Wednesday, February 26, 2014

Perkongsian Kak Tishie lagi..

Saya reka2 cerita ery.. memula bgtau tanda mati tu mcm ball.. jadi fa nak main dgn ra.. pastu dia pegi dekat ra.. fa ra..fa ra.. main sama2 jadi far.. melalut2 jugak cerita saya☺.. sbb anak suka menambah. . So sebut short only because they so tired playing. . Fa ra..become farr... yeay.. happy tetiba..(bila dia tau sebut yg short version..)haha..
Bila jumpa tanda alif yg ada bulat kat atas.. saya dok mereka pulak..alamak yg ni baru betul mcm ball.. tapi alif ni dont want to share.. he like to play alone.. sian dia.m nobody wants to play with alif ball..so  cannot read alif with his ball.. he dont want to share (x pasal2 alif jd mangsa๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚)

Saya dpt idea dari 1 page dlm al barqy yg combine baris atas then huruf mati.. mcm ; ma na - man, la ya- lai..

Sbb tu sampai skrg pun kdg saya bg hint camtu. Masa baca muqaddam.  Ba ta jadi??.. 'bat 'dia jawab..

Tp semua huruf jd baris atas la pula.  alif pun jd a.. sambil2 saya ajar sebut huruf tunggal juga๐Ÿ˜
Telaga biru..wah..menarik. . InsyaAllah saya akan join karnival telaga biru sekali lagi hjg Mac. . Tempoh hari  karnival Rasul in my Heart di putrajaya x sempat shopping buku sgt. . Tp sempat jd ahli..dpt lagi murah๐Ÿ˜
Nak cari buku ni..tq maz๐Ÿ‘๐Ÿ˜˜
Saya buat sendiri wall nye mayya..๐Ÿ˜

Friday, February 21, 2014

Perkongsian Dari BfPC NoorFazila

Perkongsian dari NoorFazila Abd Rahman

Antara perkongsian tentang susu ibu personally dr sy..mohon jika ada yg tidak faham atau ada maklumat tambahan bolehla maklumkan pd saya ya begitu juga jika ada makluman yg tidak tepat..sama2 kita tambah ilmu Penyusuan Susu Ibu..sy yakin banyak lagi yg anda tahu tp saya tak tahu..kerana kita sama2 sedang belajar kan..

1. BERAPA JUMLAH SUSU YANG DIPERLUKAN OLEH SEORANG BAYI YANG BARU DILAHIRKAN? :https://www.facebook.com/notes/noorfazila-binti-abdul-rahman/berapa-jumlah-susu-yang-diperlukan-oleh-seorang-bayi-yang-baru-dilahirkan/716653968353961
7. CABARAN YANG SAYA DILALUI SECARA PERIBADI SEBAGAI IBU BARU DALAM MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EXCLUSIVE :https://www.facebook.com/notes/noorfazila-binti-abdul-rahman/cabaran-yang-saya-dilalui-secara-peribadi-sebagai-ibu-baru-dalam-menjayakan-peny/202575386428491
Noorfazila Binti Abdul Rahman
Breastfeeding Peer Kaunselor Anda

Wednesday, February 19, 2014

Selamat Ulang Tahun Ke-2 Anakanda Nuha Areefa

Pagi pagi lagi saya sangat teruja bila tok umi nuha, sedara saya dan rakan2 hebat saya di group alumni IPN mengucapkan selamat untuk anakanda Nuha Areefa, sayang umi dah 2 tahun.
Disini saya pastekan message mereka untuk rujukan saya, saya rasa semangat membacanya kerana ia buatkan saya semakin bermotivasi mendidik khalifah kecil yang Allah kurniakan pada saya dan suami.
Disini adalah buku Anakku Hafiz dan kata2 saya untuk Nuha adalah satu "mental imaging", impian dan visi yang positif, bak kata Kak Maz. Inilah yang dilakukan oleh Ibu Sultan Muhammad Alfateh dahulu.. Meletakkan impian untuk anak kecil, diikuti dengan usaha kita sendiri dan doa pada Allah.


