Friday, December 27, 2013

Tips Mengajar AlQuran dari Pn Siti Mashitah Sarif

Nak mula sesi mengaji sgt berkait dgn emosi dia. Saya juga byk belajar dari kesilapan sendiri.

Mula2 dulu asyik nak stress setiap kali sesi mengaji. .ye lah anak baru umur 2, 3 tahun..mmg fokus sgt susah pada mereka.

Masa kursus lanjutan pn lina pesan.  Ibu2 jgn stress ye bila mengajar. jgn lupa senyum.. anak akan link mengaji/iqra' time dgn apa dilihat, dialami dihidu. ..semuanya. so surrounding yg dia familiar dan selesa penting ..sbb tu ada masalah kalau di tempat yg dia x biasa..kg cthnya.

Fizikal dan mental anak kena sedia. Kalau dia x cukup tdo, atau makan atau otaknya masih ' penat' juga menyukarkan sesi mengaji bermula. Dinasihatkan adjust time jika anak minta nak tgk cerita yg berat2.. mcm kartun yg 'sibuk' atau movie kanak2 yg makan masa lama, biasanya saya tidak ditunjukkan dlm tempoh terdekat dgn masa mengaji.  Sebab sejurus slps menonton (semasa menonton dia diam)..otak anak akan sibuk memikirkan dan badan pun nak bereaksi dgn apa yg dilihat..

Cth kita nak tgk cerita lion king sama2 dgn anak, boleh di awalkan sikit pada jam 2ptg ke..so lps tu dia ada masa nak rehatkan 'minda' dia dari kesibukan slps menonton. Bermain di pdg tiada masalah. Itu sgt baik utk release energy dan stress mereka.  Cuma pasti kan sudah nap atau rehat sebentar supaya x fatigue.

Jika lps magrib mlm tu mood dia x ok ..kita offer la reward yg best drp biasa. Ikut apa dia suka.. kalau x mau juga xpe, kira 'burn' bak kata pn lina..tapi tetap mengaji juga, dgn cara kita baca dan dia ikut saja. Jgn sampai dia rasa sgt stress sbb memori itu dia akan simpan dan link dgn aktiviti tertentu. cth: Ngaji je kena marah or ngaji je saya nangis. Huhu.

Rutin. Ye belum terlambat nak rutin kan aktiviti... cuba sedaya istiqamah.  Mula2 mungkin agak mencabar utk anak dan kita juga.. tp senyum.. niatkan ikhlas kerana mendidik amanah Allah ;)  kesabaran sebentar  itu sgt berbaloi kerana anak lebih mudah mengikut sesuatu yg dijadualkan dan terbiasa utknya.

InsyaAllah akan sampai masa anak puan nanti akan igtkan puan sendiri.. eh kita belum ngaji kan mama.. insyaAllah akan sampai masa itu. Bayangkan perkembangan positif begitu. . Senyum  dan pandanglah amanah itu dgn sabar.

Nanti saya bgtau tips atasi masalah fokus pula. . Dan apa nak diajar dulu.  Hafal / bacaan.. :)

*dah tulis susah nak berhenti. Hihi

ok..sementara terigt..saya tulis sedikit..

Saya rasa anak Puan dah melepasi ms 18 buku 2 al Furqan..betul?

Selepas page itu dia akan belajar huruf berbaris bawah dan depan yg mana akan menghadapi tahap sukar SEKETIKA.

Saya pun terigt pada peringkat ini..saya mengalami keadaan yg sama mcm Puan. anak stress kerana rasa agak sukar dan kita tidak tahu bagaimana nak mengajak dia mengaji..ada masa saya tutup buku juga.untuk mengelak hilang sabar kerana anak tidak mahu kerjasama.

Alhamdulillah Allah ilhamkan.. saya perlu buat secara santai dan 'happy'2 saja.. dan alhamdulillah ada masa.. saya buat sendiri kad berbaris atas bwh dpn (semua huruf- skrg dah mudah. rupanya dijual..kad imbas iqra' tak silap namanya).. saya tutup buku dulu.. main2 flashcard dgn dia.. sambil sebut a, i, u,..ba,bi,bu.. tapi masih tidak mahu ikut.

