Friday, October 4, 2013

Doa Untuk Anak-anak

Jadilah ibubapa yang berpandangan jauh. Jauh dari apa yang ada didunia ini dan segala isinya. Visi untuk anak menjadi tetamu Allah yang istimewa, terpilih dan berkedudukan. Berada disisiNya dan para Nabi yang lainnya.

Ya Allah semoga Engkau kabulkan doa kami ini untuk anak-anak kami.

Like and Share Islamic Parenting Network

Kaedah Mengajar Quran gaya Nuha Areefa

Salam semua, terutama para ibu. Tak sangka post berkaitan kaedah ajar flashcard untuk anak saya menarik minat yang lain n ada yg bertanya detail. Alhamdulillah:) So saya nak share skit cara saya ajar nuha.

Dalam sehari, saya cuma ambil 2-3 minit je untuk ajar flashcard, 5-6 card, 1 card dlm 20 saat. Ni yg tok guru ajar. Tapi saya wat sempoi2 je, sebut je 2-3 kali, pastu tukar kad lain. Kadang2 tak sampai 2 minit. Ulang ni dalam seminggu. Minggu depan ambil kad lain.
Ohya, sebelum start tu, asingkan dulu hijaiyah kepada huruf mesra baby n tak mesra baby. Mesra baby ni huruf yg agak2 anak kite bole sebut. Yg susah sket tu kemudiankn pun takpe. Saya ajar semua hijaiyah baris atas.

Jangan risau untuk beralih kalo anak tak leh sebut lagi. Tunjuk je semua, sbb anak tengah absorb n simpan dlm memori die. Nnti die da sebut, kang kite yg terkejut hihi. Anak saya, nuha huruf pertama yg die bole sebut ialah la (lam), ka, qoo, dengan ma (mim). Under expected kn? Ye la sbb sy pun ingat dulu2 mesti die akan sebut ba, aa, taa dulu. Rupenya yg saya sangka susah, tu yg dia boleh. Huruf yg sy paling suka nuha sebut ialah, zdhoo. Sebab nuha akan sebut zdo dgn qalqalah panjang, zzzzzzdddoooo. Haha, smpi ngan muncung mulut skali. Bila tunjuk fa dengan qo, die bole beza fa dengan qo yang mane, padahal huruf tu kan sama, titik jer beza.
Nway, amik kesempatan bile baby da bole kuar bunyi nk cakap tu. Contoh, time nuha setahun, suke sangat sebut kaa..kak, sampi kat kucing pun die sebut kakak, so saya amik kesempatan, hari2 tunjuk die huruf kaf baris atas.
Tu jer perkongsian saya yg masih baru mula langkah mengajar anak kenal alQuran.
Ohye, jgn lupe audio 30 surah terakhir utk anak dengar di rumah, kereta n time anak tido.
Nasihat : tak perlu kalut bagi anak hafal lagi, tunggu smpi die da kenal baris atas, bawah, depan, sabdu, tanwin n die da bole baca beberapa surah. Baru stat menghafal. Sbb bende ni ade kaitan dengan otak kiri n otak kanan, serta neuron2 otak yang sedang dibentuk. Jangan paksa mereka, jangan banding anak kita dengan anak org lain. Tu kesilapan yg besar. Setiap anak, lain potensi. N bagi anak menghafal sbb dia nak, n kite rangsang, bukan paksa.
Selalu puji n cium die bila da berjaya sebut satu huruf tu dengan betul. Berlakon hepi je, hehe. Saya bila nuha da sebut, contoh huruf zho, wau dgn ain dengan sebutan betul, puji pandainya nuha sambil tepuk tangan, berlakon mmg hepi gile n cium dia. Semangat die nak sebut huruf lain tu:)

Thursday, September 19, 2013

My Breastfeeding Support Group~

Secebis kisah untuk pengajaran

Alkisah, ada sorang kawan lama saya, dah lama tak jumpa kan..sembang2 santai n tak sentuh pasal bf pun. Cuma dia kata anak minum byk, so saya suggest kalo tak larat, campur la susu. Bf tak membebankan..Akhirnya die bukak cite yg anak dia dah 1 tahun 6 bulan dah stop bf ( sekarang anak dia 1 thn 8 bulan). N saya jawab " tahniah, sbb hgpa dah berjaya bf A sampai 1 thn setengah". Hebat tu. Syukur sgt Allah bg cmtu". Dan dia sangat terkejut n tak sangka!!! Haha, sebab dia kate kawan2 dia yang full bf semua kata die tak pandai pujuk anak utk bf la dll. ( Dia rase rendah diri sbb tak berjaya bf 2 tahun)
N saya kate dia ibu yg hebat! Sbb dia berjaya bf anak, bukan sehari dua, tapi bertahun..