Nuha cayang...happy birthday...tok umi n semua ami n ende imah ucapkan...jadi anak solehah,beriman, n berjaya dunia akhirat..bersabarlah dgn semua dugaan hidup d pentas dunia ini aameeen - Tok Umi, Ami dan Enda-


Selamat Hari Lahir Nuha yang comel lagi bijak. Allah berkati usaha ibu Nuha dan Nuha dalam usaha menghafaz AlQuran

Selamat Hari Lahir.. Drp Ibu Ahmad dan Ahmad.
-Kak Farah-

happy birthday untuk Nuha, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Ok supermommies semua. Semoga harini usaha kita mendidik anak2 menghafaz al quran dipermudahkan. Ameen.- Kak Syikin-

Selamat hari lahir nuha syg...semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu syg..al hafizah penyejuk mata penawar hati ayah bonda..pencinta dan ahlul quran..
-Kak Zamira-

selamat hari lahir nuha.al hafizah sayangggg
-Kak Line

Waah .. Thx farah ingatkan harilahir nuha al hafizah oftalmologist kita
Slmt ulgthun kedua anakanda solehah nuha areefa. Aunty doakan nuha sntiasa sihat,kuat,smgt mcm ibu nuha iaitu aisyah dlm mendidik pelajar dan nuha sndiri utk ilmu dunia dan bekalan akhirat. Smg diprmudahkan perjalanan kita bsama bertemu di majlis graduasi 30juzuk amma kita. love u anakanda.
-Kak Maznah-

Selamat hari lahir nuha - Hajar-

Selamat hari lahir nuha alhafizah...- Sumayyah-

Assalamualaikum rakan2 tersyg.. nak share lagu from sorg teacher alimkids
Salam just want to share a song i made up for my son yg i rasa can be used for topic on feelings. Havent tried it on d kids tp anak i suka la.

Sing to 'if you're happy and you know it' song

If you're happy happy happy (fingers point to own smiley face)
Alhamdulillah (clap hands)
Repeat 2x

If you're happy happy happy 3x
Alhamdulillah

If you're sad sad sad (point to sad face)
Pray to Allah (tangan doa)
2x

If you're sad sad sad 3x
Pray to Allah

If you're angry angry angry( point to angry face)
Have sabr ( take a deep breath)2x

If you're angry angry angry 3x
Have sabr.

Wah dekat2 bday anakanda2 kita..boleh buat quran party sama2. .
Selamat ulang tahun nuha al hafizah syg๐Ÿ˜- Kak Tishie -

As salamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh...nuha areefa alhafizah hepi besday! ๐Ÿ˜˜๐Ÿ’
Amin....- Adah -






Tuesday, February 18, 2014

Demam Kuning pada Bayi


Disini saya kongsikan jawapan saya tentang soalan demam kuning pada bayi..

Demam kuning normal utk sesetengah baby..puncanya kerana hati baby yg belum matang. Ubatnya ialah susu ibu sahaja..jika terlalu tinggi, baru fototerapi. Ia akan beransur pulih perlahan2.
Berikan air masak hanya buatkan bayi kenyang, kurang menyusu, kurang berak ( kuning keluar melalui najis) dan kepekatan darah cair ( bayi risiko kena sawan n cacat otak) bagi makan bende2 lain pun tidak membantu n hanya memberatkan hati n usus bayi yg belum matang utk proses benda itu.
Menyusu sahaja, baik utk ibu, bayi dan tiada risiko sampingan.

Tentang air zam2, saya sarankan ibu yang minum air zam2. Kerana
1-molekul zam2 halus n cantik dan boleh disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Research membuktikan, susu ibu membawa segala zat n nutrisi yg bayi perlukn dari ibu ke bayi.

2- sejarah Islam menceritakan, Selepas siti hajar berlari antara safa dan marwah, dan bila nabi Ismail menjumpai air zam2. Hajar terus minum air zam2 dan menyusukan nabi Ismail. Sejarah tidak menyebutkan Hajar memberi kepada nabi Ismail.

