Saturday, June 8, 2013

TOKOH IBU BEKERJA YANG FULLY BF

Salam, semua. Hari ni saya nak kongsikan beberapa tokoh wanita masa kini yang perjuangkan breastfeeding.  Sebenarnya, kalau kita tengok dalam sejarah Islam sendiri, memang ramai tokoh wanita Islam yang support breastfeeding ni seperti Siti Aminah (bonda Rasulullah), Halimatus Saadiah, Asiah , Siti Hajar dan ramai lagi. ( nanti saya buat entry khas ye!)
Cuma hari ni saya nak share beberapa tokoh yang memang saya respek la sebab diorang ni fully bf walaupun bekerja. Nak tau sapa?
Pertama sekali, Wardina Safiyyah. Truly, saya kagum dengan dia. Dia susukan anak sampai dua tahun tau! Actually, gambar ni saya ambik dalam Majalah i keluaran September 2007. Kt situ jugak dimuatkan artikel tentang pengalaman Wardina dalam breastfeeding ni. Disini jugak saya bagi link kisah Wardina dalam perjuangan breastfeedingnya..sebagai semangat untuk ibu yang lain.

Pengalaman Wardina dan penyusuan eksklusif

Mommy yang seterusnya, ialah seorang ahli politik . Siapa ye?...hehehe.



Saudari Nurul Izzah Anwar. Wah, dia bf anak dia sampai setahun setengah tau. Siap pam dalam kereta lagi. Ye la, ahli politik kan..konfem sibuk. Artikel ni saya dapat dalam mingguan wanita Januari 2012. 

Siapa pulak mommy seterusnya ni?

Kapten Siti Suraida Mazlan. Memang superb la dengan semangat kapten ni. Ye la, masih nak fully bf walaupun bawak kapal terbang kesini dan kesana. Kisah pasal kapten ni ada dalam majalah PaMa but disini saya attach jugak link mengenai kisah Kapten yang fully bf ni.


Lagi kisah tentang kapten Siti Suraida ?  baitulmuslimzaidee.blogspot.com/2012/05/pilot-yang-fully-bf.html

Seterusnya ialah seorang pramugari MAS. Beliau ialah Aini Wardiah, ibu kepada Ariff Ziyad.



Tengok stok susu dia. banyakkan? yela, bukan sehari dua dia tinggalkan anaknya..tapi berminggu-minggu..kadang2 berbulan bulan..Apabila ditanya kepada si ibu, kenapa memilih untuk BF anak sedangkan tugas begitu mencabar ?
Jawapannya, cuba bayangkan, anak saya hanya mempunyai masa yang amat terhad bersama ibunya . dia sentiasa bersama penjaga dia. Apekah kalau saya tidak menyusukan dia, dia akan kenal siapa saya ? Susu saya sahaja nilah yang menghubungkan diantara saya dan anak walaupun saya tidak bersamanya..and this is the best thing that i can only give for him.." .

Untuk kisah lanjut tentang pramugari yang kuat semangat ni, saya attachkan linknya di sini 

http://baitulmuslimzaidee.blogspot.com/2012/04/kisahnya-seorang-pramugari-yang-hebat.html

Nanti next entry, saya akan post pulak tentang kisah jururawat yang fully bf anak ok! 










Wednesday, June 5, 2013

KONSEP KILANG SUSU : DEMAND AND SUPPLY

Pertanyaan yang selalu diajukan :

" kak, apa makanan untuk tambah susu ya?"

" susu saya dah takde sebab dah tak rasa bengkak"

"orang tua saya pesan, tak boleh pam susu sebab nanti susu akan habis "

" susu saya tak tambah pun..saya dah makan macam-macam milk booster"

" kalau saya pam sebelum bagi anak saya minum, nanti susu saya keringlah!"

" Kalau pam ni, nanti anak takde susu pulak nak minum"

itulah diantaranya...