So saya pun bagitau, itulah tugas breastfeeding peer counselor, bagi support pada ibu, bg ilmu n info, galakan n yg penting, tidak sesekali melabel ibu yang bg formula itu teruk. Kami sentiasa support ibu tak kisah die menyusu ibu ke formula ke, n kami just guide, ibu yang buat keputusan sbb kami nak bina keyakinan dalam diri ibu, yg kalo dia tak berjaya bf, jgn rasa diri teruk n percaya pada mothers instinct.

Pastu saya bagitau, saya join group bf ni bukan sebab rasa diri banyak ilmu, jauh sekali rasa tu. Saya join sebab saya kurang ilmu, n nak support dari kawan2 untuk berjaya bf anak ke2,3 nnti n selama 2 tahun. 2 tahun tu masa yg panjang, mmg perlukan support kalo nak berjaya. N setiap anak, lain perjalanan penyusuan. Ada orang yg anak 1st n 2 nd, mudah bf. Tapi anak ke3 ade masalah pula. So tu yg perlukan support. Kawan saya pun kate ,"haah betul jugak kn?"

Then, saya suka prinsip dalam group peer counselor ni, iaitu JANGAN SESEKALI LABEL ORG , sbb kita tak tau masalah n situasi org tu. Ia wat saya teringat kata2 sorang sahabat jemaah matrix penang, "selemah-lemah ukhwah adalah bersangka buruk pada sahabat kita"

Mungkin anda bole ambil beberapa nilai dalam kisah ini untuk diaplikasi dalam group usrah anda.

Saturday, August 24, 2013

Naluri Seorang Ibu~

Hari ni saya terlepas event yang saya nak sangat pergi iaitu Breastfeeding Talk di Dewan Bersalin Muslimah, under group breastfeeding utara....sebab ada Sekolah Ganti.
Tapi, hari ini juga ketika saya sedang selak akhbar, terbaca kisah bayi 3 bulan yang ditinggalkan ibu di depan rumah orang n terselit nota disitu "Nama saya Linda Lee, maafkan saya kerana meninggalkan anak dirumah encik kerana saya tiada wang membeli susu, harap encik dapat membantu" huhu  sampai sekarang polis tengah cari mak budak ni. N tengah saya tangkap gambar keratan artikel tu, kakak di sebelah tanya, kenapa tangkap gambar kisah tu? N saya pun cerita yang saya join grup breastfeeding caunselor n cite serba sikit pasal mbfpc utara.
Tiba2 mata kakak ni mula merah n berkaca n baru saya tau rupanya anak2 dia 3 org n yg last 6 bulan semuanya dia tak berjaya untuk susukan mereka stat dari lahir lg.tambah sedih bila org sekeliling tak support n nurse pun dok salahkan die:) setelah saya kenal pasti punca masalah, bgtau solution n cite serba sikit baru die faham n dah dpt solution. Nasib iphone membantu, terus saya tunjukkn video n gmbr berkaitan.
Sempat saya bagitau " takpe kak, nanti akak pregnat no 4, InsyaAllah sy akan bantu akak bagi akak berjaya menyusu". Nampak sinar di mata dia disebalik merah n berkaca matanya itu."Tula kak pun baru tau ni", nanti ape hal kak kontek aisyah" first time saya kaunseling seorang client n kami sama2 menitikkan air mata. Hanya naluri ibu yg faham betapa sebenarnya seorang ibu nak menyusukan anak namun tiada tempat mengadu masalah penyusuan~ its me as breastfeeding peer counselor 

Wednesday, August 14, 2013

BAHAYA SUSU FORMULA PADA BAYI


Dulu saya pernah berfikir, semua orang tau susu ibu ini terbaik. Tapi, kenapa penggunaan susu formula semakin meluas? Seolah majoriti ibu bapa tak kisah bayi mereka diberi susu formula..
Setelah beberapa lama, saya mula sedar, betapa kurangnya kemudahan dan maklumat berkaitan susu ibu. Walaupun klinik kesihatan menyokong susu ibu, poster hanya tetap poster sahaja. Malah ada klinik yang tiada nursing room! Dibandingkan pula dengan promosi susu formula yang BEGITU HEBAT di televisyen, mengandungi DHA, vitamin bagai.
Sewaktu berbual dengan kak Shida ( kaunselor laktasi Penang). Baru saya faham mengapa. Mana mungkin kerajaan akan berhabisan memperjuangkan agar semua ibu menyusukan anak, sebab mereka sekarang untung banyak dengan penjualan susu formula. TETAPI, Di barat telah buat analisis, sebenarnya KOS RAWATAN UNTUK BAYI YANG SAKIT AKIBAT SUSU FORMULA lebih tinggi daripada duit untung penjualan susu. Itu yang Malaysia tak nampak, kita rugi sebenarnya. 
Insyaallah saya akan share selepas ini, RISIKO SUSU FORMULA PADA BAYI
dan anda sebagai ibu bapa perlu tahu risiko ini. Walaupun bukan semua, tapi bayi tetap ada risiko jika diberi susu formula.

