Friday, May 30, 2014

Rawatan Baby Cleft Pallate

------------------------------------------------------------------------------------------
Ibu : Puan, saya nak beli pil tambah susu.

Saya : Boleh saya tahu mengapa puan nak makan ubat tersebut?

Ibu : Saya rasa susu saya semakin kurang. Bila perah dapat 4 oz je. Anak saya sekali minum dah habis.

Saya : Oh, begitukah. Pasti puan susah hati kan sebab demand lagi tinggi dr supply. Boleh saya tahu umurnya berapa?

Ibu : Ya, susah hati betul. saya nak sgt BF dia selama mungkin. Kalau boleh tak nak bagi FM sebab beliau kena sihat untuk menjalani pembedahan. Anak saya berusia 2 minggu.

Saya : Bagus niat puan tu, teruskan menyusu ya. saya sangat sokong tapi boleh tak saya tanya beberapa soalan?

----------------------------------------------------------------------------------------

Nota : Hasil dari kaunseling tersebut, rupa-rupanya anak beliau ada masalah cleft palate/sumbing. tak dapat latch dengan baik maka ibu memerah sahaja dan beri anaknya minum melalui cawan.

Saya sokong beliau dengan tambahan fakta berkaitan........
> saya puji yang hasil sekali perahan beliau yg 4 oz tu adalah banyak jika dibandingkan dgn umur bayi dan saiz perut bayi. Ibu tersenyum bangga 
> kepentingan kerap memerah susu jika tidak menyusukan anak
> cadangkan beberapa posisi yg sesuai khusus utk cleft palate baby untuk mudahkan lekapan
> fakta saiz perut bayi yg kecil dan pemberian amaun yg sesuai dgn saiz perut
> fakta susuibu cepat hadam maka adalah normal bila bayi kelihatan kerap menyusu
> ajar cara pemerahan susu yang efektif menggunakan mesin pemerah dan tangan

P/S : Untuk anda yang mempunyai anak yg sempurna sifat tubuh fizikalnya, jika ada cabaran dalam menyusukan anak, cubalah ingat kepada kisah ibu ini ya. Tiada apa yg dapat menghalang kejayaan kecuali diri sendiri. Dapatkan bantuan jika perlu. InsyaAllah dipermudahkan.


http://cleftlipandpalatebreastfeeding.com/

http://www.lalecheleague.org/nb/nbmayjun02p88.html

http://kellymom.com/health/baby-health/bfhelp-cleft/



Info dari kak Shida

No comments:

Post a Comment