Sunday, July 20, 2014

Pemakanan Ibu Menyusu Dari Dr Suriyakhatun

Pembaca bertanya : Boleh tak beritahu bagaimana nak tingkatkan mutu susu badan ?

Memang, susu badan berbeza mengikut nutrisi dan pemakanan ibu. Semua khasiat susu juga bergantung pada kesihatan ibu dan mutu probiotics yang ada dalam susu ibu bergantung pada kesihatan usus ibu. Perkara ini sudah banyak kali saya sentuh .

Bila saya rawat bayi yang mengidap eczema dimana anak itu menyusu badan, saya akan mengambil kira juga kesihatan usus ibu dan seringkali saya akan berikan rawatan kepada ibu untuk betulkan ususnya .

Sebenarnya saranan saya ini sama juga untuk sesiapa yang nakkan kesihatan yang optima cuma, dalam kes ibu yang menyusu dan juga ibu yang mengandung, kesihatan dirinya, tahap stress dan emosi dirinya kesemuanya mempengaruhi anak yang disusukan atau anak dalam kandungan .

Antara makanan yag merosakkan kesihatan usus bila di ambil dengan kadar yang kerap dan diambil hari-hari adalah berikut .

Dalam pada itu tak perlu terlalu ketat berpantang, jika sekali sekala memakannya tidak menjadi masaalah besar .

1. gula putih dalam apa bentuk sekalipun , dalam minuman dan makanan . Setakat secawan waktu pagi dengan kadar sedikit dimaafkan .
2. kek dan kuih ( boleh makan tapi jarang-jarang )( tepung putih ) jangan amalkan makan roti dengan kadar yang kerap
3. Makanan berkimia termasuk mee segera, makanan dalam tin, sosej , burger dan lain lain .
4. Serbuk perasa (MSG ) dan pemanis tanpa zat, pewarna dan pengawet : Terdapat dalam banyak jenis makanan terutama yang dari restoran dan pasar raya serta dalam peket-peket perencah
5. garam putih -table salt
6. Jenis sayuran yang perlukan banyak racun seranga seperti kailan dan sayur daun kecuali kangkung dan ulaman. Kalau yang organic dibolehkan .
7 Jenis ikan bottom feeders sebab ikan ikan di dasar laut ada lebih racun . ( cuba jangan makan ikan besar, lebih baik ikan kecil )
8. Kerang
9. Susu lembu dari lembu komersial, dibolehkan susu lembu kampung )
9. Transfat atau minyak rosak : margarine dan minyak gorengan yang diguna berkali -kali ( semua gorengan yang dijual )

Apa yang perlu dimakan selalu sebagai amalan

1. Beras perang dan semua bijiran, lebih baik organik , kentang , ubi kayu ubi keledek sebagai sumper karbohidrat yang baik
2. Lauk pauk , pastikan dapat 3 porsi setiap hari . Contohnya pagi : telur, tengah hari ikan kembung sederhana sekor, malam ayam sebahgian dari 8 bahagian atau daging saiz 2 kotak mancis , protein sayur termasuk tofu sekali sekala.
3. Sayur 2 mangkuk sehari , wajib ada sayur hijau , dan pelbagaikan warna sayur . Pastikan ada ulam, untuk vitamin C
4. Buah termasuklah banyak limau nipis dalam salad dan dibuat air
5. Garam bukit
6. Santan , minyak virgin coconut oil atau olive oil
7. Untuk masak guna minyak kelapa sawit
8. Kacang dhal, tauhu tempe ( calcium and other minerals )
9. Kimchi Sauerkraut, tempe , tempoyak , pickles : boleh buat sendiri : 1 balang kaca 500 ml , air mineral 300 ml , garam bukit 2 sudu teh, fermented fruit enzyme ( RIN atau Biogreen ) 3 sudu teh .
carrot, timun, tomato, bawang putih , kobis dipotong macam nak buat acar , masukkan semua dalam balang dan tutup , simpan dalam peti sejuk untuk seminggu sebelum makan. Airnya jangan buang, masukkan lagi sayur , ie adalah makanan probiotic .Boleh ditambah bijan dan spices kalau nak .
10 soup tulang ( ikan masak pindang, sup ayam, sup tulang, ikan bilis tumbuk sebagai rencah sayur )
11. guna gula perang organic, madu asli menganti gula putih
12. Buah segar
13. susu kambing organic (tak perlu kalau sudah amalkan sup tulang )

Makanan dan supplements untuk banyakkan susu

1. halba , satu sudu teh dalam air mendidih segelas rendam 5 minit campur madu asli , 2-3 kali sehari ( memang peluh bau )
2. Gum Arabic ( Al Manna dan Tayebat )- prebiotic, immune booster, amino acids dan minerals
3, Omega 3, 6 , Udo's oil blend atau VCO campur ground flax seeds
4.Chlorella ( detox bowels )
5. Aloe juice ( detox bowels )
6. Enzymes ( fermented fruits
7.Mineral supplements : extra magnesium Kordel Magnesium Amino acid chelate, Biogrow minerals
8. Immune system boosters: kunyit hidup .echinacea, Tranfer factor - banyak lagi
9., Habatusaodah,
10, nuts and seeds, termasuk almonds , sunflower seeds dan pumplin seeds
11. buah kering cranberry., korma,apricort , fig dan lain lain

Senarai ini sebagai panduan, banyak lagi yang baik yang tidak disebut .
Tentang emosi ibu saya akan sentuh pada posting lain .
Jika ibu ada masaalah kesihatan , ada kalanya meperbaikki pemakanan tidak cukup maka saya akan beri rawatan homeopathy dan kadangkala rawatan spiritual energy healing .

