Friday, March 28, 2014

Pengalaman Panaskan Susu Ibu untuk Nuha Areefa

Dulu masa panaskan susu Nuha, teringat lagi saya gunakan warmer Tommee Tippee..
Anda tau tak "warmer" tu ape? Warmer tu ialah bekas untuk panaskan susu ikut macam suhu badan iaitu 36.9 degree celcius.
Sebenarnya bila bayi menyusu, susu kita waktu tu suam2 je ikut suhu badan kita. Kilang susu ibu ni hasilkan susu ikut macam suhu badan, untuk pastikan ia sentiasa steril dan khasiat serta nutrisinya terjamin..
Jadi bila kita nak panaskan susu ibu ni, kita tak boleh terus didihkan atas air panas mendidih ye!
Sebab nanti kandungan zat dan nutrisi susu akan musnah !! Dan anak kita akan minum "hampas susu ibu" je.

Kesian kat anak, sebab tak dapat nutrisi, antibodi, enzim, hormon dan seribu satu manfaat susu ibu, hanya kerana susu itu dari beku terus dipanaskan guna air mendidih!!!

Sebab itu saya gunakan warmer, untuk memelihara khasiat susu ibu itu untuk beri kepada Nuha..

Warmer tommee tippee yang saya guna nie, sama je macam jenama lain seperti autumz, jingle jungle, evelove dan jenama lain.
Kita hanya perlu beli timer, saya beli di DIY dan perlu tunggu dalam 8 minit untuk dipanaskan. Waktu itu saya rasa ia yang paling mudah, sebab pengasuh cuma perlu "on" suis, letak botol susu dalam warmer dan tinggalkan.. Lepas 8 minit, timer berbunyi dan susu siapppp !!! Kalau baby tak abis minum, letak balik botol dalam warmer dan susu tu maintain suam2 suhu badan ( suhu breast ibu) sepanjang dalam warmer tu..

Tapi sekarang teknologi makin maju, 2 tahun berlalu, sekarang teknologi untuk panaskan susu semakin canggih !!!
Sekarang warmer dalam bentuk ipod, yang boleh di"charge" dan dimasukkan dalam botol susu. Cuma tekan suis kat botol susu dan SUSU IBU AKAN PANAS DALAM MASA SEMINIT JERR !!
Ingatkan apple je yg ade ipod2 ni, rupenya nak panaskan susu pun ade pod yang rechargable tu..


Wah hebatkan! Senangla lepas ni pengasuh nak panaskan susu dengan
YOOMI WARMER AND POD
Gadjet tercanggih di Nuha Little Shop nih!!

( p/s: kaedah panaskan susu secara manual ialah rendamkan "chilled ebm" dalam air suam :)))

Jom kite tengok camne panaskan susu ibu gune YOOMI WARMER nih
http://www.youtube.com/watch?v=7Qlq3fSdoB4


How to warm your baby's feed with yoomi

yoomi mum, Jen, shows you how to warm baby's feed in 60 seconds with yoomi, the self warming baby bottle Learn more at www.yoomi.com

www.youtube.com

No comments:

Post a Comment