Kemahiran HOTS. Apa tu? HOTS ialah Higher Order Thinking Skill / Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Dasar baru yg dilaksana KPM kat cikgu2 untuk apply kat sekolah.
Saya bukan nak cerita pasal teknik HOTS kat sekolah lagipun kami dah bergelumang dengan kursus 20 jam dan membina item dan lesson plan yg berasaskan HOTS, iThink dan inquiry skills sebelum cuti sekolah haritu.
Tapi saya nak kongsi teknik HOTS yang saya buat pada anak saya, Nuha Areefa, 1 tahun 10 bulan.
Belikan buku cerita yang banyak gambar/ besar gambar dari tulisan.
Ia boleh mengasah kemahiran berfikir anak2 dan keupayaan imaginasi mereka.
Biarkan anak2 bercerita melalui gambar yg mereka lihat.
Buku cerita yang satu arah, pemikiran mereka akan sehala dan tidak dapat create imagination mereka.
Juga, satu game yang saya buat pada Nuha, lekatkan huruf hijaiyah berbaris dengan gambar yang berkaitan.
Contoh : gambar kucing, Nuha cakap miaw - mim baris bawah
Anjing, Nuha panggil wouf wouf - wau baris depan
Ade gambar kucing duduk membulat - Nuha panggil ha, ha baris atas!
Ikut apa yang anak nampak, bukan apa yg orang dewasa nampak ( bak kata kawan saya Maznah, kaunselor kanak2)
Nway, tq Maznah Maznah Ibrahim atas perkongsian. Kalau ade terkurang sila tambahkan ye !
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=670289612991764&id=100000321955737&set=pcb.670289636325095&source=48&__user=100000321955737
No comments:
Post a Comment