Ibu, saya tahu ibu sememangnya yakin yang susu ibulah yang terbaik untuk saya, yang dibuat khas untuk saya.
Saya cuma nak ibu tahu,kalau kita terpisah selepas saya lahir, ketahuilah yang saya akan kurang sedikit berat berbanding rakan saya yang sentiasa bersama ibu mereka. Ibu jangan risau ye! Kerana yang saya perlu ketika itu hanyalah menyusu dengan kerap.
Saya tahu, beberapa hari saya lahir ini, ibu rasa risau bila ada yang kata saya lapar, tak cukup susu dan ibu pula tak mampu buat susu yang cukup untuk saya. Ibu, jangan risau ye! Kerana saya pada masa ini, sangat perlukan kolostrum ibu yang pekat, likat dan kaya protein juga antibodi yang mana boleh turunkan bacaan demam kuning saya.
Ibu tahu tak? Saya masih tengah cuba latih untuk gerakkan lidah saya, kita pun masih cuba untuk sama2 selesa, jadi saya perlukan lebih dari 20 minit hanya untuk mendapat 1 sudu teh kolostrum (5-7 ml). Tapi ibu jangan risau ye! Sebab saya memang selesa dipeluk di dada ibu,mendengar degup jantung dan bau badan ibu. Sangat menenangkan. Kalau ibu nak tahu, saiz perut saya masa ini sebesar guli je, kapasiti 5-7 ml je ibu, jadi memang muat2 je dengan kuantiti kolostrum yang ibu hasilkan. Ibu, saya gembira sangat, terlalu gembira bila saya dapat telan kolostrum dari ibu, sebab saya sudah dapat ‘imunisasi pertama’ saya yang kaya antibodi dan dapat selamatkan saya dari segala penyakit dan jangkitan kuman.
Perut saya yang sebesar guli pula masih "keras" dindingnya dan belum lagi matang. Sebab itu saya akan muntahkan susu balik jika ada yang memberi saya susu melalui botol.
Saya hanya ada dua cara untuk sampaikan mesej saya kepada ibu, iaitu menangis dan menghisap. Sebab pandangan saya masih kabur dan anggota lain masih belum kuat lagi. Menangis dan menyusu adalah segalanya buat saya ibu, jika saya lapar, tak selesa, takut, rimas. Hanya di dada ibu yang mampu menenangkan saya.
Saya tahu ibu mungkin keliru bila saya asyik menyusu dan menyusu, walaupun saya sudah kenyang. Saya tahu ibu boleh beza antara hisapan saya ketika lapar atau hisapan ketika mahukan keselesaan. Sebenarnya ibu, banyak perkara yang saya rasa bila berada di dada ibu, ia bukan sekadar hilangkan lapar namun di situlah rumah saya untuk saya dapat ketenangan dengan menyentuh ibu dan mendengar degup jantung ibu.
Jika saya diberi susu botol, mustahil untuk saya rasakan nikmat ini, ibu. Saya mungkin boleh menghisap sahaja puting botol sehingga saya sedar perut saya akan makin sakit, kerana pada hari ke-10 kelahiran saya pun, saiz perut saya hanyalah sebesar bola pingpong!
Ibu, terus terang, saya memang tak boleh tahan keinginan untuk sentiasa menyusu sebab saya
memang dilahirkan untuk menyusu saja (selain menangis) dan dari dalam perut ibu lagi, aktiviti
saya ialah menghisap!
Lepas beberapa minggu nanti, baru saya akan okey tapi sekarang, MENYUSU ialah aktiviti utama saya. Ibu nak tahu sesuatu yang "cool" tak? Bila saya kerap menyusu di hari awal ini, badan ibu akan aktifkan reseptor prolaktin! Dua minggu pertama saya, semakin tinggi saya tingkatkan level prolaktin dalam badan ibu ( hisapan saya merangsang peningkatan prolaktin dalam badan ibu) semakin banyak reseptor prolaktin yang diaktifkan dalam kilang susu ibu, dan nanti barulah bekalan susu ibu untuk saya semakin tinggi! Selagi ibu terus pilih untuk terus menyusukan saya, selagi itu bekalan susu ibu akan semakin banyak!