Sehingga suatu malam. sblm tidur..baca2 surah lazim.. spontan je saya nyanyi2 bunyi huruf (dah tak igt iramanya..hehe. tapi skrg ada satu link you tube huruf berbaris- yg sgt fun lagunya.. http://www.youtube.com/watch?v=TnlARJ0DvmI).. . tiba2 anak sgt ikut...dan betul pula sebutannya..

Esoknya lg smgt saya..buat wall pula dgn huruf berbaris itu.. kali ni saya sambungkan terus huruf.. so belajar 2 dlm satu.. huruf sambung dan berbaris ;)

Sambil menyanyi pegi kat wall.. so off skjp buku..bila dia mcm seronok dan agak kenal huruf saya berbalik kpd buku. Alhamdulillah..ianya lebih mudah..!
(ada saya kongsi di group ni dlm post terdahulu ;) )

Bila pergi ke kursus lanjutan barulah saya tahu set Buku Al Barqy dan cd (yg saya dah beli tapi simpan!)..boleh terus digunakan slps abis page 18, buku 2 alFurqan.. walaupun saya dah habis buku 2 masa tu.. saya terus ke buku al Barqy..dan nyanyi lagu2 dlm cd tu.. subhanallah mmg seronok! walaupun mula2 bubbling saja..hehe. lama2 dpt la ikut- lagunya agak rancak..hehe. begitu lah saya habiskan membaca buku al Barqy ..

InsyaAllah boleh!! ;)

Berkenaan mana nak mula dulu..surah atau membaca..jawapannya ia seiring.

Mengajar menghafal surah itu bermula hanya dgn pendengaran seawal kita boleh memperkenalkan.

Mengikut sranan i IPN, mengajar 'membaca' surah boleh terus bermula apabila anak dah habis membaca buku al barqy..

maknanya dia sudah kenal, huruf bersambung, tanda sukun dan tanwin..

Sebenarnya mereka masih sgt merangkak2 apabila mula membaca muqaddam (laminate) pertama kalinya..akan melalui sekali lagi sesi 'positive stress' ;)  cuma yg membantu ialah ingatan mereka yg familiar dgn surah2 yg lazim diulang2 ;)- surah2 juz amma.

Selalunya boleh nampak dia membaca awal ayat sahaja..yg hujungnya dia sambung sbb dah hafal! ;) tidak mengapa begitu.mesrakan dia dgn muqaddam. tak perlu ajar panjang pendek dan tajwid..ianya dtg semulajadi dari alunan qari bertauliah melalui bacaan surah2  yg diperdengarkan (radio,dlm kereta/pc/youtube/ipad  dan sbgnya..)

dan igt membaca 'buku' furqan..seterusnya 'al barqy' dan 'muqaddam'..sebenarnya kita mengajar anak'seni belajar dgn buku'.. adab dgn al quran. pengajaran adab ini ia tidak kan berhenti walau anak dah mahir membaca sekalipun.. cuba tahap 'adab' itu yg berubah2..

oklah. mungkin itu saja.. Maaf lah saya mmg tak pandai buat summary..hihi ;p

Apapun..menghadiri kursus di IPN akan sgt2 membantu membina aura dan smgt juga improve skill kita semasa mengajar..juga boleh dpt very good sharing dari ibubapa bersmgt yg lain juga live sharing dari Pn Lina sgt berbeza feeling nya. ;)

p/s: saya hadiri semua kursus anjuran IPN..hehe. alhamdulillah berkesempatan dan st berbaloi ;)

Kes apabila anak tertidur sambil mengigau sebut huruf hijaiyah. Adakah ia trauma?

 Ia bukan trauma. . Tp apa yg berlaku sblm tidur masuk dlm 'alpha mind' anak.. sbb tu bagus doakan yg baik2 dan pasang alquran bernada perlahan sblm anak tidur. .

Pn lina pernah kongsi juga..emosi anak sblm tidur akan di sambung slps dia bgn tidur . Cth kalau dia menangis sampai tertidur. Bgn pun akan sedih dan smbg nangis. .

Kes anak puan ni.. masuk ke alam mimpi dia... hehe. InsyaAllah bgn pun dia akan fresh igt apa diajar.

Ye jgn lupa selalu puji walaupun perkembangan kecil dia. Tambah2 lg anak perempuan mmg suka dipuji :)

No comments:

Post a Comment