Monday, December 16, 2013

Tips Untuk Anak Kecil

APA MAKSUD MERANGSANG OTAK ANAK-ANAK...

Tahukah anda seorang anak kecil itu meningkat saiz otaknya sehingga 90% saiz otak orang dewasa dalam usia 0 hingga 6 tahun. Jika saiz otak meningkat begitu juga kebolehan otak. Maka bila otak anak tidak dilatih untuk berfikir, maka anak itu tidak akan meningkat kemahirannya berfikir.

Tapi bukan itu sahaja, kerana otak ini juga mengawal perasaan iaitu bahagian otak tengah, maka jika otak anak tidak dirangsang pada usia 0-6 tahun, itulah yang menyebabkan anak kecil itu tidak bijak mengawal perasaannya bila usianya sudah sepatutnya boleh mengawal perasaan. Itu juga yang menyebabkan anak itu suka mengamuk dan tidak memikirkan perasaan orang lain.


-Prof Dr Rozieta Shaari @ Prof Ibu

Didik segala yang terpenting dalam hidup seorang insan sebelum umur mereka 7 tahun. Anda pasti sukar untuk membina sebuah bangunan dahulu kemudian baru menanam cerucuk pasak kemudian. Dahulukanlah akhlak.

Saiful Nang


No comments:

Post a Comment