3- molekul susu ibu dan liang susu ibu sangat unik n magic. Ia laluan utama utk ibu transfer segalanya spt antibodi, hormon, zat, molekul zam2 dll mengikut keperluan badan si bayi. Malah, molekul AIDS dan penyakit berbahaya, saintis kaji molekulnya besar, dan tidak boleh melepasi liang laluan susu ibu tu.

So baik ibu yang minum air zam2 dan niatkan pd anak moga sembuh.

Mandikan dengan air daun dll, saya penah buat pada Nuha, akibatnya kuning makin tinggi hingga 200 lebih, dari rendah jadi tinggi. Saya masih jahil ilmu pd ketika itu. Ketika nuha di wad, doktor dan nurse juga pesan jangan bagi mandi sebarang air daun pun..kerana bahan dlm daun pun bole serap dalam kulit bayi n jadi punca kuning makin tinggi. Setiap bayi berbeza reaksi terhadap ini. Ade yg ok tak jadi ape, dan ade yg tak ok utk reaction tu. So waspadalah. Risiko tetap ade

Monday, February 17, 2014

Minggu Kedua Hingga Keenam Kelahiran Bayi~

Minggu kedua sehingga keenam

Berapa kerap bayi perlu menyusu?

Penyusuan yang kerap dalam minggu pertama sangat penting untuk membina bekalan susu yang baik. Kebanyakan bayi baru lahir perlu menyusu 8-12 kali setiap hari (24 jam). Jangan terlalu kerap dan jangan terlalu jarang.
Menyusulah semasa wujud tanda bayi lapar (bayi resah dan memasukkan tangannya ke dalam mulut)-jangan tunggu sehingga bayi menangis. Benarkan bayi berada di payudara anda selama mana yang boleh apabila mereka aktif menghisap, seterusnya beri payudara yang sebelah lagi. Sesetengah bayi yang baru lahir tidur berlebihan. Kejutkan mereka untuk menyusu jika selepas 2 jam (siang) dan 4 jam (malam) bayi tidur tanpa menyusu.Apabila bayi mendapat corak pertambahan berat yang baik, anda boleh berhenti mengejutkan bayi dan menyusu semasa bayi perlu sahaja.

Perkara di bawah ini adalah normal:

Menyusu kerap dan lama.
Corak penyusuan yang berbeza setiap hari.
Sangat kerap dan berterusan menyusu untuk beberapa jam. Ini biasa berlaku  pada bulan-bulan pertama.
Dorongan pertumbuhan (growth spurt), di mana bayi menyusu lebih kerap dari biasa untuk beberapa hari dan sangat cerewet.


Saturday, February 15, 2014

Minggu Pertama Kelahiran~Apa Ibu Perlu Tahu?

Apa yang ibu perlu tahu pada minggu pertama kelahiran?

~Menyusu dengan kerap akan menggalakkan bekalan susu yang baik dan mengurangkan bengkak susu.  Menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali setiap hari (24 jam). Jangan terlalu kerap dan jangan terlalu jarang menyusu.
~Menyusulah semasa bayi menunjukkan tanda lapar (bayi resah dan memasukkan tangannya ke dalam mulut~jangan tunggu sehingga bayi menangis. Benarkan bayi berada di payudara anda selama mana yang boleh   asalkan mereka aktif menghisap,seterusnya beri payudara yang sebelah lagi. Sesetengah bayi yang baru lahir tidur berlebihan. Kejutkan mereka untuk menyusu setiap 2 jam (siang) dan 4 jam (malam). Cara mengejut bayi yang betul ialah angkat bayi dan letakkan di dada.




Adakah bayi mendapat susu yang mencukupi?

Pertambahan berat: Bayi baru lahir yang  normal boleh kehilangan 7% daripada berat lahir dalam beberapa hari yang awal. Selepas susu ibu dihasilkan, secara puratanya bayi yang menyusu susu ibu akan mendapat 6 oz/minggu (170 g/minggu).Timbang  berat bayi pada hari ketujuh atau kelapan. Dapatkan nasihat doktor dan kaunselor laktasi jika bayi tidak mencapai berat yang dijangka.