BERCERAI SUSU/WEANING OFF

[ BERCERAI SUSU/WEANING OFF ]

Since sekarang anak saya Nuha dah 2 tahun 5 bulan, ade yang bertanya
-Nuha dah berhenti menyusu ke?
-Saya dah stop menyusu ke bile Nuha 2 tahun?
-Kenapa Nuha masih menyusu lagi?
-Tidak kurang juga orang yang memberi idea kepada saya suruh letak asam, garam jugak menyuruh saya kata "susu basi", "susu pedas" dan lain2 lagi kerana mereka ingat Nuha tak mahu berhenti menyusu ( hehe memang saya geleng kepala)

Ilmu bercerai susu ( weaning off ) memang ramai yang tidak tahu. Jadi saya rasa perlu saya kongsikan di sini apa yang saya buat dan bagaimana proses berhentikan penyusuan tu berlaku.

Teknik weaning off yang saya pakai ialah peraturan
1: Dont offer and dont refuse.
Waktu Nuha masuk 2 tahun, kita tak perlu offer menyusu dan jangan tolak kalau anak minta mahu menyusu. Pastikan anak makan makanan seimbang. Leka dan lengahkan dia untuk menyusu.

2: Kurangkan sesi penyusuan sedikit demi sikit.
Saya tak mengepam dah dan kurangkan sesi menyusu.
Bila kurang menyusu memang automatik susu kite akan kurang dan sikit.

Saya juga ajarkan Nuha minum susu pakai cawan/sippy cup. Letak cawan di meja, cakap, Nuha sekarang dah besar, kena minum susu dalam cawan.
Awal2 memang anak akan protes, tapi kita perlu tegas, jangan cepat mengalah. Anak kita bijak! Dia memang paham. Dia nak test kita je nak tengok serius mane mak aku ni buat rules kat aku hehe.
Alah, rules macam ni la yang saya apply jugak kat Nuha supaya die hari2 mangaji AlFurqan dengan saya.

Setkan rules dengan anak, disiplinkan dari awal.

Sehingga sekarang, rules saya seterusnya ialah
3: Terangkan pada Nuha, dia sudah besar, dia bukan lagi baby. Kalau dah besar, nanti nak pegi sekolah tak boleh dah minum susu ummi. Baby je yang menyusu. Nuha paham beza baby dan kanak2. Terangkan apa dan mengapa. Anak kita ni bijak, ibu semua! Tambah anak yang minum susu ibu lagi la berganda2 kebijakkan dan IQ diorang. Jadi kita perlu bijak terangkan pada mereka.

4: rules sekarang yang tengah saya apply. Menyusu hanya malam saja, dan Nuha memang sudah tidak menyusu di siang hari walaupun saya ade. Malam hanya sekali menyusu. Selainnya die request fresh milk/gochoc/gomilk.

Ibu semua, proses bercerai susu bukannya hari ni menyusu dan esok/minggu depan stop terus!!Bukan!! Macam saya, target tempoh berhentikan penyusuan dari umur 2-3 tahun. Ini kerana Ustaz Hassan Din AlHafiz memberitahu saya Rasulullah SAW berhenti menyusu pada umur 3 tahun. 3 tahun ialah maksimum penyusuan. So saya go on dengan plan ini. ( setiap ibu berbeza bila mereka mahu stopkan menyusu ye bergantung masing2)

Adakah logik, setiap hari bayi anda menyusu ibu, tiba2 hari ini anda mahu stop terus tak bagi susu, anda lumur garam, asam? Macam anda setiap hari diberi makan nasi, tiba2 hari ini anda di"sekat" tak boleh makan nasi!! Bayi anda kecil lagi, dia pun tak paham kenapa mama nie..tiba2 tak kasi susu?
Kasihan emosi bayi tercedera bila kita buat sesuatu yang tak sepatutnya..malah anda tak perlu menipu pun anak anda untuk stop menyusu.

