Tuesday, June 17, 2014

Perkongsian Kak Shida tentang Jaundis

Hari ini di Farmasi Vitacare Prima Sri Gombak
-------------------------------------------------------------------
Bapa : Saya nak beli susu tin yang boleh baikkan penyakit kuning

Saya : Anak umur berapa? Paras kuningnya ok tak?

Bapa : Anak dah berusia 2 minggu. Paras bacaan kuning dah semakin menurun.

Saya : Oh, baguslah begitu. InsyaAllah kuningnya akan semakin baik. Kenapa nak beli susu tin? Ibunya tak cukup susukah?

Bapa : Eh, susu banyak. melimpah-ruah. Syukur Alhamdulillah. tapi doktor yang merawat yang mintak saya tambahkan dengan susu tin. Katanya susu isteri saya nampak cair. Tak berkhasiat. Kalau bagi susu tin, kuning boleh sembuh dengan cepat

Saya : ??????!!!!!!!!! (mode geram)

Kesimpulan :
-Saya galakkan si bapa untuk sokong isteri meneruskan penyusuan. Tiada yang lebih baik dari susuibu

-Saya terangkan mengapa susu ibu nampak cair dan susu buatan nampak pekat

- Saya kongsi tips bagaimana untuk elakkan bayi tertidur semasa menyusu agar bayi kerap menyusu dan menyusu dengan lebih efektif ("breast compression technique")

- Saya galakkan si bapa untuk teruskan follow up di klinik untuk pemeriksaan paras bacaan bilirubin (pigment yg sebbakan penyakit kuning/jaundice)

- Saya istighfar dan doa banyak-banyak agar lebih ramai ibubapa tabah dengan dugaan meneruskan misi penyusuan walaupun terdapat percanggahan maklumat dari anggota kesihatan

Nota :
Saya tidak salahkan anggota kesihatan tersebut. Mungkin ilmunya terbatas. Terutamanya bila seseorang yang tiada pengalaman penyusuan. Kerana dalam silibus belajar pun tiada detail tentang topik susuibu. Semasa saya jadi pelajar farmasi pun, topik susuibu tiada dalam silibus. jadi ramai juga ahli farmasi yang tidak tahu tentang penyusuan susuibu dan tidak tahu cara untuk menyokong ibubapa yang perlukan sokongan dan panduan.

Pengasuh pun boleh beri tekanan kepada ibubapa dengan komen "susu cair=tak kenyang. bagi sahaja susu tin". Ibubapa mana yang tak risau kalau pengasuh komen begini kan.

Kita kena betulkan perspektif rupa dan sifat normal susuibu. itu yg susah sbb masih ramai yang amal penyusuan dengan susu tiruan.

Ditambah pula dengan "penyakit" ibu-ibu yang sibuk makan supplement untuk pekatkan susuibu. Lagi celaru dan keliru pemikiran masyarakat kita

Dapatkan maklumat lanjut tentang jaundice disini
http://kellymom.com/health/baby-health/bfhelp-jaundice/
http://www.breastfeedingbasics.com/articles/jaundice-in-the-breastfed-baby
https://www.facebook.com/DrJackNewman/posts/165761036908284
https://nbci.ca/index.php?option=com_content&view=article&id=79%3Abreastfeeding-and-jaundice&catid=5%3Ainformation&Itemid=17

Wednesday, June 4, 2014

Kisah macam mane saya terjebak dalam dunia penyusuan.

Tiba2 saya rasa nak coretkan macam mane perjalanan saya sampai boleh terjebak dalam bidang penyusuan ibu ni..

Kisahnya dari awal sebelum kahwin, saya dah study tentang EBM, saya belajar dari senior saya, kak Nadiah Sidek yang tinggal kat US. Sebab kat oversea diorang banyak pendedahan kan. Saya print nota semuanyalah termasuk google kat internet.

Kemudian lepas bersalin, saya ade masalah dan cari penyelesaian, kisahnya ade dalam ebook saya SURVIVAL DI AWAL PENYUSUAN.

Bila saya dah berjaya dan sukses menyusu, saya mula kongsi kebaikan susu ibu dan ilmu ni di facebook..rasenya kerap jugak saya share sampai kawan2 ade masalah menyusu, semua dok pm saya dan saya berusaha bantu mereka, time tu tahun 2012 sampai awal 2013.