Membuang najis: Pada hari-hari awal, biasanya lampin bayi akan kotor sekali sehari. Selepas hari ke-4, najis sepatutnya kuning dan bayi seharusnya membuang air besar sekurang-kurangnya 3-4 kali sehari. Sesetengah bayi membuang air besar setiap kali menyusu atau lebih kerap-ini adalah normal. Najis bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lembut dan berair.

Lampin basah: Pada hari-hari  awal, lampin bayi biasanya basah sekali sehari. Apabila susu ibu telah  terhasil, dijangka 5-6 kali lampin akan basah setiap 24 jam.




Perubahan pada payudara

Susu anda biasanya akan terhasil (pertambahan kuantiti dan perubahan dari kolostrum ke susu) di antara hari ke 2 dan ke 5. Untuk mengurangkan pembengkakan, jangan elak daripada menyusu (walaupun di waktu malam), pastikan perlekapan/posisi yang  betul, dan biarkan bayi habis menyusu payudara pertama sebelum menawarkan payudara yang sebelah lagi. Jika bayi bermasalah untuk melekap, tekapkan tuala yang direndam air sejuk atau daun kubis diantara waktu menyusu. Jika bayi bermasalah  untuk melekap disebabkan pembengkakan payudara, perah susu sehingga puting menjadi lembut, kemudian cuba melekap semula.






Hubungi doktor, bidan atau kaunselor laktasi jika:

Lampin bayi tidak basah atau kotor
Urin bayi  berwarna gelap selepas hari ketiga (sepatutnya kuning pucat atau jernih)
Najis bayi berwarna gelap selepas hari  keempat (sepatutnyakuning kehijauan, tanpa meconium)
Bayi kurang menyusu
Ibu mengalami symptom mastitis (kesakitan payudara besertademam, kesejukan,  selsema)

Sumber artikel dari :  http://kellymom.com/bf/normal/newborn-nursing/
Penterjemah            : Pn Fatariah Zakaria

Editor                      : Pn Siti 'Aisyah Samat




Perkongsian Kak Lin Tentang Anak-anaknya

Perkongsian kak Line..untuk rujukan saya dan yang lain.

Hari ini cuma nak kongsi tentang sejauh mana kebenaran kata kata pn lina permulaan mengajar anak dgn al.quran akan menyerap ilmu lain.Dulu kita ada tonton kebolehan darwish blh membaca bhs inggeris..formulanya pn lina start dgn alquran dan ilmu lain akn segera menyerap dgn rangsangan santai.Saya tlh lihat kebenarannya pada hasif..hasif kini blh membaca bhs inggeris bhs melayu dan bahasa jawi dan mengira 1 to 100 dlm bhs inggeris dan b.mel dgn pantas.sesiapa yg ada baca komen sy di fb sy pernah beritahu hasif x mampu bercakap hingga berumur empat tahun dan baru sahaja menyambung ayat dua tiga bulan kebelakangan ini..bknlah mahu mengatakan anak sy bijak malah jauh sekali berbangga..tetapi ingin berkongsi kebenaran dan kehebatan al quran yg telah sy nmpak hasilnya pd sahabat sahabat..teruskan usaha anda..yakinlah..harap ini dpt memberi lebih motivasi pada ibu ibu yg berjiwa besar.saya akan kongsikan kelak hasif blh membaca mengira dgn pelbagai tulisan dan bhs tersebut..