Saya tak tergamak menipu Nuha, anak saya yang bijak. Nuha kalau makan, die sendiri tahu makanan ape yang rasa pedas, rase manis, rase asham ( masam) dan rasa pahit. Jugak, Nuha tahu rasa basi macam mana. Truly, saya tak tergamak tipu dia cakap susu saya basi. Rasa tak patut kerana susu inilah susu terbaik yang Allah anugerahkan pada saya, untuk Nuha sehingga die membesar sihat, cergas dan cerdik. Malah melalui susu inilah, segala antibodi disalur kepada Nuha dan susu inilah susu paling bersih, selamat dan tidak tercemar, kerana ia ciptaan Allah! Adakah patut kita katakan susu yang Allah cipta ini pedas ataupun basi?

Berhenti menyusu perlukan ibu dan anak masing2 bersedia.

Juga, penyusuan tempoh sekarang yang saya tengah lalui ini, ia lebih kepada penyusuan kasih sayang, hubungan erat, bonding antara saya dan Nuha. Bukan untuk hilangkan dahaga/kenyang!
Nuha sendiri dia cakap, ummi, susu ummi da takde..saya jawab, memangla takde Nuha, sebab Nuha kan dah besar.
Nuha faham, dan dia akur. Saya pun akur.
Perasaan berpisah susu, hanya ibu dan anak saja yang faham. Adakala anak dah bersedia stop menyusu. Tapi ibu masih tidak bersedia.
Apepun, biarlah proses bercerai susu, berlaku dalam keadaan keduanya bersedia.
Penyusuan saya pada Nuha sekarang hanya sekadar bonding kasih sayang antara kami berdua!

Apepun menyusu ni ibu yg decide, kite sendiri boleh decide untuk banyakkan susu..dan bile anak dah nak berenti menyusu, kite sendiri boleh decide utk susu kite kurang dan stopkan pengeluaran susu dgn ilmu dan teknik yg betul n dalam masa yang sama menjaga hub baik kite ngan anak

Link untuk teknik weaning
http://kellymom.com/ages/weaning/wean-how/weaning-techniques/

Siti Aisyah Samat
Kaunselor Laktasi PPUM

Weaning Techniques : KellyMom

By Kelly Bonyata, IBCLC, Becky Flora, IBCLC and Paula Yount Don’t offer – don’t refuse Dropping one feeding at a time Distraction or substitution Change in routine or schedule Postponement Shortening nursing sessions Night weaning Other ideas for older nursings […]

kellymom.com

Wednesday, July 9, 2014

Coretan kak Maz tentang sangka baik pada anak

Ok. Kisahnya bgini kwn2.

Smlm lps amik fateh dr pengasuh, dlm kete xsilap saya, sy ada terdetik dlm hati bila lihat/ merenung fateh. Dlm ht ada berasa dan berkata2 dlm hati sesuatu yg xsihat. Sy kan mcm slalu bckp dlm kepala yg fateh pernah respon "Aah?" seolah dengar dan tanya apa dia? tu.

So ayat mksudnya lbh kurang ialah psl saya beritahu dia yg saya dah rasa kurg attach dan semakin jauh dari dia. Pelil skit bunyiknya😁. Semata krn sy prgnnt kan adik baru. Smpt juga saya rationalised dan kata, xbaik mcm tu. Fateh ttp ank mummy no 1 yg paling sempurna. Masa tu mmg rasa gap emosi dgn dia.

Nk di jd kan cerita, kbtulan bwk g padang main mcm biasa la. Bnda tu xda papa dah.

Tp balik dlm 7 lbh tu dgn si ayah blm pulang, sy stres sdikit sbb nk smbung memasak dlm keadaan memghampiri maghrib. Sblm kluar rumah ke padang sy smpt msk nasik shj.

Namun alhmdulillah si kcil merengek perhatian (plus faktor nak maghrib agak panas sy dptk bkaitan gangguan syaitan biasanya utk kami bdua dulu mcm cthnya masa nilah dia nak susuibu dsb, dan fateh xmandi lagi, tergaru2 dgn sronok padang tu buka kasut, kaki aym ja dok lari2 happy, sy sdg masak lagi), sy xmarah dia langsung, tenang aja, plg tinggi sy keraskan sdikit suara btanya nak apa dan menerangkan fungsi skrg saya iaitu sdg memasak nak buka, kjp lg ayah balik.

Of course dia xmau memahami sbb keperluan utama dia ialah phatian, nak susu mummy, ngantuk dah dan xmandi lg dan xnak mandi. Siap nangis raung bila sy tanggalkan baju, smpi sy pakaikan balik bju dia. Sy smpt proses spontan, iaitu sbg bdk kcil, dia rasa violated pabila x mengizinkan, namun saya sbg org lain, terus mncabutkan baju dia.

Then ayah balik, dia terus ke ayah dan nangis sedih. Nangis tu sama mcm masa tulisan sy pasal pabila hati anak kecil terluka.

Mlm tu (iaitu smlm lagi) lebih tenang, cuma spnjg tdo lbh attach nak nenen sahaja. Sy sbr sbb tahu dia rasa insecurity. Kira layan aja. Xmerungut papa dlm ht. Bsbr dgn proses pemulihan ht anak kcil tluka ni.