Jadinya, lagi banyak reseptor prolaktin yang ada, lagi banyak tempat untuk hormon prolaktin dan lagi senanglah nanti ibu nak hasilkan susu yang cukup, yang saya perlukan.
Selain prolaktin, ada lagi hormon oksitosin, Hormon yang saya aktifkan bila saya menyusu di dada ibu. Ia hormon kasih sayang yang jadikan ibu rasa tenang dan bahagia ketika menyusukan saya. Teruskan menyusu, ibu! Tarik nafas dan bertenanglah! Bila oksitosin tinggi, barulah susu untuk saya akan keluar.
Saya tahu ibu mungkin rasa janggal dan kekok dengan situasi ini tapi saya harap ia akan buatkan ibu rasa "TERBAIKLAH" untuk menyusukan saya sekarang.

Ibu pasti tahukan apa ibu rasa bila ibu menggendong saya, memeluk saya di dada ibu yang rasa
suam-suam panas itu, dan ibu main ‘cak cak’ memicit pipi saya yang tembam. Perasaan itulah
ibu, yang akan bantu ibu untuk buatkan susu yang cukup untuk saya.
Perasaan itu ialah satu bahagian daripada sistem badan ibu yang direka untuk buatkan ibu sentiasa perlu dekat dengan saya. Ibu, saya tahu ibu sangat sibuk, banyak benda yang ibu lakukan sebelum saya hadir dalam hidup ibu, dan saya tahu pada waktu ini, ibu tentu rasa risau kerana ibu akan rasa susah nak buat kerja itu, kerja ini dan rumah kita pasti bersepah.
Tapi ibu perlu tahu, setiap saat yang ibu habiskan untuk memeluk saya, setiap jam yang ibu habiskan untuk menyusukan saya pada hari awal saya lahir ini, sangat penting buat saya sebab ibu adalah segalanya buat saya. Saya sayang juga ayah, tok dan semua rakan kita, tapi saya dijadikan untuk lebih gembira dan tenang bila bersama ibu.
Boleh tak ibu gendong saya didalam sling/baby carrier selepas menyusu? Sebab saya sangat suka dengar degupan jantung ibu ketika lena tidur saya, dada ibu yang suam panas, lembut dan bau badan ibu yang wangi untuk saya. Ibu tahu tak, ruang diantara payudara ibu dijadikan Allah muat-muat saiz kepala saya dan tiada apa lagi yang saya sangat suka melainkan sentuhan kulit ibu dengan kulit saya. Hm..mungkin ada juga sesuatu yang saya lagi suka! Haa saya suka kalau ibu tidur disebelah saya selepas kita habis sesi menyusu.
Oh Ibu, bila ibu menyusu sambil berbaring, susu ibu akan laju dan sangat lancar! Dan saya dapat rasakan yang ibu sangat gembira bila bersama saya, dan saya rasa saya sangat intimewa di hati ibu sebab ibu sanggup tinggalkan semua kerja lain untuk menyusukan saya, dan ibu tidak buat kerja lain selagi saya tidak lepaskan sendiri payudara ibu.
Dan ibu, ada janji yang saya mahu katakan pada ibu, saya tidak pasti bila ianya berlaku, tapi akan datang satu hari yang saya mula kurang rapat dengan ibu. Ianya bila masa penyusuan saya sudah stabil, tersusun, berat saya pun naik stabil dan kadang kala saya akan lebih suka ayah atau orang lain untuk dukung saya.

Tapi hari ini, saya sangat perlukan ibu. Ibu tetap NO 1 di hati saya, walaupun selepas ibu sudah
tidak menyusukan saya lagi. Terima kasih banyak atas apa yang ibu lakukan pada saya sehingga
hari ini. Semoga ibu terhibur dengan kesihatan saya yang baik, senyuman manis saya dan gelak
tawa saya dan saya harap dengan keletah saya ini, ibu akan terus bertahan.
Semoga ibu terus kuat untuk menyusukan saya.
Salam Sayang dari,
Anakmu yang sangat sayangkan ibu !
Salam Sayang dari,
Anakmu yang sangat sayangkan ibu !
No comments:
Post a Comment