Tentang ajar menghafal pula,
x ada rahsia..just follow cara pn lina.je..hehe..cth ptg nk ajar dia surah al ikhlas..seminggu sblm pasang surah al ikhlas tu kt tv yg ada siap tulisan..adik ahmad saoud..pasang setiap hari waktu siang..
pastu mula buka muqaddam surah al ikhlas..ibu bacakan...sebaris demi baris..bgtau goal.hari ni baca ikut mama je
selama seminggu tu ibu hari hari atau ada free ngaji guna mulut sendiri..mcm pn maznah buat punblh..guna sukukata..biar anak dgr dan ikut..mula mula dia dgr je..lama lama dia ikut
pastu dia sbnarnya hafal dulu dan hafal tulisan al ikhlas kt tv tu..lama lama baru dia mengeja..dan serentak membaca..skrg pun dah blh mula..sesiapa yg baru start dgn flashcard..semuanya serentak..anak kita blh serap..sbb otak mrk tgh hebat memori sama dgn 14 THN MEMORI

Rujukan saya :
DarwishnDarwisya: Darwish dan Sijil Hafazan 30 Surah terakhir pada umur 3 Tahun dan Nasihat Untuk Ibubapa Diluar sana - http://darwishndarwisya.blogspot.com/2012/02/darwish-dan-sijil-hafazan-30-surah.html?m=1
Darwish 3.9, darwisya 3.2
DarwishnDarwisya: Perbezaan Perkembangan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan - http://darwishndarwisya.blogspot.com/2010/10/alhamdulillah-darwisya-semakin-sihat_20.html?m=1
Jangkaan tinggi namun capai berbeza. X apa. Kita letak je hsrat niat impian kita

hasif nye dah rabak..sbb hasif gigit...awww..ada beli baru satu set awal awal khas utk hijjaz bucuk.hijjaz kat kg dgn mak lima hari start td sbb pengasuh ada hal..alolo rindu la kat hijjaz..dah la dia tgh batuk...al furqan nya dah tinggal siap siap pesan kat mak hijjaz dah mula baris bawah

mintak mak jd guru ganti
hijjaz oooo hijjaz

huhu
reward hasif harini lps mengaji al balad nk tgk banana.agry bird..ok tp sejam je..utk adik.adik.bwh empat tahun x sesuai lg reward ni..lps empat tahun blh la perkenal sikit kartun tp yg sesuai
mlm ni punya reward pula lps dgr enam ayat surah al kahfi berulang ulang blh pergi main kat tmpat permainan kanak kanak dlm giant..
cadangannya..siang bg anak dgr surah pendek bhgn masing masing cth pagi tiga jam pertama pasang surah annas utk hijjaz tiga jam berikutnya surah al balad bergilir smpai ptg.malam pasang al kahfi enam ayat shj dlm mod repeat dan selepas tu minta mereka baca hafaz al kahfi..serentak hafaz dan baca surah pendek yang telah dipasang pada waktu siang tadi..
ini plan hafazan trainning utk ibu yg ada anak lebih drp satu..nak cube

x bg tau suruh hafaz..cuma ckp ktmereka ni surah ape..mrk faham mama suruh hafaz walaupun mr x ckp.
cuma dia akan respon oooo mama ni surah al.balad..hijjaz pula akan pandang arah bunyi surah tu..masa hasif kecik dia automatik hafaz je sama dgn hijjaz..baby kan..bila hasif dah besar baru ajar guide ikut tulisan lps pasang surah tu..so bgla reward..laju la dia bila tau ada reward..tu je..

tp kalau btl btl.ikut step pn lina. mmg cepat ank dpt baca dan hafaz..cume tu la. bila kita x free cth ada hal..anak sakit atau ada kelas ..kdg kdg terbantut la jugak...nasib ada support group ni..alhamdulillahhhh sgt

1. pagi atau ptg pasang surah yg nk diajarkan..2. ptg tu ajarla baca surah tu.dlm muqaddam.pertama tetapkan goal..bgtau anak.hari ni baca je surah ni tanpa perbetulkan tajwid.
walaupun merangkak baca x apa..next session baru baca smbil betulkan sebutan dan tajwid..selepas itu bgtau goal adalah baca dan tajwid betul tanpa merangkak sesi berikutnya goal mesti baca lancar dgn tajwid yg betul. akhir sekali.hafaz ..kalau ada silap sebut ibu sebut mana yg ank x hafaz je..yg lain biar dia hafaz sendiri