Esknya pagi, iaitu pg rabu la kan, sy bg tune in dlm kepala sy serentak dgn dia, skrip, dlm kete otw rumah pngasuh. Oh ya smlm tu, akhirnya dlm merengek xmo mandi, xmo ayah mandikan, akhirnya dia kool pabila setuju dan mahu saya yg mndikan dia. Lps mandi dia lbh tenang. Punyala nak saya sahaja rupanya. Sy xanggap sbb nk dpt adik sbb selama ni xpenah bgini. Sy pun xmo letak believe begitu nnt akan expand. "What u focus will xpand".

Dlm kereta (malah semasa mandikan smlm tu), skrip sy bg ialah "fateh baik, fateh anak soleh, fateh dengar cakap mak (pengasuh), fateh tenang, fateh bijak dll". Dan klakanya dia ulang balik skrip pendek tu "fateh baik, fateh soleh, so on".

Smpi rumah pngasuh pg smlm tu, sy smpt btanya kpd pengasuh. Ada tak fateh pernah pukul/buat adik arissa (baby 9bln jagaan pengasuh sjak usia 3 bln). Kpcayaan sy ialah fateh penah dimarah pengasuh krn mengganggu mengacau baby cicca ni. Sbb lately ni sy kerap 'menyiasat' "mak penah / ada marah fateh tak", "ada" jwbnya. Apa sbb mak marah? Sebab ateh buat adik cicca katanya. Ateh buat apa? Ateh ketuk kepala adik cicca. Lagi? Ateh masuk bilik abang acut  abg acut marah.

Mcm2la. Yg sy nak fokus siasat ialah adakah fateh pernah memukul membuli baby kcik. Dan sy pcaya ada sbb bbbrp kali conversation kami, dia ada mengaku dia buat. Dan of course saya admit, mana2 org dewasa akan marah,sbb bby kcik,  maka abg besar salah, wlu abg besar tu blm matang, baru 2 thn lbh.

Tahu tak apa jwpn pngasuh? "Takdelah. Fateh dengar cakap. Kak ros suruh dia duduk tepi je tgk adik cicca, dia duduk aja tengok. Dia x kacau. Dia xpernah buatlah". Sy pun kata "yaka sbb dia kata dia ada buat adik cicca, pukul kepala la dsb". "Xda" kata pngasuh.

Masa tu terdetik malu pd diri sndiri krn bsangka buruk, kagum dan bangga sbb fateh seorang abang yg btol baik, x jelous adik kcik dan xbuat pun adik kcik. Recall balik mmg dia slalu syg adik baby memana dan sefaham saya sblm conversation dgn fateh yg sy siasat tu, mmg dia menunjukkan tiada tanda terancam kehadiran adik bby baru jagaan pngasuh.

Allah, kesal saya. Otw dln kereta ke tmpt kerja, sy proses balik emosi sy. Terus hilang segala kerisauan selama ini. Ttg fateh ada buat adik cicca dan ada dimarah pengasuh. Dan baik sangka pd anak kcil.

Moral of the story, apa terdetik dlm hati, anak kcil blh rasa. Dan dia akan rasa spt terancam  sbb mak dia sndiri x percaya kat dia. Mak dia sndiri bersangka buruk kpdnya. Maka juga what u focus will xpand itu, ialah bila saya kerap bertanya dan pcaya fateh ada melakukan pbuatan x elok, dan ada dimarah pengasuh, sy takut itu akan jd realiti sbb kita duk ulang2. Cth mak sbut anak sy ni degil, xdgr ckp, klu rumah org je msti kacau brg anak org. Believe mcm tu mmbuatkan smpai ke sudah pun ank xkan berubah, malah akan lbh buat perangai hal sama sbb kita pcaya dlm kepala, dan ucpkan lg.

Btol kata dao, apa kita fikir (even fikir terdetik sekilas lalu pun)  apa kita rasa, apa kita ucapkan, apa kita lakukan adalah DOA.

Ini juga yg slalu sy sbut dlm ceramah sy pun😁. Its gud sbb saya alami dlm kes simple mcm ni dan proses muhasabah diri, dan dpt learning pointnya.

Hari ini lps pulang keje, dia ok aja. Dan sy inform pngsuh yg fateh akan dpt adik. Dan plan sy jika k.ros rasa ramai sgt, penat nak jaga fateh, arissa dan bby baru, sy mgkin perlu cari nurseri. Alhmdulillah pngasuh dgn tenangnya kata dia boleh jaga.😊😂. Sy kata 3 bulan cuti, sy ttp anta mcm biasa, suami sy jaga sy pantang, pagi petang anta amik fatej agr siang sy fokus pd adik, dan keje bln 5 antar baby baru masa tu baby cicca dah 1.7 thn. K.ros kata ok. Xlama pastu masa sibuk masak sbb kwn2 dtg umah buka, suami pngasuh hntr jagung fresh dr ladang😘. sy dpt rasa dia pun happy sbb sy trust dia. dan sbnrnya rezeki dia akan btmbh. Sbb sy byr dia kira tinggi 300 bagi perlis ni, wlu fateh dah bsr, mudah urus dan kdg kami cuti sminggu ke kl ttp byr mcm biasa.