Sehingga satu hari, ade kawan gtau saya, ade sorang akak ni. Nama die Kak Shida. Dia ni ajar pasal breastfeed. Saya waktu tu memang tak kenal susuibu.com termasuk kak Shida. Saya mintak no telefon kak Shida dari kawan, saya ingat lagi, saya mesej macam ni " kak shida, saya aisyah. Saya berminat la nak jadi kaunselor macam akak..kalau sudi, saya harap akak dapat kongsi bagaimana caranya?" - maksudnya saya minat nak jadi pembimbing ibu menyusu.

Jadi Jun 2012, saya daftar kursus 3 hari dibawah MBfPC, dan kak Shida sebagai penganjur jugak fasilitator. 3 hari saya sedut ilmu dari mentor Dr Natrah, Kak Shida dan Kak Kamariah. Truly, banyak ilmu saya dapat namun saya nak jadi volunteer tapi saya macam blur tau sebenarnya..

Maka, bermulalah saya sebagai breastfeeding peer counselor. Dari data yang saya rekodkan, hampir 80 orang ibu yang saya berjaya selesaikan masalah penyusuan mereka. Ha..citenya macam mane saya boleh selesaikan, kak Shida dan group MBfPC support group banyak bantu saya.
Truly, kaedah belajar paling cepat saya ialah melalui masalah korang ( hehe) pasal bila korang tanya masalah, saya kan budak baru belajar..ha nak cari mana? Saya akan tanya kat grup, tanya kak Shida dan study balik notes kelas tu. Dan beliau akan bagi saya link website info ( biasenya dari kellymom.com). Last2 kak Shida cakap, "Aisyah bukak je website kellymom kalo nak cari pape ok ". Kellymom ni website yang memang evidence based dan artikelnya memang dari international lactation consultant.
Kemudian, dari selesaikan masalah-saya mula tulis blog. Tujuannya bila ade mak yang tanya soalan yang sama, saya tak perlu repeat jawapan tapi saya bg link blog saya, link website kelly mom disamping tips untuk selesaikan masalah dan kalau tak paham die boleh tanya saya.

Hujung 2012, saya agak lega bila ade buku Anak Hebat Susu Ibu. Sebab buku tu complete. Macam ensiklopedia breastfeeding. Dan saya perhati, segala apa yang kat kellymom, rupanya sama macam dalam buku tu, Dr Faridah macam dah terjemah semua tu dalam bahasa melayu. Wow, bestla kan lagi senang nak bace dan rujuk!

Jadi saya guna jugak buku tu sebagai rujukan saya.
Ade jugak masa saya senyap..bukan ape pun, dok sibuk ngan keje cikgu..pastu saya diam jap pasal bf ni. Kawan pulak tak berapa tanya soalan jadi buku, notes dan website kellymom jadi sepi jap, tak disentuh.
Tibe2, dua tiga orang kawan serentak tanya masalah. Saya ingt lagi sorang pasal problem bf time pregnant, sorang pasal relactation dan lagi sorang pasal low confident dan tak de susu menyebabkan semua anak sebelum ni dia fail menyusu. Saya cam blur, solution : call kak Shida..haha..but she gave me very beautiful advise.
"Aisyah, awak ni sangat dedikasi, banyak ilmu tapi dalam kepala tu maklumat awak cam tak berapa tersusun..awak kene study, belajar. Bukak buku anak hebat susu ibu tu, amik keberkatan ilmu dari apa yang Dr Faridah tulis. Tak boleh semua depend kat akak, aisyah kene usaha bace dan tak faham bole tanya akak. Akak sudi buat online ( mengajar jarak jauh) untuk kite discuss certain topik. Contoh aisyah study bab 2, bagitau kate jom kak kite discuss..saya tak paham ni ke tu ke..okey". Saya akui, saya memang waktu tu jarang bukak buku. Diri saya cakap, saya takde masa, sibuk. Tapi saya lawan, saya kate, saya mesti ade masa untuk belajar ni semua, kalau saya memang betul nak membantu mak2 berjaya menyusu.
Dalam minggu tu jugak, saya bace artikel baby second night ( kak shida gak yang bagi link hihi). Sebab nak bantu sorang kawan saya ni, untuk berjaya bf tapi dia tak berapa paham english..tibe2 saya terpikir, why not saya tranlate artikel tu dari BI ke BM? Dan..malam tu jugak saya bace, pahamkan dan translate ( suami tolong jugak) dan saya send pada beliau. Kak Shida kata bagus dan dia sangat galakkan.

