Friday, November 22, 2013

Nak share susu fresh milk yang mungkin bole jadi alternatif kepada ibu2 lain yg anak dah berhenti menyusu or anak dah lepas setahun dan tak mampu menyusu atas faktor tertentu ( seperti sakit, pregnant-ada yg ok bf time pregnant tp ade yg tak ok bergantung pada badan dll masalah lagi). Mungkin bole cuba bagi fresh milk ( mana2 jenama pun ok asalkan fresh milk).

Saya guna fresh milk jenama farm fresh.
Cara pengurusan sama spt susu ibu. Frozenkan utk tahan lama.
Boleh blender badam dan kurma sebagai puri dan buat stok, so nanti campurkan dalam susu jadilah susu badam n kurma.
Untuk lebih baik lagi, bacakan ayat suci alquran or pasang mp3 alquran time tengah sediakan susu tu. Alhamdulillah anak nnti dapat minum susu yg didengarkan alunan quran. Berkhasiat n terbaik utk anak2.

Dari segi harga pun sgt reasonable.
Tgk pada jadual di bawah, umur 1-3 tahun perlukan susu dlm 480 ml sehari ( dua gelas ). So harga 1 liter fresh milk dlm rm7 tahan utk 2 hari.
Rm7 x 15 botol ( utk sebulan) = rm 105 je kan.(1 bulan)
Murah.. malah berkhasiat n tiada gula tambahan, maltodektrin, tiade pengawet n bahan kimia ( ade susu yg sampai bertahun2 tahan tak expired). Malah ade makanan sunnah lg.
Saya dah stat campur fresh milk pada anak ( atas faktor tertentu).

Penyusuan susu ibu bukan sesuatu yg membebankan, bergantung pd kemampuan si ibu- Dr Harlina Hj Siraj

Turutan susu yang terbaik utk anak kecil
1- susu ibu
2- susu ibu susuan
3- susu kambing FRESH
4- susu lembu fresh
5- susu badam/kurma/soya/beras
6- susu formula (susu tiruan yg diproses) -cuba elakkan. Kalo tak mampu, kurangkan.
- daripada kawan2 yg otai dalam penyusuan susu ibu-





Kisah Penyusuan Susu Ibu dan Kursus CPD~

Kisah Penyusuan Susu Ibu dan Kursus CPD (Continuous Profesional Development)-5 hari 4 malam.

Yup, kursus wajib bagi guru. Sewaktu sembang2 dgn kawan yg masih risau belum dipanggil utk cpd. Saya pun bagi cadangan utk beliau telefon jpn supaya namanya tersenarai sbg calon ganti kalo ade cikgu yg tak dapat hadir.

Kursus cpd, amat merisaukan saya sebagai ibu yang fully breastfeeding, sbb tak tahu nasib dapat tempat kursus jauh/dekat. Jadinya saya pun ceritalah pd kawan, yang saya ade telefon jpn, bercakap dengan pegawai unit latihan cpd, saya kenalkan diri n jelaskan padanya yg saya ada anak kecil yang menyusu, n mohon die dapat bg saya tempat kursus yg dekat. Kami berbincang, pegawai jpn penang sangat ok n die bgtau yg tempat kursus paling dekat georgetown ( 28 okt ), tarikh saya call tu 24 okt. Lain dari tu semua jauh kt perlis, alor setar dll. Respon die sgt ok, tanpa sembang lama, die trus kata ok cikgu nanti sy bg cikgu pi cpd yg kat georgetown ni. Surat difax pada jumaat (25 okt) untuk ke cpd 28 okt. Alhamdulillah.

Sambung cerita, kawan saya yg dengar tu agak pelik, sambil die cam nak tergelak sinis die tanya, "ape kaitan kursus dekat dgn jauh weh? Ko bole hantar susu ke camne".

So saya pun cerita, "weh aku pam la, kursus 5 hari, so hari isnin pegi, ari selasa malam, suami bawak anak utk menyusu n bawak balik stok susu. Then khamis malam pun, suami dtg bwk anak utk menyusu n bwk balik stok susu seterusnya".

Agak buntang mata die dgr my explanation n terkedu sekejap. Mungkin sbb die tak sangka nekadnya saya n oh rupanya boleh jugak buat macam tu ye..
Akhir kata, saya katakan padanya.( sbb die pun ade anak kecil 2 org n saya risau takut die rase bersalah ke apa pasal die tak fully bf). "Ala jangan riso la.. Tak kisah, cara masing2, aku wat camni pasal dah memang pilih nak fully bf, so aku mmg kene hadapi jalan yg macam nie.., mane2 pun ok je."

Actually, pada saya. Semua ibu adalah pejuang. Dan sebagai ibu yang fully bf, kite perlu jugak bercerita pasal keindahan penyusuan dan bagaimana kita hadapi cabaran penyusuan itu..sebab kadang2 orang tak tahu, banyak saya jumpa, memang orang dah terbuka hati nak jayakan penyusuan penuh, tapi perasaan takut dan risau contoh nanti susah hantar pengasuh, kalo tinggal anak nanti susah, cukup ke susu, takut nanti susah itu, susah ini menyebabkan hasrat tu terpendam gitu je.

Sedikit sebanyak bila kita share, mungkin ade yg terbuka hati n memulakan langkah berani utk kearah menjadi fully breastfeeding mommy n mghadapi cabaran tersebut.

Samalah macam kita share keindahan Islam, kalo orang tanya kenapa nak pakai tudung, kenapa nak pakai baju longgar dll, mungkin mereka nampak macam tak rimas ke or panas ke? So kite perlu share ape yg kita rasa kan.

Nway, just respect pendapat masing2 dan jangan sesekali melabel negatif pada orang lain.
Siti 'Aisyah Samat - Breastfeeding Peer Counselor

Saturday, November 9, 2013

Natural Remedies Untuk Anak Demam

Demam.
Mandikan sekerap mungkin.
Berendam juga.


Jika jirus air ke badan, mulakan dari kaki ke kepala.
Sama dengan konsep berendam. Kaki yang kena air dulu. Bukan kepala, kan?


Sejukkan badan dengan air barli yang juga makanan sunnah.


Boost immune system kita dengan madu, kurma dan buah delima. Ketiga-tiga ini adalah SUPERFOOD yang ada dalam Al-Quran.


Gunakan lebih halia untuk Chicken Broth Soup supaya haba keluar dari badan. Halia, selain makanan sunnah juga adalah NATURAL PAIN KILLER. Demam mesti rasa sakit badan. Nah, chicken broth soup paling sesuai. Protein dari ayam pula penting untuk proses penyembuhan.


Berubat dengan makanan. Tiada kesan sampingan. Wahyu ALLAH kepada RASULULLAH bukan benda sia-sia dan tidak berguna.


*photo dari buku ‪#‎Rasulullahismydoctorbyjerrydgray‬

‪#‎sunnahfoodforall‬
‪#‎sunnahfoodasnaturalremedies‬
‪#‎gofornaturalremedies‬


Berubat dengan makanan sunnah, jelas menunjukkan yang Allah yang turunkan penyakit, Allah juga yang menyediakan penawarnya. Atau kita fikir, manusia yang mencipta dan menjadikan makanan sunnah?

http://iryaniahmad.blogspot.com/2013/10/ubat-demam-tanpa-panadol.html?spref=fb

Thanks Iryani Ahmad for sharing this.

Copy Paste daripada sis Ainini Zainal