Pasal believe ni, dahulu sblm dua tahun, masa ateh lmbt kenal huruf hijayyah (sdgkan masa tu nuha sgt advance), pun sama. Sy sndiri xyakin anak saya boleh kenal, wlu saya xpenah miss ajar fateh direct or indirectly vcd. Mmg xpenah miss ada input alquran wlu ke kl. Tp teruknya sy slalu rasa xyakin dia kenal btol. Smpi la btol dia kenal dan masuk buku sehari sblm genap dua tahun, krn mahu reward kapal terbang. Fateh boleh habeskan dgn istiqamah, sbulan lebih buku furqan 1 dari page 8-39 tu. Setiap hari ada baca (kdg je miss).

Maka moralnya, perlu letakkan kpcayaan, bayangan, terdetik dlm kepala, fateh blh mmbaca huruf pelbagai baris, mcm Ahmad. Byngan dah ada. Dia akn boleh lakukannya. Krn itu adalah satu DOA dan doa ibu maqbul. Percaya anak kita semua di sini boleh. Dgn pkongsian rkn smua di sini, sharing method, we r on da right track, n fast track. InsyaAllah. Smua anak di sini blh jd hebat mcm adik Musa hmpir tamat sblm umur msuk sek.rendah nnti.💆.

Terdetik rasa gap dgn fateh tu sy rasa mmg misi syaitan iblis sbb anak kita ni anak alquran, anak soleh, yg bakal menjadi pelapis generasi alquran menyelamatkan dunia nnti. So ingat, cbrn sumer tu hdpi dgn tabah, sbr, tenang, dan pcaya ia akan reda, berlalu. X manis pencapaian nnti jika tiada cubaan dan godaan.. Kuatkan diri. Iblis mng sistematik dan very smart, tau mn kekurangan kelemahan kita dan anak kita utk demotivate dan menggagalkan misi kita.

Alhmdulillah ujian sy kerap, dan sy juga kerap muhasabah diri dgn baik. Ada solusi.. Syukur sgt.

Sekian😊

Kena msuk blog ni copy paste utk rujuka  dan peringatan diri sndiri. Penulisan dulu dlm ni psl ajar anak imaginasi pun xsmpt copy paste, jauh dah klu nak trace😁
Tiket tu psl buka puasa under ikram malaysia. Pengasas dia chinese convert muslim tu. Last yr pi jugak. Kat putra palace. Xmampu byr dua tiket, byr 1 je tp dr.azlan bg tiket satu free. Alhmdulillah. Hrl dpt pi lagi. sonok tgk pengisian dan aktvt ngo ni.

Adah, ikram prasek tahfiz arau tu sama kah dgn ikram ini?
Ya farah. Punyala lama msg nk msuk whatsap sbb encik suami sdg tgk bola. Saba aja...

Saturday, July 5, 2014

Resipi Susu Santan, Susu Badam dari Muslim Cottage

Resepi air 100 plus:
Setelah kita ambil isi kelapa muda untuk buat susu santan,
Air kelapa muda jangan dibuang.
Perah sebiji lemon(tanpa biji)/ limau nipis jika lagi suka masam.
Kacau rata,simpankan dalam peti ais.
Tunggu azan maghrib baru diminum ketika berbuka.
Tak payah beli 100 plus bergas dan kaya gula tu.
Buat sendiri sahaja.
Air ini elok utk kekal hydrate lagi2 di bulan puasa,
Juga elok diminum hujung2 kehamilan sebagai natural inducer.(ikhtiar dgn izin allah)
Juga bagi melegakan demam terlalu panas.(tapi jgn bagi baby minum pula)
Semoga bermanfaat 
Susu santan
Cara saya buat:
Ambil isi kelapa muda(korek dan hancurkan/blend)kelapa yang hijau bukan kelapa coklat.itu dah tua.
Tanpa air kelapa muda ya.
Campurkan air suam.boleh blend sekali dan tapiskan.
Atau boleh ambil isi kelapa muda campur dgn air suam, kemudian perah manual guna penapis.
Tapi jangan terkena tangan ,guna sudu kayu.
Pilih mana2 yg kita selesa.
Sukatan saya buat,
20 sudu isi kelapa muda bersamaan 200ml air suam.
Menghasilkn 350ml susu santan.satu hidangan khadijah minum.
Harap membantu ya
Cara buat susu badam.
Rendam semalaman semangkuk badam berkulit(bergantung berapa banyak nak buat)
Esoknya,kulit2 badam akan mula menggelembung atau terbuka,kita bersihkan,
Kupas2 kulit2 tadi.
Tinggal badam yang putih sahaja.(kulit tu jangan buang,boleh buat biskut,brownies atau salad ataupun skrub)
Masukkan air suam sesuaikan anggaran dgn jumlah badam .
Jika suka pekat masukkan sesikit air,jika suka sesikit cair,tambahkan jumlah air)
Blend dan tapiskan guna penapis kain.(perlu kaedah perah manual supaya dapat patinya)
Baki2 tersisa jangan buang boleh guna utk biskut dll seperti kulitnya.
Jika suka manis,blend sekali dgn kurma yang dah direndam semalaman dan diasingkan bijinya.
Biji kurma boleh panggang dan tumbuk halus.
Jadikan pes berserta campuran herba tertentu (manjakani,asam jawa)dan disapukan pada lubang dubur untuk masalah buasir.inshaAllah mujarab.
Maaf termasuk macam2 resepi.moga berguna.