DANGERS OF INFANT FORMULA FOR BABY

Hari ini perkongsian tentang bahaya susu formula pada BAYI, bila anda memilih susu formula, anda telah meningkatkan risiko bayi terhadap
# asma
# alergi
# radang telinga
# tekanan darah tinggi dan masalah pada hati
# masalah pernafasan
# rendah IQ dan perkembangan kognitif
# obesiti
# iron-deficiency anemia
# SIDS ( Sudden Infant Death Syndrome)
# diabetes
# masalah penghadaman
# childhood cancer
# terdedah kepada susu yang tercemar
# sleep apnea
# dental problem
-Sumber maklumat daripada WABA (World Alliance for Beeastfeeding Action). Saya dapat artikel ini sempena Breastfeeding Weeks pada tahun ini-


Sunday, July 28, 2013

Susu Terbaik Selepas Anak 2 Tahun

Hari ini nak share satu persoalan dengan semua. Kita semua tau susu ibu yang terbaik untuk bayi. so bila baby 2 tahun nak bagi susu ape? Susu formula ke? Saya berbincang secara serius dalam hal ini dengan Breastfeeding Consultant di Penang, Sis Norashida dan ini jawapan beliau.

 Untuk  usia begitu, penekanan sudah lebih menjurus kepada makanan pelengkap. Apa yang berlaku biasanya, anak sudah kekenyangan minum berauns-auns susu tepung (yang tinggi kandungan gula), sehingga ibu bapa memandang ringan pada makanan pelengkap yang perlu anak makan. Khasiat yang sepatutnya itu terabai, sedangkan pada waktu inilah tubuh mereka sangat memerlukannya. Dan biasanya, anak yang sudah kenyang susu tepung (pernah lihat ada ibu beri 8oz sekali minum), mereka sudah tidak mahu makan lagi, dan lebih sukar terima makanan yang ibu bapa mereka makan.
Jika nak beri susu, fresh milk pun ada sebagai alternatif. Susu  buatan dalam tin bukan penyelesaian..... again i am procrastinated on the ADVERTISING, MARKETING AND PROMOTION by the COMPANY.
My stand would be no need susu buatan dalam tin for 1.baby (unless medically indicated) 2.toddler 3.preeschool 4.pregnant women 5.lactating women
fresh milk is recommended for children age above 1yo. ia diletak kat area peti sejuk (sekali dgn cheese &butter area). minum seperti minum minuman lain melalui cawan. its good time to wean bottle slowly and introduce cup feeding. warm if needed but my children love when it cold. 
-Norashida Abdul Rahman
Breastfeeding consultant-

Wednesday, July 10, 2013

KALAU MENYUSU NI, NAK MAKAN SUPPLEMENT APE?


Supplement bagi ibu menyusu BUKAN FAKTOR UTAMA untuk anda hasilkan susu yang banyak n cukup..anda perlu faham 
1) susu ibu sentiasa berkhasiat n cukup segala nutrisi walaupun ibu tu makan megi hari2 ( makan tak seimbang) contoh : ibu di afrika yang tak cukup makan hasilkan susu yg berkualiti sama macam ibu yang cukup makan seimbang. Cuma zat tu diambil dari badan ibu spt kalsium tulang dll.
2) Bila badan hasilkan susu, protein, lemak dan air banyak digunakan so ibu menyusu cepat lapar n dahaga.Jangan biarkan lapar n dahaga melampau.. Just atasi dgn makan smpi kenyang n minum air masak banyak.
3) sebenarnya tiada SUPPLEMENT YANG BOLE BANYAKKAN SUSU YE. As long amal makanan seimbang n air cukup, tak perlu pun supplement. Ia utk nak bagi badan sihat.
MITOS : 
Isteri : susu saya kurang sebab tak makan supplement..

Suami : kitorang dah campur susu, sebab susu isteri tak cukup. Isteri saya ni kurus, makan sikit je tu yang susu tak banyak tu..

Sedikit penjelasan dari saya sebab ramai jugak yang tanya saya , " Aisyah makan supplement ape " bila tau saya fully breastfeeding.