Sebelum mula kursus
Dr Natrah, antara speaker MBfPC
Bergambar kenangan sebelum tamat
Sebenarnya banyak lagi gambar, cuma saya upload yang penting saja ni..truly, kursus ni sangat best dan banyak sangat ilmu yang saya dapat. Disini saya cuma nak kongsi beberapa perkara yang sangat bermakna untuk saya
1) Kagum dengan semangat non muslim. Ada sorang mommy dalam group saya yang bekerja dalam syarikat dumex dan dapat FREE SUPPLY FORMULA MILK selama setahun tapi dia tolak sebab dia nak menyusukan anak sepenuhnya. Sebelum akhir kursus, dia kata dia sangat yakin 'human milk is for human baby' dan sangat sokong konsep ibu susuan.
2) Sewaktu discussion tentang 'post partum depression' atau meroyan. Huhu, dasyat jugak tekanan mereka selepas bersalin, berbagai masalah dari keluarga dan lain lain tapi mereka masih semangat kental untuk menyusukan anak.
3) Kursus ni memang baby friendly. Nuha pun dapat kenal ramai kawan ;)
4) Kami membincangkan pelbagai topik seperti masalah yang selalu berlaku dalam penyusuan, cara mengatasi, bagaimana support ibu2 lain yang punya masalah untuk menyusukan anak terutama baby premature, clef/pallet and twin dan banyak lagi la..memang benarla, makin kita belajar, makin banyak sebenarnya yang kita tak tahu.
Apepun, terima kasih banyak2 kepada en suami yang memberi saya full support untuk ke kursus ini, sehingga saya berjaya menamatkan kursus dan dapat sijil ini.
No comments:
Post a Comment