Jawapan :
Saya petik daripada seorang kaunselor laktasi, Pn Aqilah Zaidee

" susu kita ni magic tau. Allah dah jadikan cantik sangat..lagi banyak kita minta, lagi banyak dia supply. hebat kan...
contohnya macam ni..Gardenia hantar 50 bungkus roti kat kedai . Esoknya bila dia datang, dia tengok roti masih berbaki 48 bungkus. jadi dia tambah lagi 2 bungkus je lagi...
dia datang lagi esoknya..yang tak terjual 49 bungkus..
dia tambah lagi sebungkus..."
kemudian, dia dah tak datang untuk bekalkan roti..sebab roti tiada permintaan di situ.
Begitulah analoginya.
kalau awak boleh jual banyak dan permintaan tinggi, dia akan tambahkan lagi bekalan..dari 50 bungkus kpd 80 bungkus sehari...lagi kerap kita kosongkan tray gardenia tu, lagi banyak Gardenia supply.
itulah namanya konsep DEMAND AND SUPPLY..."

" milk booster yang kita ambil adalah bantuan je puan... kalau kita rajin amik milk booster tapi tak rajin pulak nak mengosongkan kilang susu, tiada gunanya.  Terlampau bergantung pada milk booster pun tak boleh. Jadikanlah diri kita sebagai boosternya. Kerapkan mengosongkan kilang susu, minum air masak 3 liter, ambil vitamin..insyallah berhasil.."

Saya suka dengan kata-kata Puan Kamariah, Kaunselor Laktasi Susuibu.com

                                              


" Kita tidak pernah risau tentang keringnya air mata kita..jadi kenapa kita perlu risau pula keringnya susu kita"
Pernah tak orang bertanya " macam mana nak banyakkan air mata ye..rasa macam dah nak kering?" :)





Tuesday, June 4, 2013

Bayi Asyik Menyusu je 24 jam..susu tak cukup ke?

Kes : Biasanya ibu yang baru bersalin dan sedang berpantang, baby terlalu kerap menyusu, asyik nak melekap saja..sepanjang masa! Sampaikan si ibu ni dah letih dan mula berfikir " susu aku ni tak cukup ke? " atau " baby tak cukup kenyang ke" ..yelah, asyik nak menyusu saja. Banyak persoalan seperti susu tidak keluar, susu tiada kerana bayi asyik menangis dan mahu menyusu sepanjang masa! Akhirnya, jalan pintas ialah bancuh SUSU FORMULA dan legaaa..barulah baby tidur lena kekenyangan.

Betul ke macam tu ?

Jawapannya

1) Baby baru lahir memang macam tu, memang nak melekap sahaja dengan ibu, bukan sahaja untuk menyusu, tapi dia selesa dipeluk, kerana apa yang dia tahu hanya menangis dan menghisap. Sebab dulu dalam rahim kan sempit dan sunyi je, so dia baru nak belajar sesuaikan diri di alam dunia yang luas seluasnya ni..jadi menyusu dan berada di dada ibu memberi ketenangan pada bayi. Boleh rujuk posting saya tentang malam kedua bayi baru lahir.

http://aisyah-alyahya.blogspot.com/2014/01/memahami-bayi-pada-malam-kedua-kelahiran.html?m=0

2) Normal untuk bayi menyusu dengan kerap 8-12 kali sehari. Susu ibu ni lebih cepat hadam, saiz molekul susu ibu yang kecil dan halus memudahkan penyerapan kerana usus dan perut bayi yang belum matang, jadinya baby cepat lapar balik. Bayi sememangnya MENYUSU DENGAN KERAP kerana saiz perut bayi yang kecil dan susu ibu terhasil pula cukup-cukup saiz perut bayi itu. Malah, ketika ini, bayi baru lahir saiz perutnya sebesar guli, kapasiti 5-7 ml muat muat je dengan kolostrum yang terhasil pula 5-7ml juga dan bayi pula perlukan lebih kurang 25 minit untuk menghisap kolostrum sebanyak 1 sudu teh itu !!
Rujuk posting saya tentang ini di
http://aisyah-alyahya.blogspot.com/2014/02/surat-bayi-untuk-ibu.html?m=0