Ini alternatif bagi anak yang tidak lagi minum susu ibu,
Seeloknya setahun atau 2tahun ke atas.tapi setahun ke atas dah boleh.
Pilihan ini kerana susu di atas adalah hampir2 menyamai kandungan dan khasiat susu ibu,cuma jika masih boleh menyusukan,susukanlah dgn susu ibu sepenuhnya.

Ya,ia alternatif jika kita tak mahu beri anak formula milk.
Anak saya dah setahun lebih,sehari 3 hidangan susu segar shj,
Selangan saya beri jus buah atau air madu.selain itu mkanan yg seimbg(portion baby lagi bukan makan banyak)
Alhamdulillah tiada masalah.

Khasiat mirip susu ibu dan mudah dicerna.

Tuesday, June 17, 2014

Perkongsian Kak Shida tentang Jaundis

Hari ini di Farmasi Vitacare Prima Sri Gombak
-------------------------------------------------------------------
Bapa : Saya nak beli susu tin yang boleh baikkan penyakit kuning

Saya : Anak umur berapa? Paras kuningnya ok tak?

Bapa : Anak dah berusia 2 minggu. Paras bacaan kuning dah semakin menurun.

Saya : Oh, baguslah begitu. InsyaAllah kuningnya akan semakin baik. Kenapa nak beli susu tin? Ibunya tak cukup susukah?

Bapa : Eh, susu banyak. melimpah-ruah. Syukur Alhamdulillah. tapi doktor yang merawat yang mintak saya tambahkan dengan susu tin. Katanya susu isteri saya nampak cair. Tak berkhasiat. Kalau bagi susu tin, kuning boleh sembuh dengan cepat

Saya : ??????!!!!!!!!! (mode geram)

Kesimpulan :
-Saya galakkan si bapa untuk sokong isteri meneruskan penyusuan. Tiada yang lebih baik dari susuibu

-Saya terangkan mengapa susu ibu nampak cair dan susu buatan nampak pekat

- Saya kongsi tips bagaimana untuk elakkan bayi tertidur semasa menyusu agar bayi kerap menyusu dan menyusu dengan lebih efektif ("breast compression technique")

- Saya galakkan si bapa untuk teruskan follow up di klinik untuk pemeriksaan paras bacaan bilirubin (pigment yg sebbakan penyakit kuning/jaundice)

- Saya istighfar dan doa banyak-banyak agar lebih ramai ibubapa tabah dengan dugaan meneruskan misi penyusuan walaupun terdapat percanggahan maklumat dari anggota kesihatan

Nota :
Saya tidak salahkan anggota kesihatan tersebut. Mungkin ilmunya terbatas. Terutamanya bila seseorang yang tiada pengalaman penyusuan. Kerana dalam silibus belajar pun tiada detail tentang topik susuibu. Semasa saya jadi pelajar farmasi pun, topik susuibu tiada dalam silibus. jadi ramai juga ahli farmasi yang tidak tahu tentang penyusuan susuibu dan tidak tahu cara untuk menyokong ibubapa yang perlukan sokongan dan panduan.

Pengasuh pun boleh beri tekanan kepada ibubapa dengan komen "susu cair=tak kenyang. bagi sahaja susu tin". Ibubapa mana yang tak risau kalau pengasuh komen begini kan.

Kita kena betulkan perspektif rupa dan sifat normal susuibu. itu yg susah sbb masih ramai yang amal penyusuan dengan susu tiruan.

Ditambah pula dengan "penyakit" ibu-ibu yang sibuk makan supplement untuk pekatkan susuibu. Lagi celaru dan keliru pemikiran masyarakat kita

Dapatkan maklumat lanjut tentang jaundice disini
http://kellymom.com/health/baby-health/bfhelp-jaundice/
http://www.breastfeedingbasics.com/articles/jaundice-in-the-breastfed-baby
https://www.facebook.com/DrJackNewman/posts/165761036908284
https://nbci.ca/index.php?option=com_content&view=article&id=79%3Abreastfeeding-and-jaundice&catid=5%3Ainformation&Itemid=17

Wednesday, June 4, 2014

Kisah macam mane saya terjebak dalam dunia penyusuan.

