Hari ni saya terlepas event yang saya nak sangat pergi iaitu Breastfeeding Talk di Dewan Bersalin Muslimah, under group breastfeeding utara....sebab ada Sekolah Ganti.
Tapi, hari ini juga ketika saya sedang selak akhbar, terbaca kisah bayi 3 bulan yang ditinggalkan ibu di depan rumah orang n terselit nota disitu "Nama saya Linda Lee, maafkan saya kerana meninggalkan anak dirumah encik kerana saya tiada wang membeli susu, harap encik dapat membantu" huhu sampai sekarang polis tengah cari mak budak ni. N tengah saya tangkap gambar keratan artikel tu, kakak di sebelah tanya, kenapa tangkap gambar kisah tu? N saya pun cerita yang saya join grup breastfeeding caunselor n cite serba sikit pasal mbfpc utara.
Tiba2 mata kakak ni mula merah n berkaca n baru saya tau rupanya anak2 dia 3 org n yg last 6 bulan semuanya dia tak berjaya untuk susukan mereka stat dari lahir lg.tambah sedih bila org sekeliling tak support n nurse pun dok salahkan die:) setelah saya kenal pasti punca masalah, bgtau solution n cite serba sikit baru die faham n dah dpt solution. Nasib iphone membantu, terus saya tunjukkn video n gmbr berkaitan.
Sempat saya bagitau " takpe kak, nanti akak pregnat no 4, InsyaAllah sy akan bantu akak bagi akak berjaya menyusu". Nampak sinar di mata dia disebalik merah n berkaca matanya itu."Tula kak pun baru tau ni", nanti ape hal kak kontek aisyah" first time saya kaunseling seorang client n kami sama2 menitikkan air mata. Hanya naluri ibu yg faham betapa sebenarnya seorang ibu nak menyusukan anak namun tiada tempat mengadu masalah penyusuan~ its me as breastfeeding peer counselor
Saturday, August 24, 2013
Wednesday, August 14, 2013
BAHAYA SUSU FORMULA PADA BAYI
Dulu saya pernah berfikir, semua orang tau susu ibu ini terbaik. Tapi, kenapa penggunaan susu formula semakin meluas? Seolah majoriti ibu bapa tak kisah bayi mereka diberi susu formula..
Setelah beberapa lama, saya mula sedar, betapa kurangnya kemudahan dan maklumat berkaitan susu ibu. Walaupun klinik kesihatan menyokong susu ibu, poster hanya tetap poster sahaja. Malah ada klinik yang tiada nursing room! Dibandingkan pula dengan promosi susu formula yang BEGITU HEBAT di televisyen, mengandungi DHA, vitamin bagai.
Sewaktu berbual dengan kak Shida ( kaunselor laktasi Penang). Baru saya faham mengapa. Mana mungkin kerajaan akan berhabisan memperjuangkan agar semua ibu menyusukan anak, sebab mereka sekarang untung banyak dengan penjualan susu formula. TETAPI, Di barat telah buat analisis, sebenarnya KOS RAWATAN UNTUK BAYI YANG SAKIT AKIBAT SUSU FORMULA lebih tinggi daripada duit untung penjualan susu. Itu yang Malaysia tak nampak, kita rugi sebenarnya.
Insyaallah saya akan share selepas ini, RISIKO SUSU FORMULA PADA BAYI
dan anda sebagai ibu bapa perlu tahu risiko ini. Walaupun bukan semua, tapi bayi tetap ada risiko jika diberi susu formula.
DANGERS OF INFANT FORMULA FOR BABY
Hari ini perkongsian tentang bahaya susu formula pada BAYI, bila anda memilih susu formula, anda telah meningkatkan risiko bayi terhadap
# asma
# alergi
# radang telinga
# tekanan darah tinggi dan masalah pada hati
# masalah pernafasan
# rendah IQ dan perkembangan kognitif
# obesiti
# iron-deficiency anemia
# SIDS ( Sudden Infant Death Syndrome)
# diabetes
# masalah penghadaman
# childhood cancer
# terdedah kepada susu yang tercemar
# sleep apnea
# dental problem
-Sumber maklumat daripada WABA (World Alliance for Beeastfeeding Action). Saya dapat artikel ini sempena Breastfeeding Weeks pada tahun ini-
Subscribe to:
Posts (Atom)