3-Cara nak tau baby kenyang / susu ibu cukup ke tak? Tengok pada najis baby, kalau baby poo poo 5-6 hari sekali dan warnanya kekuningan terang tu, maksudnya baby memang dah cukup kenyang la tu.Juga tengok pada pertambahan berat. Kalau berat baby bertambah, oklah.
Rujuk posting saya tentang ini di
http://aisyah-alyahya.blogspot.com/2014/02/minggu-pertama-kelahiranapa-ibu-perlu.html?m=0

4-Juga, kenapa baby yang minum susu formula tidur lena? Sebab susu formula susah dihadam. Ini sebab usus baby masih belum matang dan penghadaman baby terpaksa "bekerja keras " untuk hadamkan susu formula tersebut.Atas sebab itu baby jadi letih dan tidur lama.
Susu formula bagi bayi tidur lena? Boleh rujuk sini

http://kellymom.com/nutrition/starting-solids/solids-sleep/

Cara nak pastikan baby kenyang dengan susu ibu

https://www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/my-baby-getting-enough-milk


Simbolik saiz perut bayi dan susu yang dihasilkan


Monday, June 3, 2013

SUPPLEMENT IBU MENYUSU ???

Perlukah supplement untuk ibu menyusu?

Jawapannya, bergantung pada ibu. Yang penting, anda perlu paham, konsep kilang susu,susu  yang dihasilkan adalah DEMAND AND SUPPLY. So yang penting, kerap pam dan direct feed setiap 3-4 jam sekali (kosongkan kilang susu anda) barulah SUPPLY susu akan banyak. 

Supplement hanya untuk bagi badan ibu sihat, dan bila badan sihat, hormon akan stabil dan sebab itulah penyusuan lancar. Jangan bergantung kepada supplement semata-mata ye..yang penting, faham konsep. 


Kalau anda makan supplement pun, tapi tidak pam/direct feed baby mengikut jadual, tidak minum air kosong dengan cukup serta stress dan letih yang melampau, makanya jangan salahkan supplement jika susu semakin kurang. Air yang cukup sangat perlu untuk supplement menjalankan tugasnya dalam badan anda ;)

Truly from,
Siti 'Aisyah Samat
Breastfeeding Peer Counselor

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Traning

Hari ni saya nak update pasal kursus MBfPC yang saya telah hadir minggu lepas. Pada 24 - 26 Mei 2013 di Whyte House Bukit Jambul, Penang.
                                                   Sebelum mula kursus


                                            Dr Natrah, antara speaker MBfPC

                                           Bergambar kenangan sebelum tamat

Sebenarnya banyak lagi gambar, cuma saya upload yang penting saja ni..truly, kursus ni sangat best dan banyak sangat ilmu yang saya dapat. Disini saya cuma nak kongsi beberapa perkara yang sangat bermakna untuk saya

1) Kagum dengan semangat non muslim. Ada sorang mommy dalam group saya yang bekerja dalam syarikat dumex dan dapat FREE SUPPLY FORMULA MILK selama setahun tapi dia tolak sebab dia nak menyusukan anak sepenuhnya. Sebelum akhir kursus, dia kata dia sangat yakin 'human milk is for human baby' dan sangat sokong konsep ibu susuan.

2) Sewaktu discussion tentang 'post partum depression' atau meroyan. Huhu, dasyat jugak tekanan mereka selepas bersalin, berbagai masalah dari keluarga dan lain lain tapi mereka masih semangat kental untuk menyusukan anak.

3) Kursus ni memang baby friendly. Nuha pun dapat kenal ramai kawan ;)

4) Kami membincangkan pelbagai topik seperti masalah yang selalu berlaku dalam penyusuan, cara mengatasi, bagaimana support ibu2 lain yang punya masalah untuk menyusukan anak terutama baby premature, clef/pallet and twin dan banyak lagi la..memang benarla, makin kita belajar, makin banyak sebenarnya yang kita tak tahu.

Apepun, terima kasih banyak2 kepada en suami yang memberi saya full support untuk ke kursus ini, sehingga saya berjaya menamatkan kursus dan dapat sijil ini.


Semoga saya dapat membantu lebih ramai lagi ibu2 lain untuk terus berjaya menyusukan anak mereka !