Tiba2 saya rasa nak coretkan macam mane perjalanan saya sampai boleh terjebak dalam bidang penyusuan ibu ni..

Kisahnya dari awal sebelum kahwin, saya dah study tentang EBM, saya belajar dari senior saya, kak Nadiah Sidek yang tinggal kat US. Sebab kat oversea diorang banyak pendedahan kan. Saya print nota semuanyalah termasuk google kat internet.

Kemudian lepas bersalin, saya ade masalah dan cari penyelesaian, kisahnya ade dalam ebook saya SURVIVAL DI AWAL PENYUSUAN.

Bila saya dah berjaya dan sukses menyusu, saya mula kongsi kebaikan susu ibu dan ilmu ni di facebook..rasenya kerap jugak saya share sampai kawan2 ade masalah menyusu, semua dok pm saya dan saya berusaha bantu mereka, time tu tahun 2012 sampai awal 2013.

Sehingga satu hari, ade kawan gtau saya, ade sorang akak ni. Nama die Kak Shida. Dia ni ajar pasal breastfeed. Saya waktu tu memang tak kenal susuibu.com termasuk kak Shida. Saya mintak no telefon kak Shida dari kawan, saya ingat lagi, saya mesej macam ni " kak shida, saya aisyah. Saya berminat la nak jadi kaunselor macam akak..kalau sudi, saya harap akak dapat kongsi bagaimana caranya?" - maksudnya saya minat nak jadi pembimbing ibu menyusu.

Jadi Jun 2012, saya daftar kursus 3 hari dibawah MBfPC, dan kak Shida sebagai penganjur jugak fasilitator. 3 hari saya sedut ilmu dari mentor Dr Natrah, Kak Shida dan Kak Kamariah. Truly, banyak ilmu saya dapat namun saya nak jadi volunteer tapi saya macam blur tau sebenarnya..

Maka, bermulalah saya sebagai breastfeeding peer counselor. Dari data yang saya rekodkan, hampir 80 orang ibu yang saya berjaya selesaikan masalah penyusuan mereka. Ha..citenya macam mane saya boleh selesaikan, kak Shida dan group MBfPC support group banyak bantu saya.
Truly, kaedah belajar paling cepat saya ialah melalui masalah korang ( hehe) pasal bila korang tanya masalah, saya kan budak baru belajar..ha nak cari mana? Saya akan tanya kat grup, tanya kak Shida dan study balik notes kelas tu. Dan beliau akan bagi saya link website info ( biasenya dari kellymom.com). Last2 kak Shida cakap, "Aisyah bukak je website kellymom kalo nak cari pape ok ". Kellymom ni website yang memang evidence based dan artikelnya memang dari international lactation consultant.
Kemudian, dari selesaikan masalah-saya mula tulis blog. Tujuannya bila ade mak yang tanya soalan yang sama, saya tak perlu repeat jawapan tapi saya bg link blog saya, link website kelly mom disamping tips untuk selesaikan masalah dan kalau tak paham die boleh tanya saya.

Hujung 2012, saya agak lega bila ade buku Anak Hebat Susu Ibu. Sebab buku tu complete. Macam ensiklopedia breastfeeding. Dan saya perhati, segala apa yang kat kellymom, rupanya sama macam dalam buku tu, Dr Faridah macam dah terjemah semua tu dalam bahasa melayu. Wow, bestla kan lagi senang nak bace dan rujuk!

Jadi saya guna jugak buku tu sebagai rujukan saya.
Ade jugak masa saya senyap..bukan ape pun, dok sibuk ngan keje cikgu..pastu saya diam jap pasal bf ni. Kawan pulak tak berapa tanya soalan jadi buku, notes dan website kellymom jadi sepi jap, tak disentuh.
Tibe2, dua tiga orang kawan serentak tanya masalah. Saya ingt lagi sorang pasal problem bf time pregnant, sorang pasal relactation dan lagi sorang pasal low confident dan tak de susu menyebabkan semua anak sebelum ni dia fail menyusu. Saya cam blur, solution : call kak Shida..haha..but she gave me very beautiful advise.
"Aisyah, awak ni sangat dedikasi, banyak ilmu tapi dalam kepala tu maklumat awak cam tak berapa tersusun..awak kene study, belajar. Bukak buku anak hebat susu ibu tu, amik keberkatan ilmu dari apa yang Dr Faridah tulis. Tak boleh semua depend kat akak, aisyah kene usaha bace dan tak faham bole tanya akak. Akak sudi buat online ( mengajar jarak jauh) untuk kite discuss certain topik. Contoh aisyah study bab 2, bagitau kate jom kak kite discuss..saya tak paham ni ke tu ke..okey". Saya akui, saya memang waktu tu jarang bukak buku. Diri saya cakap, saya takde masa, sibuk. Tapi saya lawan, saya kate, saya mesti ade masa untuk belajar ni semua, kalau saya memang betul nak membantu mak2 berjaya menyusu.
Dalam minggu tu jugak, saya bace artikel baby second night ( kak shida gak yang bagi link hihi). Sebab nak bantu sorang kawan saya ni, untuk berjaya bf tapi dia tak berapa paham english..tibe2 saya terpikir, why not saya tranlate artikel tu dari BI ke BM? Dan..malam tu jugak saya bace, pahamkan dan translate ( suami tolong jugak) dan saya send pada beliau. Kak Shida kata bagus dan dia sangat galakkan.