Kemudian, mulalah saya paste artikel tu kat blog saya dan saya tranlate lg artikel lain seperti surat ibu pada bayi. Kawan saya, kak fata dan izzati zamuri pun tolong translatekan, thanks korang. Rasenya ade 4 artikel dari kellymom dah tranlate.

Pastu, bulan mac ni. Saya teringin nak buat ebook. Kak Shida support cuma dia sarankan saya berguru menulis dari mentor yang dah pernah menulis seperti Asiah Maharam dan Pn Suraya Ali. Alhamdulillah saya dah jumpa mereka dan bagi hardcopy ebook saya untuk mereka semak dan komen.

Kemudian, saya teringin nak jadi kaunselor laktasi.
Kak shida jugakkk saya tanya..hehe. So kak shida sarankan saya pergi kursus 20 jam dulu, kemudian baru yang 40 jam. Ade jugak kak Shida cakap, susah nak masuk sebab kursus ni biase diorang offer kat staf hospital je.

Jadi mula awal Mei, yang saya nampak saya kene bersungguh doa kat Allah, kalo betul saya nak pegi kursus jadi kaunselor laktasi. Hari2 jugak saya doa, "Ya Allah, jika apa yang aku buat sekarang, nak masuk bidang penyusuan ibu, bantu mak2 menyusu ni baik untuk diriku, keluargaku, agamaku, duniaku dan akhiratku, Kau permudahkanlah..jika tidak, Kau jauhkanlah.."

Dan entah macam mane, tibe2 saya terselit dalam kursus kaunselor laktasi ni. Melalui seorang insan yang saya tak pernah jumpa, tiba2 mesej saya bagitau saya nak join tak? Yuran hampir seribu. Saya tolak, tak nak pegi sebab saya pikirkan duit tu, agak besar. Gaji tak masuk lagi kn..memang saya cakap. Tapi, kawan tu cakap, "Aisyah kalau betul2 nak serius dalam penyusuan ibu, aisyah memang kene pergi. Kalau takde duit lagi takpe, saya boleh pinjamkan". Saya tolak lagi sebab saya kate, saya segan nak pinjam. Tapi akhirnya saya daftar jugak, ( walaupun risau dan segan tapi kawan suruh pegi jugak) dan ntah macam mane tiba2 murah rezeki bulan tu, saya ade duit bayar balik yuran tu kat dia. Secara tiba2.

Saya tanya jugak kak Shida, takpe ke kak saya terus ke 40 jam kursus? Tak pegi yang 20 jam? Kak Shida kate takpe, nanti pegi pun bole, reversed cycling kan..baby pun ade reverse cycling. So boleh la tu peluang dah ade. Pergi je. Nanti pegi pulak yang 20 jam tu. So mentor saya bagi greenlight dan saya pun lagi confident nak pegi.

Sekarang dah hari ketiga kursus, saya tanya peserta yang pergi, kursus kaunselor laktasi ni open ke or selected? Diorang kate selected. Certain staf je yang terpilih boleh pergi. Sebab kalau open, ramai sangat nak pergi. Jugak diorang ade bajet tertentu so kene bajet peserta yang pergi.
Waktu tu hanya lafaz Alhamdulilah..Allahuakbar saya yang saya rasakan di hati. Sungguh, peluang saya dapat pergi kursus ni, memang sepenuhnya Allah yang susun, Allah yang aturkan dan Allah yang mudahkan. Tanpa bantuan Allah, saya mungkin takkan berada ni sini. Kerana saya orang luar yang tiada kaitan dalam kementerian kesihatan. Saya kan cikgu, hihi.
Apepun, segala ilmu yang dicurah sangat banyak di sini.

Jugak, thanks atas guide kak Shida, berkat haritu pegi kelas kak Shida, tengok beliau bagi talk pasal breastfeed di samping saya baca buku dan artikel, banyak bantu saya nak catch up dengan sesi kelas ni. Sebab ia memang kelas praktikal, teori sekadar revision dan tak sentuh sangat pun.

Kalau saya zero/sikit sangat knowledge pasal bf, memang saya rase agak sukar nak ikut. Sebab ia memang intensif praktikal dengan sister, midwife dan doktor jugak dibimbing pakar laktasi nak round wad, berlakon kaunseling, buat latihan bertulis, amali. Kira alhamdulilah walaupun takde degree nursing, saya dapat catch up. Sebab istilah memang totally gune medical term kan. Alhamdulillah, Allah masih bagi kefahaman ilmu pada saya hingga ke hari ini. Syukur