stress dengan tekanan orang sekeliling yang menyuruh saya berhentikan Nuha dari menyusu. Tekanan dari orang sekeliling yang tengok janggal bila dapat tau budak 2 tahun 6 bulan ini masih meyusu ( bukan kerap pun sesekali saja) menyebabkan saya juga stress, sampai saya lupa, orang lain tidak faham pun emosi anak kecil iaitu Nuha, saya lupa yang saya memang tengah proses wean off secara perlahan untuk menyediakan emosi Nuha supaya bersedia. Rules menyusu malam saja, Nuha memang patuh dan ikut rules tu.

Nuha biase menangis mengamuk begini kalau tertekan, kadang ade orang menyakat die, mempermainkan die.

Saya dan suami juga berfikir, "kenapa eh masyarakat pandang pelik sangat budak 2 tahun 6 bulan masih menyusu?"
Mungkin jugak pasal zaman kami berdua pun bukan minum susu ibu sepenuhnya.
Antara rujukan saya dalam menberhentikan penyusuan Nuha
- di website kellymom, topik wean off.
Belajar wean off secara perlahan2 supaya anak tak terkejut, tak terganggu emosi dan tidak BERDENDAM dengan kita.( ibu bapanya)

Ust Haron Din AlHafiz, katanya Rasulullah SAW menyusu sehingga 3 tahun lebih.
Dalam Islam 2 tahun, jadi penyusuan ini minimum 2 tahun. Maksimum 3 tahun.

Bagaimana mahu tahu anak kecik boleh berdendam dengan ibu bapa?
Silalah rujuk pada Prof Rozieta Shaary. Beliau pakar kanak2.

Kebetulan, tadi kawan saya, child kaunselor dari Hosp Besar mesej tentang perihal anak kecil. Tentang anaknya yang tibe2 jadi agresif.

"Sy dpt penjelasan dlm diri mengenai agresif anak saya dan org dewasa yg mngusiknya.

Betol apa sy buat iaitu tak tegur over dia. Sbb ini akn buat dia rasa konfius dan rasa bersalah, sdgkan dia tidak bersalah. Org dewasa yg salah sbb menyakat nak tengok dia marah, hingga dia jd agresif. Husb sy wlu sdg mkn dan bbual rupanya perasan keadaan ini maka sbb tu dia xbuat apa2.

Sy teringat ramai klien dan rkn terdekat bkongsi mengenai mrk tersepit antara anak yg aktif dan org dewasa signifikan spt ibu mereka sndiri, ibu mertua dan rakan2. Mrk akan marah anak yg aktif ni sbb nak jaga air muka dpn rakan/saudara.

Lps balik rumah or mlm, mrk akan sdr dan nyesal. Sbb sbnrnya mmg anak dia xsalah.

Alhmdulillah, intuisi sy benar, 2 mlm sblm ni. Iaitu biarkan shj. Sbb ada seorg rkn sy yg tlg jeritkan nama dia. Dia terkjut dgn keagresifan anak saya dan anggap anak saya salah dan perlu ditegur. Salah mcm tak hormat.

Wlhal, usia 2++ mcm ni terserlah sapa lbh matang otak kiri,kan. Maka org dewasalah yg btgjwb dan perlu dipertanggungjawabkan.
Ms tu sy just hntr aura mesej positif minda ke minda anak saya.
Dan terserlah anak boy dan girl different. Sbb anak kwn sorg lagi dipergunakan oleh aunty ni utk tnjuk bdk girl tu baik, xpukul org. Sy sabar shj dlm hati..
Teringat posting pnlina bru ni psl beza anak perempuan dan lelaki."

Malam ni saya belajar lagi
- tentang emosi anak kecil. Kita sebagai ibu perlu paham anak kita. Jangan kerana nak jaga hati orang lain, kita buat keputusan yang cederakan emosi anak kita.
Kalau anak kita cedera emosinya, kesannya kita juga yang akan tanggung!

- Hantar aura dan mesej positif pada anak melalui fikiran pun okey, anak leh dapat bace ape yang kita fikirkan.

- hormat anak kecil dan pandangan mereka, tambah2 anak kita. Kalau kita tak hormat perasaan mereka, macam mane mereka mahu belajar hormat perasaan kita bila mereka besar nanti!
Sedang Rasulullah SAW bila berbicara dengan anak kecil, nasihatnya seperti orang dewasa. Tidak pernah baginda mempermainkan atau mengetawakan yang merendahkan maruah dan perasaan anak kecil itu.

Nuha anak ummi yang genius dunia genius akhirat, moga ummi dapat terus mencari ilmu dan mendidik Nuha dengan penuh hikmah.

1 comment:

  1. Selalu je cederakan emosi Insyirah. Insyirah memang garang. Lepas tu, ada je yang sakat dia sampai dia marah-marah semula. last sekali Insyirah jelir lidah. di lama dah tak jelir sebab tau benda tu salah. Tapi, raya hari tu asyik kena sakat je kembali dah perangai tu.

    Sabar je lahhhh...

    ReplyDelete