Saturday, August 24, 2013

Naluri Seorang Ibu~

Hari ni saya terlepas event yang saya nak sangat pergi iaitu Breastfeeding Talk di Dewan Bersalin Muslimah, under group breastfeeding utara....sebab ada Sekolah Ganti.
Tapi, hari ini juga ketika saya sedang selak akhbar, terbaca kisah bayi 3 bulan yang ditinggalkan ibu di depan rumah orang n terselit nota disitu "Nama saya Linda Lee, maafkan saya kerana meninggalkan anak dirumah encik kerana saya tiada wang membeli susu, harap encik dapat membantu" huhu  sampai sekarang polis tengah cari mak budak ni. N tengah saya tangkap gambar keratan artikel tu, kakak di sebelah tanya, kenapa tangkap gambar kisah tu? N saya pun cerita yang saya join grup breastfeeding caunselor n cite serba sikit pasal mbfpc utara.
Tiba2 mata kakak ni mula merah n berkaca n baru saya tau rupanya anak2 dia 3 org n yg last 6 bulan semuanya dia tak berjaya untuk susukan mereka stat dari lahir lg.tambah sedih bila org sekeliling tak support n nurse pun dok salahkan die:) setelah saya kenal pasti punca masalah, bgtau solution n cite serba sikit baru die faham n dah dpt solution. Nasib iphone membantu, terus saya tunjukkn video n gmbr berkaitan.
Sempat saya bagitau " takpe kak, nanti akak pregnat no 4, InsyaAllah sy akan bantu akak bagi akak berjaya menyusu". Nampak sinar di mata dia disebalik merah n berkaca matanya itu."Tula kak pun baru tau ni", nanti ape hal kak kontek aisyah" first time saya kaunseling seorang client n kami sama2 menitikkan air mata. Hanya naluri ibu yg faham betapa sebenarnya seorang ibu nak menyusukan anak namun tiada tempat mengadu masalah penyusuan~ its me as breastfeeding peer counselor 

No comments:

Post a Comment