Wednesday, August 14, 2013

BAHAYA SUSU FORMULA PADA BAYI


Dulu saya pernah berfikir, semua orang tau susu ibu ini terbaik. Tapi, kenapa penggunaan susu formula semakin meluas? Seolah majoriti ibu bapa tak kisah bayi mereka diberi susu formula..
Setelah beberapa lama, saya mula sedar, betapa kurangnya kemudahan dan maklumat berkaitan susu ibu. Walaupun klinik kesihatan menyokong susu ibu, poster hanya tetap poster sahaja. Malah ada klinik yang tiada nursing room! Dibandingkan pula dengan promosi susu formula yang BEGITU HEBAT di televisyen, mengandungi DHA, vitamin bagai.
Sewaktu berbual dengan kak Shida ( kaunselor laktasi Penang). Baru saya faham mengapa. Mana mungkin kerajaan akan berhabisan memperjuangkan agar semua ibu menyusukan anak, sebab mereka sekarang untung banyak dengan penjualan susu formula. TETAPI, Di barat telah buat analisis, sebenarnya KOS RAWATAN UNTUK BAYI YANG SAKIT AKIBAT SUSU FORMULA lebih tinggi daripada duit untung penjualan susu. Itu yang Malaysia tak nampak, kita rugi sebenarnya. 
Insyaallah saya akan share selepas ini, RISIKO SUSU FORMULA PADA BAYI
dan anda sebagai ibu bapa perlu tahu risiko ini. Walaupun bukan semua, tapi bayi tetap ada risiko jika diberi susu formula.

DANGERS OF INFANT FORMULA FOR BABY

Hari ini perkongsian tentang bahaya susu formula pada BAYI, bila anda memilih susu formula, anda telah meningkatkan risiko bayi terhadap
# asma
# alergi
# radang telinga
# tekanan darah tinggi dan masalah pada hati
# masalah pernafasan
# rendah IQ dan perkembangan kognitif
# obesiti
# iron-deficiency anemia
# SIDS ( Sudden Infant Death Syndrome)
# diabetes
# masalah penghadaman
# childhood cancer
# terdedah kepada susu yang tercemar
# sleep apnea
# dental problem
-Sumber maklumat daripada WABA (World Alliance for Beeastfeeding Action). Saya dapat artikel ini sempena Breastfeeding Weeks pada tahun ini-


No comments:

Post a Comment