Monday, January 13, 2014

ILMU PEMILIHAN BREASTPUMP

Sembang penyusuan susu ibu..bukan sekadar ilmu penyusuan ketika menyusu sahaja. Antara ilmu terpenting pada saya ialah ILMU PEMILIHAN BREASTPUMP!

Jika anda fikir membeli breastpump sekadar masuk kedai, belek belek dan bayar. Anda silap!

Pelaburan membeli breastpump, adalah pelaburan jangka panjang! (2 tahun penyusuan dan diteruskan ke anak anak seterusnya).

Teknologi breastpump sebenarnya berkembang pesat sama seperti handphone. Terdapat pelbagai jenis breastpump dari manual, elektrik, single pump, double pump, bateri, berat, ringan, freestyle (sambil masak pun bole pump) dan ada yang bole charge POWERBANK lagi!

Pendek kata, anda perlu lihat pelbagai faktor diri sendiri contoh seperti bajet dan kerjaya anda sebelum memilihnya. (Ada banyak faktor untuk memilih breastpump)

Breastpump terbaik setiap orang adalah berbeza mengikut diri dan suasana kerja seseorang itu.
Contoh mudah, seorang kawan saya yang doktor selalu sibuk..maka katanya medela freestyle yang paling baik. Ada kawan saya yang kerja ofis dan sangat pandai dalam teknik marmet, pilihannya adalah yang manual. Manakala rakan guru saya yang masa mengajar sangat "pack", dan tempat mengepamnya ada plug, jadi spectra3 dah selesa untuknya.

Namun, anda perlu faham konsep dalam penyusuan itu sendiri. Jika anda TIADA MODAL dalam membeli pam pun, sebenarnya anda mampu untuk hasilkan susu yang banyak, Ianya dengan teknik dan ilmu. Pam sekadar pemudahcara.

Sama seperti bisnes, jika anda ada modal yang besar, Ok anda boleh beli pam mengikut keselesaan anda. Tapi jika ANDA TIADA MODAL, sebenarnya anda boleh guna tangan anugerah Allah SWT untuk mengepam ( beserta ilmu dan sistem).

Saya sebenarnya rasa sedih bila ilmu pemilihan pam agak kurang dikalangan para ibu. Bayangkan ada kawan yang membeli pam harga 2 ribu, namun akhirnya tersimpan di dalam almari. Ada yang beli pam yang kualiti agak kurang ( murah) akhirnya 2-3 bulan pam dah rosak jadi terpaksa beli yang baru. Saya sekadar ingin membantu anda.

InsyaAllah! :)
Jika anda ingin membeli breastpump, saya boleh bantu anda pilih pam yang sesuai untuk anda. Boleh pm saya dan lawat page saya Nuha Little Shop di fb 
https://m.facebook.com/NuhaLittleShop?__user=100000321955737

No comments:

Post a Comment