Ayat mantra yang selalu digunakan semasa membantu ibu yang ada masalah penyusuan.
Nampak mudah tapi sukar kerana musuh utama adalah masa dan komitmen.
Cuba ambil cuti beberapa hari, luangkan masa menyusukan bayi secara terus dengan bayi dengan tenang tanpa memikirkan jadual pemerahan.
Cadangan yang wajar dicuba, insyaAllah akan nampak hasilnya.
Jom babymoon. Spend quality time with our baby.
Buat ibu yang ingin meningkatkan susu dalam masa yang sama tidak mahu terikat dengan jadual pam yang ketat dan stok susu! Boleh cuba "babymoon". Ambil cuti dan berehat, susukan bayi sepuasnya dan bila anda kembali bekerja, hasilnya susu anda pasti meningkat. Cubalah!
Suka jugak dengan pengalaman Kak Norashida Abdul Rahman ni..
"Pengalaman saya
Anis umur 9 bulan. kena demam campak berair.
Kena kuarantin dirumah. Tak boleh pergi nursery.
Saya pun cuti tanpa gaji selama 2 minggu untuk menjaga anak sakit.
Di rumah, anak tidak mahu makan. Tekak perit agaknya.
Hanya menyusu, menyusu dan menyusu...
Saya tidak pasti jika dia kenyang. tapi yang pasti dia tenang.
Minggu pertama, saya flat. Letih. Menyusukan pun sambil baring sahaja.
Anis tidur. sambil tidur pun menyusu. Dikemam sahaja. Biarlah, asalkan dia tenang.
Minggu kedua, saya perasan perubahan yang sangat mengejutkan.
Susu melimpah ruah. menitik, menitis, bengkak, hampir demam dibuatnya.
Seperti dalam pantang sahaja lagaknya.
Syukur anis pulih dari campak. 16 hari jugak saya "babymoon" dengannya.
Bila hantar nursery, semua cikgu kata anis makin bulat. hehehe
Jom bereksperimen sama-sama
Buktikan hipotesis"

Saya pun sewaktu Nuha sudah setahun lebih, pernah sekali Nuha demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Saya ambil cuti dan sepanjang hari saya menyusukan Nuha, dia tak nak makan nasi atau apepun..dia hanya mahu menyusu. Saya layankan saja. Sebab saya tahu dan yakin, bila anak kita demam dan kita sentiasa bersama anak, badan kita akan bina antibodi untuk melawan virus anak kita. Antibodi yang terbentuk itu akan disalurkan melalui SUSU IBU ! Sungguh ajaib ciptaan Allah SWT ini untuk melindungi anak kecil. Biasa paling lama pun 2 hari, Nuha akan kebah demamnya dan dia beransur sihat. Dan selera makannya kembali seperti biasa setelah dia sihat.
Jadi, janganlah anda risau jika anak anda asyik menyusu sahaja bila dia tidak sihat. Bersyukurlah dia mahu menyusu, kerana anda sedang "menyalurkan" antibodi semulajadi kepadanya untuk kembali sihat. Apapun, saya suka dengan satu photo dibawah ini !
Perlu diingat, matlamat "babymoon" ialah untuk menambah "demand", bukan membuat stok !
Perlu diingat, matlamat "babymoon" ialah untuk menambah "demand", bukan membuat stok !
No comments:
Post a Comment