Kemudian, mulalah saya paste artikel tu kat blog saya dan saya tranlate lg artikel lain seperti surat ibu pada bayi. Kawan saya, kak fata dan izzati zamuri pun tolong translatekan, thanks korang. Rasenya ade 4 artikel dari kellymom dah tranlate.

Pastu, bulan mac ni. Saya teringin nak buat ebook. Kak Shida support cuma dia sarankan saya berguru menulis dari mentor yang dah pernah menulis seperti Asiah Maharam dan Pn Suraya Ali. Alhamdulillah saya dah jumpa mereka dan bagi hardcopy ebook saya untuk mereka semak dan komen.

Kemudian, saya teringin nak jadi kaunselor laktasi.
Kak shida jugakkk saya tanya..hehe. So kak shida sarankan saya pergi kursus 20 jam dulu, kemudian baru yang 40 jam. Ade jugak kak Shida cakap, susah nak masuk sebab kursus ni biase diorang offer kat staf hospital je.

Jadi mula awal Mei, yang saya nampak saya kene bersungguh doa kat Allah, kalo betul saya nak pegi kursus jadi kaunselor laktasi. Hari2 jugak saya doa, "Ya Allah, jika apa yang aku buat sekarang, nak masuk bidang penyusuan ibu, bantu mak2 menyusu ni baik untuk diriku, keluargaku, agamaku, duniaku dan akhiratku, Kau permudahkanlah..jika tidak, Kau jauhkanlah.."

Dan entah macam mane, tibe2 saya terselit dalam kursus kaunselor laktasi ni. Melalui seorang insan yang saya tak pernah jumpa, tiba2 mesej saya bagitau saya nak join tak? Yuran hampir seribu. Saya tolak, tak nak pegi sebab saya pikirkan duit tu, agak besar. Gaji tak masuk lagi kn..memang saya cakap. Tapi, kawan tu cakap, "Aisyah kalau betul2 nak serius dalam penyusuan ibu, aisyah memang kene pergi. Kalau takde duit lagi takpe, saya boleh pinjamkan". Saya tolak lagi sebab saya kate, saya segan nak pinjam. Tapi akhirnya saya daftar jugak, ( walaupun risau dan segan tapi kawan suruh pegi jugak) dan ntah macam mane tiba2 murah rezeki bulan tu, saya ade duit bayar balik yuran tu kat dia. Secara tiba2.

Saya tanya jugak kak Shida, takpe ke kak saya terus ke 40 jam kursus? Tak pegi yang 20 jam? Kak Shida kate takpe, nanti pegi pun bole, reversed cycling kan..baby pun ade reverse cycling. So boleh la tu peluang dah ade. Pergi je. Nanti pegi pulak yang 20 jam tu. So mentor saya bagi greenlight dan saya pun lagi confident nak pegi.

Sekarang dah hari ketiga kursus, saya tanya peserta yang pergi, kursus kaunselor laktasi ni open ke or selected? Diorang kate selected. Certain staf je yang terpilih boleh pergi. Sebab kalau open, ramai sangat nak pergi. Jugak diorang ade bajet tertentu so kene bajet peserta yang pergi.
Waktu tu hanya lafaz Alhamdulilah..Allahuakbar saya yang saya rasakan di hati. Sungguh, peluang saya dapat pergi kursus ni, memang sepenuhnya Allah yang susun, Allah yang aturkan dan Allah yang mudahkan. Tanpa bantuan Allah, saya mungkin takkan berada ni sini. Kerana saya orang luar yang tiada kaitan dalam kementerian kesihatan. Saya kan cikgu, hihi.
Apepun, segala ilmu yang dicurah sangat banyak di sini.

Jugak, thanks atas guide kak Shida, berkat haritu pegi kelas kak Shida, tengok beliau bagi talk pasal breastfeed di samping saya baca buku dan artikel, banyak bantu saya nak catch up dengan sesi kelas ni. Sebab ia memang kelas praktikal, teori sekadar revision dan tak sentuh sangat pun.

Kalau saya zero/sikit sangat knowledge pasal bf, memang saya rase agak sukar nak ikut. Sebab ia memang intensif praktikal dengan sister, midwife dan doktor jugak dibimbing pakar laktasi nak round wad, berlakon kaunseling, buat latihan bertulis, amali. Kira alhamdulilah walaupun takde degree nursing, saya dapat catch up. Sebab istilah memang totally gune medical term kan. Alhamdulillah, Allah masih bagi kefahaman ilmu pada saya hingga ke hari ini. Syukur